BERITA BERGAMBAR: AHLI PARLIMEN SUNGAI SIPUT MENGHULUR BANTUAN

sebahagian kanak-kanak yang membantu

Kuantan- Lagi sumbangan dari ahli Parlimen. Kali ini sumbangan di sampaikan oleh Ahli Parlimen Sungai Siput . Difahamkan kutipan dibuat sendiri oleh YB Dr Jayakumar di Pasar Sungai Siput.

Menurut wakil Dr Jayakumar, sumbangan ini dilakukan sebagai tanda persahabatan dari rakyat Sungai Siput terhadap mangsa banjir yang menimpa di Pahang.

 Sementara Datin Khamisah, isteri Dato' Fauzi menyampaikan cek yang diserahkan kepada beliau oleh dermawan. Sumbangan ini dilakukan di pejabat pengumpulan dan agihan di Indera Mahkota


stor keeper

kanak-kanak turut membantu






membantu tanpa mengira umur

Penyelaras Bantuan Banjir Parlimen Indera Mahkota  Dr Azlie Faizal Abdul Rahman menerima sumbangan tunai yang disampaikan oleh wakil DrJayakumar

Sementara Datin Khamisah, isteri Dato' Fauzi menyampaikan cek yang diserahkan kepada beliau oleh dermawan.

















Kerja-kerja pembungkusan untuk agihan sedang dilakukan oleh sukarelawan di Pusat Pengumpulan dan Agihan Parlimen Indera Mahkota.

Jika kanak-kanak ini membantu, bagaimana pula anda yang sedang bercakap tentang  banjir , kesusahan , dan kesengsaraan , sedangkan anda sedang bersenang lenang tanpa memberikan bantuan khasnya penduduk pahang dan sekitarnya. Banyak team dari luar Pahang yang hadir membantu,Unit amal dari seluruh Malaysia,AMK,SAMM,Pelajar UIA,NGO's, persendirian, malahan di kawasan kaum Melayu, bangsa Cina bukan sahaja datang bertanya khabar, malahan bertanya apakah keperluan yang diperlukan. Kadang-kadang kita merasa malu dengan bangsa asing yang datang membantu.Tidak ada batas perkauman dan ini amat memalukan,lebih-lebih lagi yang sihat ,tenaga muda, yang seharusnyalah turut membantu dengan sukarela.
Terimakasih kepada yang menderma,membantu dengan tenaga,kepakaran lainnya, Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas apa yang telah anda lakukan.

Pak cik dan Mak Cik yang juga hadir.sedangkan anda yang sihat,segar,yang sering berbual dan bercakap tentang soal kehidupan, masih lagi tidak berbuat apa-apa untuk menyumbangkan tenaga dan wang ringgit anda....Fikir-fikirkan lah.

Agihan sedang dibuat oleh team agihan. Keluarga ini mempunyai 14 anak di mana hanya anak sulong yang bekerja. Di pingir Perkampungan Cenderawasih.

No comments: