BERGAMBAR: Demi memperkukuh ukhwah dalam PAS saya bertanding – Ahmad Awang

Demi memperkukuh ukhwah dalam PAS saya bertanding – Ahmad Awang
Demi memperkukuh ukhwah dalam PAS saya bertanding – Ahmad Awang

Demi memperkukuh ukhwah dalam PAS saya bertanding – Ahmad Awang

Ketika kenyataan rasmi ini ditulis, saya baru sahaja selesai mengikuti program Global Convention Of Scholars For Palestine yang berlangsung di Beirut selama seminggu bermula 16 Mei lalu.
Mudah-mudahan kenyataan ringkas ini mampu menjawab persoalan rakan-rakan dalam PAS dan rakyat umumnya berhubung sebab dan tujuan saya menerima pencalonan untuk bertanding presiden PAS sesi 2015-2017.

PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang dipandu perlembagaan, telah menetapkan dalam Kaedah 4.8.6, Peraturan-Peraturan Pemilihan PAS 2013 (Pindaan 2014), bahawa “Hanya calon-calon yang mendapat sekurang-kurangnya dua pencalonan sahaja yang layak bertanding di dalam pemilihan kecuali bagi kawasan yang mempunyai kurang daripada lima (5) cawangan dan negeri yang mempunyai kurang daripada 5 kawasan di mana satu (1) pencalonan sahaja sudah memadai bagi Kawasan dan Negeri tersebut”.

Justeru penerimaan pencalonan ini secara asasnya kerana diizinkan bahkan diraikan dalam jemaah yang kita sayangi ini.

Bahkan jika sahabat-sahabat lama PAS masih ingat, pertandingan seumpama ini pernah berlaku antara Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Prof Zulkifli Muhammad sekitar tahun 1956.

Menariknya pertandingan ketika itu menatijahkan kesan yang baik kepada jemaah dan meningkatkan ukhuwah dan mahabah sesama anggota PAS.

Rentetan sejarah positif berikut, saya dengan penuh takzim menggagaskan faktor-faktor utama yang mendorong saya bertanding:

(1) Saya berhasrat – tentunya dengan dokongan semua – ingin mempererat ukhuwah, dan memperkukuh kesatuan ahli bertunjang kasih sayang kerana Allah.

11203106_10203568734573022_5272616631314672631_n 

Perkara ini sudah pasti bermula dengan memupuk kesepaduan dalam kalangan pimpinan sesuai dengan peranan yang disebut dalam Fasal 26 (1) (d) iaitu “Mengambil apa-apa jua langkah yang perlu bagi menjamin perpaduan, persefahaman dan kesungguhan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dalam menjalankan tugas masing-masing”.
PAS perlu menekuni firman Allah dalam surah As-Soff “kal bunyanum marsus”, iaitu seperti binaan yang saling memperkukuh dan menguatkan antara satu sama lain.

Setiap ahli keluarga PAS perlu menginsafi bahawa ‘binaan’ PAS ini tidak dibina dengan hamparan merah. Perit dan jerih silih berganti.
Maka sudah menjadi tanggungjawab semua untuk memastikan ‘binaan’ ini terus utuh demi memikul amanah siasah dan dakwah di bumi Malaysia ini.

Dengan kesatuan ukhuwah ini juga, seluruh saf jemaah dapat memberi fokus untuk menunaikan amanah pentadbiran bagi negeri yang telah PAS menangi seterusnya berusaha memenangi negeri-negeri yang masih belum lagi kita menangi.

Amanah yang dipundakkan di bahu PAS hakikatnya terlalu berat. Hampir mustahil amanah ini dapat dilunaskan jika ahli dan pimpinan di setiap peringkat tidak fokus dan tidak bersatu.

(2) Meraikan perbezaan pandangan lantas mengurusnya dengan hikmah dan bijaksana.

Sebagai sebuah gerakan Islam yang cukup berpengalaman, dan memiliki bilangan ahli yang mencecah jutaan, bukankah perbezaan pandangan itu sememangnya sukar untuk dielakkan?
Mustahil untuk PAS mempunyai hanya satu pandangan sahaja. Ini membuktikan PAS sememangnya sarat dengan potensi dan kebijaksanaan yang perlu diraikan dan diurus untuk manfaat PAS itu sendiri.

Kita tidak mahu lagi PAS dikotak-kotakkan dengan perbezaan profesional dan ulama. Kita juga tidak mahu lagi PAS dijurangkan dengan sentimen ‘anti itu’ dan ‘anti ini’.

Keadaan ini sesuai sepertimana yang diungkapkan oleh Al-Qaradhawi, “Perbezaan pendapat itu tidaklah berbahaya, khususnya dalam soal furuk sebahagian usul yang bukan asas. Akan tetapi yang berbahaya adalah perpecahan dan permusuhan yang telah diingatkan Allah dan Rasul-Nya kepada kita!”

Setiap sosok tubuh ahli PAS itu adalah rahmat yang Allah kurniakan kepada PAS. Maka terpulang kepada kepimpinan sam aada untuk bersyukur atau mensia-siakan peluang yang Allah berikan.

(3) Terus mempersada PAS di arena nasional.
PAS mempunyai 21 Ahli Parlimen dan 83 Adun di seluruh Malaysia. Jika rakyat mahu melihat bagaimana PAS jika diizin Allah memerintah Malaysia, maka 21 Ahli Parlimen dan 83 ADUN inilah yang akan menjadi ‘qudwah’ atau contoh panduan kepada rakyat.

11289452_1066267516735134_6784815681204609770_o 

PAS perlu sentiasa mengiktriaf dan menghargai peranan ahli Parlimen dan ADUN PAS.

Wakil-wakil rakyat inilah yang perlu sentiasa aktif membincangkan polisi-polisi di peringkat nasional dan negeri, mencadangkan pembaharuan kepada Kerajaan, dan perlu bersikap akomodatif kepada tuntutan rakyat.

Selain mengoptimumkan peranan wakil-wakil rakyat PAS, PAS mempunyai ramai lagi tokoh berketerampilan yang boleh dikehadapankan.

Lihat saja sejarah, terlalu ramai pemimpin PAS yang menjadi tulang belakang kepada perjuangan rakyat. Saya percaya inilah harapan rakyat terhadap PAS.
Rakyat mahu melihat kepimpinan PAS terus menjadi peneraju dalam memperjuangkan isu-isu mereka.

(4) Terus aktif berpartisipasi dalam isu-isu internasional.
Pengalaman 17 tahun sebagai Presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM) cukup mendedahkan saya betapa PAS perlu menjadi pendukung kuat kepada agenda pembangunan Islam sejagat.
PAS merupakan antara gerakan yang terkehadapan dalam mengetengahkan Islam di lapangan demokrasi.

Oleh itu saya berhasrat untuk memastikan PAS akan terus aktif menyertai forum-forum antarabangsa bagi berkongsi pengalaman PAS untuk manfaat gerakan Islam sejagat.

Hari ini dunia Islam berhadapan dengan rencam global yang sangat mencabar. Serangan terhadap Islam datang dari segenap penjuru.
Wujud kempen halus yang cuba melabelkan Islam sebagai antidemokrasi dan prokeganasan.

Bahkan terkini, hukuman yang dijatuhkan oleh pihak penguasa Mesir keatas Dr Muhammad Morsi, rakan-rakan seangkatan beliau dan Syeikh Dr Yusuf Qaradhawi juga sudah cukup memperlihatkan kebangkitan Islam dalam pentas politik antarabangsa perlu diurus dengan penuh gagah dan berstrategi.

Maka kehadiran PAS di arena antarabangsa itu sendiri sudah cukup untuk menjadi jawapan kepada seluruh tohmahan negatif ini.
Selama 61 tahun di lapangan demokrasi, PAS terus konsisten mengetengahkan Islam sebagai penyelesaian kepada permasalahan ummah.

Akhirnya, saya melihat bahawa teras kekuatan PAS selama ini ialah ahli yang bersatu padu, mengutamakan perjuangan lebih daripada kepentingan diri dan keluarga serta hala tuju dan matlamat yang jelas sama ada di dunia mahupun akhirat.

Ketika ketiga-tiga ini kembali menyatu dan kukuh, saya yakin dan percaya PAS tidak hanya akan hadir sebagai tiang seri kekuatan Pakatan Rakyat bahkan lebih jauh mampu membuktikan kepada dunia bahawa PAS mampu melaksanakan sebaiknya amanah kepimpinan.

Ini sebagaimana yang disebut Al-Mawardi, “Iqamatiddin wa siayatud dunya bih”, membangunkan agama Allah dan mentadbir dunia dengannya.

LIVE][190515] BM14 - Ustaz Shamsuri Hj Ahmad


ZON KULIAH [LIVE][180515] NE1 - Ustaz Shamsuri Hj Ahmad


KEHANCURAN YANG BERBALOI

18 Mei 2015

CG  BARD

Bila berada dalam keadaan tertekan, siapa pun boleh jadi bertindak di luar batasan, sifir perkiraan menjadi songsang, kesabaran hilang punca, kewarasan menjadi tipis, kemarahan tidak mampu ditampung, tindakan liar tak mampu dibendung.

Itulah yang berlaku di stadium Terengganu malam semalam. Perlawanan di antara pasukan Terengganu menerima kunjungan singa muda dari Singapura untuk timbal semula separuh akhir Piala FA. Perlawanan berkesudahan dengan singa muda layak ke perlawanan akhir Piala FA bertemu Kelantan, dengan pengadilan yang disaksikan berat sebelah.

Bukan sekadar menang-kalah bolasepak, bukan tidak biasa pengadil berlaku tidak adil, ia kerap sahaja berlaku memandangkan FAM itu sendiri tiada kualiti sejak turun temurun maka mutu pengadilan juga agak 'low class'. Bukan sekali keputusan upset luar biasa menjadi ratapan penyokong bolasepak, ia berlaku di mana-mana. Lagi pun ranking bola sepak negara meng'gua' di tangga 167 dunia, dari 199 tangga, apa nak gaduh?

Soalnya mengapa rusuhan itu berlaku? Apakah yang mempengaruhi penyokong sehingga sanggup membakar stadium sultan terengganu? Mereka bukan di bawah pengaruh alkohol, apakah punca mereka begitu berani demi bolasepak tangga 167 dunia?

Dari pengamatan halus saya dan secara logiknya, apabila saluran usus kosong, salur nafas pun sempit dengan tusukan injap jantung yang tidak menentu lantas memacu deras adrenalin negetif. Maka situasi ini menyebabkan kecelaruan dalam pemikiran berpunca dari 'pressure' tinggi pada salur sel-sel otak yang berhubung. Waktu ini jangan kata stadium, malah istana pun boleh terbakar.

Jangan dipandang sebelah mata peristiwa bakar stadium ini, jangan hanya kira dari sudut bolasepak semata, ia masih bukan soal menang-kalah suatu pasukan. Ia soal tindakkan menembusi batas norma.

Hujung tahun 2013, saya pernah menjangkakan bahawa rusuhan besar bakal berlaku pada tahun 2017, iaitu setahun sebelum mandat penggal ke 13 tamat. Punca asalnya ialah penafian demokrasi apabila rakyat tidak diberi pilihan untuk ubah pentadbiran negara. Kesengsaraan ekonomi pula menjadi pencetusnya.

Saya kira, rakyat terbanyak berdepan dengan pelbagai kecurangan ekonomi yang menyebabkan kehilangan kualiti hidup dalam skala yang besar. Duit tak cukup hingga hujung bulan ketika hutang sudah capai 'exceed'. Suami isteri kerja pun masih tak cukup, malah dengan tambahan kerja sebelah malam juga masih tidak cukup makan. Maka tahun 2017 adalah 'klimex'nya.

Namun dari suasana sosio ekonomi rakyat hari ini yang sangat terkesan dengan kezaliman dan penindasan regim pentadbiran negara, ketika rakyat terus dimangsakan di atas kebodohan dan kerakusan pemerintah yang hidup mewah kaya raya, rusuhan besar yang saya katakan berlaku tahun 2017 itu meleset, kerana ia akan berlaku lebih awal dari jangkaan. 

Rakyat semakin tertekan, ia boleh dilihat di mana-mana, di jalanraya, di rumah, di pejabat, di pusat sukan, di rumah mertua. Untuk menghilangkan rasa tertekan, hiburan menjadi rebutan. Lihatlah sekeliling, bukankah negara ini rakyatnya semakin tergilakan pelbagai jenis hiburan?

Satu cara yang betul untuk melepaskan tekanan ialah mencari sasaran sebenar, dan protes lah. Jika perlawanan bolasepak tidak adil, sasarannya ialah badan FAM. Jika kek ekonomi negara dibahagi dengan cara tidak adil, maka protes lah pemerintah. 

Bagi kes di Malaysia, biasanya jalanraya menjadi lokasi pilihan untuk protes. Tidak seperti kebanyakkan negara luar yang memilih bangunan kerajaan termasuklah parlimen sebagai pilihan protes, dan ia ambil masa berminggu.

Ada yang menyindir kononnya rakyat tidak lagi peduli dengan perlawanan di jalanraya. Ternyata telahan mereka tersasar bila himpunan 1 Mei baru-baru ini mendapat sambutan dan bantahan GST menjadi antara faktor utama.

Harus diingat, selama ini himpunan besar seperti BERSIH dan Blackout 505 adalah berkisar bantahan terhadap demokrasi yang disailang oleh regim demi terus berkuasa. Kesannya hanya kemarahan sementara dan kehidupan harus diteruskan. Tetapi bilamana wang poket bocor siang dan malam kena sailang dek regim, saya percaya kesannya terus ke jantung kehidupan seharian ke sebulanan.

Tidak perlu saya cerita pasal kesan GST atau perihal 1MDB yang menyaksikan duit simpanan pergi haji pun dirompak. Bila tiba masanya, tidak perlu jemput rakyat turun ke jalanraya, meraka yang bocor poketnya ini akan turun protes di jalanraya secara automatik, mungkin lebih dari itu. Di sini bermulanya detik revolusi.

Bibit-bibit revolusi bercambah dari hari ke hari. Revolusi kecintaan terhadap tanahair, revolusi kasih sayang di antara kita marhein.

Apakah revolusi itu membentuk kehancuran? Tidak, revolusi itu adalah pembangunan. Padahal negara ini sememangnya sudah hancur dengan hutang hampir mencecah trilion. Hanya tinggal fizikalnya sahaja, isi dan organnya sudah hancur tunggu masa berderai.

Bukan saya minta negara ini hancur, tetapi sudah saya katakan tadi, negara sudah pun hancur. Hanya belum dapat dilihat dengan mata yang nyata. Hanya revolusi mampu menyelamatkan negara.

Kehancuran tidak mampu dielakkan, kita akan bina semula negara ini dengan sistem dan polisi yang baru, ya semestinya polisi sebuah negara rakyat dalam erti kata sebenar. Revolusi itu adalah kelahiran semula.

Ia mungkin satu proses yang panjang. Namun percayalah, ianya berbaloi demi masa depan anak-anak kita.

Percayalah juga, melepasi revolusi penuh kecintaan kepada tanahair ini akan menyaksikan rakyatnya tidak lagi tergamak buang sampah merata-rata, apatah lagi membuang anak merata-rata.

Edy Noor Reduan
Aktivis Blogger
Solidariti Anak Muda Malaysia

TERKINI: Calon presiden PAS di Lubnan menghadiri mesyuarat Palestin



Calon presiden PAS di Lubnan menghadiri mesyuarat Palestin

 NOTE: Pihak suara Pakatandaily akan mengadakan temuramah khas bersama calon Presiden PAS selepas beliau pulang dari Lubnan. Kunjungi :  Suarapakatandaily.com

 

 

Calon presiden PAS di Lubnan menghadiri mesyuarat Palestin

Calon Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang kini berada di Assaha Lebanese Traditional Village, Lubnan menghadiri sidang Connference of Global Palestin, hari ini.
Dalam emel kepada suarapakatandaily, Ahmad turut menghantar foto beliau bersama delegasi Arab lain ke persidangan tersebut.

11009138_1065960030099216_4742147683095102517_nAhmad dijangka pulang ke tanah air dalam beberapa hari lagi untuk memulakan kempen merebut jawatan Presiden PAS selepas mengumumkan beliau mencabar presiden sedia ada, Abdul Hadi Awang.

Bekas Naib Presiden PAS ini dijangka akan memberi tentangan sengit. Tinjauan pendapat daripada beberapa penganalisis politik mendapati sokongan ke atas Ahmad dan Hadi dalam kalangan perwakilan yang akan mengundi di Muktamar Pemilihan Jun depan tidak banyak berbeza.

Ahmad agak ketinggalan dengan 40 peratus sokongan sementara Hadi di depan dengan 60 peratus. Kempen di saat akhir berkenaan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat dan perlaksanaan Hudud di Kelantan dijangka akan merapatkan jurang sokongan dan menentukan siapakah pemenang jawatan presiden.

Walaupun MB Kelantan Ahmad Yaakob pernah berkata tiada siapa yang layak mencabar Hadi namun kalangan profesional PAS berpendapat Ahmad mempunyai kewibawaan setaraf Hadi.

10411757_1065959883432564_7409227448722687649_nBuktinya Ahmad Awang masih diundang ke persidangan antarabangsa mengenai Palestin walaupun telah beberapa tahun tidak menjawat apa-apa jawatan dalam PAS.

Ahmad sebelum ini aktif menyertai dan menerajui pertubuhan-pertubuhan NGO dalam pelbagai bidang khususnya dalam dakwah dan pendidikan.

Di antaranya Persatuan Ulama Malaysia (PUM) selama kira-kira 17 tahun; dan Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan lebih 20 tahun.

Lain-lain pertubuhan yang pernah dipimpin beliau adalah Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah, Persatuan Bekas Pelajar Maahad Al-Ehya’ Ash-Shariff Gunung Semanggol dan Persatuan Pelajar Kolej Islam Malaya.

Ahmad Awang juga pernah menjadi Pengerusi Panel Syariah Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia, Timbalan Pengerusi Panel Syariah Bank RHB, dan anggota Panel Syariah beberapa institusi kewangan yang lain.

Di peringkat antarabangsa, beliau pernah dilantik sebagai ahli Persidangan Agung Dakwah Islam Sedunia Libya, ahli senat Universiti Islam Baghdad Iraq dan ahli Persidangan Himpunan Islam Republik Islam Iran.

Banyak ulama PAS berakhir dalam Umno – Mat Sabu

Banyak ulama PAS berakhir dalam Umno – Mat Sabu
 
Banyak ulama PAS berakhir dalam Umno – Mat Sabu


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, ulama dalam parti itu mendapat penghormatan tinggi di kalangan ahli kerana menunjukkan akhlak yang baik, bukannya disebabkan latar dan kelulusan pengajian agama yang pernah diikuti.

Merujuk kepada dua nama pemimpin tertinggi PAS iaitu allahyarham Yusof Rawa, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Fadzil Noor, Mohamad berkata “tidak kena” jika ada anggota parti menilai seseorang ulama dalam parti berkenaan berdasarkan latar belakang pengajian agama semata-mata.
Bagi Mohamad, status ulama seseorang itu terhasil daripada ilmu, amal dan akhlaknya.

“Kenapa Nik Aziz dihormati? Kerana akhlaknya. Antara akhlaknya yang disegani, apabila mendapat kuasa, beliau kekal hidup amat sederhana bahkan dia menolak hak-hak yang sepatutnya diterima.
“Ertinya beliau buat apa yang beliau cakap. Maka timbulah penghormatan kepada beliau. begitu (juga) orang bukan Islam menghormati Nik Aziz,” katanya.

Balik ‘mengaji’ mahu diiktiraf

Mengenai Fadzil, Mohamad berkata, sehingga akhir hayat ahli politik kelahiran Kedah itu, beliau gigih berjuang menegakkan kebenaran, hak asasi manusia dan menentang akta polis yang mengharam rapat umum.

“Dan penghormatan kepadanya begitu tinggi. Inilah kita minta, siapa nak jadi ulama (dalam PAS) mesti berakhlak begitu, bukan berdasarkan kelulusan. Kamu balik dari pengajian agama, maka hendak diiktiraf ulama? Tak kena,” katanya kepada Malaysiakini.
PAS akan mengadakan muktamar tahunannya di Kuala Selangor pada bulan depan.

Muktamar kali ini memperlihatkan perpecahan ketara sesama ahli PAS apabila berlaku pertembungan dua kumpulan – proulama dan profesional – membabitkan semua peringkat.

Jawatan presiden sendiri menampakkan pertandingan apabila bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia, Ahmad Awang mengesahkan mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mohamad pula bakal berdepan sekurang-kurangnya seorang pencabar untuk jawatan timbalan presiden, iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mohamad berkata beliau mahu ulama seumpama seperti Fadzil dan Nik Aziz ditonjolkan dalam PAS walaupun wujud kecenderungan anggota PAS menilai ulama dalam parti itu berdasarkan latar belakang pengajian mereka semata-mata.

Ulama PAS berakhir dalam Umno

Menurut beliau yang mesra dengan panggilan Abang Mat itu, pujian terhadap tokoh PAS yang telah meninggal dunia dibuat kerana “orang yang hidup kita tak tahu berakhirnya di mana.”

Malah, katanya, ramai ulama dalam PAS berakhir dalam Umno.
“Mereka keras melawan Umno dan meletakkan mereka diri seolah-oleh ulama tapi akhirnya menjadi penentang kepada PAS dan menjadi petugas-petugas Umno,” katanya.

Enggan meramalkan sama ada kumpulan proulama atau profesional bakal menguasai PAS dalam pemilihan parti bulan depan, Mohamad yakin PAS memerlukan gabungan kedua-dua kumpulan ini yang dianggapnya sebagai pendokong dasar Islam.

Katanya, perkara itu bukan satu perkara baru memandangkan sebelum ini kedua-dua kumpulan berkenaan pernah bergandingan sewaktu pentadbiran beberapa orang presiden PAS yang berkelulusan profesional.

“Saya yakin PAS sentiasa ada gabungan ini, dari penubuhan sampai sekarang. Gabungan ini tetap ada, dan diperlukan untuk masa akan datang,” katanya.

Menurutnya lagi, isu pertembungan antara kumpulan proulama dan profesional juga disebabkan mainan media yang mempunyai kaitan dengan Umno untuk memecah-belahkan perpaduan dalam parti.
“Sebab mereka tahu bahawa kalau PAS terus kuat dan bersama Pakatan Rakyat. Umno akan tumbang pilihan raya akan datang. Kalau nak menang, pecahkan Pakatan dan salah satunya (caranya ialah) pecahkan ulama dengan profesional dalam PAS.

“Dalam hal pemilihan PAS, mereka cenderung puak mana menang? Saya yakin Umno bukan sokong ulama pun, tapi mereka nak memecah-belah perpaduan supaya BN kekal menang. Cuma ada di kalangan kita terperangkap dengan permainan musuh ini,” katanya.
Mohamad juga optimis kemelut dalam PAS termasuk isu pertembungan ulama dan profesional bakal selesai dalam muktamar nanti.


Najib sila tunjuk cara 1MDB akan selesai hutang – Rafizi
Najib sila tunjuk cara 1MDB akan selesai hutang – Rafizi

Najib sila tunjuk cara 1MDB akan selesai hutang – Rafizi

PKR hari ini menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan bagaimana syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan menjelaskan pinjaman kepada 6 bank antarabangsa selepas melanggar syarat, ia susulan pendedahan akhbar perniagaan berpangkalan di Singapura.

Business Times Singapura hari ini melaporkan, 6 bank diketuai Deutsche Bank kini dalam usaha memaksa 1MDB menyelesaikan hutang AS$975 juta (RM3.52 bilion) 4 bulan sebelum tarikh akhir penyelesaiannya.

“Datuk Seri Najib Razak wajib memberikan kenyataan segera bagaimana 1MDB bercadang membayar hutang RM3.6 bilion yang boleh dituntut bila-bila masa ini,” kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dalam satu kenyataan hari ini mengenai pendedahan terbaru akhbar tersebut.

Pendedahan terbaru itu juga menurut Rafizi mengesahkan dakwaannya semalam yang mengatakan hutang RM3.6 bilion tersebut diambil dengan memberi cagaran.

“Laporan akhbar Business Times pada hari ini mengesahkan pendedahan saya semalam bahawa hutang RM3.6 bilion ini diambil dengan memberi cagaran simpanan dana AS$1.1 bilion yang kononnya disimpan oleh 1MDB di Bank BSI di Singapura.

“Oleh kerana laporan terkini menyebut dana AS$1.1 bilion ini mungkin tidak wujud, ia mewujudkan keadaan panik di kalangan 6 bank antarabangsa tersebut yang bimbang 1MDB tidak boleh membayar hutang RM3.6 bilion itu,” katanya.

Rafizi juga berkata jika 1MDB gagal menjelaskan tuntutan hutang daripada 6 bank tersebut, ia bermakna syarikat tersebut juga gagal memenuhi tuntutan bayaran bagi semua RM42 bilion hutang dimilikinya.

“Ini bermakna, jika tuntutan bayaran hutang RM3.6 bilion oleh 6 bank antarabangsa ini gagal dipenuhi dalam masa terdekat, 1MDB secara undang-undangnya gagal memenuhi tuntutan bayaran bagi kesemua RM42 bilion hutangnya,” katanya.

Lebih parah lagi, situasi tersebut akan menggugat kestabilan kewangan negara, kata Rafizi.

“Oleh itu, ramalan awal saya bahawa satu hari nanti hutang-hutang 1MDB ini membawa risiko besar kepada kestabilan kewangan negara (systemic risk to the financial system) kini mungkin menjadi kenyataan.

“Ini menafikan jaminan yang dibuat oleh pimpinan Barisan Nasional termasuklah Khairy Jamaluddin yang kononnya 1MDB bukanlah satu risiko kepada kestabilan kewangan negara,” katanya.
Business Times hari ini melaporkan 6 bank tersebut mula risau ekoran dokumen cagaran Brazen Sky didakwa “tidak lengkap” kerana tidak memenuhi syaratnya, dan ini membolehkan konsortium bank tersebut menuntut hutang lebih awal sebelum akhir Ogos.

1MDB yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2009 dikritik hebat apabila mengumpul hutang sebanyak RM42 bilion.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sebelum ini mendedahkan Putrajaya meluluskan kredit sedia ada kepada 1MDB sebanyak RM950 juta dan RM600 juta sudah digunakan.

(Visited 6 times, 1 visits today)

Najib, Janganlah Bagi Malu Orang Bugis!!

shahbudin.com

Perdana Menteri, Najib Razak sudah dua kali berikrar tidak akan menyerah kalah dan akan terus melawan terhadap kritikan dan serangan daripada Tun Mahathir Mohamad.

Selain bercakap mengenainya di Kuala Lumpur lebih seminggu yang lalu,  ketika di Tawau baru-baru ini dengan disaksikan oleh kira-kira 40 ribu hadirin yang kebanyakannya orang Bugis, Najib sekali lagi mengulangi pendirian itu.

Dengan lagak seperti pahlawan Bugis, Najib lalu memetik madah suku kaum itu yang berbunyi:-

Kendali tergantung awan di langit
Telah terlanjur ku bentang layar
Walau badai datang menggunung
Walau berdentum guruh di langit
Walau bumi berkeping dua
Takkan mungkin ku berbalik haluan

Madah ini tidak lain membayangkan Najib bukan saja tidak akan menyerah kalah, bahkan sanggup menghadapi apa saja rintangan untuk mempertahankan jawatannya, sesuai dengan keberanian orang Bugis yang memang diketahui umum sejak sekian lama dahulu.

Tentu saja berdiri bulu roma orang Bugis mendengar kata-kata berani daripada Najib itu. Di sebalik berwajah lembut dan mempunyai bibir kemerah-merahan, barangkali orang Bugis di Tawau amat bangga dengan keberanian Najib itu kerana rupa-rupanya darah Bugis dalam tubuhnya masih belum tercemar jika berdasarkan pada madah yang dilafazkannya itu.

Tetapi hari ini dalam program jelajahnya di Ipoh, apabila Tun Mahathir menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan Najib mengenai 1MDB, ini adalah peluang terbaik untuk Perdana Menteri membuktikan beliau benar-benar seorang Bugis sejati.

Sebelum berlawan dalam episod-episod yang seterusnya dengan Tun Mahathir, kesanggupannya menyahut cabaran debat ini adalah amat penting untuk menentukan keaslian darah Bugis yang mengalir dalam urat nadinya itu.

Program di Ipoh ini adalah jelajah kedua yang dilakukan oleh Tun Mahathir sejak memulakan serangan dan kritikan terhadap Najib. Program jelajah pertamanya telah diadakan di Taman Melawati kira-kira tiga minggu lalu.

Lebih 3,000 menghadiri program ini dengan kira-kira 60 peratus daripadanya ialah ahli UMNO. Kaum Cina dan India juga turut hadir sama. Antara tokoh Perak yahg hadir ialah Radzi Manan, Ketua UMNO Bahagian Kampar, Hamidah Osman, Ketua Wanita UMNO Gopeng, Yahaya Shafie, bekas Ahli Parlimen Pasir Pinji dan Razman Zakaria, Pesuruhjaya Pas negeri Perak.

Menjawab soalan yang ditanyakan oleh Tamrin Tun Ghafar, bekas Ahli Parlimen Batu Berendam yang mahukan kepastian sama ada beliau bersedia berdebat secara terbuka dengan Najib supaya rakyat dapat lebih memahami persoalan mengenai 1MDB yang sedang hangat diperkatakan ramai, Tun Mahathir berkata, "Ada sedikit kebolehan, kalau nak debat pun, oklah," katanya.

Dengan kesediaan yang ditunjukkan Mahathir ini, ia adalah langkah permulaan yahg terbaik untuk Najib membuktikan darah Bugisnya masih asli, belum tercemar dan beliau benar-benar tidak takut dengan segala cabaran sebagaimana madah yang telah dilafazkannya itu.

Ini kerana, jika berdebat atau berforum dengan Tun Mahathir pun tidak berani, bagaimanakah mahu Najib menghadi cabaran, serangan dan kritikan seterusnya daripada bekas Perdana Menteri itu?

Sekurang-kurangnya dengan berani menyahut cabaran debat Tun Mahathir ini, orang boleh saja memaafkan keengganannya berdebat dengan Anwar Ibrahim sebelum ini atas alasan debat bukannya budaya kita. Mungkin ketika menolak cabaran Anwar itu, Najib belum cukup keberanian kerana tidak terjumpa lagi madah Bugis yang boleh membakar semangatnya itu.

Ayuh Najib, kali ini janganlah bagi malu orang Bugis lagi!! (SH 16/05/2015)

ZON KULIAH LIVE NOW 16.5.15 [LIVE][160515] Ustaz Ahmad Fakhrurrazi Zabidi


Achtung! Unser Land ist volbracht!- Awas! Negara kita Hancur.

sakmongkol 47




mein Gott! Wir sind tief in der Scheiße!
Frasa German diatas bermaksud my god, we are in deep shit. Mungkin itulah sentiment  Deutsche Bank pada waktu ini.
Mengikut lapuran, 6 bank yang sedang runsing menuntut 1MDB membayar pinjaman RM3.6 billion 4 bulan lebih awal. Jika mereka menuntut duit mereka sekarang, ertinya, bank2 ini yang di pimpin oleh Deutsche Bank AG yakin bahawa 1MDB akan kaput.
Bank German, maka saya gunakan istilah kaput. Mati. 
DS Nazir Razak, anak Tun Razak yang paling sensible sekali menyatakan bahawa tindakan yang paling bertanggung jawab yang patut dilakukan oleh lembaga pengarah dan beberapa eksekutif 1MDB ialah meletak jawatan. Kemudian biarkan suatu pasukan audit bebas membedah 1MDB.
Deutsche Bank dan Nazir Razak adalah pakar dalam bidang kewangan. Eloklah kita dengar cakap mereka yang pakar. Saya hanya tahu guna atm card dari atm machine bank. 
Setengah orang menjadikan 1MDB atm machine mereka!
Janganlah kita memaafkan mereka hanya kerana mereka Melayu. Ramai lagi Melayu yang jujur dan baik. Buang Melayu jenis ini, ramai lagi Melayu ada. Jika semua 3.2 juta melayu UMNO terjun longkang, ada 15 juta Melayu lain boleh ambil tempat mereka.
Deutsche Bank mencari pencerahan mengenai cagaran yang diberikan kepada nya oleh 1MDB. Cagaran tersebut ialah deposit sebanyak USD1.03 billion dalam bank BSI. 
Apa maksud mencari klarifikasi dan pencerahan? Vatt ist der meaning zeeking un glarifikazion? 
Adakah sekuriti itu tidak ada sebetulnya? Duit sebanyak itu tidak ada? Tak de wang tunai USD1.03 billion? Sudah dibawa lari? Dicuri toyol belaan? Atau telah dikeluarkan oleh sesiapa?
Soalan yang paling popular di Malaysia sekarang ialah siapa yang mengarah duit itu dikeluarkan? Siapa yang mengarah yang mengarah itu?
Atau nilai USD1.03 billion tidak bernilai demikian? Ada berapa? USD500 million?
Jika (1) tidak ada tunai USD1.03 billion atau (2) nilai < USD1.03 billion, bagaimana Deutsche Bank luluskan RM3.6 bilion dan apakah bukti dari BSI yang diguna oleh 1MDB itu tulin atau palsu?
Dalam pasaran sekarang ada pula cerita bahawa pasangan pertama Malaysia  adalah kawan baik kepada pemilik dan isteri bank BSI. Jadi mereka bisik2 kepada pemilik BSI minta bantuan tolong dapatkan pinjaman sindikated tanpa syarat yang ketat. Syarat longgar itu bagaimana bentuk nya? Selonggar mana pula?
Tapi dalam parlimen PM sebagai MK telah memberi jawapan bertulis duit sebanyak USD1.03 billion itu ada dalam BSI. Kita tidak ada sebab untuk tidak mempercayai deklarasi keturunan Bugis ini. Mesti dia bercakap benar. Dalam parlimen  pulak itu. 
Tapi bagaimana Deutsche Bank AG sebagai ketua bank tidak verify sama ada dokumen yang dikemukakan itu tulin dan sempurna? Tidakkah ini bermakna terdapat kolusi antara orang dalam Deutsche Bank AG dengan orang dalam BSI? 
Jika 1MDB bungkus, adakah ini akan menyebabkan cross default dengan peminjam2 lain yakni mengakibatkan peminjam lain pun menuntut perlupusan pinjaman oleh 1MDB?  1MDB ada cukup wang kah untuk membayar pinjaman ini?
Dengan pembelian asset2 1MDB oleh ejensi2 kerajaan yang lain dengan kadar segera dan tersembunyi, menunjukkan bahawa 1MDB sudah habis punca nak bayar. 
Penjualan asset milik 1MDB yang dibelinya semenjak 2009 sehinga sekarang, jika perlu dijual bererti plan pelaburan yang memulakan 1MDB tidak berjaya dan tidaklah mantap. Maka semua cakap2 bahawa plan pelaburan 1MDB mantap dan stratejik semua nya kelentongan kerajaan.
Asset yang mendatangkan hasil hanyalah IPP yang dibeli. Tapi nyata revenue dari IPP tidak cukup. Pelaburan lain semua lambat hasil.
Sebab itu kita lihat 1MDB sekarang sedang sibuk membuat asset stripping. Jual apa yang boleh termasuklah memaksa TNB yang sekarang sedang beroperasi dengan reseb lebihan kuasa 55% membeli IPP yang dimiliki oleh 1MDB.
Dan adakah strateji itu bagus- iaitu menjual asset yang generate revenue semasa untuk 1MDB? Kalau tidak ada IPP ini, apakah sumber pendapatan semasa 1MDB?
Pemajuan tanah akan ambil masa. Apakah option 1MDB?
Saya tahu- kenapa tidak 1MDB beli rangkaian semua kedai nasi kandar dalam negara ini yang generate income bermilion Ringgit sebulan?
1MDB is truly a mess.
Saya bukan nak menuduh- tapi saya rasa semua laci2 wang GLC kita semua sudah terbuka dan dikosongkan. All the drawers at our GLCs are already emptied. Now Najib and his gang of pillagers are looking for after the fact excuses to give to the public.
Semua sudah digeledah dan dipaksa membeli asset atau melanggani bon yang diterbitkan oleh 1MDB. Tigggal lagi PM yang juga menteri kewangan menanti saat bahagia untuk memberi justifikasi mengapa laci2 tersebut sudah dikosongkan kandungan nya.
Tabung Haji, KWAP, EPF, LTAT, bahkan kerajaan negeri pun mungkin dikerah menyelamatkan skendel 1MDB. Kita tungu dan lihat.
Dalam parlimen saya bertanya dan menteri kewangan menjawab bahawa dalam bank bernama BSI-sebuah bank yang kecil sahaja , 1MDB simpan USD1.03 billion.
Mengapa ianya tidak dbawa balik ke Malaysia? PM Malaysia yang juga menteri kewangan menyatakan kalau bawak balik ke Malaysia, pengeluaran setiap RM50 juta mesti mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia.
Saya tdak tahulah, sama ada ini reasoning seorang menteri, PM atau reasoning penyembunyi wang. Biarlah pembaca yang buat pengadilan.
Tiori saya, ialah ianya tidak boleh dibawa balik ke dalam Malaysia ialah kerana ada pihak yang ada lien keatas nya. Yakni tuntutan keatas nya. Mungkin USD1.03 billion itu dijadikan cagaran.
Mengikut lapuran juga, bank statement Brazen Sky anak syarikat 1MDB telah dikemukakan oleh Arul Kanda sebagai proof of funds. Tapi  cerita berikutnya jadi kelam kabut. BSI kata, dokumen yang ditender oleh Arul Kanda kepada consortium bank bukan dokumen asal BSI.
Hah? Ertinya, sebuah syarikat mega seperti 1MDB melalui ejensi Arul Kanda mengemukakan dokumen palsu?
Janganlah pihak 1MDB main menyorok nyorok dengan kita tidak mahu jujur menerangkan perkara yang sebenarnya. Jika di Singapura, pihak MAS- Monetary of Singapore mempunya kuasa besar untuk mengarah dan memerintah mana2 institusi kewangan menjelaskan perkara yang benar, maka dalam negara kita, bank negara sepatutnya mempunyai otoriti yang besar untuk memerintah 1MDB yang membuat transaksi kewangan menjelaskan perkara yang benar.
Saya rasa , sahabat saya yang mengetuai PAC, Mr. PACman mesti berani bertemu dengan Bank Negara dan bersama nya mengarah pengurusan 1MDB to come clean.

GAMBAR DSAI DI MAHKAMAH

VIDEO: Perlaksanaan Hukum Hudud Menurut Sheikh Dr Yusuf al Qardhawi .Dengar apa kata Lim Kit Siang...

 oleh: Al husseyn


Kit Siang menceritakan mengenai expedisinya ke Timur Tengah, berjumpa dengan beberapa pelajar Malaysia disana dan bertukar-tukar fikiran atau pandangan.

 Kit Siang menceritakan apa yg dia baca dan beberapa pandangan yg telah beliau dengar di sana, termasuk pandangan Ketua Kesatuan Ulama Dunia, Syeikh Yusof Qardhawi. 

Cer kita dengo apa yang Ulama No. Satu Dunia , bukan hok NOMBOR DUA, hok NOMBOR  SATU DUNIA khabo - 


Perlaksanaan hudud mengikut Sheikh Dr Yusuf al Qaradhawi (Hudud dalam wacana Feqah Masa Kini Al Jazeera TV 10 Januari 2011)
 Sebelum dilaksanakan (hukum) hudud :
1) Beri makan (terlebih dahulu ) kepada orang yang lapar  
2) Sediakan pekerjaan kepada penganggur 
3) Ajarkan orang yang jahil
4) Dan Latih (para) pekerja9 Mesti lakukan ini sebelum melaksanakan hudud!
Dasar perlaksanaan hudud (ialah) tidak dilaksanakan hudud melainkan apabila kita telah melaksanakan seperti yang telah saya katakan ajaran-ajaran Islam keseluruhannya yang berkaitan aqidah, syariat , akhlak , tatasusila dan nilai-nilai (murni) kita bangunkan masyarakat Islam dalam keadaan ini, kita laksanakan hudud 





 Ikuti transkrip dari rakaman yang diedit untuk memberi tumpuan kepada kenyataan yang amat penting mengenai pra-syarat pelaksanaan hukum Hudud yang dinyatakan oleh Hj Hadi pada 8 Mei 2009 lalu.

Wartawan : Hukum Hudud telah luluskan masa PAS memerintah Trengganu.

Hj Hadi : Apa dia? 

Wartawan : Hukum Hudud telah diluluskan semasa pemerintahan PAS.. 

Hj Hadi : Kita dahulukan yg mana dahulu. Dahulukan masalah, atasi kemiskinan. Hukum Hudud tidak boleh dilaksanakan. Hukum mencuri tak boleh jatuh, kalau gaji minima tak dilaksanakan. 

Wartawan : Disini dia bukan priority , dia bukan keutamaan? 

Hj Hadi : Syarat dia mesti! Nak jatuh hukum mencuri sebagai contohnya, mesti gaji minima kena ada. Kalau dia mencuri kerana gaji tak cukup, tak boleh laksanakan; tak cukup syarat laksanakan hukum ini. Hak tu kena faham!

Wartawan : Jadi maksud dengan permasalahan tu.. 

Hj Hadi : Masalah pengangguran terlebih dahulu diselesaikan, baru dilaksanakan. Itu dia!

Komen al-Husseyn :

Tolong tanyakan kepada Hj Hadi tiga  soalan berikut:

a) Sudahkah masalah kemiskinan dapat diatasi khususnya mangsa-mangsa banjir di Kelantan, yang masih tidak punya kediaman? Yang baru nak memulakan kehidupan baru setelah rumah dan segala harta benda habis musnah. Cucuk tanaman dan ternakan punah ranah...

b) Apakah gaji minima di negara ini sudah dilaksanakan?
Untuk makluman Hj Hadi, yang begitu sayang dan kasihkan mantan MB Selangor, Khalib Ibrahim, dia  telah berjanji akan melaksanakan had gaji minimum mulai awal tahun 2012 dulu melalui semua anak syarikat negeri. 

Berita Kencing ini telah diumumkan oleh beliau ketika membentangkan Bajet 2012 yang bertemakan ‘Selangorku: Hasil Negeri Untuk Rakyat’ pada Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor, pada 9 November 2011. Baca lagi  di sini

c) Kenapa dulu cakap lain, sekarang cakap lain? Bukankah itu merupakan janji kamu sewaktu mahu menghadapi PRU-13? 

Cukuplah saya bertanyakan tiga soalan tu. Itupun dia tentu tidak akan dapat menjawapnya. Macai-macainya yang akan tolong menjawap untuk Hj Hadi nanti pastinya akan melalut yang bukan-bukan...







 Kit Siang sebut, dalam Islam rupanya banyak pendekatan dan pandangan tentang syarat dan perlaksanaan hukum Hudud. 

Maka, beliau bersetuju dengan pandangan bahawa banyak perkara lain yg lebih patut diutamakan sebelum memikirkan tentang Hudud. Pandangan ini selari dengan Dr Maza dan juga pernah dipegang oleh Hj Hadi sendiri. 

DENGAR NI APA KATA DUT...TAK KAN ULAMAK NAK SOKONG?


BAGI MENGGELAR JEBON...ANWARRINAS...DAN APA LAGI....DENGAR APA KATA USTAZ AHMAD AWANG..


Sejarah kekalahan PAS tanpa pakatan politik.Khas buat gang Ulamak dan juga UG....

Sejarah kekalahan PAS tanpa pakatan politik
Sejarah kekalahan PAS tanpa pakatan politik

Sejarah kekalahan PAS tanpa pakatan politik

(FB: Awang Jebon Malaya)

Kalau mahu menilai kehebatan PAS, maka lihatlah keputusan pilihan raya umum 1978, 1982, 1986 dan 1995…..
PRU 1990 susah nak kira kekuatan sebenar PAS kerana bergabung dengan Parti Semangat 46, dan hasil gabungan itu memberi keuntungan yang sangat besar kepada PAS khususnya di Kelantan….

Manakala PRU 1999, 2004, 2008 dan 2013, sokongan terhadap PAS banyak dibantu oleh rakan dalam Pakatan iaitu PKR dan DAP terutamanya di pantai barat.

Sejak PAS bergelar ibu tunggal selepas bercerai dengan Barisan Nasional dalam tahun 1977, Pilihan raya Umum 1978 ialah pilihan raya pertama di mana PAS bertanding sendirian.

Bertanding sendirian

Keputusan PRU 1978, di Kelantan, PAS hanya menang 2 dari 36 Dun yang dipertandingkan, manakala untuk parlimen, PAS menang 2 daripada 10 kerusi.

Di Terengganu, BN menyapu bersih semua kerusi Dun dan parlimen yang dipertandingkan.

Di Kedah, PAS menang 7 daripada 26 Dun, dan gagal memenangi sebarang kerusi parlimen.

Di Pulau Pinang, PAS menang 1 daripada 26 kerusi Dun dan 1 daripada 9 kerusi parlimen.

Hanya itulah saja kerusi yang dimenangi oleh PAS dalam PRU 1978…. Maknanya, di parlimen, wakil rakyat PAS hanya 3 orang sahaja, iaitu 2 dari Kelantan dan 1 dari Pulau Pinang.

Paling malang

Pilihan raya umum 1982….. Di Kelantan, PAS menang 10/32 DUN, manakala untuk parlimen, PAS menang 4/12 kerusi di Kelantan…
Di Terengganu, PAS menang 5/28 kerusi DUN, dan gagal memenangi sebarang kerusi parlimen… Dun yang dimenangi oleh PAS ialah Rhu Rendang (Haji Abdul Hadi Awang), Batu Buruk (Wan Mutalib Embong), Wakaf Mempelam (Mustafa Ali), Manir (Harun Taib) dan Teluk Pasu (Abu Bakar Chik).

Di Kedah, PAS menang 2/26 kerusi Dun, dan menang 1/13 kerusi parlimen.

Di Perlis, PAS menang 1/12 kerusi DUN sahaja.

Hanya itu saja kerusi yang dimenangi oleh PAS dalam PRU 1982…. Di parlimen, PAS hanya ada 5 orang wakil rakyat, iaitu 4 dari Kelantan dan 1 dari Kedah.

Pilihan Raya Umum 1986, PAS menang 10/39 DUN di Kelantan, 2/32 DUN Terengganu, menang 3/28 DUN di Kedah dan 1/12 DUN di Perlis, di Parlimen hanya 1/13 kerusi parlimen negeri Kelantan iaitu di Pangkalan Chepa yang diwakili oleh Allahyarham Hj. Nik Abdullah Arshad, bapa kepada Mohd Amar Nik Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan sekarang… Itulah satu-satunya kerusi PAS di parlimen pada waktu itu.

Kerjasama APU

Pada Pilihan Raya Umum 1990 PAS dapat memerintah Kelantan hasil kerjasama dengan Semangat 46 di mana PAS menang semua 24 kerusi, Semangat 46 menang semua 13 kerusi, Berjasa dan Hamim masing-masing menang 1 kerusi dan BN kalah di semua 39 DUN. Di peringkat parlimen PAS menang kesemua 6 kerusi dan 7 kerusi di raih oleh Semangat 46…. BN kalah di semua kerusi parlimen.

Di Terengganu PAS menang 1 kerusi Parlimen dan satu oleh Semangat 46 dan di DUN Terengganu PAS hanya menang 3/32. Sementara itu di Kedah kemerosotan PAS amat ketara kerana hanya memenangi 1 DUN sahaja.

Pilihan Raya Umum 1995, PAS berjaya mempertahankan kemenangan di Kelantan dengan memenangi 24 kerusi, 12 kerusi oleh Semangat 46 dan BN berjaya merampas 7 kerusi DUN dari 41 yang dipertandingkan. Peringkat Parlimen PAS menang 6 kerusi sementara Semangat 46 menang 6 dari 8 kerusi yang bertanding, iaitu kalah di Peringat dan Jeli.

Di Terengganu PAS masih mengekalkan satu kemenangan di Parlimen Marang.

Barisan Alternatif

Pilihan Raya Umum 1999 merupakan lonjakan pengaruh PAS di seluruh negara ekoran perpecahan UMNO apabila Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden UMNO. PAS Kelantan meningkatkan kemenangan kepada 41/43 DUN. Pilihan raya kali ini PAS bekerjasama melalui Barisan Alternatif (BA) iaitu melibatkan DAP, Parti Keadilan Nasional (Keadilan) dan PRM. Di Kelantan Keadilan tidak bertanding di DUN dan hanya bertanding 3 Parlimen dengan memenangi kesemuanya sementara PAS bertanding 11 Parlimen tetapi tewas 1 iaitu di Gua Musang.

Kejayaan pilihan raya atas nama BA juga membolehkan PAS memerintah Terengganu apabila memenangi 28/32 kerusi DUN dan kesemua 8 Parlimen yang mana Parlimen Kemaman di wakili oleh Keadilan. 
Bagi negeri-negeri lain kerjasama BA telah berjaya memenangi 8 DUN di Pahang ( 6 PAS, 1 DAP, 1 Keadilan ), di Selangor 6 DUN (4 PAS, 1 DAP, 1 Keadilan), di Kedah 12 DUN PAS dan 8 Parlimen PAS, di Perak 4 DUN (2 PAS, 1 DAP, 1 Keadilan) serta 3 Parlimen ( 2 PAS, 1 DAP ), di Pulau Pinang 2 DUN (1 PAS, 1 DAP) dan satu Parlimen,di Perlis 4 DUN PAS.

Pada Pilihan Raya Umum 2004 BA hanya disertai oleh dua Parti Politik iaitu PAS dan PKR kerana DAP telah menarik diri dari BA. Pertukaran kepimpinan BN dari Dr Mahathir kepada Abdulah Ahmad Badawi mewujudkan senario baru iaitu pengundi ingin melihat perubahan selepas era Dr Mahathir.

Suasana ini meninggalkan kesan kepada BA dengan jatuhnya kerajaan PAS Terengganu yang hanya memenangi 4/32 DUN, di Kelantan 23/21 dan memenangi 6 kerusi Parlimen, di Pulau Pinang hanya memenangi 1 DUN. Di Perlis juga 1 DUN, di Kedah 5/36 dan peringkat Parlimen hanya 1/15.

Namun PAS mencatat sejarah baru apabila kali pertama memenangi 1 DUN di Johor di DUN Senggarang yang di wakili oleh Dr. Ramli bin Mat Kari yang menang tanpa bertanding. Bagi negeri-negeri lain yang pernah meraih kemenangan pada pilihan raya 1999 kecundang untuk mendapat sebarang kerusi sama ada PAS atau pun Parti Keadilan Rakyat.

Pakatan Rakyat

Tsunami politik telah melanda Malaysia dalam pilihan raya umum ke 12, Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PAS, PKR dan DAP telah berjaya memerintah 5 negeri, mengekalkan Kelantan, membentuk kerajaan di Kedah, Selangor, Perak dan Pulau Pinang disamping itu menafikan majoreti 2/3 di Dewan Rakyat yang tidak pernah berlaku dalam sejarah sejak 11 kali pilihan raya umum diadakan.

 Gabungan Pakatan Rakyat memenangi 82 kerusi Dewan Rakyat daripada 222 yang di pertandingkan 11/15 di Kedah, 12/14 di Kelantan, 1/8 di Terangganu, 11/13 di Pulau Pinang, 11/24 di Perak, 2/14 di Pahang, 10/11 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 3/8 di Negeri Sembilan, 1/6 di Melaka, 1/26 di Johor, 1/25 di Sabah dan 1/31 di Serawak.

Sementara itu sebanyak 197 kerusi Dewan Undangan Negeri menjadi milik Pakatan Rakyat daripada 505 yang dipertandingkan dengan pecahan PAS 84, DAP 73, PKR 40.

 Suasana ini memperlihatkan bahawa Pakatan Rakyat berjaya menghantar wakil ke dalam semua Dewan Undangan Negeri sepertimana pecahan berikut, 2/15 di Perlis, 22/36 di Kedah, 39/45 di Kelantan, 8/32 di Terengganu, 29/40 di Pulau Pinang, 31/59 di Perak, 4/42 di Pahang, 36/56 di Selangor, 15/36 di Negeri Sembilan, 5/28 di Melaka, 6/56 di Johor, 1/60 di Sabah.

Pasca Pakatan

Begitulah kehebatan PAS…. Orang yang kata PAS boleh berjuang sendiri dan tak perlu bergabung dengan parti lain, jentera pilihanraya PAS paling hebat dalam dunia, PAS boleh hidup sendiri, itu semua kenyataan dari orang yang baca sejarah…..

Wakil Rakyat PAS yang mendabik dada kononnya kemenangannya dalam pilihanraya adalah kerana kekuatan PAS, bukan kerana pertolongan dari PKR dan DAP, itu kenyataan yang bongkak, angkuh, dan bodo-sombong.

Haji Hadi dan lebai-lebai yang semazhab dengannya hanya seronok menjadi pembangkang, dan tidak pernah bersedia untuk jadi pemerintah, manakala kuncu-kuncu di peringkat bawah pula hanya seronok menyokong PAS sebagai parti pembangkang sahaja…

Seronok sokong pembangkang ni… Lebih-lebih lagi pembangkang yang pakai jaket ulamak Islam…. Sokong parti pemerintah tak seronok….

Apatah lagi jika kemenangan itu hasil gabungan dengan orang yang gila kuasa seperti Anwar Ibrahim dan parti kapir seperti DAP…. PAS tak mahu…. PAS tidak gila kuasa… PAS tak mahu jadi pemerintah….


Ulamak PAS tidak bersedia…. Tok lebai PAS cuma mahu glamour sebagai tokoh pembangkang sahaja…. Sebahagian penyokong PAS dari jalur UG  hanya mahu menyokong PAS sebagai parti pembangkang sahaja… Haji Hadi ialah seorang agamawan, tetapi dia bukan seorang negarawan.

Saya mengundi dalam pilihanraya dengan harapan untuk memilih samada mengekalkan kerajaan atau menukarkannya….

Saya bukan mengundi sekadar untuk memilih wakil rakyat pembangkang yang sedap ceramah. Saya akan mengundi parti yang diketuai oleh orang diyakini mampu menjadi Menteri Besar atau Perdana Menteri jika partinya menang pilihanraya.

 Errrrrkkkk...glupppppp........

Parti IKATAN, pimpinan Kadir Sheikh Fadzir dilancar

Parti IKATAN, pimpinan Kadir Sheikh Fadzir dilancar
Parti IKATAN, pimpinan Kadir Sheikh Fadzir dilancar

Parti IKATAN, pimpinan Kadir Sheikh Fadzir dilancar

Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini ‎melancarkan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), yang didakwanya bukan pro-pembangkang atau kerajaan.

Berwajah baharu dengan lambang berwarna merah-putih, parti itu menggunakan simbol perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra mengangkat tangan semasa melaungkan kemerdekaan, di tengah bulatan berwarna kuning, dan bertemakan “Bersatu Maju Adil Bahagia”.

“Alhamdulillah selepas bertungkus lumus lebih 2 tahun dan dengan bantuan suatu perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, akhirnya Ikatan sudah pun didaftar,” kata Kadir merangkap presiden Ikatan, dalam ucapan perasmian di Hotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan, dengan kira-kira 300 hadirin.

Turut hadir beberapa tokoh politik dan pemerhati, termasuk Pengerusi Yayasan Kebajikan Sosial, Tan Sri Robert Phang dan bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times Press, Datuk A ‎Kadir Jasin‎.‎

“Kita bukan pro-Barisan Nasional dan kita bukan pro-pembangkang, tetapi kita pro roh pemimpin mulia yang sudah, pro-rakyat dan pro-generasi akan datang.

“Kita juga bukan parti untuk pilihan raya akan datang,” kata Kadir.
Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno itu menubuhkan Ikatan pada Jun 2012, tetapi menunggu lebih 2 tahun mendapatkan kelulusan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Pada Februari 2013, Kadir mengheret RoS ke ‎Mahkamah Tinggi bagi mendapatkan perintah mengarahkannya meluluskan pendaftaran parti berbilang kaum itu.

Menekankan isu rasuah dan salah laku pemimpin kerajaan sebagai perjuangan utama Ikatan, Abdul Kadir bagaimanapun enggan mengulas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kebelakangan ini mengkritik isu pentadbiran negara, terutamanya skandal 1MDB.

“Kita parti baru nak lancar. Mengenai isu itu saya ingat kita tunggu segala siasatan yang dilakukan.

“Jika perdana menteri salah, maka salahlah dan dia akan dihukum. Kalau dia tidak salah apa kita nak buat,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Ikatan.

Beliau juga menggesa agar siasatan 1MDB dipercepatkan dan memberi tempoh sebulan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) menyiapkan hasil siasatan kerana ia banyak merugikan negara.

Beliau juga mengambil jalan tengah dan enggan mengkritik kepimpinan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak secara terbuka.‎

“Saya tidak mahu komen peribadi. Kita tidak akan serang peribadi dalam memperjuangkan sesuatu isu tetapi kalau ada bukti salah, salahlah. Tak perlu jadikannya isu peribadi,” katanya.

Katanya, Ikatan bukan sebuah parti pilihan raya akan datang, dan hanya akan membuat keputusan sama ada mahu bertanding bila sampai waktunya.

Mengenai hala tuju, katanya parti itu akan lebih banyak mengulas mengenai isu semasa dan bebas menyokong mana-mana pihak yang dirasakannya benar.

Ikatan juga katanya akan dilancarkan secara besar-besaran dan memperkenalkan pemimpin parti peringkat negeri semasa Hari Malaysia pada 16 September ini di Putrajaya.


Katanya, pemimpin Ikatan setakat ini adalah muka baru dan masih berusaha menarik ahli politik lain serta merekrut ahli baru masuk mendaftar.

“Ramai (pemimpin) nak sokong tetapi takut tidak dapat kontrak dan dikenakan tindakan Akta Hasutan jadi saya lebih rela dengan ramai muka baru,” katanya.‎

Selain Kadir, pemimpin tertinggi parti itu dianggotai Naib Presiden Tunku Muinuddin Putra Tunku Nerang Putra yang juga cucu kepada Tunku Abdul Rahman.

Seorang lagi Naib Presiden Datuk Tony Looi, dan Ketua Penerangan Ikatan Tunku Prof Dr Fauzi Tunku Abdul Malek yang juga cucu saudara Tunku Abdul Rahman.

Abdul Kadir, menjadi ahli Umno selama 56 tahun mengisytiharkan keluar parti‎ pada Mac 2012 selepas mengkritik pentadbiran kerajaan dan parti yang semakin lari daripada perjuangan asal.

Mat Sabu yakin kekal kerusi Timbalan Presiden PAS

Mat Sabu yakin kekal kerusi Timbalan Presiden PAS
Mat Sabu yakin kekal kerusi Timbalan Presiden PAS

Mat Sabu yakin kekal kerusi Timbalan Presiden PAS

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yakin Pakatan Rakyat akan lebih kuat jika beliau terus diberi peluang berkhidmat sebagai orang nombor dua dalam parti sambil dibantu oleh rakan-rakan lain dalam PAS.

Mohamad juga berkata beliau yakin pemilihan kepimpinan parti di Kuala Selangor bulan depan akan menyumbang kepada kebangkitan gabungan pembangkang itu bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Lepas pemilihan ini, kita akan lihat Pakatan Rakyat lebih kuat sebab adanya saya di situ dan rakan-rakan lain. Kalau tidak, saya tidak akan menawarkan diri sebab saya yakin.

“Saya yakin Pakatan Rakyat akan lebih kukuh dengan adanya orang seperti saya. Kita tak kompromi soal dasar parti,” katanya yang enggan mengulas tokoh mana yang akan menang bagi jawatan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ahmad Awang.

Beliau menjawab soalan berkaitan tanggapan umum bahawa keputusan pemilihan bakal mempengaruhi nasib Pakatan Rakyat selepas ini, ketika diwawancara dengan Malaysiakini.

Pada masa yang sama juga, beliau menyatakan keyakinannya seratus peratus mempertahankan jawatan yang disandangnya itu sejak dua penggal lalu apabila ditanya mengenai tahap keyakinannya.

“Saya yakin (mempertahankannya dengan) peratusan yang tinggi,” katanya yang mesra dipanggil Abang Mat.
Diasak wartawan untuk menyatakan peratusannya, tokoh PAS berhenti sejenak untuk mencongak kekuatan sokongannya.

‘Pakatan bawa perubahan’

“Seratus peratus?,” tanya wartawan yang kemudiannya beliau menjawab: “Ya.”
“Seratus peratus?” wartawan mengulangi pertanyaannya dengan nada teruja. Mohamad kemudiannya mengiyakan keyakinannya itu beberapa kali, “Ya, ya, ya.”.

“Saya yakin perwakilan akan pilih (pemimpin) mereka yang nak pertahan dasar PAS dan juga nak bersama terus dengan Pakatan Rakyat,” katanya lagi.

Dalam pemilihan PAS kali ini, pemimpin PAS itu berdepan dengan saingan empat penjuru dengan tiga lagi pemimpin kanan PAS turut dicalonkan mencabarnya.

Mereka ialah dua naib presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa. Seorang lagi ialah Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. Bagaimanapun setakat ini, ketiga-tiga pemimpin itu belum menyatakan persetujuan melawan Mohamad.

Pada masa yang sama juga, beliau bagaimanapun menganggap krisis atau kemelut dalaman PAS sebagai “perkara biasa” menjelang pemilihan parti dan optimis ia “akan beransur pulih” selepas pemilihan parti itu kelak.

Di samping itu, Mohamad berkata dalam tempoh enam bulan selepas pemilihan, akan meperlihatkan kesatuan anggota kepimpinan PAS pusat menjadi satu kumpulan “yang boleh bekerjasama” dengan parti dalam Pakatan Rakyat.
“Contohnya siapa saja di antara (pemimpin PAS) yang bertanding itu yang melihat Pakatan Rakyat itu, satu ‘vehicle’ yang baik untuk membuat perubahan.

“Saya tak kata bahawa Pakatan Rakyat tidak ada masalah, setiap parti ada masalah. Tapi objektif bersama yang penting. Dialog berterusan mesti jalan,” katanya.

‘Tak boleh gerak sendirian’

Mengulas lanjut, Mohamad, yang pernah ditahan ISA, berkata Pakatan Rakyat tidak mampu untuk menawan mana-mana negeri jika ketiga-tiga parti dalam Pakatan bergerak sendirian.

“Ada Pakatan Rakyat baru boleh mencapai kemenangan. Ini sudah dibuktikan di lima buah negeri. Sebab itu saya yakin, apa jua kemelut pun, akhirnya menjelang hari muktamar, perwakilan akan memilih mereka yang memelihara Pakatan Rakyat,” katanya.
Mengulas dakwaan kempen kotor menjelang pemilihan parti, Mohamad menganggap ia “satu fenomena baru yang sementara” kerana pihak yang terbabit menyuarakan padangannya tanpa mengetahui sejarah parti perjuangan, politik negara, dan perihal kaum dan lain-lain.

Beliau turut mengulangi misi dan visinya untuk mempertahankan Pakatan Rakyat dan melebarkan pengaruh PAS kepada bukan Melayu dan Islam khususnya masyarakat Cina, India serta mahasiswa dan NGO.

Ekoran popularitinya di kalangan masyarakat Tionghua yang sangat baik, Mohamad berkata beliau sering mendapat undangan dan jemputan makan malam khususnya bersama-sama dengan mereka.
“Jiwa orang bukan Islam atau orang Islam (sendiri) melihat kebenaran, melihat soal keikhlasan, soal perjuangan. Kita kata menghormati orang yang bercakap, dan dia bersungguh dalam apa yang dia cakap. Ini lumrah manusia.

“Barangkali orang bukan Islam khasnya orang Tionghua, dia lihat saya bercakap semasa belum jadi MP, semasa jadi MP dan lepas jadi MP. Komited kita menentang rasuah penyelewengan dan penindasan itu berterusan. Tak kira kaum. Misalnya kes Teoh Beng Hock apabila dia dizalimi,” katanya.