
KERUGIAN BUAT NEGARA
Sepatutnya dengan Haji Hadi lah Duta Qatar, Arab Saudi, Yaman, Pakistan, Kuwait, Afghanistan dan Oman.... satu kerugian buat negara dan Anwar tak rugi apa-apa.
Di sini kenapa saya katakan sb Anwar perlu jadi PM. Perlu terus jadi ketua pembangkang. Aura, ideologi dan penghormatan pemimpin-pemimpin dunia belum ada kepada mana-mana individu di dAama negara. Samada di dalam PKR sendiri apatah di dalam PKR pakej tersebut belum ada.
Malah walaupun Muhyiddin dan Ismail Sabri menjadi PM mereka gagal menandingi populariti dan penghormatan pemimpin2 luar negara kepada Anwar yang sekadar Ahli Parlimen biasa.
Ketika saya dijemput ke Putrajaya 2018, Peg Khas beritahu selepas dia kembali mengikuti Kak Wan ke beberapa negara Arab, "Mereka bertanya Pak Sheikh apa khabar. Sampaikan salam.... kata mereka kami menunggu Pak Sheikh menjadi PM sahaja utk melabur berbillion".
Kes Ahmad Maslan: Adakah ini SOP baru bagi kes berprofile tinggi?

Oleh MALAYSIA DATELINE / October 2, 2021
Majlis Presiden Pakatan Harapan menggesa Peguam Negara memberi penjelasan terhadap kes yang melibatkan Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan.
Menurutnya, keputusan untuk mendakwa atau menarik pendakwaan terhadap seseorang itu terletak di tangan Peguam Negara.
“Peguam Negara juga perlu menjelaskan apakah ini akan menjadi operasi prosedur standard (SOP) baharu terutama bagi kes-kes mahkamah berprofil tinggi yang lain.
“Adakah SOP kini membolehkan seseorang boleh didakwa mencuri wang untuk dilepaskan dengan membayar balik sebahagian daripada “barang kes” tersebut?”soalnya.
Dalam kenyataan bersama Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng, Majlis Presiden juga kesal dengan sikap acuh tak acuh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengiakan trend baharu ini.
“Bolehkah SPRM memberikan penyelesaian serupa kepada semua kes rasuah dengan pembayaran balik wang sogokan yang dirampas sepertimana yang membabitkan ahli politik penyokong kerajaan?
“Demi menegakkan kedaulatan undang-undang dan konsep negara hukum (rule of law), trend baharu Peguam Negara dan SPRM ini jelas melanggari prinsip bahawasanya keadilan itu bukan sahaja mesti dilakukan tetapi juga mesti disaksi dilakukan (“justice must not only be done, it must also be seen to be done”),” katanya.
Pakatan Harapan percaya tanpa ketelusan dan penguatkuasaan undang-undang yang adil, hasrat Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki agar SPRM mencapai taraf antarabangsa sukar dicapai.
Majlis Presiden Pakatan Harapan amat risau dengan trend kes mahkamah melibatkan individu individu berprofil tinggi serta penyokong parti pemerintah yang telah dilepaskan atau dibebaskan dari pendakwaan sama ada memulangkan sejumlah wang yang didakwa diterima secara tidak sah atau dengan membuat bayaran kompaun.
Terbaharu adalah kes yang melibatkan Datuk Seri Ahmad Maslan, Ahli Parlimen Pontian merangkap Setiausaha Agung Umno yang didakwa menerima sejumlah wang dari Dato’ Sri Najib Razak yang dipercayai dana 1MDB.
Ahmad Maslan telah dilepas dan dibebaskan dari pertuduhan tersebut setelah beliau membayar kompaun walaupun perbicaraan telah bermula, dan walaupun media melaporkan pada mulanya beliau enggan membayar kompaun dan mahu kes ini dibicarakan.
Walaupun MoU dengan Ismail, AMANAH akan lawan Pas yang hipokrit

Oleh BORHAN AHMAD / October 2, 2021
Walaupun menandatangani memorandum persafahaman (MoU) dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri, AMANAH tidak akan berkawan dengan Pas yang disifatkan sebagai hipokrit.
Presiden AMANAH, Haji Mohamad Sabu dalam program ceramah santai secara online di Kota Bharu, Kelantan malam tadi berkata, AMANAH akan melawan sifat hipokrit Pas itu.
“Tetapi Pas kita akan lawan habis-habisan kerana sikap hipokrit kamu,” kata Mohamad dalam ceramah itu.
Turut serta berceramah bersama beliau adalah Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan Abbas Azmi, pemimpin muda AMANAH dari Selangor.
Menurut Mohamad, Pas hanya bercakap soal Islam tetapi realitinya tidak melaksanakan Islam tetapi menggunakan Islam untuk kepentingan peribadi pemimpin dan parti mereka.
Sehubungan itu, katanya, AMANAH akan memperjuangkan Islam yang sebenar dan mempastikan Islam kembali gemilang di negara dan dunia ini.
“Kita akan berjuang supaya Islam kembali menyinar, kembalikan kegemilangan Islam di Malaysia dan atas muka bumi ini,” kata Mohamad.
Berdasarkan MoU antara Pakatan Harapan dengan Ismail, pilihan raya umum akan datang hanya akan diadakan selepas Julai tahun depan.
Sepanjang tempoh itu, PH akan memastikan Ismail kekal sebagai perdana menteri sehingga PRU akan datang.
Ia bertujuan bagi membolehkan kerajaan menumpukan usaha untuk melawan Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.
“Sepanjang tempoh ini, kita tidak akan berusaha menjatuhkan kerajaan yang ada dan kalau ada usaha untuk menjatuhkannya ia bukan dari pihak kita,” kata beliau.
Bagi Mohamad, umat Islam ketinggalan terlalu jauh di seluruh dunia kerana berperang sesama sendiri.
Banyak negara yang sudah hancur termasuk Irak, Libya, Lubnan dan terkini Afghanistan yang telah hancur di tinggalkan Amerika.
“Islam bukan ancaman kepada manusia tetapi rahmat kepada seluruh alam. Inilah yang AMANAH bawa,” katanya.
Menurut Mohamad, dalam masa 22 bulan berada dalam kerajaan, AMANAH telah berjaya membawa konsep Islam dalam kerajaan.
“Bila kita bawa konsep rahmatan lil alamain kepada Agong, ia telah diterima.
“Islam Rahmatan lil Alamin dan Maqasid Syariah yang kita bawa diterima oleh Yang Dipertuan Agong dan dijadikan dasar negara apabila dititahkan dalam Dewan Rakyat oleh Yang Dipertuan Agong semasa pembukaan Dewan Rakyat.
“Ini bermakna kita telah berjaya menjadikan dasar yang kita perjuangkan sebagai dasar negara,” katanya.
Inilah kejayaan parti amanah walaupun dalam masa yang singkat berada dalam kerajaan.
Renovate Rumah PM: ditipu, dihina & diperbodohkan. Apa komen anda?
Renovate Rumah PM: Rakyat ditipu, dihina & diperbodohkan. Apa komen anda?
Please Share.
More @ www.zunar.my
#rumahpm
MELAKA BERGOLAK : TUKAR JA...APA LAK NAK BUBAR DUN- DULU PUN DIRAMPAS JUGA....LAMBAT LAGI NAK PILIHANRAYA.....

Melaka bergolak: Pemimpin Umno cadang bubar saja Dun, buat PRN
October 2, 2021
Desas-desus kerajaan negeri Melaka yang diterajui Umno bakal tumbang berikutan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) akan melompat ke Pakatan Harapa (PH).
Ketua Umno Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berpandangan adalah lebih baik dibubar sahaja DUN Melaka dan diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) mengikut SOP Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Jika tidak boleh diadakan pilihan raya negeri, beliau mencadangkan agar negeri Melaka diisytiharkan darurat seperti mana dibuat di Sarawak sebelum ini.
“Walaupun semacam sudah berdamai di pusat dengan berbagai kaedah seperti CSRA, Mesyuarat Dua Minggu Sekali, Peruntukan Ahli Parlimen Samarata, Speaker ke-3 untuk Pembangkang dll, semuanya memenuhi semangat ‘yang kalah tidak kalah semua, yang menang tidak menang semua’, politik negeri Melaka sudah mula berkocak.
“Kali ini, yang kalah di pusat, hendak menang pula di Melaka.
“Bagi saya, baik bubar DUN Melaka dan adakan PRN ikut SOP SPR. Kalau tak boleh, istihar Darurat macam di Sarawak.
“PRN untuk Sarawak tidak macam PRN untuk Melaka. Jadi, bagus sangatlah kalau diadakan PRN Melaka,” katanya ringkas.
Difahamkan, keempat-empat Adun berkenaan sudah menandatangani akuan bersumpah (SD).
Jika ini benar, bermakna kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali bakal kehilangan tampuk pemerintahan.
Pada masa ini, kerajaan negeri mempunyai 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala pembangkang pula 11.
Jika empat ADUN tersebut melompat, ia bermakna PH akan mempunyai majoriti 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk memerintah.
Terdapat usaha sejak pagi tadi untuk menghadap Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam, oleh wakil Adun yang ingin melompat.
TANGKAP HABIS BUANG PARA PEJUANG AGAMA YANG MELAMPAU NI.....YANG MENGHASUT ...MACAM LA DEPA SAJA ADA AGAMA...TAPI MENIPU KUAT

Terkini! Polis tangkap semua suspek rusuhan di tokong Salak Selatan
Ketua Polis Daerah Cheras Muhammad Idzam Jaafar memaklumkan pihaknya telah menangkap semua suspek yang dipercayai terlibat dalam rusuhan di luar sebuah tokong di Salak South, Kuala Lumpur pada hari Selasa.
Ini selepas polis mengepung tokong itu pada pukul 1.30 pagi semalam untuk membuat tangkapan.
“Namun pihak tokong telah menyerah diri serta menyerahkan satu surat permohonan maaf yang ditujukan kepada pihak Polis.
“Oleh yang demikian, pihak polis telah telah menahan seramai 12 lelaki dan 6 wanita Cina yang berusia lebih kurang 18 hingga 84 tahun.
“Susulan tangkapan ini, pihak polis telah berjaya menangkap kesemua suspek yang terlibat dalam kejadian rusuhan ini,” katanya pada satu kenyataan hari ini.
Ini tambahan kepada empat tangkapan yang dilakukan semasa rusuhan dan dua lagi pada hari berikutnya, menjadikan jumlah keseluruhan 24 orang.
Kekecohan pada hari Khamis lalu dipercayai berpunca daripada pertikaian tanah, melibatkan sebahagian dari kompleks tokong yang dikatakan menduduki tanah kerajaan yang telah diperuntukkan untuk sekolah menengah yang sedang dalam pembinaan.
Polis mendakwa bahawa ketika PTG Pejabat Tanah dan Galian Kuala Lumpur datang untuk membuat pagar penghadang hoardin di sebelah tokong pada Selasa pagi, sekumpulan 20 hingga 30 orang menyerang mesin jentolak dan anggota polis yang bertugas.
Menurut hantaran di media sosial, kumpulan itu percaya pihak berkuasa akan merobohkan sebahagian tokong itu. Jawatankuasa tokong itu enggan bercakap kepada media mengenai kejadian itu.
Kekecohan itu tercetus pada pukul 2.30 petang setelah empat lelaki berusia 18 hingga 50 tahun ditangkap.
Muhammad Idzam berkata polis telah meminta perintah tahanan reman terhadap keempat-empat suspek pada hari berikutnya, dan mereka semua telah direman sehingga semalam.
Pada 29 September, dua suspek berusia 38 dan 56 tahun ditangkap pada jam 8.30 malam.
Secara keseluruhan, polis telah membebaskan dua suspek dengan jaminan polis kerana usia mereka.
Sementara itu, perintah reman dimohon terhadap 18 suspek semalam dan susulan itu perintah reman satu hari diberikan untuk 10 daripadanya untuk membantu siasatan.
Ketua polis Cheras mengatakan kertas siasatan kini lengkap dan telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya hari ini.
Dia mengatakan polis mengesyorkan tuduhan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan (memiliki senjata semasa rusuhan), Seksyen 186 Kanun Keseksaan (menghalang tugas rasmi penjawat awam), dan Peraturan 17 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pelan Pemulihan Negara) 2021 (Pelanggaran prosedur operasi standard Covid-19).
Muhammad Idzam berkata polis mengesyorkan tuduhan di bawah Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pelan Pemulihan Negara) selepas meneliti tuduhan berkumpul di tempat awam, yang menurutnya merupakan pelanggaran SOP.
Sementara itu, mengulas video mendakwa rusuhan telah menjadi tular, dia mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai masalah ini.
Muhammad Idzam juga mengulangi tidak ada perobohan mana-mana bahagian tokong berkenaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat lebih lanjut mengenai kes tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat Mohamad Sukri Ishak di talian 013-2165881, talian hotline polis Kuala Lumpur di 03-2146 0584/585, atau datang ke balai polis terdekat.
JADILAH APA PUN..UMno TELAH DITOLAK OLEH ORANG MELAYU YANG CERDIK KERANA RASUAH DAN KRONISME...LAWAN TETAP LAWAN
Umno mahu jadi ‘king maker’ lepas PRU15, enggan agih kerusi dengan PN, kata sarjana politik

PETALING JAYA: Umno mahu menjadi “king maker” sebenar selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15) apabila enggan melayan tawaran kerjasama agihan kerusi dengan Perikatan Nasional (PN), terutama Bersatu kerana berhasrat mendominasi sepenuhnya kerusi majoriti Melayu.
Sarjana Sains Politik, Jayum Jawan, berkata keyakinan itu bersandarkan sokongan akar umbinya yang kukuh sebelum ini, namun ia masih bergantung terhadap sejauh mana parti itu mampu menarik kembali sokongan yang sudah retak selepas PRU14 pada 2018.
“Berdasarkan pemerhatian, kepimpinan Umno sekarang amat lemah, tiada haluan, tiada tarikan, karisma pun rendah. Ibarat sudah retak menanti belah. Umno mungkin tidak dapat menarik kembali sokongan dahulu dan akan berdepan pihak lawan daripada kedudukan lemah,” katanya.
Katanya, besar kemungkinan parti Melayu terbesar itu akan menggunakan nama parti mereka sendiri atau kekal menggunakan lambang Barisan Nasional (BN), berjuang bersama rakan kongsi lamanya, MCA dan MIC.
“Tidak mungkin Umno akan menyerahkan kawasan yang pernah diwakilinya, tetapi hilang pada 2018 kepada mana-mana pihak sama ada rakan mahu pun sekutu dalam PN atau mana-mana parti dalam perikatan lain seperti Pakatan Harapan (PH),” katanya kepada FMT.
Beliau berkata, PH tidak akan menjadi “rakan strategik” Umno pada PRU15, dengan parti itu dikatakan mahu menumpukan kerusi majoriti Melayu, PKR (kerusi bercampur), DAP (kerusi majoriti bukan Melayu), manakala Amanah (campuran/majoriti Melayu).
“Tambahan, jumlah kerusi dimiliki atau dimenangi selepas PRU15 akan menentukan kedudukan setiap parti dalam perikatan parti pemerintah,” katanya.
Hala tuju PAS
Mengulas mengenai hala tuju PAS yang berada di “dua kolam” iaitu PN dan Muafakat Nasional (MN) bersama Umno, Jayum berkata, PAS adalah parti bersifat wilayah kerana tertumpu di kawasan pantai timur semata-mata.
“Nasib PAS yang memainkan peranan agak penting dalam proses pembentukan kerajaan persekutuan dan di beberapa negeri kebelakangan ini bersifat sementara dan kerana kemerosotan parti Umno.
“Dalam keadaan ‘versatile’, PAS tidak menarik sebagai rakan mana-mana perikatan kerana kedudukan dan haluan yang agak berbeza dengan arus perdana politik Malaysia sebagai sebuah negara berbilang etnik,” katanya.
Kelmarin, Pengerusi PN yang juga bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, berkata parti komponen PN mencapai konsensus menyelesaikan pembahagian kerusi yang akan ditandingi di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan segera tanpa BN.
Muhyiddin berkata, ini kerana tiada isyarat daripada Umno dan BN mengenai hala tuju kerjasama gabungan itu.
Malam tadi, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi mengulangi keputusan Perhimpunan Agung Umno 2020 dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) tidak bekerjasama dengan Bersatu pada PRU15.
Katanya, keputusan itu adalah muktamad.
Dalam pada itu, Jayum berkata, PN terutama Bersatu mengorak langkah tepat dengan tidak mengambil jalan tengah untuk duduk bersama Umno dalam menentukan pembahagian kerusi, termasuk membabitkan parti lain dalam komponen berkenaan.
“Pasti Umno ingin mencalonkan orang mereka dalam semua kerusi/kawasan lama, iaitu hampir semua kawasan/kerusi majoriti Melayu di Semenanjung. Berunding dengan rakan dalam PN bermakna Umno perlu melepaskan sebahagian kerusi yang pernah dimilikinya untuk rakan atau sekutu dalam PN. Ini mungkin tidak dapat diterima parti berkenaan,” katanya.
Beliau berkata, tiada guna PN dan Bersatu menunggu berhubung soal menentukan kawasan parti mana akan bertanding.
DUA SOALAN TERHADAP NAJIB
Sehari dua ini nampaknya sibuk benar Najib Razak mempertahankan diri dan keluarganya berhubung isu ubahsuai Seri Perdana.
Bermula dengan mengkritik Mahiaddin Md Yasin kerana meluluskan ubahsuai Seri Perdana sebanyak RM38.5 juta ketika wabak Covid19 sedang melanda negara, kaitan yang ditimbulkan selepas itu memaksa beliau lebih banyak mempertahankan dirinya.
Ia berikutan kenyataan Mahiaddin berkaitan perlunya ubahsuai itu dilakukan yang antaranya adalah disebabkan ada perabot di Seri Perdana telah dibawa keluar oleh Najib atas alasan ia milik peribadinya.
Kemudian, bertebaran pula di media sosial beberapa keping gambar yang memperlihatkan keadaan di Seri Perdana sebelum diubahsuai yang antara lain menunjukkan lantai yang sudah rosak, usang dan ditakungi air.
Tidak cukup dengan itu, ditimbulkan juga kembali berkenaan dakwaan yang pernah timbul pada 2010 lalu tentang kos ubahsuai Seri Perdana sebanyak RM65 juta.
Najib adalah Perdana Menteri ketika itu.
Pada umumnya, semua persoalan yang berlegar di media sosial, baik berkaitan perabot yang dibawanya keluar atau ubahsuai Seri Perdana sebanyak RM65 juta ketika pemerintahannya itu, ianya telah dijawab dan dijelaskan oleh bekas Perdana Menteri itu melalui laman sosialnya.
Sambil memberi penjelasan, tidak lupa Najib terus menyerang Mahiaddin berkaitan ubahsuai itu, termasuk mempertikai tujuan melakukannya jika tiada niat untuk mendiami Seri Perdana.
Berkaitan ubahsuai RM65 juta itu, Najib menegaskan bahawa ia tidak pernah berlaku dan timbul kerana salah faham DAP terhadap Bajet 2011 ketika itu.
Seterusnya, Najib merayu agar janganlah dirinya difitnah lagi dengan tohmahan ubahsuai sebanyak RM65 juta itu.
Tambahan lagi, sebagaimana kita semua sedar, tidak pernah sama sekali didedahkan sehingga ini, baik melalui kenyataan rasmi kerajaan atau jawapan di Parlimen berhubung ubahsuai sebanyak RM65 juta itu.
Ada ada tidak ubahsuai dilakukan Najib itu kekal misteri sehingga kini.
Begitu pun, melalui gambaran yang diberi oleh beberapa kenalan yang pernah berkunjung ke Seri Perdana sewaktu Tun Abdullah Badawi dan Najib menjadi Perdana Menteri, semuanya menyatakan dengan pasti ada perbezaan dari segi hiasan dalaman dan perabot di kediaman itu.
Kata mereka, ketika Najib menduduki Seri Perdana selepas mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 2009, keadaannya begitu jauh berbeza dengan ketika ia didiami oleh Tun Abdullah sebelum itu.
Antara perbezaan yang diingati mereka ialah dari segi warna hiasan dalaman, pilihan perabot dan lampu-lampu.
Dalam hal ini, Najib sendiri dalam penjelasannya tidak pernah menyatakan secara jelas atau berterus-terang tentang sama ada pernah melakukan ubahsuai atau pun tidak sebelum beliau menduduki Seri Perdana.
Yang dinyatakan olehnya hanyalah ubahsuai sebanyak RM65 juta itu sebagai fitnah dan tidak benar.
Jadi, ada dua soalan di sini buat Najib – pertama, pernah atau tidak beliau melakukan ubahsuai Seri Perdana selepas menjadi Perdana Menteri pada 2009 dan kedua, jika ada ubahsuai dilakukan, berapakah kos penggunaan dana kerajaan yang digunakan untuk kerja-kerja itu?Rasa-rasanya tidak susah untuk Najib menjawab dua soalan mudah ini. – ShahbudinHusin 01/10/2021.
PERMOHONAN MAAF KARTUNIS ZUNAR DI ATAS MEMFITNAH PM.
SATU PERMOHONAN MAAF!
Saya dengan ini ingin memohon maaf kepada Perdana Menteri Malaysia kerana telah memfitnah beliau melalui kartun saya yang disiarkan di sosial media semalam. Dalam kartun itu dinyatakan bahawa kos renovate rumah PM ialah RM30 JUTA. Angka ini ternyata tidak benar dan palsu belaka. Kos sebenar ialah RM38.5 juta! Saya, dengan uraian air mata sekali lagi memohon maaf sekiranya kartun saya itu telah melukakan hari PM kita.
Sekian, "Majulah Kartun Untuk Negara"
ANWAR : PERTEMUAN BERSAMA DUTA QATAR, YAMAN, ARAB SAUDI , KUWAIT, AFGANISTAN DAN OMAN SEMALAM..

Semalam menghadiri pertemuan bersama Duta Qatar, Yaman, Arab Saudi, Pakistan, Kuwait, Afghanistan dan Oman.
Perbincangan kami menyentuh perkembangan dan situasi terkini geopolitik dunia serta negara-negara di dunia Islam.


HARAP MUPTI SERBA TAHU MULAKAN DENGAN ZIKIR DONG ZHONG
MOHD MUKHLIS
Harap Dr MAZA Channel dapat mulakan pagi dengan zikir Dong Zong; dapat 15 juta lagi tu. Mana tahu lupa wirid 17 bulan lepas berkhalwat dalam gua. Mungkin hasrat Mopti hendak haramkan Dong Zong ini macam teori lebai, Minoriti 2 kerusi MCA control Majoriti 18 kerusi Lebai.
Demikianlah DAP.. Eh Dong Zong...

ANTARA BERBOHONG MEMBOHONG DAN DIBOHONG


[Antara Berbohong, Membohong dan Dibohong]
1. Kata Pegawai Khas Menteri (PKM) semua benda boleh selesai dengan rundingan dan perbincangan mesra.
2. Cuma bagi saya walaupun rundingan dengan Dong Zong dah dibuat dengan menteri yang menjadi majikan beliau, ada 2 lagi perkara yang belum selesai.
3. PKM pernah menulis bahawa Dong Zong ini pertubuhan rasis cina. Tiba-tiba menterinya semalam menafikannya dalam sidang media. Saya nak tanya PKM ini, siapa yang betul dalam isu ini?
4. Perkara kedua, PKM kata Dong Zong menentang habis-habisan. Menterinya pula kata Dong Zong hanya menentang perlaksanaan bukannya menentang Jawi.
5. PKM pernah menyelar mufti kerana berbohong dalam kuliah agama. Ini menunjukkan beliau sangat benci pembohongan. Maka izinkan saya bertanya, menyatakan Dong Zong sebagai kumpulan rasis cina yang dibuat oleh beliau sebelum ini bohong atau tidak? Jika tidak bohong, adalah menteri majikan beliau pula berbohong bila menafikan sifat rasisme Dong Zong?
6. Dakwaan beliau bahawa Dong Zong menentang habis-habisan Jawi sebelum ini bohong atau tidak? Jika tidak, adakah menteri beliau yang mengatakan Dong Zong hanya menentang perlaksanaan itu pula berbohong?
7. Ataupun mungkin juga kedua-dua kalian yang telah dibohong oleh Dong Zong?
8. Jangan ingat dengan berjumpa dan berbincang mesra semalam semua benda dah selesai. Ada benda yang rakyat nampak makin keliru dan kusut. Itu belum lagi isu Zakir Naik dan Trangender yang mana pertemuan dengan menteri sudah dibuat tetapi apa penyelesaiannya? Isu itu makin berlarutan.
9. Saya harapkan penjelasan dari beliau bagi 2 isu yang belum selesai ini.
Dr Rozaimi Ramle
SATIRA : KISAH NEGARA INI SEPERTI KISAH ISTERI DIROGOL TOK BOMOH
Kisah sepasang suami isteri yang merasakan hidup mereka diganggu oleh makhluk ghaib. Sehinggalah di isteri jatuh sakit dan tak kunjung pulih, mereka mula berasa panik.
Satu hari, mereka pergi berjumpa dengan seorang bomoh yang dikatakan
hebat
dalam hal menghalau hantu dan perkara ghaib ini. Apabila sampai, si bomoh sahkan yang si isteri telah dirasuk. Bomoh pun cadangkan agar sesi berubat dijalankan serta merta kerana takut jadi semakin melarat.Di hari pertama, si bomoh telah meminta si isteri berbaring dalam keadaan telanjang di dalam bilik ketika proses mengubat sedang suaminya diarah untuk tunggu di luar.
Pulang dari berubat, si isteri mengadu kepada suaminya akan apa yang dibuat oleh bomoh. Si suami hanya menjawab "sabarlah. Ini proses berubat. Nak baik tak?"
Tiga hari kemudian, mereka pergi berubat lagi. Kali ini juga si suami disuruh tunggu di luar sementara si isteri dibogelkan dan berbaring dalam bilik. Tapi kali ini si bomoh mula meraba seluruh bahagian tubuh di isteri.
Ketika pulang, si isteri ceritakan lagi kepada sang suami akan perbuatan bomoh tersebut. Sama, si suami hanya minta si isteri bersabar. Mungkin itu memang cara si bomoh mengubat.
Tiga hari berikutnya mereka pergi lagi. Kali ini bomoh pergi lebih jauh. Jadilah si isteri mangsa rogol si bomoh.
Ketika pulang si isteri menangis teresak-esak mengenangkan dirinya yang telah ternoda. Tetapi si Suami tetap buat muka tongong. Marahlah si isteri kerana berpendapat yang suaminya tidak lagi mengambil berat tentang dirinya.
Tapi si suami menjawab "sabarlah. Dirogol bomoh itu lebih baik daripada dirasuk makhluk ghaib itu. Awak kena terima sebab kalau makhluk ghaib itu rasuk, lagi susah nak kawal keadaan."
Sebenarnya tiada pun gangguan. Si isteri tidak dirasuk pun. Tapi sengaja cerita itu direka oleh bomoh dengan tujuan supaya jika dia tertangkap sedang merogol si isteri, lelaki itu tidak marah kerana yakin dia sedang mengubati isterinya.
***
Cerita di atas hanya rekaan semata. Tapi kalau ada yang berasa marah pada si suami, ketahuilah bahawa di suami itu adalah watak yang direka bagi menggambarkan perangai sesetengah orang Melayu.
Watak isteri itu adalah negara ini yang sedang diperkosa oleh BN & PN (watak bomoh). Manakala makhluk ghaib itu pula adalah DAP/DSAI/PH.
Sebenarnya tiada pun bahayanya PH memerintah. Tetapi BN/PN sengaja reka ceritanya supaya rakyat takut dan relakan negara ini mereka perintah walaupun jelas negara menjadi rosak.
Sebab itu kita selalu dengar ayat mereka "asalkan bukan PH/DAP yang memerintah". Sebab unchai sama bodohnya dengan si suami dalam cerita ini.
RENTASAN 979 | PANAS!!! KINI KERAJAAN TERBUKTI PANDANG RENDAH TERHADAP K...
MENARIK DALAM RENTASAN 979
1. ADAKAH KERAJAAN MENGUPAH PERUNDING KLEPTOKRAT?
2. TIADA MAAF BAGIMU BERSATU
3. INI CERITA SEBENAR KLFA
4. PROJEK KELEPET SANA, KELEPET SINI MASIH BERJALAN?
Haaaa....terbaru ..panas darI oven...Zafrul akhirnya dedah Tabung Haji sah diletakkan bawah seliaan Bank Negara

October 2 , 2021
Tabung Haji sah diletakkan di bawah seliaan BNM.
Sebelum itu, parti serba tak tahu menerusi Naib Presidennya memandang serius perkara tersebut, sementara Ketua Pemuda (dengan jari telunjuk ke atas) membantah langkah itu.
Yang peliknya, keputusan bagi meletakkan TH di bawah BNM diputuskan oleh JEMAAH MENTERI yang di dalamnya ada beberapa wakil dari parti tersebut.
Dan yang menariknya lagi, individu tersebut sekarang memegang potfolio Menteri Di Jabatan PM (Agama).
Haa..apa tindakan yang kamu nak ambil sekarang? Berkumpul di Padang Merbok?

WOIII...BANTAH SEBAB APA- PH DAH ATUR ELOK ELOK -KAMU ANTARA YANG "FITNAH" KATA CINA PEGANG...SEKARANG APA MACAM ?

SEKARANG KAMU MENTERI AGAMA KAN...APA YANG SEPATUTNYA KAMU LAKUKAN ? TAK KAN LAH BERDIAM DIRI ?

JOM PADANG MERBOK - KITA YOYA YOYA

UM no TOBAT LAHOM NAK KERJASAMA DENGAN BERSATU- TU KATA ZAHID...
Muktamad! Umno tak kerjasama Bersatu, PN pada PRU15, kata Zahid

PETALING JAYA: Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi mengulangi keputusan Perhimpunan Agung Umno 2020 dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) tidak bekerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Katanya, keputusan itu adalah muktamad.
“Umno juga mengambil pendirian menolak pembentukan gabungan politik dengan Perikatan Nasional (PN) dalam PRU15 dan berdiri teguh untuk memperkasa Barisan Nasional (BN).
“Kesimpulannya, semua ketetapan Perhimpunan Agung Umno 2020 itu adalah berfokuskan PRU15 yang akan diadakan sejurus pandemik Covid-19 dapat ditangani,” katanya dalam catatan di Facebook.
Mengenai kerjasama dengan PN dalam kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob ketika ini, beliau berkata ia demi memastikan kelangsungan pentadbiran kerajaan selepas kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin tumbang Ogos lalu.
Sementara itu, dalam catatan berasingan di Facebook, Zahid berkata, Umno akan mempertahankan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenanginya pada PRU14.
Katanya, perkara itu diputuskan sebulat suara dalam mesyuarat MKT Umno tahun lalu.
Semalam, parti komponen PN mencapai konsensus untuk menyelesaikan pembahagian kerusi yang akan ditandingi di Parlimen dan DUN dengan segera tanpa BN.
Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, ini kerana tiada isyarat daripada Umno dan BN mengenai hala tuju kerjasama dengan gabungan itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)

