UMMNO SEKOLAHKAN PAS TENTANG KEJUJURAN POLITIK

 


Rupanya main dua kolam ada yang halal dan ada yang haram.

Yang halal ialah yang ditandatangani secara sah.

Menarik juga pandangan sahabat saya Ustaz Nik Abduh ini. Menurut beliau PAS memang main dua kolam.

Tetapi secara sah. Maksudnya kolam kolam itu ada logo halal. Atau kolam yang disembelih.

Memang tidak dinafikan, PAS sign MOU dengan UMNO melalui Piagam Muafakat Nasional.

Dalam masa sama PAS adalah ahli berdaftar PN. PN juga sembelihan halal pada PAS.

Pendirian saya tetap sama. Dalam kerjasama politik, sah atau tidak, halal atau sembelih yang penting ialah “Kejujuran politik”.

DR. PUAD ZARKASHI

Ahli MT UMNO

12 Mac 2021.



Sejak awal isu Kalimah Allah yang dimainkan Pas, Umno bukan soal aqidah tetapi politik

 

Sejak awal isu Kalimah Allah yang dimainkan Pas, Umno bukan soal aqidah tetapi politik

KALIMAH ALLAH DAN KONSEP KALIMATUN SAWAA’..

Sejak awal isu Kalimah Allah yang dimainakan UMNO dan PAS bukanlah menyentuh soal Aqidah..Tetapi Politik..Sudah lama Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan Kalimah Allah di dalam Bible mereka..Apa beza sabah Sarawak dengan smenanjung ?

Begitu juga dalam PAS, Sejak awal ada pertembungan antara Almarhum Tg Nik Aziz dan Kelompok Majlis Syura terutama diketuai Harun Din dan kelompok Ashabiyah Melayu seperti nasaruddin Mat Isa.. Tok Guru melihat pada konteks Dakwah.. Manakala kelompok bomoh dan pawang melihat pada sudut ancaman dan fantasi mereka tentang agenda kristianisasi..

Ketakutan Soal Kalimah Allah digunakan kelompok Kristian akan menggugat Aqidah Ummat Islam adalah hujjah dangkal sebagaimana ketakutan kelompok Anti Vaksin mengaitkan Vaksi dengan agenda Yahudi dan Dajjal., Begitu juta Kelompok Ustaz yang asyik bicara soal Kristianisasi, agenda Dajjal , Freemason hatta Iluminati..

Beberapa kes Murtad yang berlaku kebelakangan ini tidak berpunca dari kalimah Allah di dalam Bible pun..Sama dalam Politik UMNO selama ini, dimomokkan dengan Agenda Liberal dan Komunis.. Hakikatnya ianya hanya alat Politik..

Biarpun akhirnya Almarhum TG NIk Aziz terpaksa tunduk dengan keputusan Majlis Syura, Tok Guru kekal berpendirian membenarkan bukan Islam menggunakan Kalimah Allah atas asbab Dakwah..Yakni seruan kepada Islam..

inilah Konsep Kalimatun Sawaa’ yg selalu disebut Almarhum Tok Guru Nik Aziz bukan saja dalam urusan Aqidah..hatta Politik.. Almarhum Tok Guru Nik Aziz menterjemahkan Kalimatun sawaa’ itu di dalam Politik..

Almarhum Tok Guru Nik Aziz selalu mengajak dan menyedarkan manusia, tak kira Kristian..Budha, hindu..kita mesti beriman dengan Allah yang satu.. samaada di dalam masjid,Gereja atau Kuil.. Tapi ini yg gagal difahami kebanyakan Ulama’ dan para Asatizah hari ini..seolah olah kita menggadai prinsip dan Aqidah..

tu sebabnya, Dalam banyak firman Allah.. Ayat yang menceritakan tentang Nabi Nabi terdahulu, Mereka dinisbahkan sebagai Muslim..وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ..

وَوَصَّىٰ بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَا بَنِيَّ إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَىٰ لَكُمُ الدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ..

Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya’qub. (Ibrahim berkata): “Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam”..

(Al Baqarah – 132)

Pada Agama manapun, Selagimana dia Beriman kepada Allah, mereka adalah Saudara kita.. Itu sebabnya dulu Almarhum Tok Guru Nik Aziz, selalu menggunakan seruan “Kalimatun sawa”.. Titik persamaan antara kita dalam Agama dan Politik dan akhirnya menyeru seruan tauhid kepada Allah..

sebagaimana Firman Allah..

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَىٰ كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا..

“Wahai Ahli Kitab, marilah kita(berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun..

Kalau ada dari kita kata, Kita tak boleh biarkan kesesatan mereka menggunakan Nama Allah.. Kesesatan itu boleh berlaku dalam Islam sendiri sebagaimana sifat mendewakan Nabi SAW ke tahap mempertuhankan Nabi SAW….apalagi agama lain..

Sebagaimana Sabda Nabi ﷺ..

لاَ تُطْرُوْنِيْ كَمَا أَطْرَتِ النَّصَارَى ابْنَ مَرْيَمَ، إِنَّمَا أَنَا عَبْدٌ، فَقُوْلُوْا: عَبْدُ اللهِ وَرَسُوْلِهِ..

”Janganlah kamu berlebih-lebihan memuji (menyanjung) diriku sebagaimana orang-orang Nasrani berlebih-lebihan memuji Ibnu Maryam (Nabi Isa). Sesungguhnya aku adalah hamba, maka katakanlah,’Hamba Allah dan Rasul-Nya”

( Riwayat Bukhari )

Tak perlu Ulama, Para Asatizah hatta Zakir Naik berhujjah berjam jam diatas pentas untuk untuk memberitahu kita akan kesesatan Aqidah mereka..soal trunity.. tak perlu bongkar kitab Bible dan Injil.. Cukuplah kita Ummat Islam membaca Al-Quran..Dalam banyak firman Allah.. Allah sendiri gambarkan akan sifat kelompok ali Kitab yang bicara soal nama Allah ini.. Sebagaimana firman Allah..

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ نَزَّلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهَا لَيَقُولُنَّ اللَّهُ ۚ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ ۚ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ

” Dan sesungguhnya jika kamu bertanyakan kepada mereka: “Siapakah yang menurunkan air dari langit lalu menghidupkan dengan air itu bumi sesudah matinya?” Tentu mereka akan menjawab: “Allah”, Katakanlah: “Segala puji bagi Allah”, tetapi kebanyakan mereka tidak memahami(nya)…”

Maknanya sejak kedatangan Nabi SAW, Nama Allah telah digunakan samada Ahli Kitab mahupun kelompok Musyrik..

Jadi tak perlu lah kelompok Ashabiyah bimbang.. Kelompok ini nampak Salib pun takut.. Bani Melayu ni jangan kata nak baca Bible, Nak baca Quran pun malas..termasuk kebanyakan Ustaz sendiri.. 🙂

Tazkirah Jumaat

Ipohmali

12 Mac 2021




Mahkamah Tinggi tolak permohonan Abdul Azeez batal tuduhan rasuah, ubah wang haram


Haaaa...hang cakap pandai masa dalam dewan dulu. Laa..hang dapat habuan untuk menjawab....


Fauzi Suhaimi
Mahkamah Tinggi tolak permohonan Abdul Azeez batal tuduhan rasuah, ubah wang haram
Abdul Azeez berdepan tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berkaitan projek jalan raya di Perak dan Kedah dan 10 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan nilai hampir RM140 juta. - Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim supaya dibatalkan 13 pertuduhan yang dihadapinya berhubung kes rasuah projek jalan raya di Perak dan Kedah, serta pengubahan wang haram.
Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Muhammad Jamil selepas mendengar hujah Timbalan Pendakwa Raya Aslinda Ahad dan peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili bekas pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) itu.
Muhammad berkata, keputusan dibuat selepas menilai alasan yang dikemukakan pemohon (Abdul Azeez) adalah defektik, mala fide dan bertentangan dengan polisi awam, selain bermotifkan politik dan tidak berasas.
Ahli Parlimen Baling itu menghadapi tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berkaitan projek jalan raya di Perak dan Kedah dan 10 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan nilai hampir RM140 juta.
Pertuduhan rasuah didakwa dilakukan di Bank CIMB cawangan Menara UAB, Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur pada 8 Dis 2010, dan di Affin Bank Berhad, Setiawalk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, Selangor pada 13 Jun 2017 dan 10 Apr 2018.
Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Abdul Azeez didakwa melakukan kesalahan itu di Lembah Klang antara 8 Mac 2010 dan 30 Ogos 2018.
Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, dibaca bersama Seksyen 16(a)(A) dan Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda.
Pada 23 Feb lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu, tiga pertuduhan rasuah dan 10 pertuduhan pengubahan wang haram yang dihadapi Abdul Azeez adalah cacat, tidak berasas dan dibuat dengan niat jahat atau mala fide.
Peguamnya, Amer Hamzah Arshad dalam hujahannya berkata, pertuduhan pertama di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM adalah cacat kerana ia menggabungkan dan melibatkan empat projek berlainan dalam satu pertuduhan.


Umno should fight PAS too in GE15, says Tengku RazaleighPas macam pelacur kata Ku Li

Insight Talk | Umno tak boleh berkubur, orang Melayu hilang 'pelindung' ...

EMPAT BUAH PARTI DIYAKINI RAKYAT, PKR TERATAS


HJ HADI MENDERITA “ROHAB”?



RAIS YATIM TAK HORMAT PERLEMBAGAAN, APA PENDIRIAN SEBENAR PM TENTANG UNDI 18?

 

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim meneruskan usaha sia-sia dengan cuba mencari alasan dan helah untuk mengatakan penurunan umur mengundi kepada 18 tahun tidak boleh berlaku.

Rang undang-undang “Undi 18” untuk meminda Perlembagaan telah disahkan oleh kedua-dua Dewan Parlimen pada tahun 2019 melalui suara dwiparti dan diwartakan, walaupun penurunan usia pengundian dan pendaftaran pemilih automatik dilaporkan hanya akan dilaksanakan bermula Julai 2021.

Rais mendakwa pembaharuan itu tidak praktikal kerana kononnya akan memakan banyak masa dan sumber.

Bagaimanapun, SPR telah menyatakan bahawa mereka yakin dapat menjalankan proses yang diperlukan.

Keadaan ini bermakna Rais tidak boleh menimbulkan keraguan terhadap kecekapan SPR.

Beliau juga harus menyedari bahawa RUU Undi 18 telah diterima, termasuk oleh anggota partinya sendiri, terutama anggota Parlimen yang saat ini menjadi Perdana Menteri.

Semakin jelas bahawa Rais hanya cuba mencari alasan supaya Undi 18 tidak dilaksanakan. Sekiranya itu yang dihajatkan, beliau harus memiliki keberanian untuk keluar dan mengatakannya kepada seluruh anak muda Malaysia.

Sekiranya beliau tidak berani, beliau harus menghormati Perlembagaan dan juga proses Parlimen. Beliau perlu menghentikan percubaannya untuk membantutkan pengukuhan demokrasi di negara kita.

Sementara itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin harus menjelaskan pendiriannya terhadap kritikan Rais terhadap reformasi Undi 18.

Saya mencabarnya untuk menunjukkan komitmen dan tidak membubarkan Parlimen sehingga proses pendaftaran pemilih automatik selesai dan rakyat Malaysia berusia 18 tahun layak untuk mengundi.

Saya dapati ada laporan yang mengatakan sebanyak 6 negeri belum mengubah Perlembagaan negeri mereka untuk menurunkan usia pengundian kepada 18 tahun.

Perubahan ini harus dilakukan secepat mungkin untuk mendukung pengukuhan demokrasi di Malaysia — disebabkan hal ini, Perdana Menteri perlu mempercepat pembatalan darurat untuk memudahkan proses ini.

Anak muda Malaysia, terutama kumpulan berusia 18 tahun, harus mengikuti serta menilai tindakan para politikus ini dengan berhati-hati, untuk mempersoalkan apakah demokrasi negara kita berada di tangan yang betul – apabila mereka boleh berbuat demikian.

NIK NAZMI NIK AHMAD

KETUA SETIAUSAHA PENGELOLA KEADILAN

AHLI PARLIMEN SETIAWANGSA.



video : Pesanan Husam Musa Kepada YB Takiyudin Dan Presiden Pas



Datuk Husam Musa memberi nasihat kepada Presiden Pas dan YB Takiyudin dan bertindak sebelum terlambat. Datuk Husam juga menyatakan penyesalannya kepada keterlibatan reformis islam dalam pengkhianatan mandat rakyat pada tahun lalu.


Sepatutnya mereka daripada Parti Islam menunjukkan kompas moral yang betul.

Husam bakal bertanding di Gombak lawan Azmin atas tiket PKR?

 


Husam bakal bertanding di Gombak lawan Azmin atas tiket PKR?

Bekas Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Husam Musa menyerahkan keputusan kepada pucuk pimpinan parti itu, sama ada beliau akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Husam yang juga Ketua Amanah Kota Bharu itu, berkata beliau mengikut arahan yang ditetapkan pucuk pimpinan sekiranya parti berasakan calon muda serta ‘kuat’ lebih sesuai untuk bertanding PRU15 berbanding beliau.

“Sekiranya betul apa yang dispekulasikan, kita tengoklah macam mana…saya ini hanya ikut perintah sahaja. Kalau ada individu yang lebih muda dan kuat daripada saya…saya tak bertanding pun tak apa,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan sumbangan kepada 25 pemandu teksi yang terjejas akibat pandemik Covid-19, hari ini.

Husam mengulas spekulasi di media sosial yang tular baru-baru ini, mendakwa beliau akan bertanding di kawasan Parlimen Gombak di bawah tiket PKR bagi menentang bekas Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang kini ahli Bersatu.




Pembela bidas PAS, UMNO tak berfungsi duduk dalam kerajaan

 Pembela bidas PAS, UMNO tak berfungsi duduk dalam kerajaan

Sepatutnya Umno dan PAS tidak perlu membuat rayuan atau gesaan kepada kerajaan agar penghakiman penggunaan kalimah Allah ke Mahkamah Rayuan, kata Pertubuhan Pembela Islam (Pembela).

Hal itu kerana, kata Pengerusi Pembela, Aminuddin Yahaya, berkata kedua-dua parti terbabit menyertai kerajaan Perikatan Nasional, justeru apa yang perlu dilakukan ialah bertindak segera.

“Mereka (PAS dan Umno) sebahagian daripada kerajaan, jadi sepatutnya mereka terus ambil tindakan, tak payah nak suruh-suruh lagi.

“Menteri agama orang dia (kerajaan) dan banyak menteri-menteri (lain juga wakil PAS dan Umno). Jadi mereka sepatutnya dengan segera (mengambil tindakan), tak perlu merayu-rayu lagi,” katanya.

Menurut Aminuddin pihak yang sepatutnya membuat rayuan ialah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Pembela sebaliknya Umno dan PAS patut mengambil tindakan secepat mungkin.

Aminuddin berkata dalam sidang media Pembela bagi mengulas kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, James Masing, berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

Masing hari ini membidas pemimpin Umno dan PAS kerana menggesa kerajaan merayu keputusan mahkamah semalam. Menurut Masing ahli politik kedua parti itu tidak patut mencampuri urusan kehakiman negara.

Dia juga menganggap tuntutan Umno dan PAS itu sebagai tidak masuk akal.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa kerajaan telah melakukan kesilapan dalam mengeluarkan larangan penggunaan kalimah “Allah” kepada masyarakat bukan Islam pada 1986.

Desak bentuk jawatankuasa

Justeru, mahkamah sama memutuskan seorang wanita Kristian etnik Melanau berhak menggunakan kalimah “Allah” untuk tujuan keagamaan dan pendidikan.

Hakim Nor Bee Ariffin membenarkan tindakan undang-undang oleh Jill Ireland dalam kemelut yang berlarutan hampir 13 tahun.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) petang ini menyatakan kerajaan akan menentukan tindakan selanjutnya selepas menerima penghakiman bertulis berhubung isu berkenaan.

Ekoran keputusan mahkamah semalam Aminuddin berkata Pembela menuntut empat perkara kepada kerajaan.

Pertama katanya Pembela mendesak pihak berkuasa, khususnya majlis agama Islam negeri dan KDN merayu keputusan tersebut ke peringkat lebih tinggi dengan kadar segera.

 

“Kedua, mendesak menteri agama (Zulkifli Mohamad), menteri undang-undang (Takiyuddin Hassan), menteri dalam negeri (Hamzah Zainudin) dan menteri perpaduan negara (Halimah Mohamed Sadique) segera membentuk jawatankuasa khas menangani isu itu serta isu-isu lain yang dianggap cuba untuk merendah-rendahkan Islam.

“Ketiga, Pembela menyarankan setiap organisasi dan persatuan Islam mengambil serius perihal isu ini kerana ia membawa implikasi besar kepada umat Islam dalam negara.

“Dan seterusnya memohon perkenan Raja-raja Melayu selaku ketua Islam bagi negeri masing-masing mengambil tindakan segera untuk membetulkan keadaan supaya Islam tak terus dihina dan dipermainkan,” katanya.

Selain itu, Aminuddin juga berkata Pembela juga akan menganjurkan pertemuan tergempar dengan NGO bagi membincangkan isu kalimah Allah pada Ahad ini.

Justeru Aminuddin berharap semua NGO Islam yang prihatin dapat bersama Pembela menyatakan rasa prihatin mereka.

“Kita juga berharap dari situ kita akan menyusun strategi mengikut lunas-lunas undang-undang dan perlembagan bagi memastikan tidak ada lagi cabaran-cabaran menghakis keabsahan Islam dapat dilakukan,” katanya. 




MASEJ BUAT DIN AYUB

 

MOHD MUFIZ 11


Wakil Rakyat Amanah melompat masuk PKR itu angkara nko dan geng proksi Atoksaka di dlm Amanah nko juga, Din Ayub....kuat dok menjilat Atoksaka dan buat sabotaj di dlm PH bagi pihak Atoksaka dari dlm...

Gini ler senang.....Amanah buat PERATURAN BARU, mana-mana ahli Amanah LOMPAT MASUK PKR, MEREKA DI PECAT DRP AMANAH OTOMATIK....MEREKA HANYA BOLEH LOMPAT MASUK PEJUWANG$$ ATOKSAKA JE,

Statement nko cam ni pun SATU SABOTAJ PH juga, Din Ayub....


Majlis Presiden PH sudah membuat ketetapan mana-mana parti gabungannya tidak boleh menerima ahli parti gabungan yang lain, kata Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub. Dia yang juga naib presiden Majlis Presiden PH dipetik TMI berkata PH turut memutuskan kerusi yang dimenangi wakil rakyat PH yang melompat ke parti lain dalam PH akan kekal ditandingi oleh parti […]
Norshidah Mohd Daud, Mohamood Abdullah Abdullah and 18 others
18 comments
1 share
Like
Comment
Share




 

PARTI PEL BAGAI BANGSA ADALAH PILIHAN RAKYAT MALAYSIA

 

NORMAN RADUAN


PKR adalah pilihan utama... Ia adalah parti masa depan Malaysia...tahniah. Kita sudah bosan/menyampah, puluhan tahun api perkauman dimainkan dlm berpolitik, agama dilacurkan hanya utk kepentingan individu. Akhirnya mereka begitu mudah dijual beli.... kita mahu rakyat Malaysia bersatu hati mengubah nasib Malaysia dgn kepentingan/keistimewaan org Melayu tetap terpelihara.

Kekayaan negara ini mesti dirasai seluruh rakyat Malaysia dari pelbagai kaum. Bukan beberapa kerat politikus yg mengkayakan diri dan keluarga. Enough is enough... org Malaysia bukan bodoh lagi. Org Melayu juga sudah ramai bijak...kita negara merdeka kenapa pemikiran seperti HAMBA... ubah!

 

May be an image of text that says "PARTI POLITIK MANAKAH YANG ANDAAKAN ANDA SOKONG PADA PRU 15? UMNO 10.46% (3,502) PAS 7.58% (2,538) PPBM 5.08% (1,701) PKR 14.41% (4,824) Amanah 7.58% (2,537) DAP 12.06% (4,036) MCA 2.66% (890) MIC 1.22% (408) Gerakan 1.39% (466) Warisan 5.18% (1,733) MUDA 5.32% 1,782) Pejuang 2.16% (724) GPS 2.29% (767) Parti Pembangkang Sarawak 1.69% (565) Parti Pembangkang Sabah 1.51% (504) Tidak Pasti/ Belum ada keputusan 14.27% (4,776) Belum daftar sebagai Pengundi 2.84% (950) Lain-lain 2.31% (774)"