Tuesday, August 11, 2009

2 NAMA CALON UMNO 2-2 ADA KES.

Dua nama yang dikatakan top di kalangan Umno sekarang ialah Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian, Zaidi Said yang berasal daripada Tanjung Putus dan peguam muda, Rohaizat Othman yang sedang menapak nama tetapi tidak dicalonkan menentang Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Pilihan raya Kecil Penanti menentang, Dr Mansor Othman setelah Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak bertukar menjadi dayus tidak memasuki pilihanraya berkenaan.

Cikgu Zaidi memang ada kes yang melibatkan wanita , manakala peguam Rohaizat pula dikatakan mempunyai kes menipu rakan sefirma.Kita punya maklumat yang cukup jika mereka ini bertanding.Maka kerana itu kita katakan bahawa suara-suara Umno bahawa mereka akan mendapat memenangi pilihanraya ini jangan dipercayai.Orang Permatang Pauh dan pengundinya bukan macam di Manek Urai dan kita perlu faham suasana di Permatang Pauh dan di Manek Urai.Bagi duit ambik undi belum tentu Umno.

Justeru itu, semua UPU iaitu Sama Gagah, Permatang Ara, Permatang Pauh, Bukit Indera Muda, Kampung Pelet, Kubang Semang, Tanah Liat, Cross Street dan Permatang Tengah mestilah bersedia dengan harapan menggunung untuk mengekalkan kemenangan agar kali ini tidak jatuh pula ke tangan Umno dan BN atau kurang undi yang ketara sepertimana yang terjadi di Manik Urai


Namun yakin suasana ini amat berbeza sekali.PAS akan menang dengan majoriti yang lebih besar.Buat masa ini semua jentera telah bersiap sedia dan beberapa lokasi penceramah dikenalpasti iaitu markas Di Kubang Semang,Penanti, dan juga di Permatang Pasir.Orang Permatang Pauh kenal mereka ini, dan pastinya tahu menilai akan calon Umno yang bertanding .Percayalah Umno sendiri mengelabah untuk meletakkan calon mereka di Permatang Pasir.Tiada tokoh yang mampu diletakkan di Permatang Pauh kerana rakyat Permatang Pauh kenal orang-orang Umno."Sama-sama berkawan dan berjiran.Mungkin "berperang" semasa pilihanraya , selepas itu "bersama" .Jadi masing -masing kenal antara satu sama lain.Umno tak perlulah kempen yang bukan-bukan dalam Tv. "demikian jelas seorang penduduk yang ditemui.

No comments:

Blog Archive

My Blog List

Followers