UEC: Kerana Kuasa, Prinsip Tergadai | Agenda Pertiwi



Status pengiktirafan UEC terus hangat. Melalui satu sumber maklumat yang dilaporkan dalam satu artikel di laman web samudera.my, kerajan Perikatan Nasional bakal meluluskan UEC dengan kelulusan bersyarat seperti wajib lulus subjek Bahasa Melayu dan Sejarah. Hal ini kerana ada pihak pembangkang yang mendesak kerajaan PN dengan mengenakan syarat ketat seperti iktiraf UEC sebagai sokongan kepada pihak kerajaan. Saksikan pembongkarannya di Agenda Pertiwi, 9 September 2021, jam 9 malam ini. Hanya di TV Pertiwi.



TIADA MAAF BAGIMU BERSATU





Beliau menafikan bahawa dominan itu berbermaksud angkuh, tetapi kewajipan mengembalikan UMNO sebagai sebuah parti yang menjadi teras kepada pentadbiran kerajaan. “UMNO parti terbesar bangsa Melayu dan parti terbesar di negara ini, maka kemenangannya sangat signifikan dalam memastikan kestabilan yang kukuh.



Persatuan dakwa hampir separuh pengusaha bas sekolah gulung tikar

 

Persatuan dakwa hampir separuh pengusaha bas sekolah gulung tikar


Kira-kira 50% pengusaha bas sekolah di negara ini didakwa gulung tikar dengan ada pengusaha melupuskan bas sekolah masing-masing di premis besi buruk pada harga RM4,000 hingga RM8,000 bergantung pada saiz.

Pengerusi Sekretariat Gabungan Bas Malaysia, R Thiagarajan, berkata penularan Covid-19 menyebabkan sekolah di negara ini ditutup sejak tahun lalu, sekaligus menjejaskan pendapatan pengusaha bas sekolah.

Beliau yang juga Pengerusi Pertubuhan Muafakat Pengusaha dan Pemandu Bas Negeri Johor berkata, pembukaan sekolah di beberapa negeri bermula esok dijangka tidak banyak membantu pengusaha bas sekolah di seluruh negara.

Katanya, ia berikutan hanya murid di kelas dan tingkatan tertentu dibenarkan kembali ke sekolah mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) di setiap negeri.

“Kira-kira 50% pengusaha bas sekolah di negara kita sudah gulung tikar dengan kebanyakannya sama ada sudah menjual bas atau van mereka, atau ditarik syarikat kewangan, berikutan hilang punca pendapatan akibat Covid-19, sekali gus tidak mampu membayar ansuran bulanan.

“Kebanyakan pengusaha bas sekolah yang masih bertahan juga belum bersedia untuk beroperasi semula berikutan kekangan kewangan serta modal bagi menyiapkan bas sekolah untuk kembali beroperasi terutama penyelenggaraan bas dan pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).

“Permintaan perkhidmatan bas sekolah dari ibu bapa juga tidak menggalakkan berikutan bukan semua murid kembali bersekolah bermula esok dan Isnin, malah isu utama adalah tambang sama ada ia mampu membiayai kos operasi pengusaha berikutan tidak ramai murid kembali bersekolah serta menggunakan khidmat bas sekolah.

“Persatuan juga mendapat banyak aduan daripada pengusaha yang bas atau van sekolah mereka kini sudah ditarik syarikat kewangan kerana tidak mampu membayar ansuran bulanan akibat kehilangan pendapatan sejak tahun lalu,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Sementara itu, pengusaha bas sekolah di Johor Bahru, Hussin Karamdin, 49, berkata beliau sudah menjual semua bas sekolahnya bagi menampung kos hidup yang terjejas akibat Covid-19.

Katanya, terdapat juga pengusaha bas sekolah kecil yang melupuskan bas sekolah masing-masing di premis besi buruk dengan harga antara RM4,000 hingga RM8,000 bergantung pada saiz.

“Saya kehilangan pendapatan sejak tahun lalu dan terpaksa menjual ais krim dan kuih-muih bagi menampung hidup dan membayar hutang.

“Sebelum ini saya ada empat bas sekolah dan dua van namun sekarang hanya tinggal dua, yang lain sudah dijual bagi menampung keluarga,” katanya.

Seorang lagi pengusaha bas, Paul Raj, 33, sedang menimbangkan untuk menjual sebuah bas sekolah dan dua van yang dimilikinya.

“Saya kini hanya mengharapkan pendapatan sebagai penghantar makanan dan sudah tidak mampu membayar ansuran pinjaman bulanan, apatah lagi moratorium pinjaman sudah tamat dan perlu mula membuat bayaran ansuran.

“Walaupun esok sekolah di Johor akan mula dibuka, bukan semua murid dan pelajar dibenarkan kembali ke sekolah malah, saya seperti pengusaha lain, tidak mampu dan tiada modal untuk memulakan kembali operasi bas sekolah berikutan tiada permintaan dari ibu bapa untuk menggunakan perkhidmatan bas sekolah.

Ismail Sabri pimpin kerajaan dua karektor, kata Khalid Samad

 


Kerajaan Ismail Sabri disifatkan sebagai kerajaan dua karektor yang sedang bertembung antara satu sama lain, kata ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad.

Karektor mana yang akan menang dalam pertembungan ini masih belum kelihatan jelas lagi sehingga kini kerana masih terlalu awal, kata Pengarah Komunikasi AMANAH itu.

“Dalam satu segi, karektor buruk yang ditunjukkan, bilangan kabinetnya yang besar sampai 69 anggota untuk memenuhi keperluan sokongan kepada beliau, melantik abang sendiri sebagai pengerusi Nafas dan sebagainya.

“Dari segi yang lain pula, kelihatan sangat positif, dia boleh panggil sidang parlimen yang lama, bukan satu dua hari, dia boleh bincang dengan pembangkang iaitu PH dan sebagainya.

FITNAH CELAKA MANAKAH TERHADAP MELAYU PULAU PINANG..BEKALAN AIR SEJAK 60AN..RUMAH KOS RENDAH UNTUK YANG MISKIN ..

 

May be an image of 1 person and text that says "Harakahdaihı BenareInkfuaif Nasib Melayu Pulau Pinang bagaikan umat Palestin Daerah Seberang Perai Utara dan Barat Daya bagaikan Tebing Barat dan Genting Gaza September 29 2021 f Harakahdaily RinaPaang Bukit Mertajam"


Aku selalu sangat tengok dakwaan yang macam ni. Selalunya bila pemimpin PAS buat dakwaan begini, yang akan mengiyakan adalah walaun yang tinggal di luar Pulau Pinang. Manakala Melayu yang tinggal di Pulau Pinang pula akan menafikan.

Yang menariknya, Melayu Pulau Pinang pula, yang sepatutnya menjadi orang yang ditekan seperti umat Palestin di Pulau Pinang, dihamun dan dimaki sebagai DAPig oleh walaun yang tinggal di luar Pulau Pinang kerana menafikan cerita sebegini.
Aku tak pernah tinggal di Pulau Pinang jadi aku pun tak pasti benarkah sebegitu. Tapi setakat hari ini tak pernah lagi aku dengar cerita orang Melayu di Pulau Pinang dilayan sebagai kelas kedua, dihalau dari rumah, tidak dibenarkan berniaga atau diberikan bekalan air kotor sebagai sumber air harian.
Tapi ada Melayu di sebuah negeri yang diperintah Melayu yang hadapi perkara sebegitu. Melayu di negeri tersebut, selain dinafikan hak menikmati air bersih (hanya air atau lumpur yang keluar daripada kepala paip), ada juga perbuatan robohkan surau.
Perkara sebegitu tidak berlaku di Pulau Pinang setakat yang aku tahu. Tapi berlaku di negeri yang ditadbir Melayu ini. Jadi aku tak pastilah sama ada Melayu Pulau Pinang yang nasibnya seperti umat Palestin atau Melayu di negeri Melayu itu. Entahlah.

Panas! Najib sentap dengan kenyataan terkini Majlis Presiden PH

 

Panas! Najib sentap dengan kenyataan terkini Majlis Presiden PH


Kenyataan bersama Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) berhubung penyelesaian kes Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dengan bayaran kompaun adalah sangat salah dan sekadar untuk menipu penyokong mereka.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa, Ahmad tidak didakwa mencuri apa-apa wang tetapi dituduh menerima bayaran daripadanya yang dikatakan berpunca daripada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tambahnya, sudah berapa kali kerajaan kalah dalam kes serupa disebabkan gagal membuktikan wang yang dibayarnya berpunca daripada 1MDB atau sumber haram.

“Nombor 2 tawaran kompaun kepada Ahmad Maslan untuk selesaikan kes pertama kali ditawar oleh kerajaan PH pada tahun 2019.

“Pada masa itu, Ahmad Maslan enggan bayar sebab berasa dia tidak bersalah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Sabtu.

Beliau turut menyertakan link berita berkaitan isu notis kompaun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melibatkan beberapa pihak dan entiti yang disyaki menerima dana 1MDB.

“Namun, minggu lepas Ahmad Maslan bersetuju bayar untuk elak kes mahkamah berlanjutan,” katanya.

Sebelum ini, Majlis Presiden PH menggesa Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun memberi penjelasan berhubung trend kes mahkamah melibatkan individu berprofil tinggi serta penyokong parti pemerintah telah dilepas atau dibebaskan daripada pendakwaan sama ada memulangkan sejumlah wang yang didakwa diterima secara tidak sah atau dengan membuat bayaran kompaun.

EDISI KHAS MINGGUAN 042 | GEMPAR!!! PAS BAKAL TARIK SOKONGAN DARI KERAJA...






MENARIK DALAM EDISI KHAS 042

1. KES KEMATIAN ADIB DITUTUP, RAKYAT KECEWA MINTA PENJELASAN 2. SPRM DIKATAKAN SURUHANJAYA SEPARUH MASAK? 3. KERANA KECEWA CABUTAN JUDI, PAS AKAN TARIK SOKONGAN?




POLITIK MELAKA: ANWAR NAFI TEMUI ALI RUSTAM



WALAUN YANG TAK FAHAM ANTARA PERBEZAAN POLITIK DAN FARDHU KIFAYAH

 

Walaun ni, kalau kutuk lebai mesti komen dia, mati nanti jangan panggil lebai uruskan mayat. Entah siapa la yang ajar benda tu sampai sepakat semua walaun guna komen yang sama.

Ok, selama hidup aku, tak pernah aku tengok lebai PAS uruskan kematian. Mungkin ada tapi bukan depan mata aku. Tempat aku tinggal dulu penuh dengan orang UMNO.
Tapi tak pernah lagi ada mayat terbiar tak disolat dan tak dikebumikan. Alhamdulillah, tak perlu pun lebai PAS. Lagi pun, sekarang ni urusan jenazah berbayar eh. Bukan free. Fahamkan.
Kedua, kalau mayat aku terbiar pun lepas aku mati, apa masalah aku? Aku dah mati beb. No hal. Yang akan tanggung dosa adalah orang hidup yang dah abaikan fardhu kifayah.
So kalau sebab aku kutuk lebai maka mayat aku nak dibiarkan, no problem la. Tanggung la orang yang hidup tu dosa. Ko pijak mayat aku pun aku dah tak rasa apa. So apa aku nak risau?
Seterusnya, soal talqin tu semua aku tak heranlah. Bukan amalan Nabi saw pun benda tu (fatwa tentang talqin ada pelbagai. Aku tak anggap sunat tapi aku tak pula anggap berdosa). Kalau aku mati dan lebai tak talqin pun, kematian aku tetap 'sah'. Faham tak?
Dan akhir sekali, bukan semua orang agama itu lebai. Ada yang benar ulama. Yang lebai ni cuma jenis nampak pandai tapi poyo je yang lebih. Aku tak payah bagi contoh korang pun dah tau siapa.
So walaun, tak payahlah pakai ayat "mati nanti..." tu. Tak laku pun. Orang jahil sahaja yang akan ulang ayat separuh masak begitu.

POLITIK MELAKA MUNGKIN BERGOLAK ISNIN INI?


PERINTAH SAMPAI NAK PILIHANRAYA PULAK DAH-PEMANDU MABUK SEBABKAN KEMATIAN DIDENDA RM8,000 SAJA??!

 

HAMZAH RIE NA

Kerajaan Isley la katakan.. Pemandu mabuk, arak & judi diangkat martabatnya..
Nasib Menteri Pengangkutan ni MCA. Kalau DAP penuh dah Padang Merbok, penyokong sesat PAS berdemo.
SR



May be an image of 3 people, people sitting and text that says "Sinar 'MCA lebih baik daripada DAP' mc NURSYAHIDAH ABU BAKAR BERITA Mac 2019 Pemandu mabuk sebabkan kematian dikenakan bon berkelakuan baik, denda RM8,000 saja Bernama Diterbitkan: Sep 5:57 Dikemaskini:5:57P Dikemaskir 5:5 Muhammad Khalil Abdul Hadi PAS DAH JADI BARUA MCA? Kes pemandu mabuk: Jangan terburu-buru pinda hukuman mati SR un2020 suara akyat KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN| 14"



JANGAN PERCAYA RITORIK AGAMA DAN BANGSA

 



LIYANA MARZUKI


Dulu berapi-api nak tutup Dong Zong. La ni bagi RM15 juta untuk sekolah persendirian Cina naungan Dong Zong. You can’t be more hypocrite than that.

Pada masa yang sama, 60 buah tahfiz swasta bakal ditutup sebab takde banyak bantuan setakat ni.
Let it be a lesson kepada setiap Melayu Islam. Jangan dipercaya lagi retorik agama dan bangsa. Politikus hanya gunakan ia untuk ke Putrajaya. Atau nak tutup masalah rasuah dan salah gunakuasa.
Lepas ni pangkahlah ikut individu bukan ikut parti. Pilih MP yang tak guna politik pecah belah dan kebencian untuk dapatkan undi.

KESIAN SI MAMAT YANG KOMEN RASIS INI


DIA YANG TAK DUDUK DI ESTET PUN NTAH MAKAN DUIT BRIM SAJA GAMAKNYA. ANAK ANAK PULA TAK TAHU  BUAT APA....DI KAMPUNG KAMPUNG DAN FELDA RAMAI MACAM NI....JADI MAT GIAN PUN BANYAK....


 May be a Twitter screenshot of ‎1 person and ‎text that says "‎Alawiyah Yussof @AlawiyahYussof am disgusted, angry and sad to see such a comment. This idiot, said as the Naib Ketua Bersatu Bahagian Pasir Puteh, change in seeing things from a racist's eyes. never It has since been deleted from his FB wall. اه MY MAXIS 4G 08:19 く 44% bam malaysia All Posts People Groups Photos Vid Borhan Che Rahim hrs Bam kutip india(keling) dlm estat mana la jd pmain utama MALAYSIA. 119 18 KISU PALAISIA HSBC HSB ® GoDaddy Te HSBC HSBC‎"‎‎

KISAH PELIK DALAM DUNIA

 May be an image of text that says ""Jangan hukum saya teruk- teruk tuan. INDAK ARAMOCEZUN Gambar: Daily Mail Lelaki Mabuk Bantu Polis Cari Orang Hilang, Rupanya Yang Hilang Itu Dirinya Sendiri 30/09/2021 Off By ADMIN Seorang lelaki mabuk menghabiskan masa berjam-jam lamanya menyertai misi pencarian orang hilang bersama pasukan penyelamat. Bagaimanapun, dia langsung tidak sedar bahawa orang hilang yang dicarinya itu sebenarnya adalah dirinya sendiri."

BOSSKU- SAMUN JANGAN TAK SAMUN...ANGKUT SEMUA BAWA BALIK MASUK KUBOR....


Liew Chin Tong

@LiewChinTong
Bajet 2011 di bawah PM ke-6, RM65 juta untuk ubah suai Sri Perdana.


 Image

Lim Guan Eng yang kamu kutuk sebenarnya yang selamatkan Tabung Haji. Sekarang kamu diam pulak apabila diletakkan terus dibawah BNM.

 



.


Presiden AMANAH, Haji Mohamad Sabu mendakwa, tokoh utama yang berusaha agar kerajaan membuat keputusan untuk menyelamatkan Tabung Haji pada tahun 2019 adalah Menteri Kewangan ketika itu, Lim Guan Eng.

Ketika memberikan ceramahnya di Kelantan malam tadi, bekas Menteri Pertahanan dalam Kabinet Kerajaan Pakatan Harapan itu berkata, orang yang selalu dikutuk oleh Pas dan Umno iaitu Lim Guan Eng lah pihak yang mencadangkan agar Tabung Haji di selamatkan.

Ini adalah kerana badan umat Islam itu mempunyai harta yang melebihi RM80 bilion dan jika ia jatuh akan menjatuhkan rating negara ini di mata dunia.

“Jika tidak diselamatkan dan jatuh, ia akan menjejaskan rating negara. Sebab itu beliau berhujjah agar Tabung Haji diselamatkan.

“Atas pandangan itulah, maka Kabinet ketika itu membuat keputusan untuk selamatkan Tabung Haji dengan menyuntik berbelas bilion ke dalam Tabung Haji,” kata Mohamad Sabu.

Selain Mohamad, turut serta dalam ceramah malam tadi adalah Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah, tokoh veteran AMANAH Kelantan.

Ketua Audit Negara dalam laporannya baru-baru ini telah mengesahkan usaha yang dibuat untuk menyelamatkan Tabung Haji pada tahun 2019 itu dan tidak ada sebarang salah laku di buat dalam usaha itu.

DASUKI PERLU MINTA MAAF

 

Namun, katanya, apa yang berlaku di luar kerajaan adalah sebaliknya pada masa itu.

“Apa yang berlaku di luar adalah Pas dan Umno kempen habis-habisan kata Tabung Haji dijual kepada Cina.

“Ustaz-ustaz yang kempen secara terang-terang burukkan Tabung Haji.

“Saya sebut disini, Ustaz Dasuki (bekas calon Pas) perlu mohon maaf yang kata habis dah harta Tabung Haji dijual kepada Cina dan kafir.

“Serangan yang mereka buat di PRK Cameron Highland dan paling hebat di Semenyih dan juga di Tanjung Piai.

“Kerajaan sudah dijual kepada Cina, DAP sudah kuasa kerajaan, Islam terancam.

“Mulut-mulut pemimpin Pas biadab dan bercakap tanpa bukti. Bercakap dengan sebegitu rupa dan terus menyerang sehinggalah wakil-wakil rakyat khasnya yang Melayu rasa tergoda dan terpanggil untuk menyelamatkan Malaysia dari dikuasai oeh Cina dan Islam terancam,” katanya.

Ekoran itu, katanya, berlakulah peristiwa Sheraton yang akhirnya tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan atas slogan untuk tubuhkan kerajaan Melayu Islam.

MAHIADDIN AJAK BENTUK KERAJAAN MELAYU ISLAM

Menurut Mohamad, beliau dan AMANAH sendiri telah dihubungi oleh Tan Sri Mahiaddin Md Yassin agar menyertai kerajaan beliau.

“Dalam pertemuan dengan kita, dia pujuk kita sertainya untuk tubuhkan kerajaan Melayu Islam,” kata Mohamad.

Pas pula, katanya, berkempen memburukkan kerajaan termasuk berkata kononnya Adib, pegawai bomba dibunuh dalam tragedi di Pucong.

“Termasuklah MP Rantau Panjang yang kempen kononnya Adib dibunuh tanpa dibela. Dia berkata demikian di puncak kuasa iaitu di Parlimen.

 

“Ini kata-kata mereka, ketika kita kata perkara ini sedang disiasat oleh polis dan sedang dikaji untuk diambil tindakan, mereka tak kesah,” kata Mohamad.

Dalam kes judi pula, kata Mohamad, DAP yang memperjuangkan sosialis demokrat yang sifatnya anti judi.

“Sebab itu, kerajaan Pulau Pinang menolak judi bola walaupun ada negeri lain yang terima.

“Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan ketika itu turunkan cabutan khas judi dari 22 kali kepada lapan kali.

“Tetapi mereka tak kesah. Pas dakwa kerajaan ini anti Islam, Islam sudah tak selamat dan perlu dijatuhkan.

“Sekarang mereka sedang terkial-kial. Isu Adib nak ditutup. Kenapa nak ditutup. Ustazah Zailah, kamu bercakap di Parlimen, sekarang kamu ada dalam kerajaan, kenapa tutup isu Adib, mana pembunuhnya.

“Kamu kata dahulu, ini adalah perancangan untuk bunuh pegawai Melayu, dedahkanlah sekarang,” kata Mohamad.

PEMIMPIN PAS HIPOKRIT


Bagi beliau, pemimpin Pas adalah hipokrit.

“Kamu cakap soal judi, sekarang judi dinaikkan dari lapan kali kepada 22, kau diam.

“Sedangkan, Timbalan Presiden Pas, YB Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ni kata, kami yang boleh tentukan kerajaan. Kalau kami tarik, kerajaan jatuh, kalau kami sokong kerajaan naik.

“Kamu menyokong kerajaan ini yang menyebabkan isu Adib boleh ditutup, kamu bertanggungjawab dalam kenaikan judi.

“Sebab itu sekarang ini Pas malu.Orang bukan Islam bukan panggil Oktoberfest, mereka memanggil Oktober Pas,” kata Mohamad dalam ceramah itu.

Sehubungan itu, beliau meminta Pas berhenti dari menggunakan agama untuk kepentingan diri mereka sendiri.

“Lebai-lebai hentikanlah dari menjual agama ini. Kembalilah kepada mendaulatkan Islam yang rahmatan lil alami.

“Usahakanlah hidupkan akhlak Islam seperti yang dilaksanakan di New Zealand, Norway dan Finland.

“Al Quran diturunkan di Mekah dan Madinah tetapi sebahagian besar akhlaknya dilaksanakan di Jepun bukan di Kelantan,” kata beliau.

Sehubungan dengan itu, Mohamad yang pernah dua penggal menjadi wakil rakyat di Kelantan akan berusaha untuk memastikan Pas yang hipokrit dan berjuang untuk kepentingan diri sendiri ini ditolak rakyat.

“Mereka menipu kamu. Bukan menegakkan keadilan tetapi untuk diri mereka sendiri.

“Ya saya akan datang berulang kali. Saya dua penggal wakil nrakyat di Kelantan. Saya dan rakan-rakan lain akan datang kagi untuk menumbangkan kerajaan Pas yang hipokrit dan berbohong kepada rakyat ini,” kata beliau.