Wednesday, March 27, 2013

SERAMAI 600 ANAK MUDA DI TUARAN SERTAI PKR

SERAMAI 600 ANAK MUDA DI TUARAN SERTAI PKR PDF Print E-mail
Written by Admin   
Wednesday, 27 March 2013 00:25



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
LENCANA PKR.......kelihatan Mohd Najlin Haji Awang Puasa (tengah) sedang disematkan lencana PKR oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (Kanan) sambil disaksikan oleh Haji Ghulabdin Enjih (kiri).

Oleh: KREW SABAHKINI.NET
 


TUARAN : Di saat-saat terakhir menjelang Pilihan Raya Umum ke 13, Barisan Nasional (BN) dan UMNO di Tuaran termasuklah di Kawasan Dewan Undangan Negeri Sulaman kian tergugat dengan kemaraan Pakatan Rakyat (PR) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak akhir-akhir ini di kawasan berkenaan.

Majlis Malam Jelajah Pakatan Harapan Rakyat anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Tuaran yang dihadiri oleh hampir 5,000 orang penyokong parti itu sebagai bukti setelah menerima kemasukan 600 ahli baharu dari kalangan anak muda yang diketuai oleh Mohd Najlin Haji Awang Puasa, 28 tahun.
Ketua Umum PKR Pusat, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima borang penyertaan kemasukan dalam PKR Tuaran di Majlis Jelajah PR yang berlangsung di Restaurant Transit Dalit, Kampung Lok Batik dekat sini pada malam Ahad lepas.

Majlis itu turut dihadiri oleh Ketua Cabang PKR Tuaran, Haji Ansari Abdullah; Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, Ahmad Tamrin Haji Jaini; Pengerusi Angkatan Perubahan Sabah (APS), Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing yang juga Ahli Parlimen Tuaran; Pengerusi Pertubuhan Pakatan Sabah (PPS), Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin; Bekas Ketua Penerangan UMNO Tuaran, Haji Ghulabdin Enjih; Bekas Panglima Angkatan Tentera Darat Malaysia, Leftenan Jeneral (B); Dato Abdul Ghafir Abdul Hamid dan Bekas Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Monggoh Orow.

"Penyertaan 600 ahli-ahli baharu yang sebilangan besarnya dari kalangan pemuda di Kawasan Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sulaman dan Parlimen Tuaran akan menambah kekuatan kepada Pakatan Rakyat dalam usaha untuk memenangi Kawasan DUN Sulaman dan Parlimen Tuaran dalam Pilihanraya Umum ke 13 tidak lama lagi," Kata Najlin yang juga merupakan bekas Ahli UMNO dari Cawangan Wawasan Lok Batik Tuaran.

Katanya, kemasukan ini haruslah disambut dan diterima oleh pimpinan PKR di Cabang Tuaran agar semangat dan kebangkitan anak-anak muda akan memberikan satu lagi kekuatan kepada Pakatan Rakyat dalam membuat persiapan menghadapi pilihanraya umum tidak lama lagi.

"Banyak sudah pemimpin UMNO yang telah berhijrah meninggalkan parti yang jelas sudah tidak relevan lagi. Jika perjuangannya untuk anak-anak muda sudah tidak relevan, apa lagi yang ditunggu? Lebih baik mereka tampil untuk memberikan kekuatan kepada PKR adan Pakatan Rakyat khasnya," kata Najlin lagi.

Sehubungan dengan perkembangan terbaru ini, Najrin berharap lebih ramai lagi ahli parti kerajaan yang akan menyertai PKR untuk memberikan satu keyakinan jitu terhadap kemantapan parti ini.


Majlis Malam Jelajah Pakatan Harapan Rakyat telah diisikan dengan ucapan oleh Datuk Seri Anwar, Ketua Caabang PKR Tuaran Haji Ansari Abdullah; Bekas Panglima Angkatan Tentera Darat Malaysia, Leftenan Jeneral (B) Dato Abdul Gafir Abdul Hamid; Naib Pengerusi DAP Sabah, Peter Liew; Aktivis Politik, Dr Chong Eng Leong dan Bekas Ketua Penerangan UMNO Tuaran, Haji Ghulabdin Enjih.
 
 

No comments:

Blog Archive

My Blog List

Followers