Tiada rancangan menghadap Agong, kata PH Melaka


(Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) Melaka tidak bercadang untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berhubung perkembangan politik terkini yang berlaku di negeri itu..

Pengerusinya, Adly Zahari berkata, fokus ketika ini adalah untuk membawa isu pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) ke mahkamah bagi mempertikaikan proses dan fakta pembubaran.

Bekas Ketua Menteri itu berkata, ia termasuk menghormati Perkara 19(2) perlembagaan negeri.

“Pakatan Harapan Negeri Melaka setakat ini tiada rancangan bertemu Agong. Fokus kini untuk membawa pembubaran DUN ke mahkamah bagi mempertikaikan proses dan fakta pembubaran termasuk menghormati Perkara 19 (2) Perlembagaan Negeri Melaka,” katanya di Facebook.

Semalam, media melaporkan semua 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong PH dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.

ADUN Pengkalan Batu Norhizam Hassan Baktee berkata, kesemua mereka akan ke Istana Negara untuk menghadap baginda bagi menyelesaikan krisis pembubaran DUN Melaka, menurut laporan Berita Harian.

Terdahulu, Adly pada sidang media semalam menegaskan pengisytiharan darurat untuk menangguhkan pilihan raya negeri (PRN) hanya akan mewujudkan persepsi negatif dan kesan buruk terhadap negeri dan rakyat.

Beliau berkata, ini kerana Melaka baharu sahaja memasuki Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan tidak seharusnya mengambil tindakan ke belakang yang akan merosakkan ekonomi.

Rauf akhirnya mengaku berunding secara gelap dengan Dap di Melaka


Panas! Rauf akhirnya mengaku berunding secara gelap dengan Dap di Melaka

Akuan bersumpah (SD) yang ditandatangani oleh 11 ahli dewan undangan negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) dan empat ADUN kerajaan mencadangkan nama seorang bekas Ketua Menteri, diangkat menggantikan Ketua Menteri ke-12, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali.

Perkara itu didedahkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh sebentar tadi, melalui wawancara secara dalam talian.

Meskipun tidak menyebut nama individu berkenaan, ia dipercayai merujuk kepada ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron yang turut mengetuai gerakan menumbangkan kerajaan negeri pimpinan UMNO.

Ab. Rauf turut berkata, Barisan Nasional (BN) sudah melakukan yang terbaik bagi menjaga kestabilan politik di Melaka, yang mana satu perbincangan bersama DAP telah dilakukan untuk menawarkan tawaran seperti mana diumumkan Sulaiman ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) bulan lalu.

“Saya tahu gerakan yang berlaku, apa jua mesyuarat telah dibuat, saya juga dapat maklumat. Malah saya juga melihat SD yang telah ditulis, meminta salah seorang bekas Ketua Menteri menjadi Ketua Menteri.

“Tawaran itu dibuat secara rasmi pada sidang DUN, jadi saya membentangkan kenapa perlu meruntuhkan kerajaan negeri? Dan bersama-sama hope for the best untuk tidak menjejaskan kestabilan politik di negeri ini,” katanya.

Terdahulu, teka-teki pergelutan politik di Melaka terjawab apabila empat ADUN yang disebut-sebut terlibat, telah mengumumkan penarikan sokongan mereka, Isnin lalu.

Selain Idris, yang lain ialah ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee; ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad dan ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan.

Dalam pada itu, Ab. Rauf menambah, DAP negeri bagaimanapun enggan menerima tawaran tersebut, meskipun sudah mengakui menerimanya ketika sidang DUN berlangsung.

“Saya cakap terus-terang, saya mewakili BN berunding dengan DAP dan menawarkan beberapa solusi. Tetapi adalah malang kita melihat, ia tidak diterima oleh pemimpin utama DAP negeri.

“Kenapa kita perlu gegarkan Melaka dengan gerakan serang hendap terancang? Saya berterus-terang memang ada perbincangan secara tidak rasmi malam sebelum kejadian,” jelasnya.

Siapa menang sekiranya MN terkubur?

 


Penganalisis sukar meramalkan sama ada perpecahan akan menguntungkan Umno atau Bersatu, namun mereka bersetuju PAS akan terjejas kerana hilang sokongan Umno dan penyokongnya.

PETALING JAYA: Siapa akan menang sekiranya Muafakat Nasional (MN) yang menjadi pakatan antara Umno dan PAS terkubur sebelum pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan?

Perpecahan mungkin berlaku sebelum pilihan raya, namun penganalisis sukar meramalkan sama ada ia akan menguntungkan Umno atau Bersatu.

Bagaimanapun mereka bersetuju PAS akan terjejas kerana hilang sokongan Umno dan penyokongnya.

Selasa lalu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata, mungkin sudah tiba masanya untuk “beralih” daripada pakatan yang dibentuk dua parti itu pada 2019 kerana Umno tidak lagi boleh berdepan dengan ketidaktentuan MN dalam persiapannya berdepan PRU15.

PAS juga adalah sebahagian daripada gabungan Perikatan Nasional (PN) dipimpin Bersatu, namun pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) lalu, Umno membuat ketetapan untuk tidak akan bekerjasama dengan Bersatu dalam pilihan raya.

Dalam keadaan tersepit di tengah-tengah, PAS berkata, ia akan menyokong penyandang di kawasan pilihan raya yang menyaksikan pertembungan antara Umno dan Bersatu.

Felo Majlis Profesor Negara (MPN) Jeniri Amir memberitahu FMT bahawa beliau percaya sekiranya Umno lebih sensitif terhadap sentimen rakyat, ia tidak lagi memerlukan sokongan daripada parti Islam itu.

“Pada 2019, apabila mereka mengadakan pakatan selepas PRU14, persepsi rakyat terhadap Umno tidak begitu baik,” katanya.

Jeniri Amir.

“Tetapi ia berubah. Kedudukan parti itu lebih baik sekiranya memutuskan untuk berdepan pilihan raya umum tanpa PAS.

“Secara peribadinya, saya tidak melihat alasan PAS di sebalik sokongannya terhadap Bersatu memandangkan ia tidak mempunyai jumlah kerusi yang sama atau jentera yang kuat seperti yang dibina oleh Umno selama ini.”

Katanya, perpecahan secara rasmi akan memudahkan Ismail Sabri Yaakob dan pentadbirannya memandangkan mereka tidak perlu lagi memenuhi kehendak PAS.

“Umno ialah parti nasionalis, manakala PAS pula parti Islam. Perpecahan akan membantu Umno apabila pada masa itu ia mungkin dilihat sebagai lebih sederhana,” katanya.

Bagaimanapun bekas ahli akademik Azmi Hassan berkata, perpecahan itu akan lebih menguntungkan Bersatu.

“PAS dan Umno akan rugi besar jika MN tidak dipertahankan memandangkan ia terbukti berhasil berdasarkan apa yang dilihat dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini,” katanya.

Azmi Hassan.

Beliau merujuk kepada pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Kecil dan Cameron Highlands pada 2019 apabila jentera gabungan dua parti itu berjaya memberi kemenangan kepada calon sekutu mereka.

“Bersatu akan menang daripada semua keadaan ini memandangkan ia amat memerlukan sokongan PAS sekiranya calon parti itu berdepan dengan Umno,” kata Azmi.

Namun katanya, ia tidak mungkin memberi kesan kepada pembangkang “memandangkan Umno, PAS dan Bersatu mempunyai banyak pertindihan penyokong” dan mereka tidak mungkin beralih daripada ketiga-tiga parti itu.

DIA PERFORM MASA JADI PEMBANGKANG- BILA JADI KERAJAAN DIA JADI PEMBANGGANG. APA DIA BUAT PUN TAK TAU-KES ADIB DULU DIA SAKAN SEKALI LAM DEWAN...

 

Panas! Fatihah kata Zailah tak perform sebagai Timbalan Menteri


Panas! Fatihah kata Zailah tak perform sebagai Timbalan Menteri



KEGAGALAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA & MASYARAKAT

Terang lagi bersuluh Kementerian Wanita adalah kementerian yang paling kurang perform baik dari pelaksanaan dasar sehinggalah ke sesi soal jawab lisan dan penggulungan di Parlimen.

Hari ini Timbalan Menteri menjawab bagi Kementerian Wanita. Entah bagaimana timbalan menteri seorang ini melihat soalan-soalan yang diajukan oleh YB2 lain sebagai satu bentuk serangan. Jawapan yang diberi agak beremosi dan lebih kepada membaca skrip.

Padahal sesi penggulungan ini adalah penting kerana ianya RMK-12 yang melibatkan perancangan kerajaan dalam jangka masa 5 tahun. Ini sudahlah beremosi, kemudian menutup floor untuk diajukan soalan.

Yang terpaling gagal lagi apabila disoal oleh YB Hannah Yeoh & YB Kasthuri Patto bila RUU GANGGUAN SEKSUAL akan dirangka dan dibentangkan di dalam dewan, dijawabnya “kamu dulu timbalan menteri kenapa tak buat?”. Dia hilang ingatan ke yang dulu dah nak dibentang tapi disebabkan langkah Sheraton terbantut semua.

Kesimpulannya, jawapan/penggulungan oleh Rantau Panjang tidak lain hanyalah adalah bersifat emosi, dendam dan membaca skrip.

Sorang suka melaram sorang lagi berdendam. Elok sangat.

Sekian.

Sumber | Fatihah Salahuddin

PARTI BARU PULAK...ADA ROS NAK LULUS...BALIK AWAI LA

 


Terkini! Abang PM bakal lancar parti baru, saingan kepada Umno

Terkini! Abang PM bakal lancar parti baru, saingan kepada Umno

Kamarazaman Yaakob, abang kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob akan melancarkan parti baru iaitu Parti Kuasa Rakyat, yang berbilang kaum dan mesra kerajaan pada 10 Oktober ini.

Bercakap kepada Malaysiakini, Kamarazaman yang juga Presiden Penaja kepada Parti Kuasa Rakyat berkata, objektif utama parti tersebut adalah memperjuangkan rakyat golongan B40 dan M40 dari tiga aspek utama iaitu pendidikan percuma, kesihatan percuma dan bantuan penginapan untuk rakyat miskin.

“Kita yakin perdana menteri ini (Ismail Sabri) juga mempunyai pemikiran membela rakyat marhaen daripada sejarah dia duduk (menyandang jawatan) di kementerian- kementerian itu (sebelum ini). Dia agak jelas memihak kepada rakyat kebanyakan, rakyat yang susah,” katanya apabila ditanya mengapa dia memilih untuk menubuhkan sebuah parti mesra kerajaan.

Tambahnya, keprihatinan Ismail Sabri terhadap rakyat kebanyakan dapat dilihat melalui sejarahnya memimpin beberapa kementerian di bawah portfolionya seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

“Jadi kita lihat tidak ada pertembungan daripada pemikiran dari pendirian parti dengan apa yang dia (Ismail Sabri) telah buat,” katanya.

Kamarazaman yang juga merupakan Presiden Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (UMSU) pada 70-an turut aktif memperjuangkan isu-isu rakyat, sehingga pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1974 kerana terlibat dalam demonstrasi Baling di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Demonstrasi itu membantah harga getah yang menjunam yang memberi kesan kepada ekonomi petani dan penoreh getah khususnya di Baling, Kedah yang menyaksikan penduduk di situ kebuluran.

Kamarazaman menyifatkan perjuangan partinya itu sebagai kesinambungan daripada apa yang telah diperjuangkan sebelum ini.

Menurutnya, dia melihat bahawa parti politik sedia ada tiada yang benar-benar terdiri daripada ahli yang berbilang kaum, selain PKR (Parti Keadilan Rakyat).

“Parti ni adalah parti yang dibentuk oleh sekumpulan ahli akademik, profesional, ahli perniagaan, aktivis sosial dan orang yang berfikir untuk meneruskan perjuangan apa yang saya perjuangkan di kampus dahulu,” katanya.

Bagaimanapun, apabila ditanya sama ada partinya akan meletakkan calon pada pilihan raya akan datang, katanya perkara tersebut bukanlah menjadi matlamat sebenar perjuangannya.

“Kita tak memikirkan pilihan raya. Kita fikir untuk lahirkan sebuah parti yang perjuangkan hak-hak orang miskin.

“Soal pilihan raya tu bukan matlamat kita. Matlamat kita adalah untuk memperjuangkan rakyat miskin,” katanya.

MEMAHAMI HAKIKAT PANDORA PAPERS


 

Mari Memahami Makna PANDORA PAPERS!

Please Share.

More @ www.zunar.my

#pandora



PRN Melaka: Boleh Atau Tidak?*


Dr Musa Mohd Nordin

7  Oct 2021


Ada beberapa indikator kesihatan awam yang asas yang harus dipenuhi sebelum kerajaan membenarkan piliharaya diMelaka.


Kesemua data kesihatan awam ini mesti dinilai secara integratif supaya memberi petunjuk yang holistik dan paling tepat.


Ini penting untuk memastikan keadaan covid diMelaka terkawal dan kes tidak naik secara mendadak seperti yang telah berlaku diPRN Sabah.


✅Kadar kes covid mesti berada pada suatu tahap yang selamat iaitu kurang dari 55 per 100K penduduk


✅Ketika ini kadar positif Melaka ialah 7.8%.

Ini masih tinggi dan mesti kurang daripada 5.0% seperti yang ditentukan oleh WHO, lebih baik lagi jika ianya kurang daripada 3%

 

✅Ini hanya boleh tercapai dengan sistem FTTIS yang cekap, laju dan berkesan. 


✅Ini boleh pastikan dengan mengguna kaedah ujian RTK-Ag yang murah dan memberikan keputusan dalam 1 jam. Dan transformasi digital MySejahtera  yang boleh mengesan contact dalam 1 hari supaya isolai boleh dimulakan secepat mungkin dan mengurangkan transmisi virus dan menyekat berlakunya kluster.

 

✅Kadar kemasukan kehospital juga mesti terkawal dan katil dihospital dan ICU mesti ada “surge capacity” untuk mengurus outbreak, jika ia berlaku.


✅Setakat ini 74% katil hospital dan 42% katil ICU diguna pakai dihospital diMelaka. Ini masih tinggi dan mesti diurus dengan lebih baik oleh KKM dalam persediaan awal untuk PRN.

 

✅Kadar kematian kes juga mesti kurang daripada 0.4%. Setakat ini kadar kematian kes diMelaka baik pada tahap 2.89 bagi 100,000 penduduk (0.003%)

 

✅Indikator terakhir ialah  kadar vaksinasi dinegeri Melaka mesti 90% daripada penduduk keseluruhan bukan penduduk dewasa sahaja seperti yang dilaungkan oleh menteri kesihatan dan perdana menteri! 


✅Hanya apabila kadar 90% penduduk Melaka telah divaksinasi, baki  10% yang tidak menerima vaksin atas sebab tertentu seperti umur rendah, alahan kepada vaksin, tolak vaksin; boleh dilindungi melalui imuniti

kelompok.


✅Kini Melaka hanya 64% divaksinasi sepenuhnya.

26% penduduk Melaka masih belum divaksinasi. Usaha vaksinasi penduduk negeri Melaka mesti dipertingkatkan jika inginkan PRN yang selamat daripada perspektif imuniti populasi. 

 

Hanya jika himpunan syarat2 kesihatan awam ini dipenuhi barulah PRN diMelaka boleh berjalan dgn lancar dan selamat dan tidak mengugat kesihatan penduduk Melaka khususnya dan Msia am nya


Datuk Zaharin Respon Isu Pandora Report, Melaka Istihar Darurat, UMNO Me...



Datuk Zaharin mengulas Pandora Papers yang mendedahkan kekayaan pemimpin negara dan isu Zahid Hamidi mengusulkan istihar darurat kepada negeri Melaka untuk mengelakkan berlakunya PRN




Datuk Kamal : Pelik Pemimpin UMNO Jatuhkan Kerajaan UMNO



Datuk Kamal mengulas tentang persengketaan melibatkan bekas Ketua Menteri dan Ketua Menteri

RENTASAN 982 | PANAS!!! USUL ANWAR TERHADAP ISU PANDORA PAPERS DITOLAK S...





MENARIK DALAM RENTASAN 982
1. BUBAR DUN MELAKA-BETUL ATAU GOPOH? 2. PANDORA PAPERS - JANGAN TANGGUH DAN TERTIPU 3. UMNO KINI SUDAH HILANG KERAMAT 4. PAS MASIH MENGIGAU MUAFAKAT NASIONAL




Kerajaan Melayu Islam menganaktirikan Sekolah Agama Rakyat?

 


Sejak mendakap Barisan Nasional (BN) untuk menubuhkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN), pimpinan Parti Islam Se-Malaysia (Pas) ternyata telah terpesong dari perjuangan mereka untuk memartabatkan institusi pendidikan Islam, yakni Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Tahfiz dan Sekolah Pondok, khususnya di negeri Kedah.

Sedang SAR, khususnya di negeri Kedah ini semakin tenat kerana kekurangan dana untuk menguruskan sekolah selain untuk membayar gaji guru-guru, Kerajaan PN baru-baru ini memberikan bantuan lebih besar kepada Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) yang mewakili sekolah persendirian Cina.

Apakah bila sudah diulit mimpi indah dalam Kerajaan, PAS lupa – lebih kepada ketepikan – wadah perjuangan mereka sendiri? Dahulu mereka meletakkan diri mereka sebagai pejuang untuk sekolah agama rakyat, tahfiz dan pondok.

Malah pimpinan Pas juga yang paling lantang melaung dan mendesak supaya Dong Zong diharamkan. Kini mereka sudah bisu. Nyatalah semua pekik lolong mereka selama ini lebih kepada retorik politik semata- mata.

Saya berasa amat sedih bila mencongak bantuan besar berjumlah RM15 juta yang diperuntukkan kepada 63 sekolah persendirian Cina. Ini bermakna setiap sekolah persendirian Cina itu boleh terima lebih kurang RM230,000. Bagaimana pula dengan nasib SAR?

Memang benar Kerajaan Pusat telah mengumumkan peruntukan RM100 juta untuk sekolah agama tetapi ia dibahagikan antara Sekolah Tahfiz, Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Pondok berdaftar. Akhirnya, berapa peruntukan setiap sekolah dapat? Mohon diperincikan pecahannya.

Tampak banyak tetapi peruntukan tersebut hanya untuk selenggara dan naik taraf sekolah, sedangkan gaji guru dan kakitangan sekolah setiap bulan perlu dibayar. Sekolah-sekolah ini tidak beroperasi di waktu pandemik COVID-19 sekarang. Dari mana sekolah hendak cari duit?

Bagaimana, sudahkah mencongak berapa banyak setiap SAR, Sekolah Tahfiz, Sekolah Pondok dapat dari agihan RM100 juta itu? Bukan banyak mana pun, tidak sampai RM100,000 sebuah.

Sungguh mengecewakan! Perlu diingat, Menteri Besar Kedah, YAB Muhammad Sanusi Md. Nor juga adalah Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah. Adakah beliau merasakan peruntukan sebanyak itu sudah memadai, cukup untuk menampung kos pengurusan SAR, Sekolah Tahfiz dan Sekolah Pondok yang banyak di Kedah?

YAB Sanusi cukup cekap bila hendak melempar pelbagai tohmahan terhadap bekas Menteri Besar Kedah, YB Dato’ Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir. Kini, setelah dia pula jadi Menteri Besar, apa yang YAB Sanusi sudah lakukan untuk membantu SAR, Sekolah Tahfiz dan Sekolah Pondok? Alangkah bagusnya jika beliau memanfaatkan kecekapan beliau itu dalam mencari penyelesaian yang tuntas kepada dilema yang dihadapi institusi-institusi pengajian Agama Islam di negeri Kedah ketika ini.

Di era pentadbiran YB Dato’ Seri Utama Mukhriz, banyak yang beliau lakukan. “Belemoih” dia ke hulu ke hilir berusaha membantu SAR, Tahfiz dan Pondok. Peruntukan tambahan yang beliau mohon daripada Menteri Agama pada waktu itulah yang banyak membantu perjalanan institusi pendidikan agama di Kedah.

Sebuah Yayasan Pendidikan Islam Darul Aman (YPIDA) juga telah berjaya diwujudkan untuk selaras usaha-usaha memartabatkan institusi pendidikan Islam di negeri Kedah. Skim Takaful Murabbi pula diperkenalkan untuk melindungi semua tenaga pengajar di sekolah-sekolah agama. Semua ini dibuat semasa YB Dato’ Seri Utama Mukhriz menerajui Kerajaan Negeri Kedah.

Ketika itu, setiap sekolah dapat peruntukan melebihi dari biasa. Kalau tidak silap, ada pondok di Jeneri, dalam kawasan DUN YAB Sanusi sendiri, dapat peruntukan lebih RM300,000. Malah, YB Dr. Salmee Said sendiri menggunakan peruntukan beliau sebagai Exco Pendidikan untuk memperbaiki prasarana sekolah dan pondok.

Saya amat sedih mengenangka nasib malang yang menimpa SAR, Sekolah Tahfiz dan Sekolah Pondok pada hari ini. Apakah bantuan yang disalur kepada sekolah-sekolah ini, khususnya di negeri Kedah? Bagaimana dengan nasib para guru agama dan pelajar? Apa yang pentadbiran YAB Sanusi lakukan untuk menyerlahkan syiar Islam melalui institusi pendidikan agama ini?

Setakat ini peruntukan yang diberi oleh Kerajaan Negeri hanya berbentuk ‘one-off’, itupun ketika bulan Ramadhan lalu. Itupun RM5,000 sahaja, cukuplah untuk membayar bil eletrik. Bagaimana dengan bantuan lain?

Terasa sangat seperti Sekolah Agama Rakyat, Tahfiz dan Pondok dianaktirikan oleh Kerajaan hari ini. Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku kerana kononnya Kerajaan yang ada hari ini Kerajaan ‘Melayu Islam’.

Setahu saya pelbagai saluran sudah digunakan oleh pihak SAR, Sekolah Tahfiz dan Sekolah Pondok untuk memohon bantuan tetapi belum mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Saya memohon pihak Kerajaan Persekutuan dan Negeri turun melihat sendiri keadaan SAR, Sekolah Tahfiz dan Sekolah Pondok. Kedudukan kewangan institusi pengajian agama ini sudah tenat, sampaikan hendak bayar gaji pun kena berhutang, sehinggakan sekolah terpaksa potong gaji guru dan mencatu makanan. Pentadbir sekolah-sekolah ini sudah tidak mampu menanggung kos operasi.

Mohon YAB Sanusi dan pimpinan Pas sekalian, bermuhasabahlah. Jangan melopong, leka melayan angan-angan; ralit menghayun buaian setelah kini berada di puncak. Jangan sekadar gagah berarak di jalan, lantang memekik tetapi longlai bila sudah ditampuk kuasa.

 

Ustaz Ahmad Shauqie Bin Dato’ Murshid Diraja Dato’ Paduka Dr Syeikh Muhamad Baderudin adalah Ketua Pejuang Muda Negeri Kedah


KESAL ..TAPI TUBUH JAWATANKUASA...KAH..KAH

 


Pas kesal DUN Melaka bubar pada masa sama sudah tubuh jawatankuasa pilihan raya


Pas mengikuti perkembangan politik di Melaka dan melahirkan kekesalan di atas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka secara luar jangka dalam tempoh pemulihan pandemik ini.

Bagaimanapun Pas menyatakan kesediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan, termasuklah mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) sekiranya dilaksanakan.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataan berkata, Pas telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Induk PRN Melaka bagi merangka strategi menghadapi pilihan raya itu nanti.

Jawatankuasa yang dibentuk itu dipengerusikan oleh Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri merangkap Naib Presiden Pas, dengan dibantu oleh Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat dan Badan Perhubungan Pas Negeri Melaka.

DUN Melaka dibubarkan berikutan empat ADUN telah hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Empat ADUN terbabit adalah ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron; ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan; ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee dan ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad.

DI KETIKA UMNO NAK TERLINGKUP, ZAHID MULA CADANG BUBAR BERSATU- SILAP SILAP UMNO YANG TERLINGKUP

 


Terkini! Zahid saran bubarkan saja Bersatu, kembali ke pangkuan Umno


Terkini! Zahid saran bubarkan saja Bersatu, kembali ke pangkuan Umno

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak perlu hipokrit dan “play innocent” dalam soal kerjasama dengan UMNO sedangkan rakyat pun tahu hakikat itu.

”Jika benar demi sebuah kerjasama yang jujur serta ikhlas, apa kata bubarkan PPBM dan kembali ke pangkuan UMNO.

”Mungkin Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan akar umbi UMNO akan berlembut hati untuk menerima mereka semula,” kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, ada empat sebab utama mengapa UMNO enggan bekerjasama dengan PPBM.

Pertama, UMNO parti keramat agama, bangsa dan negara bukan milik mana-mana individu.

Ia milik rakyat dan lebih 3.3 juta ahlinya, lantas akar umbi UMNO sama sekali tidak mahu prinsip ini dikorbankan.

Sebarang cubaan untuk mempergunakan dan memanipulasi UMNO tidak boleh diterima.

Kedua, akar umbi UMNO yang pernah terpedaya dengan pembohongan PPBM pada PRU-14 menginsafi kesilapan lalu dan berazam memperbaiki keadaan dengan mengembalikan dominasi UMNO pada PRU-15.

Akar umbi UMNO percaya dengan yakin parti ini akan bangkit dicbawah panji Barisan Nasional (BN).

Faktor ketiga PPBM adalah parti serpihan UMNO yang ditubuhkan pada tahun 2016 oleh mereka yang pada suatu ketika kecewa gagal menguasai UMNO untuk kepentingan kendiri.

PPBM kemudian bersekongkol dengan Pakatan Harapan/DAP untuk menjatuhkan UMNO dalam PRU-14 melalui pelbagai propaganda, fitnah dan penipuan yang dilemparkan ke atas pimpinan UMNO.

Keempat, akar umbi melihat ketidakjujuran PPBM dengan cuba mencuri dan membeli ahli UMNO, tambah Ahmad Zahid.

INGATKAN BENTANG RUU355- BILA NAK BENTANG SEBENARNYA ?

 

MIHD MUKHLIS


Ingat lebai nak bentang RUU355 dekat parlimen 12-14 Oktober, masalahnya 13 dan 14 Oktober Parlimen tak bersidang. Kalau tara ni baik hangpa bentang kat Padang Merbuk, dapat juga infak tabung milo.

Ingat dulu masa lebai pakat nak tanam orang yang kritik RUU355 dekat jirat, kira dah lengkap paperwork semua rupanya satu apa pun tak settle lagi.
Takpalah janji aun euphoria baca RUU355 di "bentang", boleh buat modal PRN, lagipun bila lagi nak ambil hati mereka sebelum jadi khadam pacak bendera MCA dan MIC di Melaka.
Takdir! Pastoking!



May be an image of text


Politik Melaka: 'Tindakan Ali Rustam langgar duluan, jumpa dulu 15 ADUN' - PH


 KUALA LUMPUR: Tindakan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam dilihat telah melanggari duluan (precedent) yang berlaku di Melaka.

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dalam satu kenyataan berkata, Mohd Ali sepatutnya meneliti dan mengikuti Perlembagaan Negeri Melaka serta bertemu dengan 15 ADUN iaitu pihak yang telah memperoleh majoriti sebelum membuat sebarang keputusan.
"Malangnya tindakan beliau ini bukan sahaja telah melanggari duluan (precedent) bagi Melaka itu sendiri di mana pada 2020 nasihat Ketua Menteri ketika itu (Adly Zahari) untuk membubarkan DUN tidak diterima setelah hilang majoriti, malah ia juga tidak selari dengan duluan Mahkamah Persekutuan dalam kes (Datuk Seri) Nizar Jamaluddin lawan (Datuk Seri) Zambry Abdul Kadir di mana sokongan majoriti boleh ditentukan di luar DUN," memetik kenyataan tersebut, pada Rabu.
Tegas Majlis Presiden PH, Mohd Ali telah membubarkan DUN berdasarkan nasihat yang salah dari seorang Ketua Menteri yang telah hilang sokongan majoriti ADUN.
Pakatan Harapan
Tegas Majlis Presiden PH, Mohd Ali telah membubarkan DUN berdasarkan nasihat yang salah dari seorang Ketua Menteri yang telah hilang sokongan majoriti ADUN.
"Apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap beliau pada Isnin lalu, berdasarkan Perlembagaan Negeri Melaka, Ketua Menteri tersebut telah hilang jawatan dan kelayakan untuk menasihati Yang Dipertua Negeri," katanya.
Majlis Presiden PH pada masa sama turut berasa kesal kerana tindakan pembubaran DUN Melaka itu telah membuka laluan untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan yang boleh mengancam nyawa rakyat pada ketika pandemik COVID-19 belum lagi terkawal sepenuhnya.


NAK DAPAT LABA PUNYA PASAL ..SANGGUP TIKAM SAMA PARTI


SHAFI ISMAIL


*Bingaiii* UmNo ni pandai menganjing.

*Yg Buat Hal UmNooo*
*Yg Gilooo UmNooo berebut Labaaa*
*Yg Gilooo Kauuuttt Hak Rakyaatt UmNoo*
*UmNoo+Bersatu+BB Pnyoo kojo Bercakaran*
#Nak Salahkan PH
#Nak SalahkanDAP
#MOU Untuk memperingatkan jangan jadi *PENYAMUN*

May be an image of 1 person and text that says "Politik Melaka: Pembangkang tidak hormat MoU Seri Ismail Sabri Yaakob berharap orang politik negara hanya Pergolakan Kerajaan Negeri Melaka pihak negeri MoU Kestabilan yang dimeterai Perse- berlaku Perdana Menteri Transformasi sejahtera Sementara Bulan Nasional (BKN) dengan usaha Persekutuan telah beberapa Parlimen terjadi ermasuk dan pihak erhadap bencana khususnya Monsun Persekutuan. inisiatif Menteri. Dalam Ismail Sabri berkata, kerajaan semula BKN tober tahun dalah dengan Hari yang rakyat persetahaman (MoU) dengan pihak mahu sahaja tahu, boleh berlaku dalam boleh mustahil. membuat Aminuddin Hassim kita tahap selepas stabil dan dengan bencana melampau manakala Pahang melancarkan Bulan (BKN) depan Johor, YAAKOB Waktu Solat"

Politik Melaka: Pas kesal pembubaran DUN, sedia hadapi PRN - Hadi Awang.BERAPA KERUSI PAS ADA DI MELAKA ?

 MELAKA: Pas melahirkan kekesalan atas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka secara luar jangka dalam tempoh pemulihan pandemik COVID-19.

Menurut Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bagaimanapun parti itu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) jika dilaksanakan.
“Pas mengikuti perkembangan politik di Melaka dan melahirkan kekesalan di atas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka secara luar jangka dalam tempoh pemulihan pandemik ini.
“Namun PAS menyatakan kesediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan, termasuklah mendepani pilihan raya negeri sekiranya dilaksanakan,“ jelasnya dalam kenyataan media pada malam Rabu.
Tambah Abdul Hadi, Pas juga telah menubuhkan Jawatankuasa Induk PRN Melaka bagi merangka strategi menghadapi pilihan raya tersebut.
“Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar, Naib Presiden Pas, dengan dibantu oleh Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat dan Badan Perhubungan Pas Negeri Melaka,” katanya lagi.

SEKEJAP PILIHANRAYA ..SEKEJAP DARURAT...WEIII....PENING LA KALAU ADA "PM" MACAM GINI

 

SHAHBUDIN HUSIN


Zahid Hamidi ni pun dah caca marba jadinya, semalam dia yang mula2 cadangkan DUN Melaka dibubarkan tapi setelah dibubar, dia nak diisytihar darurat pula.

Kenapa nak darurat, takut kalah PRN ke?



TIGA KEPELIKAN DALAM KEMELUT MELAKA, ZAHID HAMIDI SAMA MACAM MAHIADDIN SUKA PERGUNA DARURAT UNTUK KUASA


DUN Melaka kini sah telah dibubarkan berikutan setujunya Yang Dipertua Negeri itu, Tun Ali Rustam terhadap cadangan yang dikemukakan Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali berkenaan perkara tersebut.
Namun, pengumuman pembubaran itu tidak dilakukan oleh Ketua Menteri sendiri sebagaimana kebiasaan di negeri-negeri lain apabila DUN diumumkan telah diperkenan atau dipersetujui untuk dibubarkan.
Pembubaran DUN peringkat negeri lazimnya akan diumumkan sama ada oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri, sementara di pusat ia akan dilakukan oleh Perdana Menteri.
Tidak pernah Speaker di mana-mana negeri tampil mengumumkan DUN dibubarkan, begitu juga tidak pernah Speaker Dewan Rakyat mengadakan sidang media mengumumkan Parlimen dibubarkan.
Sebaliknya, nampak pelik di Melaka ini apabila pembubaran DUN yang telah dipersetujui Tun Ali Rustam diumumkan oleh Speaker Melaka yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu, Ab Rauf Yusoh dan bukan oleh Ketua Menteri.
Kenapa tidak Sulaiman sendiri mengumumkannya?
Keluarbiasaan di mana Ketua Menteri sendiri tidak mengumumkan pembubaran DUN itu seolah-olah dengan sendirinya mengesahkan percakapan yang tersebar luas selama ini, malah disebut oleh Idris Haron, bekas Ketua Menteri yang mengumumkan menarik sokongan dua hari lalu bahawa Sulaiman adalah boneka kepada pihak lain dalam menerajui Melaka.
Selain pelik yang pertama kerana Ketua Menteri tidak tampil mengumumkan pembubaran DUN, pelik kedua pula ialah bagaimana Tun Ali Rustam boleh bersetuju dengan cadangan Sulaiman untuk membubarkan Parlimen, sedangkan ketika ini beliau sendiri sedang dikuarantin kerana ada kontak rapat dengan seseorang yang positif Covid19.
Apakah dalam hal ini Tun Ali Rustam tidak dapat merasai bagaimana bahayanya Covid19 kepada kehidupan rakyat Melaka apabila DUN dipersetujui dibubarkan untuk PRN diadakan?
Kenapa Tun Ali tidak menolak cadangan pembubaran itu sebagaimana Tun Khalil Yaakob sebelum ini tidak setuju dengan cadangan pembubaran DUN Melaka oleh Adly Zahari berikutan kerajaan PH dijatuhkan melalui pengkhianatan?
Tambah pelik lagi atau pelik yang ketiga dalam kemelut politik Melaka ini ialah kerana cadangan pembubaran DUN itu paling awal dilontarkan oleh Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi sebaik saja pengumuman penarikan sokongan empat Adun berkenaan dua hari lalu.
Kata Zahid Hamidi, PRN adalah penyelesaian
terbaik
bagi kemelut di Melaka itu.
“Saya fikir elok kalau diadakan PRN negeri yang baharu supaya DUN dibubar dan kita beri mandat semula kepada rakyat untuk memilih mana kerajaan yang
terbaik
untuk mentadbir negeri Melaka,” ujar beliau.
Sudah tentu Ketua Menteri Melaka mengemukakan cadangan pembubaran kepada Tun Ali Rustam adalah berikutan keinginan yang diluahkan Zahid Hamidi secara terbuka itu.
Begitu pun, setelah DUN Melaka diumumkan dibubarkan, Zahid Hamidi sekali lagi tampil mencadangkan agar darurat diisytiharkan pula bagi menghalang PRN daripada diadakan.
Kata beliau, darurat boleh diisytiharkan untuk menangguhkan PRN di Melaka sebagaimana dilakukan di Sarawak di mana PRN telah ditangguhkan, walaupun tempoh matang DUN sudah berakhir.
Beberapa pihak, termasuk Pemuda UMNO turut bersetuju dengan saranan Zahid Hamidi itu.
Amatlah pelik kenapa setelah mencadangkan pembubaran DUN dan ia telah dipersetujui, kemudian Zahid Hamidi tampil pula dengan cadangan baru iaitu darurat?
Jika benar prihatin dengan wabak Covid19, kenapa sejak awal lagi Zahid Hamidi mencadangkan agar DUN Melaka dibubarkan?
Adakah ini cara UMNO untuk kekal berkuasa dan mengelak kejatuhan kerajaan negeri, meski sokongan majoriti terhadap Ketua Menteri sudah sah tiada lagi?
Ternampak dalam hal ini, UMNO khususnya Zahid Hamidi tiada beza pun dengan Mahiaddin Md Yasin yang cuba berlindung di sebalik darurat untuk memastikan kuasa tidak terlepas ke tangan pihak lain.
Dulu bukan main pandai mengkritik Mahiaddin kerana mempergunakan darurat untuk melindungi kuasa dalam tangannya, kenapa bersikap sama sekarang ini?
Seharusnya jika sudah mencadangkan pembubaran DUN dan ia telah dipersetujui oleh Yang Dipertua Negeri, UMNO tidak lagi cuba melakukan muslihat Pusingan U dengan tidak setuju pula PRN diadakan sambil mengesyorkan darurat sebagai gantiannya.
Adakah UMNO takut berdepan PRN dan tidak yakin mampu meraih kemenangan di Melaka?
Bukankah lebih bermaruah, tambahan lagi sokongan majoriti pun Adun kepada Sulaiman sebagai Ketua Menteri pun sudah tiada, serah sajalah pentadbiran kerajaan negeri kepada pihak yang lebih berhak, lebih berkemampuan dan bukan boneka kepada sesiapa.
Realiti tidak perlu PRN dan tidak perlu juga darurat, yang diperlukan di Melaka ialah kerajaan negeri baru dan Ketua Menteri baru.
Dari meja – Shahbudin Husin 06/10/2021.