Setengah jam lalu saya menerima kiriman dua keping gambar Menteri
Besar Ahmad Yaakub dengan diiringi Ketua Setiausaha Negara, Ali Hamsa
yang baru turun dari pejabat Perdana Menteri di tingkat empat bangunan
Perdana Putra, Putrajaya.
Ahmad diiringi Ali H Hamsa selepas jumpa Najib.
Tidak ada apa-apa keterangan berhubung gambar berkenaan, kecuali
ditulis "Alhamdulilah pertemuan MB Kelantan dengan PM selesai".
Gambar kedua menunjukkan tidak kurang lima orang mengiringi Ahmad dan
Ali Hasma yang berada di barisan hadapan. Apakah selain Ahmad Yaakub
ada pimpinan kerajaan PAS dan pegawai lain Kelantan lain ikut sama
dalam pertemuan bersejarah itu?
Pertemuan dijangka berlangsung jam 9:00 pagi tadi dan selesai tidak
sampai dua jam. Hendaknya ada manfaat untuk rakyat dalam pertemuan yang
boleh dianggap bersejarah itu.
Sebelum ini Ahmad Yaakub sebaik saja mengambil alih kepimpinan
Kelantan daripada Nik Abdul Aziz Nik Mat mengambil pendekatan berbaik
dan berlunak dengan kerajaan pusat berdasarkan keperluan semantat
federalimse. Istilah yang digunakan ialah pendekatan G to G.
Najib Razak dua tiga hari lepas menyebut yang PAS ingin menemuinya
tanpa disebut bilakah tarikh. Disebabkan kerana ada berbangkit soal
muzakarah PAS dengan Umno yang ditimbulkan oleh Presiden PAS Abdul Hadi
Awang semasa menggulung perbahasan di muktamar menyebabkan orang
menanti-nanti akan pertemuaan atau muzakarah sebegitu.
Disebabkan begitu cepat Ahmad mengunjungi Najib di pejabatnya hari
ini, saya mengira temujanji itu dibuat lebih awal sebelum muktamar
lagi. Boleh jadi Abdul Hadi membangkitkan perkara itu dalam muktamar
lalu agar ia tidak mengejutkan sesetengah ahli PAS dengan apa yang
berlaku hari ini.
Semestinya Ahmad Yaakub telah merujuk kepada Presiden parti berhubung
tindakannya itu. Mungkin Abdul Hadi sudah memberi pandangan daripada
pelbagai sudut kepada Ahmad Yaakub sebagai panduan.
Hendaknya biarlah pertemuan hari ini berlangsung atas kepentingan
bersama untuk rakyat dan ia ikhlas. Jangan pula ada permainan politik di
sebalik itu. Juga biarlah pertemuan Ahmad dengan Najib itu sama dengan
kondisinya dengan pertemuan Mohd Asri ketika itu MB Kelantan dengan
Tunku Abdul Rahman sebagai PM 44 tahun lampau.
Ahmad Yaakub sebaik pulang ke Kota Bharu hendaklah membuat sidang
media sesegera mungkin menjelaskan hasil dan tujuan pertemuan itu.
Sekiranya lambat ia boleh dispekulasikan dengan berbagai andaian dan
tuduhan yang boleh menimbulkan sedikit kekeliruan. –
msomelayu.blogspot.com
Azmin nafi tuntut kenaikan gaji
Azmin nafi tuntut kenaikan gaji
Wartawan Sinar Harian
29 November 2013
-
Azmin (kanan) pada sidang media mengenai kenaikan gaji diumumkan Menteri Besar Selangor semalam.
Beliau meminta Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat penjelasan berhubung perkara itu supaya tidak timbul spekulasi.
"Saya cadangkan kenaikan elaun ini ditangguhkan dan dikaji semula supaya kadar munasabah dan memberi penjelasan kepada rakyat mengenai keperluan ini.
"BBC cadangkan dalam perbincangan imbuhan ini kita mesti fikir mengenai kemudahan lain yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat," katanya ketika sidang media di lobi Parlimen, semalam.
Beliau yang kecewa tindakan kerajaan itu terkejut kerana pihaknya sama sekali tidak dijemput untuk membuat perbincangan berkenaan perkara tersebut.
"Mengejutkan kita dalam tempoh kurang seminggu, dibentangkan kajian skim gaji, sudah siap dan terus dibentangkan semalam (kelmarin) tanpa ada sebarang perbincangan dengan BBC dan PR Selangor.
"Kita tidak menolak keperluan kenaikan gaji, tapi apa yang diputuskan kerajaan negeri terlalu tinggi dan menuntut penjelasan kerajaan negeri," katanya yang juga Adun Bukit Antarabangsa.
Katanya, perlu ada perbincangan antara Menteri Besar dan Adun bukan sahaja tentang isu gaji tapi kemudahan kepada Adun.
"Sebab itu kajian perlu melibatkan Adun kita kerana mereka boleh beri pandangan mengenai kadar kerana bukan kita mahu bincangkan soal gaji pokok sahaja, tapi memberikan pandangan kemudahan-kemudahan boleh membantu BBC supaya lebih efisien dalam menjalankan tugas.
"Seperti kemudahan pejabat perlu dimasukkan dalam kenaikan gaji, dengan menyediakan pegawai penyelidik bagi setiap Adun, perpustakaan lengkap bagi buat kajian, ini akan beri kesan secara langsung dengan lebih baik," katanya.
Najib garu Gani, Gani garu Najib... (LM)
Keengganan Putrajaya menjalankan siasatan berhubung tuduhan terhadap Peguam Negara oleh bekas polis kanan dilihat sebagai konspirasi untuk “menutup” kesalahan yang dilakukan pegawai kanan kerajaan, kata Pakatan Rakyat.
Seterusnya: Najib garu Gani, Gani garu Najib...
.
Najib, Gani, P.Batu Puteh dan Altantuya... (LM)
Gani boleh melepaskan beberapa saksi penting seperti Abdul Razak Baginda dan tidak menyeret Musa Safri, adikong (aide-de-camp) Najib...
Seterusnya: Najib, Gani, P.Batu Puteh dan Altantuya...
.
Yang tidak pandai pun boleh berjasa dan berbudi kepada rakyat – Aspan Alias
Yang tidak pandai pun boleh berjasa dan berbudi kepada rakyat – Aspan Alias
November 26, 2013
Jika kedudukan kewangan negara sudah tenat mengaku sahaja ia tenat. Kita sudah letih mendengar seorang ahli kabinet kata yang ekonomi kita masih kukuh dan seorang lagi kata sedang menghadapi masalah kewangan.
Kerajaan ingin mencukai rakyat dengan pelbagai cara bagi menambahkuatkan kedudukan kewangan. PM Najib tidak perlu takut dan menerima keadaan buruk ini dengan menunjukkan jiwa mereka yang besar dengan mengaku sahaja yang keadaan kewangan kita sedang dalam ketenatan.
Untuk menunjukkan jiwa besar ahli-ahli jemaah kabinet pula keseluruhan
kabinet perlu diajak bersama-sama meletakkan jawatan dan berundur kerana
‘accountability’ ini wajar dipikul semua ahli kabinet secara bersama
(collective).
Sesungguhnya masalah yang berlaku sekarang ini bukannya untuk melonggokkan semua kesalahan kepada Najib dan Rosmah semata-mata malahan ia sepatutnya menjadi tanggungan semua ahli kabinet lantikan Najib itu. Lebih awal mengaku lebih baik untuk rakyat dan Najib serta kabinet sekalian boleh menumpang hasil kebaikan daripada tindakan mereka mengundurkan diri daripada mentabir.
Bukannya orang pandai dan bijaksana sahaja yang boleh berbudi kepada negara. Yang tidak pandai pun boleh membantu menyelamatkan negara ini. Jika yang bijak pandai menggunakan kebijaksanaan mereka membina negara secara betul, yang tidak pandai pula boleh meninggalkan nama dan budi serta jasa mereka dengan meletakkan jawatan dan berundur untuk menyelamatkan negara daripada jatuh tersungkur.
Banyak pendapat memberikan pandangan yang kabinet pimpinan Najib ini merupakan kumpulan yang kedua tadi, iaitu yang tidak pandai seperti saya dan ramai lagi di bawah ini. Maka mengundurkan diri daripada memegang amanah rakyat itu merupakan budi dan jasa yang amat besar kepada negara dengan tidak terus menjahanamkan negara. Pendeknya mereka boleh membuktikan yang mereka juga adalah rakyat yang sangat patriotik dan sanggup berhenti dan bersara demi kepentingan negara.
Jangan jadi pelepah mati kelapa yang tergantung yang hanya menunggu waktu untuk jatuh kebumi. Masalahnya sekarang ini pemimpin tidak mahu mengakui kelemahan mereka sedangkan mereka tahu negara akan bankrap jika mereka masih mentadbir dan memimpin negara ini.
Justeru, tindakan semua ahli kabinet bersara dan berundur itu adalah satu-satunya cara bagi mereka melakukan ‘redemption’ terhadap kesalahan dan kelemahan mereka di sisi rakyat, lebih-lebih lagi di sisi agama dan Tuhan.
Najib selalu berkata beliau mahukan peluang untuk berjasa dan menabur budi kepada rakyat. Sekarang peluang beliau dan ahli-ahli kabinet menyempurnakan niat untuk menabur jasa itu sudah sampai pada masanya. Beliau dan kabinet lantikan beliau perlu bersara secara 'en block'. Tentu rakyat akan ber“gumbira” menerima khabar berita ini.
Pemimpin yang gagal mentadbir dan tidak pula mahu mengakui kelemahan mereka, adalah selemah-lemah pemimpin dan akan menjadi ingatan buat selama-lamanya bagi rakyat serta generasi yang akan datang. – aspanaliasnet.blogspot.com, 26 November, 2013.
KERAJAAN DIINGAT JANGAN MEMBERI HARAPAN KEPADA KAKITANGANNYA
Semakan Gaji Kakitangan Awam 2014 : Kenaikan Gred & Gaji Penjawat Awam Naik. 100 Skim Terlibat!
by Staff Berita Semasa
on November 26, 2013
Semakan Gaji Kakitangan Awam 2014
: Berita baik yang Berita Semasa terima apabila bermula Januari 2014 ,
kalangan Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD) akan terima kenaikan gaji
naik 2014. Tahniah Berita Semasa ucapkan. Semoga kenaikan gaji kali ini
terus memberikan semangat dan motivasi kepada kumpulan ini untuk terus
berkerja keras bagi selepas ini. Tetapi….
Tetapi bagaimana pula dengan skim pelaksana yang lain? Ramai kalangan
kakitangan awam & penjawat awam yang tertanya-tanya mengapa mereka
masih dilihat tercicir dalam kenaikan gred? Terkini….
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
menjangkakan yang mana Semakan Gaji Kakitangan Awam 2014 akan selesai
sekitar bulan Mei atau Jun 2014 kelak yang mana Semakan Gaji Kakitangan
Awam 2014 kali ini akan melibatkan 100 skim perkhidmatan yang akan mula
dijalankan kajian dan semakan gaji serta gred bermula Januari 2014 ini.
Semakan Gaji Kakitangan Awam 2014 : Harapan Penjawat Awam?
“Seperti pelaksanaan kajian sebelum ini, ia turut dirunding bersama pihak berkepentingan termasuk Ketua Perkhidmatan, Ketua Jabatan, CUEPACS, Majlis-majlis Bersama Kebangsaan dan kesatuan pekerja,” katanya selepas merasmikan Forum Sektor Awam 2013, di sini
Sebelum ini dalam ucapannya, Ali berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam ucapan Bajet 2014 mengumumkan penambahbaikan 81 skim perkhidmatan awam bagi menarik dan mengekalkan modal insan terbaik sektor awam, selain menambah baik laluan kerjaya serta mudah alihan penjawat awam.
Menurutnya, penambahbaikan membabitkan 613,743 penjawat awam dengan peruntukan tambahan RM31 juta setahun.
Berikutan itu, beliau berkata pihaknya sudah memberi taklimat berasingan kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Ketua Perkhidmatan, Ketua Jabatan, Pengurus Sumber Manusia kementerian, agensi persekutuan dan negeri, CUEPACS serta kesatuan penjawat awam mulai 22 Oktober 2013 lalu.
“Ketua Jabatan diminta segera melaksanakan urusan penawaran opsyen pertukaran pelantikan kepada pegawai terbabit. Tempoh tawaran opsyen adalah 30 hari dari tarikh surat dikeluarkan,”katanya.
“Bagi perkhidmatan negeri, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan, ia tertakluk kepada 30 hari daripada tarikh pekeliling perkhidmatan dikeluarkan,” katanya.
Sumber : Bernama Malaysia Oleh itu, apa harapan & cadangan kalangan kakitangan awam bagi Semakan Gaji Kakitangan Awam 2014 kali ini?
SELAMAT TINGGAL KPF
SENGAJA KES INI DIBAWA DALAM BLOG INI AGAR PARA PENEROKA TIDAK LAGI DITIPU.KEPADA ANAK-ANAK PENEROKA, SEDIH MELIHAT ANDA BERGANTUNG KEPADA MEMOTONG GETAH DAN MENGAIT KELAPA SAWIT.NAMUN KERJA-KERJA INI PULA DIAMBNIL ALIH OLEH PEKERJA DARI KEMBOJA DAN INDONESIA,GENERASI KEDUA DANKETIGA PULA TERLIBAT DENGAN PENAGIHAN DADAH YANG AMAT SERIUS.
Seperti biasa, kisah ini tidak menjadi sesuatu yang menggemparkan –
ia disenyapkan oleh media massa, atau dilagukan sebagai sesuatu yang
positif kepada peneroka Felda. Tetapi bagi mereka yang terlibat secara
langsung (keluarga peneroka) dan faham tentang isu yang sedang melanda,
berita ini merupakan sesuatu yang amat menggerunkan.
Pada 27 Oktober lalu, mesyuarat agung luar biasa Koperasi Permodalan Felda (KPF) telah meluluskan usul penjualan baki 51 peratus saham Felda Holdings yang dimilikinya kepada syarikat bermasalah yang kita kenali Felda Global Ventures Holdings (FGV).
Mulanya saya tidak sedar akan perkara ini akibat terlalu sibuk dengan kerja. Saya tahu menerusi laman Facebook saudara Mazlan Aliman tentang cadangan penjualan ini dalam sebulan lepas, tetapi sangka saya ia akan ditolak dalam mesyuarat agung KPF itu nanti. Cuma hari ini apabila ditanya oleh ayah saya (seorang peneroka Felda), baru saya gali semula perkembangan proses tersebut, dan apa yang saya jumpa amat memeranjatkan.
Hanya satu perkataan boleh saya gunakan untuk menggambarkan penjualan itu – gila!
Asal-usul Felda
Terlebih dahulu mari kita secara ringkas menyusuri asal-usul penubuhan Felda. Tanah rancangan Felda dibuka bagi membantu rakyat yang tidak bertanah agar mendapat tanah pertanian untuk diusahakan (walaupun sebenarnya hanyalah pajakan 99 tahun, bukan hak milik tetap).
Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 digubal membolehkan kerajaan persekutuan membuka tanah yang asalnya di bawah kuasa kerajaan negeri dengan syarat ia kemudiannya diberi kepada rakyat. Maka orang ramai pun masuk ke kawasan-kawasan tanah rancangan ini. Mereka dipanggil peneroka Felda.
Pada era Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia, beliau telah mengubah semua ini atas dasar pensyarikatan Malaysia dan penswastaan. Tanah masih dibuka, tetapi tidak diberikan kepada rakyat. Sebaliknya ia diletakkan di bawah syarikat Felda Holdings yang ditadbir oleh Felda di bawah seliaan kerajaan persekutuan. Sebab itulah kini kita tidak lagi mendengar rancangan Felda baru didirikan walaupun begitu ramai rakyat tidak mempunyai tanah dan rumah.
Meskipun ini sebenarnya melanggar matlamat asal Akta Tanah itu sendiri, tetapi ia masih diterima dengan janji bahawa keuntungan Felda Holdings akan diagihkan kepada peneroka (dan keluarga) dan staf Felda sedia ada menerusi pegangan saham KPF. Ada peneroka menerima saham KPF bernilai RM 10,000 dan bayaran semula dibuat beransur-ansur melalui potongan dividen saham berkenaan. Selebihnya perlu dibeli sendiri oleh peneroka sampai nilai maksimum tidak melebihi RM 200,000 bagi setiap keluarga.
Kemunculan FGV
Felda Global Ventures Holdings (FGV) ditubuhkan pada 2007 sebagai sayap Felda dalam bidang-bidang komersial. Pada Jun 2012, FGV telah disenaraikan di bursa saham Malaysia. Dengan kata lain, kini FGV dibuka untuk semua, tidak kira sama ada anda peneroka Felda, rakyat Malaysia, orang asing atau para kapitalis dari Barat atau Israel.
Pada waktu itu FGV memegang 49 peratus saham Felda Holdings, yang kini hasil dan keuntungannya bukan lagi untuk para peneroka sebagaimana asal tujuan Felda ditubuhkan, tetapi untuk para pelabur yang tidak kita kenali.
Malangnya (seperti yang dijangka), FGV tidak pergi jauh. Malah nilai sahamnya menyusut dari semasa ke semasa sehingga kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak terpaksa menggunakan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membeli saham-saham FGV bagi mencegah harganya daripada terus merundum.
Namun itu semua belum cukup.
Felda Holdings (dan hak peneroka) dijual
Perladangan kelapa sawit adalah nadi utama Felda. Dari situ pelbagai industri berasaskan minyak sawit boleh dibuka, daripada kilang pemprosesan minyak sawit, makanan, pengangkutan bahan-bahan ini, eksport dan lain-lain. Kebanyakan syarikat yang mengendalikan bidang-bidang ini berada di bawah Felda Holdings, yang 51 peratus sahamnya dipegang oleh KPF.
Pulangan dividen KPF buat peneroka dan staf Felda pula adalah agak memberangsangkan – tidak pernah kurang daripada 10 peratus setiap tahun, malah pernah mencecah 18 peratus. Pada tahun 2013 sahaja dividen KPF ialah 16.5 peratus. Dalam istilah perniagaan, Felda Holdings bolehlah disifatkan sebagai ‘cash cow’ – sumber utama kewangan KPF.
Tiba-tiba pada 27 Oktober lalu, semua baki 51 peratus saham KPF dalam Felda Holdings dijual kepada FGV. FGV memerlukan keseluruhan Felda Holdings untuk memperkukuh kedudukannya memandangkan Felda Holdings amat menguntungkan.
Apa yang tinggal untuk peneroka Felda?
Lalu diberitakanlah bahawa wang jualan saham Felda Holdings itu akan dilaburkan KPF dalam sektor-sektor lain. Persoalannya, sektor apa yang lebih menguntungkan?
Perumpamaan mudah. Anda sudah ada sebidang tanah subur dengan hasil yang sangat banyak setiap tahun. Tiba-tiba anda hendak jual tanah itu supaya anda boleh buka kedai di bandar dalam keadaan untung ruginya belum dapat dipastikan. Dalam masa yang sama anda turut menyedari bahawa perniagaan bukanlah kemahiran anda. Sebab itu saya katakan ini kerja gila.
Kembali kepada mesyuarat agung 27 Oktober lalu. Dikatakan hampir semua perwakilan KPF meluluskan usul penjualan tersebut. Tetapi, siapakah para perwakilan KPF ini?
Di setiap tanah rancangan Felda ada koperasinya. Koperasi ini menguruskan pelbagai urusan perniagaan berkaitan peneroka, termasuk membelikan baja untuk peneroka sehinggalah menjual barangan keperluan harian. Setiap koperasi ini ada ahli lembaga pengarah dan pemimpinnya.
Dan yang datang bermesyuarat pada 27 Oktober lepas adalah pemimpin-pemimpin koperasi ini, bukannya pemegang saham KPF. Sesetengah pemimpin koperasi ini ada yang sudah pun menjual semua sahamnya dalam KPF. Manakala para peneroka yang menyimpan dalam KPF tidak tahu-menahu langsung tentang mesyuarat terbabit.
Saya ada mengenali peneroka Felda yang menabung sejak usia mudanya untuk disimpan dalam KPF sehinggalah nilai sahamnya mencecah jumlah maksimum. Saya juga ada mengenali anak-anak peneroka yang membuat pinjaman besar di bank untuk digunakan bagi melabur dalam KPF. Jika mereka ini yang hadir ke mesyuarat tersebut, adakah usul penjualan Felda Holdings diluluskan semudah itu?
Kemudian datang pula cerita tentang saguhati buat peneroka Felda atas penjualan (dan kerugian) ini. Dan telah diputuskan bayaran dibuat sama rata untuk semua peneroka, tidak kira sama ada anda telah menabung seumur hidup buat menyimpan dalam KPF atau pun anda telah mengeluarkan semua wang anda daripada KPF.
Jadi, apa yang tinggal untuk peneroka Felda? Mungkin kenangan manis bagaimana suatu masa dahulu Felda berjaya mengeluarkan rakyat daripada kemiskinan.
Syukurlah, sekurang-kurangnya Malaysia masih aman. Dan syukurlah sekurang-kurangnya Felda bayar zakat, bukan seperti Petronas.
Pulau Batu Putih dijual oleh pengkhianat! (LM)
Bekas pengarah CID dedah sogokan wang dalam kes Pulau Batu PutehBekas Pengarah Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim hari ini mendedahkan wujud sogokan wang yang menyebabkan kekalahan Malaysia dalam kes Pulau Batu Puteh pada tahun 2007.
Pendedahan tersebut telah dilakukan dalam bentuk Akuan Bersumpah (SD) setebal 31 muka surat, yang telah juga dihantar Pejabat Perdana Menteri 9 Oktober lalu.
Seterusnya: Pulau Batu Putih dijual oleh pengkhianat!
,
Haramjadah.. Yang boros itulah khianat! (LM)
Semalam Najib menyatakan bahawa mereka yang mengelak daripada membayar cukai adalah dianggap telah melakukan pengkhianatan kepada negara.
Ini kerana, menurut tafsiran Perdana Menteri, membayar cukai adalah sebahagian daripada ciri semangat patriotisme kepada negara.
Seterusnya: Haramjadah.. Yang boros itulah khianat!
PAS sudah sedia mengambil alih tempat Umno – Sakmongkol
PAS sudah sedia mengambil alih tempat Umno – Sakmongkol
November 25, 2013
Utusan Malaysia apatah lagi - berkempen seolah-olah mereka sukakan golongan ulama. Sejak bila Umno yang tidak ada roh agama sukakan ulama? Mereka tidak suka tetapi jika kumpulan ini menang dan mendominasi PAS mereka yakin dapat menundukkan PAS.
Senanglah puak Umno mengampungkan PAS dan menggambarkan para ustaz sebagai golongan kuno. Umno dan sekutu mereka tidak mahukan barisan pimpinan yang streetsmart dan boleh membaca gerak-geri Umno.
Saya ucapkan tahniah kepada jemaah pimpinan PAS yang semuanya disatukan
oleh agenda politik PAS. Tidak ada belahan dalam misi perjuangan. Tidak
ada ulama dan bukan ulama dan tidak syiah, sunni atau sebagainya.
Bahkan mereka yang sudah keluar daripada jemaah PAS sendiri menyokong puak ulama. Hassan Ali bukan seorang ulama tapi menyokong golongan ulama semata-mata mahu membalas dendam ke atas golongan bukan ulama dalam PAS yang dia gagal menjadi ahli yang baik. Hassan Ali hanya seorang pakar motivasi yang boleh menangis semasa berceramah. Itu sahaja.
Pada muktamar baru-baru ini, saya ada di Stadium Melawati Shah Alam. Ini muktamar yang sederhana - tidak ada pertunjukan kehebatan dan kekayaan seperti persidangan agung Umno.
Kerusi dan meja untuk perwakilan adalah yang selalu disediakan untuk pelajar tetapi dialas dengan kain. Perwakilan ada seribu lebih tetapi ahli PAS yang hadir sebagai permerhati dan menjadi perangsang kepada pimpinan PAS berjumalh dua hingga tiga ribu orang.
PAS ada lebih penyokong berbanding Umno. Tenaga yang terpancar daripada kesungguhan penyokong PAS membakar semangat pimpinan PAS.
Adakah saya ada kesangsian mereka yang hadir disini mempertikaikan agenda politik Islam parti PAS? Jika ada kesangsian, ia dinyahkan sama sekali bila berdepan dengan lautan warga PAS.
Bahkan saya berasa kehadiran yang begitu ramai mengukuhkan lagi iltizam menegakkan politik Islam. Tidak syak lagi, tenaga daripada ribuan yang hadir berpindah kepada perwakilan yang berjumlah seribu lebih itu yakni, mereka mahukan pasukan yang kuat berkerja dan ligat mengejar agenda politik Islam.
Mereka mahukan PAS mempunyai ketrampilan moden , dinamik dan inklusif. Ia bukan pasukan yang terbahagi kepada golongan ulama dan bukan ulama. Ia satu pasukan yang disatukan oleh agenda politik Islam. Perbezaan ketrampilan dan pendekatan adalah biasa tapi tidaklah sampai menghancurkan agenda politik Islam.
Ramai pimpinan dahulu dikekalkan. Ramai antaranya daripada golongan profesional dan bukan ulama. Saya kenal mereka daripada dekat dan tiada syak langsung mengenai komitmen mereka kepada agenda politik Islam.
Saya juga kenal beberapa tokoh ulama yang menjadi pimpinan tertinggi PAS kali ini. Idris Ahmad ahli parlimen Bukit Gantang misalnya adalah golongan ulama yang juga ligat dan cergas mendepankan agenda politik PAS.
Nasrudin, Nik Abduh, Nik Zawawi, Ridhuan Mohd Nor, Dr Mahfudz adalah tokoh-tokoh ulama yang akan mengukuhkan lagi agenda politik PAS. Kita jangan lupa bahawa golongan ulamak PAS ramai yang jadi MP kali ini.
Barisan pimpinan PAS ini akan bergerak sebagai satu pasukan yang komited kepada agenda perjuangan PAS. Para perwakilan menghantar isyarat yang bijaksana, sementara semua mahukan agenda politik Islam didepankan, mereka mahukan pendekatan yang pragmatik dan praktikal.
Apa maknanya pemilihan PAS ini kepada Umno? Ia menandakan PAS mempunyai pasukan pimpinan yang boleh menggantikan Umno. Menjelang PRU14, 75% daripada pengundi adalah pengundi yang sudah dibandarkan atau separuh bandarkan.
Generasi baru ini terdedah kepada pendekatan media dan cara berinteraksi yang baru. Kita telah lihat anak-anak muda enggan menerima indoktrinasi yang dilakukan melalui cara berpesta pestaan ala Umno. Mereka tidak mahu penghinaan ke atas kebijaksanaan mereka. Jika PAS berkerjasama dengan parti PR yang lain, PRU14 kita yang punya. – sakmongkol@blogspot.com, 25 November, 2013.
* Penulis atau nama sebenarnya, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz ialah Ahli Parlimen Raub.
Tak perlulah sampai guna lilin, tapi tunjuklah keinginan nak berjimat - Shahbudin Husin
PM Malaysia jawab macam budak-budak.Penyamun yang menyamun duit rakyat , itulah pengkhianat yang diamanahkan untuk menjaga rakyat.
Rata-rata berpendapat, bil sebanyak itu terlalu tinggi dan kurang sesuai dengan kedudukan ekonomi negara sekarang ini.
Dalam penjelasannya, Najib berkata, jumlah sebanyak itu adalah sesuatu yang wajar dan tidak dapat dielakkan kerana Seri Perdana adalah sebuah kompleks yang mempunyai pelbagai kemudahan dan digunakan juga untuk meraikan tetamu-tetamu kerajaan.
Lagi pula, kata Perdana Menteri lagi, Seri Perdana bukanlah miliknya, sebaliknya adalah milik rakyat.
"Jangan bangkit pasal bil letrik Seri Perdana tinggi, macam mana nak elak, itu bukan saya punya, tapi rakyat yang punya.
“Itu bukan kediaman saya, itu adalah kediaman Perdana Menteri dan saya hanya menumpang. Kalau ketua kerajaan lain datang, adakah kita kena raikan mereka dalam gelap?
"Bila Presiden China datang, takkan nak makan dengan cahaya lilin," jelas Najib dalam suatu program di Kuala Lumpur.
Sekali imbas, memang nampak logik dan meyakinkan jawapan Najib itu. Tetapi dua kali imbas, jawapan itu memperlihatkan sikapnya yang tidak mahu berubah dan mengurangkan langsung walau satu sen bil letrik di Seri Perdana itu.
Tidak ada sesiapa menafikan bahawa Seri Perdana adalah kediaman Perdana Menteri dan sesiapa yang menjadi Perdana Menteri berhak tinggal di situ.
Persoalan yang dibangkitkan ialah kenapa bil letriknya terlalu tinggi sedangkan di ketika yang sama hutang negara makin tinggi dan rakyat diminta berjimat cermat? Tidak bolehkah berjimat sedikit?
Ini kerana ramai yang tahu bahawa bil letrik di Seri Perdana tidaklah terlalu tinggi ketika Mahathir dan Pak Lah tinggal di sana. Kenapa hanya sekarang bilnya tinggi?
Adakah tiap-tiap malam tetamu luar diraikan di sana? Adakah kenaikan itu kerana banyaknya alat-alat dan lampu-lampu kristal dipasang di Seri Perdana sejak Najib dan Rosmah tinggal di situ?
Jawapan Najib bahawa "kalau Presiden China datang, takkan nak makan dengan cahaya lilin" pula ternyata keluar daripada tajuk yang diperdebatkan rakyat. Kalau dalam peperiksaan, jawapan yang keluar tajuk ini tidak mendapat apa-apa markah.
Persoalan rakyat ialah kenapa bilnya terlalu tinggi dan tak bolehkah dikurangkan jumlahnya itu?
Rakyat tidaklah mahu Perdana Menteri sampai menjamu tetamu negara luar dengan cahaya lilin atau tidur tanpa menggunakan penghawa dingin atau tanpa kipas angin.
Kalau mahu juga makan malam dengan cahaya lilin, cukuplah ketika beliau makan dengan isterinya saja.
Untuk kegunaan ketika meraikan tetamu luar negara, gunakanlah yang sewajarnya tetapi ketika tiada apa-apa kegunaan, berjimatlah.
Apa yang rakyat mahukan ialah sekurang-kurangnya tidaklah semua penghawa dingin atau lampu dipasang sepanjang masa. Pasangnya di mana yang perlu saja. Lampu-lampu hiasan dan kristal mewah tidaklah juga perlu dinyalakan sepanjang malam.
Apa yang rakyat mahukan juga ialah komitmen dan keinginan untuk berjimat cermat sebagaimana yang beliau selalu sarankan kepada rakyat.
Tetapi kenapa Najib terlalu berat mulut untuk memberikan komitmennya untuk turut sama berjimat cermat seperti rakyat, sekurang-kurangnya berjanjilah bil elektrik di Seri Perdana bagi tahun 2013 dan tahun-tahun seterusnya akan terus menurun berbanding bil RM2.2 juta bagi tahun 2012.
Namun jawapan Najib ini hanya memperlihatkan sikapnya yang mahu terus bermewah dan menggunakan apa saja semahunya wang pembayar cukai tanpa sekatan.
Beliau langsung tidak memperlihatkan sikapnya mahu menjiwai kesusahan dan derita rakyat, bahkan tanpa peri kemanusiaan melabelkan pula rakyat yang mengelak daripada membayar cukai sebagai pengkhianat.
Semua orang tahu tentang tanggungjawab sebagai pembayar cukai, tetapi pembayar cukai kadang-kadang hendak juga tahu ke mana wang cukai mereka dibelanjakan dan tidak mahu ia disia-siakan dengan penggunaan yang tiada kena-mengena seperti pembaziran bil letrik, sewaan jet eksekutif, jamuan mewah dan sebagainya.
Adakah pengkhianat juga namanya jika mempersoalkan ke mana perginya wang cukai ini? – shahbudindotcom, 24 November, 2013.
Pindaan perlembagaan KEADILAN dipersetujui sebulat suara
Pindaan perlembagaan KEADILAN dipersetujui sebulat suara
(Azuan Ab Rahman)SHAH ALAM 24 NOV: Cadangan pindaan terhadap beberapa perlembagaan parti disetujui sebulat suara oleh perwakilan yang hadir ke Kongres Nasional Khas KEADILAN di sini, hari ini
Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail ketika ucapan penggulungannya melahirkan rasa gembira terhadap penerimaan perwakilan kepada pindaan tersebut yang dilihat bakal melonjakkan lagi kemampuan parti itu.
Perlembagan terdahulu menetapkan bahawa syarat permohonan menjadi ahli parti adalah seseorang itu tidak menjadi anggota mana-mana parti lain.
Pindaan terhadap perlembagaan itu juga turut menekankan semangat kerjasama dan perkongsian kuasa secara adil di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia dengan memperkasakan kedudukan politik dan ekonomi yang saksama mengikut kerangka Perjanjian Malaysia tahun 1963.
Martabat dan peranan wanita sebagai tonggak dan penggerak masyarakat turut diiktiraf dengan menghayati falsafah hormat wanita dengan memastikan wanita bebas daripada diskriminasi dan eksploitasi.
Demi memastikan hak serta kepentingan wanita terpelihara golongan itu disasarkan memberikan sekurang-kurangnya 30 peratus penglibatan dari mereka dalam kepimpinan dan kuasa membuat keputusan.
Umno poyo bila Mat Sabu tetap menang (LM)
Pemenang bagi jawatan Timbalan Presiden PAS sudah pun diketahui. Mat Sabu akhirnya berjaya mengekalkan jawatan setelah menewaskan pencabarnya, Nik Amar Nik Abdullah dengan 588 undi berbalas 490.
Seterusnya: Umno poyo bila Mat Sabu tetap menang
.
Ratu Shopping kebanggaan makcik felda (LM)
KUALA LUMPUR - Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia Najib Razak, telah dinobatkan sebagai Ratu Beli-belah oleh Ketua Pembangkang yang sudah meluat, hairan dan jijik pada pendedahan yang telah dilakukan di Parlimen berikutan perbelanjaan yang ditanggung oleh kerajaan untuk lawatan peribadinya ke Qatar.
Seterusnya: Ratu Shopping kebanggaan makcik felda
.
Kongres Nasional Khas KEADILAN pinda perlembagaan parti
Kongres Nasional Khas KEADILAN pinda perlembagaan parti
SHAH ALAM 23 Nov: KEADILAN akan mengadakan Kongres Nasional Khas bertempat di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, di sini pada 24 November hari ini yang akan dihadiri 2000 perwakilan termasuk Sabah dan Sarawak.
Kongres khas tersebut yang bakal bermula seawal jam 7 pagi diadakan bagi membentang dan meluluskan beberapa pindaan terhadap perlembagaan parti sebagai langkah memenuhi tuntutan semasa politik tanah air.
Antara pindaan tersebut termasuk jumlah undi untuk Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dalam pemilihan parti itu yang dijangka pada April atau Mei tahun depan.
Pindaan perlembagaan parti itu juga dikatakan bakal memberikan lebih kuasa kepada anggota peringkat akar umbi untuk membuat keputusan mengenai hala tuju parti dan memilih calon yang dirasakan sesuai.
Pindaan perlembagaan parti itu juga dikatakan bakal memberikan lebih kuasa kepada anggota peringkat akar umbi untuk membuat keputusan mengenai hala tuju parti dan memilih calon yang dirasakan sesuai.
KEADILAN sebelum ini meminda perlembagaan parti sebanyak tiga kali antaranya penyatuan dengan Parti Rakyat Malaysia dan Parti Keadilan Nasional untuk membentuk Parti Keadilan Rakyat yang diadakan pada tahun 2003.
Kali terakhir KEADILAN meminda perlembagaan parti ialah pada tahun 2010 di mana parti itu menetapkan pemilihan secara langsung melalui seorang anggota satu undi.
PAS PERLU MUHASABAH
- KAJI SEMULA KENAPA TERENGGANU MASIH GAGAL DITAWAN
- KEJATUHAN KEDAH TELAH DIRAMAL 2 TAHUN AWAL SEBELUM PILIHANRAYA
- BAGAIMANA MAHU MENGAMBIL NEGERI YANG KALAH
- ADAKAH SIKAP PAS DAN AHLI DILIHAT TAMAK MENDAPATKAN KAWASAN ,TETAPI UNDI YANG RENDAH
- LANGKAH MENGAMBIL TINDAKAN MEMBELAKANGKAN PARTI DILIHAT TIDAK BIJAK
- ADAKAH PAS TERLALU EGO DENGAN SOKONGAN AKIBAT LETUSAN GERAKAN REFORMASI YANG DIMULAKAN ANWAR
- PRU13: 'Barah' dalaman punca kejatuhan PAS Kedah
- Abdul Rahim Sabri | 3:15PM Nov 23 2013
- Perwakilan PAS Kedah mahu jawatankuasa post mortem PAS bagi pilihan raya umum ke-13 mendedahkan punca kekalahan PAS khususnya di negeri itu supaya ia tidak diulangi pada masa akan datang.
- DAPAT NEGERI PUN TERLEPAS, YANG DAH ADA NAK DIUSIK.
PAS PP jelaskan 'letupan' menjelang muktamar
Sultan umum Johor cuti Jumaat dan Sabtu.... (LM)
Sultan
Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar (gambar)
mengisytiharkan hari cuti negeri itu ialah pada Jumaat dan Sabtu dan
tidak lagi Sabtu dan Ahad bermula.....
Seterusnya: Sultan umum Johor cuti Jumaat dan Sabtu
MAT SABU MENANG?
BETUL KE TIDAK BELUM DI PASTIKAN.MUNGKIN INI HANYA KIRAAN UNDI AWAL.SEBAB AKAN DIUMUMKAN PETANG NANTI.ADA SAHABAT POS DI FB.
Mohamad Sabu - 733 undi
Dato Nik Amar - 396 undi
Najib minta bantuan PM Bangladesh tutup penipuan pilihan raya
Najib minta bantuan PM Bangladesh tutup penipuan pilihan raya
(Oleh Norasikin Samsi)KUALA LUMPUR 20 NOVEMBER: Datuk Seri Najib Razak berbohong kepada Perdana Menteri Bangladesh menyatakan kononnya Pakatan Rakyat mendakwa 40,000 rakyat negara itu mengundi Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Sebaliknya, tegas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri pada pembentangan Bajet lalu mengelirukan Dewan Rakyat dengan berkata, Pakatan menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendaftar 40,000 warga Bangladesh sebagai pengundi.
“Dalam semakan kita tidak ada. Kita hanya temui tiga fakta berhubung isu penipuan pengundi,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau menjelaskan, semakan Pakatan Rakyat mendapati pengundi dibawa dengan pesawat termasuk orang luar dari Sabah dan Sarawak.
Kedua katanya, kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof bahawa terdapat 62,000 pengundi yang diragui didaftar sebagai pemilih.
Seterusnya Anwar merujuk kenyataan beliau selepas pengundian awal dengan bukti nama, kad pengenalan dan status kewarganegaraan.
“Warganegara tersebut termasuk India, Bangladesh, Filipina, Indonesia. Soalan saya bagaimana orang dalam kategori warganegara ini boleh dibawa masuk sebagai pengundi awal di bawah tentera dan polis.
“Tetapi sekarang ini, dia (Najib) lemparkan (tuduhan) dan minta bantuan Perdana Menteri Bangladesh untuk mengatakan tidak ada pengundi Bangladesh mengundi di negara ini.
“Mana PM Bangladesh tahu. Ini urusan dalam Malaysia dan patut dipantau oleh SPR. SPR memang terbukti berat sebelah, tidak wibawa, tidak dipercayai lagi,” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Perkara ini diberitahu Najib kepada Sheikh Hasina, semasa pertemuannya dengan Perdana Menteri Bangladesh itu di negara tersebut.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, jumlah 40,000 warga Bangladesh seperti didakwa Najib itu sebenarnya merupakan ciptaan blogger Umno.
“Siapa yang kata 40,000? Ini telah dipusing oleh blogger Umno. Kenyatan kita memang ada pengundi luar dan kita buktikan dengan nama dan warganegara dalam senarai pemilih dengan merujuk kenyataan SPR. Perkara ini sekarang disahkan dalam RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) tentang nama-nama yang dikemukakan untuk pertimbangan SPR,” katanya.
Tegas Anwar, perkara itu perlu diserahkan kepada pasukan bebas atau dibawa kepada RCI, bukan dicanang seperti dilakukan Najib.
ANWAR HARUS KEKAL SEBAGAI KETUA UMUM
JIKA JAWATAN PRESIDEN DI PERTANDINGKAN,MAKA BIARLAH IANYA DI PERTANDINGAN. DS WAN AZIZAH DIHORMATI MASYARAKAT PERMATANG PAUH KERANA BELIAU PERNAH MENJADI WAKIL RAKYAT DI KAWASAN ITU.MALAH DIAWAL GERAKAN REFORMASI DS WAN AZIZAH ADALAH TOKOH PEJUANG YANG DIHORMATI.
JASA DS WAN AZIZAH TIDAK BOLEH DIKETEPIKAN BEGITU SAHAJA.
“Jika jawatan Ketua Umum diperlembagakan dalam parti, PKR akan berhadapan dengan RoS yang ‘kejam’ dengan parti komponen Pakatan Rakyat (PR),” kata seorang pemimpin PKR merujuk kepada Pendaftar Pertubuhan.
“Ini akan memaksa Anwar untuk mengambil alih jawatan Presiden PKR
daripada isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail,” katanya.
“Jika jawatan Ketua Umum diperlembagakan dalam parti, PKR akan berhadapan dengan RoS yang ‘kejam’ dengan parti komponen Pakatan Rakyat (PR),” kata seorang pemimpin PKR kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur merujuk kepada Pendaftar Pertubuhan.
Sumber itu memberitahu, satu kumpulan mahu Anwar terus kekal sebagai Ketua Umum dan jawatan itu dijadikan sebagai jawatan rasmi dalam pindaan perlembagaan kali ini.
Ini akan menyebabkan Dr Wan Azizah terus kekal sebagai presiden.
Sementara kumpulan kedua mahu Anwar menjadi presiden parti itu dan Dr Wan Azizah direhatkan selepas sekian lama memegang pucuk pimpinan sejak Ketua Pembangkang itu dipenjarakan pada 1998.
“Sesetengah pihak percaya, kedudukannya akan tergugat sebaik sahaja mengambil alih jawatan presiden kerana pada ketika ini, kedudukannya di atas semua pihak. Jika beliau menjadi presiden PKR, kedudukan Anwar akan menjadi sama taraf dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng,” kata sumber itu lagi.
Sementara kumpulan kedua percaya Anwar sebagai presiden PKR tidak akan menimbulkan masalah kerana PAS dan DAP sudah menerima Anwar sebagai calon Perdana Menteri jika PR berjaya menawan Putrajaya.
Seorang wakil rakyat PKR memberitahu, kebanyakan ahli parti mahu melihat Anwar menjadi presiden supaya parti itu lebih mantap dan kukuh kerana jawatan Ketua Umum tidak jelas dan terikut-ikut dengan struktur parti politik di Indonesia.
“Jawatan Ketua Umum dulu diwujudkan kerana selepas dibebaskan daripada penjara, Anwar mempunyai halangan undang-undang daripada memegang jawatan politik, kini halangan sudah tiada.
“Jadi tiada sebab lagi untuk Anwar tidak memimpin PKR sekarang,” kata wakil rakyat PKR itu dan menambah Dr Wan Azizah pernah memberikan laluan kepada Anwar untuk bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 2008.
OKlah jika pihak DAP dah kata begitu... (LM)
Yang nak bergaduh ni kenapa?
Kelakar sekali bila kita memikirkan politik PAS dan DAP yang semacam adik beradik tiri suka berkelahi. Sekejap-sekejap PAS siku kepala DAP. Di masa yang lain pula DAP gerengau muka PAS. Gerengau ini bahasa Utara, maksudnya ‘cakar’.
Tetapi puncanya sebab apa? Siapa dia yang termakan umpan supaya bergaduh ini?
Kelakar sekali bila kita memikirkan politik PAS dan DAP yang semacam adik beradik tiri suka berkelahi. Sekejap-sekejap PAS siku kepala DAP. Di masa yang lain pula DAP gerengau muka PAS. Gerengau ini bahasa Utara, maksudnya ‘cakar’.
Tetapi puncanya sebab apa? Siapa dia yang termakan umpan supaya bergaduh ini?
Mahu Karpal minta maaf ini sebab apa? Apa yang boleh kita dapat daripada permohonan maaf Karpal? Putrajaya? Jongkong emas satu lori? Pahala?
Seterusnya: OKlah jika pihak DAP dah kata begitu...
Karpal.. tenggelamnya kapal, kerana angkuh (LM)
Namun tak berapa hari kapal hebat berkenaan berlayar
membelah samudera, ianya tenggelam hanya kerana seketul bungkah air batu!
Kapal dan Karpal, tak banyak beza,
sekurang-kurangnya di segi sebutan... Cukup-cukuplah menghulurkan peluru
kepada pihak musuh kita bersama iaitu Barisan Nasional, BN!
Seterusnya: Karpal.. tenggelamnya kapal, kerana angkuh
Surat Terbuka: Kami mintak ampun ya DS Rosmah... (LM)
KepadaYabhg Datuk Seri Datin Paduka Dr Rosmah Mansor
First Lady Of Malaysia
Seri Perdana, Putrajaya.
Yabhg Datuk Seri yang kami sayangi,
Setelah membaca kenyataan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kassim hari ini, kami rakyat Malaysia secara tiba-tiba berasa bersalah....
Bacaan seterusnya: Surat Terbuka: Kami mintak ampun ya DS Rosmah...
Kereta 12 tahun & Umno separuh abad (LM)
SIBU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu membuat pertimbangan teliti sebelum menetapkan had jangka hayat kenderaan di negara ini, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi.
Sejurus selepas tersiarnya niat JPJ untuk pertimbangkan had jangka hayat kendereaan di Malaysia, negara ini terus bergolak dengan kekecohan isu penindasan terhadap pengguna kereta yang melebihi 12 tahun.
Seterusnya: Kereta 12 tahun & Umno separuh abad
Ulama atau profesional: PAS wajar mendepani zaman
Ulama atau profesional: PAS wajar mendepani zaman
- Selasa, 19 November 2013 01:39
- Redzuan Shamsudin& Amiruddin Ahmad
Isu yang telah selesai pada era ustaz Fahdil Noor itu sengaja ditimbulkan oleh anasir-anasir di luar PAS apabila kesemua kerusi-kerusi penting parti menempatkan calon dari kalangan ulama dan profesional. Kerusi Timbnalan Presiden meletakkan Mat Sabu mewakili profesional dan Nik Amar mewakili ulama, Naib Presiden Mahfuz, Salahudin dan Husam dalam kelompok profesional manakala Tuan Ibrahim dan Abu Bakar Chik adalah ulama. Begitu juga calon pemuda PAS Suhaizan Kaiyat dan Zulhasmi adalah profesional sementara Kamarulzaman berpendidikan agama.
Walau bagaimanapun istilah profesional itu sendiri pernah didebatkan dalam PAS kerana ulama yang tinggi ilmu dan hebat dalam menyampaikan ceramah juga dianggap profesional. Isu ini telah pun hilang buat sementara dalam pemilihan 2011 lalu. Ketika itu pihak musuh - macai-macai Umno - menggunakan istilah Erdogan pro Anwar dalam melabelkan kumpulan Mat sabu, Mahfuz dan Husam. Manakala media pro Umno pula membuka ruang kepada Nasharudin Mat Isa untuk mempertahankan jawatan.
Isnin lalu, Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengharamkan ahli dan perwakilan PAS menari mengikut rentak musuh. Bermakna apa sahaja yang dibawakan oleh pemimpin Umno dan media mereka haram dijadikan pegangan oleh perwakilan dalam memilih saf kepimpinan.
Profesional, Erdogan
Pengharaman itu amat wajar apabila label yang digunakan bertukar-tukar. Dari profesional kepada Erdogan dan balik semula kepada profesional. Sekiranya kandungan makanan dilabelkan seperti itu maka Kementerian Kesihatan akan mengharamkan produk berkenaan kerana mengelirukan pengguna.
Sesungguhnya musuh PAS amat terdesak untuk meletakkan golongan yang tidak turun ke jalan raya menerajui parti. Mat Sabu terlibat secara langsung dalam demonstrasi Bersih 1, 2 dan 3 manakala calon Ketua Pemuda (sekiranya dipilih) Suhaizan Kaiyat terlibat menjayakan demostrasi anti PPSMI yang menjadi duri dalam daging kepada BN sehingga mereka memansuhkan bahasa Inggeris sebagai pengantar subjek matematik dan sains. Selepas ini, idea menaikkan harga bahan bakar dan barang keperluan pasti akan ditentang habis-habisan.
GST yang akan dilaksanakan pada 2015 mungkin tertangguh sekiranya PAS mengerakkan sejuta ahlinya berdemonstrasi saban minggu. Begitu juga idea untuk mengurangkan jangka hayat kereta sehingga 12 tahun.
Malaysia bukan lagi milik umno BN jika PAS dipimpin oleh aktivis. Rancangan untuk menyembelih rakyat secara lebih meluas akan terbantut. Inilah kebimbangan Umno yang mengerahkan pemimpinnya dan media arus perdana menyerang dan membujuk perwakilan PAS.
Termasuk dalam rancangan itu adalah adu domba perlaksanaan hudud di Kelantan. Tiba-tiba Annuar Musa bebas melahirkan sokongan terbuka ke atas undang-undang hudud tanpa dimarahi Najib Razak atau Dr Mahathir. Sejak bila Umno toleran kepada Hudud? MCA pula menyalahkan DAP kerana tidak menentang Hudud. Shahidan Kasim terbuka andai Hudud dibawa ke parlimen.
Strategi ini jelas menunjukkan garis sokongan Umno kepada kelompok tertentu dalam pemilihan PAS. Ia juga serampang dua mata, mengharapkan DAP akan melenting dan memudahkan Umno mengipas perwakilan PAS agar mencadangkan parti itu meninggalkan Pakatan Rakyat.
Hasan Ali
Tiba-tiba pula muncul idea untuk memasukkan semula bekas Naib Presiden PAS Dr Hasan Ali ke dalam parti itu. Hal ini lebih pelik. Bagaimanakah seorang pemimpin yang telah dipecat atas kesalahannya ingin dimasukkan semula ke dalam parti. Tidak ada sesiapa yang wajar mendengar komen Hasan walau apa pun alasannya. Hasan bukanlah pemimpin PAS yang berjasa. Beliau masuk ke dalam PAS pada era Reformasi ketika parti berada dipuncak. Hasan tidak sebaris dengan Mat Sabu, Mahfuz, Salahuddin dan sebagainya yang menanggung jerih perih perjuangan ketika PAS dipulaukan masyarakat.
Hasan Ali naik atas pengaruh Anwar Ibrahim yang mendekam di penjara. Kemudian beliau menjadi penentang kuat Anwar di kalangan pemimpin PAS. Oleh itu, ahli PAS sama sekali tidak boleh walak kepada Hasan dan memberi muka kepada pemimpin ini untuk kembali.
Satu lagi yang menjadi ancaman kepada pertimbangan perwakilan adalah kononnya Mat Sabu akan mengambil alih jawatan presiden secara automatik. Hal ini juga ditimbulkan oleh musuh PAS. Mereka tidak faham PAS dipimpin oleh Mursyidul Am dan Dewan Ulama selain presiden. Calon pilihan raya PAS ditentukan oleh Dewan Ulama sebelum diperkenankan Presiden. PAS akan tetap menjadi parti Islam buat selama-lamanya tidak kira siapa pun presiden.
Sekiranya ahli tidak mahu Mat Sabu menjadi presiden mereka boleh memilih ulama lain untuk diletakkan di kedudukan itu. Barisan kepimpinan Pemuda PAS telah menunjukkan sistem jawatan yang cantik untuk jadi panduan ahli.
Ketua dan Timbalan Ketua Pemuda tidak mempertahankan jawatan. Jawatan bebas diisi dengan tokoh-tokoh mengikut kehendak ahli. Cara ini juga boleh dilakukan sekiranya dua tahun lagi Tuan Guru Hadi Awang ingin bersara. Ahli PAS boleh mencadangkan sesiapa yang layak untuk dipertandingkan. Mat Sabu akan kekal dengan jawatannya atau diturunkan.
PAS bukan Umno yang jawatan tertinggi parti diambil alih timbalan. Sistem pemilihan PAS telah teruji sejak sekian lama dan berjaya menaikkan pemimpin berbakat untuk menerajui parti.
Kepada perwakilan, pemilihan kali ini amat penting kerana barisan kepimpinan akan menentukan rakyat terbela atau tidak. Sekiranya kepimpinan yang kurang tegas dipilih maka 1001 cukai baharu akan menanti rakyat Malaysia. Pada PRU ke 14 PAS pasti akan dihukum kerana tidak mampu membela rakyat menghadapi penindasan BN.
Rosmah jadikan jet eksekutif ibarat bas Tong Fong! (LM)
Setelah sekian lama agak menyepikan diri daripada sorotan cerita-cerita sensasi, isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor secara tiba-tiba kembali menjadi bahan bualan rakyat.
Puncanya hanyalah kerana beliau
menghadiri Forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa ke-4 di Qatar,
minggu lalu dengan menggunakan jet eksekutif.
Shahidan 'cuci' jet untuk jek Rosmah (LM)
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mempertahankan isteri perdana menteri, Rosmah Mansor dalam isu pembiayaan kerajaan terhadap jet eksekutif swasta dalam lawatannya ke Qatar awal bulan ini.
Seterusnya: Shahidan 'cuci' jet untuk jek Rosmah
23 Remaja Hilang Di Villa Nabila Angkara Hantu - Fakta Atau Auta?
JANGAN DOK KALUT SOAL ORANG HILANG JIKA TAK ADA BERITA DARI PIHAK BERKUASA. TAKUTKAN Umno LAGI ADA FAEDAH SEBAB Umno PUN SAMA GAK CAM HANTU YANG PANDAI MENGHILANGKAN DUIT DAN MEMBALUN HARTA WANG HINGGIT RAKYAT. http://sozcyili.blogspot.com/2013/11/23-remaja-hilang-di-villa-nabila.html
Home
»
23 Remaja Hilang Di Villa Nabila Angkara Hantu
» 23 Remaja Hilang Di Villa Nabila Angkara Hantu - Fakta Atau Auta?
23 Remaja Hilang Di Villa Nabila Angkara Hantu - Fakta Atau Auta?
Sekarang neh depa dok kata ada 23 orang hilang selepas memasuki villa Nabila. Heboh la kat media sosial pasal villa Nabila neh. Angkara hantu bagai. Sekali baca memang seram gile ah la kan. Korang boleh tengok juga gambar2 kat bawah neh. Di mana dorang cakap POLIS pun dah sampai kat sini untuk mencari 23 remaja yang hilang tue.
Sebelum tue yang masuk ke dalam villa tue 30 orang. Tapi 7 dari mereka berjaya keluar hidup2. Manakala 23 lagi tak keluar sampai la sekarang neh. Tatau hidup mahupun mati.
Lihat gambar2 berkaita dulu ;
Aku terai godek2 berita mengenai isu kehilangan 23 remaja neh. Aku tengok HARAM ada. Kalau betul ada 23 remaja hilang, apsal tak keluar paper? Apsal tak keluar berita? Apsal mak bapak tak cakap apa2? So kat sini aku dah rasa pelik la juga kan.
Kalau betul ada kehilangan mesti wartawan dah kecoh2 punya. Ini kan Malaysia beb. Apsal sampai sekarang takde sapa2 yang tampil update isu mengenai kehilangan neh?
Tue satu part.
Yang kedua. Yelah ko nak kata polis dah berkumpul apa bagai kat situ. Apsal polis tak update apa2 pun kat wall rasmi depa? Kat facebook polis, kalau ada apa2 kes terkini yang polis sedang siasat, polis mesti update punya la. Aku tahu la sebab aku follow semua berita2 polis neh. Aku kan rakyat yang bertanggungjawab.
Muahaha..
Yang ketiga. Aku nampak depa dok sibuk dok update citer orang hilang la ada kaitan dengan hantu bagai la apa la. Please la.
Apa jadahnya ko ingat hantu nak culik dan bunuh orang?
Hantu selalunya di sinonimkan dengan syaitan. Apa yang syaitan suka buat? Sesatkan manusia. Point? Untuk masuk neraka. So? Ko fikir hantu akan bunuh orang? No way.
Apa yang hantu nak buat [konon la kalau hantu tue wujud kan] ialah dia nak manusia2 itu sesat dan jauh dari perintah Allah supaya masing2 boleh masuk neraka bersama2 geng2 syaitan.
Takan mao la dia nak manusia2 itu mati.
Kalau mati dalam keadaan jahil dia suka la. Bukan mati dalam keadaan beriman.
Kesimpulan nya citer2 pasal hantu neh memang aku tak percaya. Manusia jek yang suka buat kerja2 jahat neh. Hantu [syaitan] pun jahat juga. Tapi limit dia ialah hasut manusia buat benda sesat. Dan manusia mungkin mati akibat terlibat dalam benda sesat. Bukan sebab mati kena culik dan bunuh dengan hantu.
Dan sebaran citer2 merepek tanpa kesahihan yang nyata memang mengarut. Mengajak manusia takut pada benda2 begini nak buat apa kau?
Akal ada ke takde hah?
Aku harap berhenti la sebar benda2 mengarut. Kalau betul 23 remaja hilang, oke fine, jom sebarkan gambar2 depa supaya kita boleh bantu mereka kembali pulang ke pangkuan keluarga. Jangan2 bukan hilang tapi tersesat sebab lokasi macam hutan2 aje.
Rujuk gambar lagi kat bawah neh ;
Sudah2 la tue memperbodohkan minda orang melayu. Kalau betul depa hilang, buktikan. Jangan buat citer sembang kencang oke. Kalau sungguh hilang aku takde hal nak percaya benda2 gini. Yang aku susah nak percaya, kehilangan dorang pun tak sahih lagi tapi heboh macam apa. Siap heret polis apa bagai lagi.
Adoyaiii..
BTW, POLIS mohon ulas boleh?
Betul ke depa hilang ataupun tidak?
Rujukan kat bawah neh hah ;
Gambar Misteri 23 Remaja Hilang di Villa Nabila, Johor Bahru JB Palsu @ Benar? Cerita & Kisah Terkini?
Gambar Misteri 23 Remaja Hilang di Villa Nabila, Johor Bahru JB Palsu @ Benar? Cerita & Kisah Terkini?
Berita Semasa
on November 18, 2013
Berita cerita 23 remaja hilang di Villa
Nabila Johor Bahru (JB) : Sekarang tersebar luas di Internet terutamanya
di Facebook dan blog Malaysia dikatakan seramai 23 remaja hilang
daripada 30 orang remaja yang telah masuk ke Villa Nabila, Johor Baru
pada 18 November 2013. Sehinggakan…..
Ada cerita yang mengatakan 23 remaja yang hilang didakwa telah disorok oleh hantu (makhluk halus yang menghuni Villa Nabila, Johor Bahru itu). Itu kata mereka…..
Berita & tersebarnya cerita 23 remaja hilang di Villa Nabila Johor Bahru telah menyebabkan jalan sesak di depan Pantai Lido seawal pagi tadi. Kesesakan telah berlaku dari Jalan Skudai ke Danga Bay dek kerana penyebaran cerita dan kisah 23 remaja hilang ini.
Walaubagaimanapun, semakan Berita Semasa
terhadap laporan & kenyataan rasmi pihak polis sehingga ke sekarang
ini hanya menerima 1 laporan polis mengenai kehilangan anak mereka.
Persoalan Berita Semasa yang lain, Kemana perginya 22 keluarga lain??
Gambar Remaja Hilang di Villa Nabila Johor Bahru?
Ibu kepada remaja hilang di Villa Nabila
Johor ini, Mohd Izzat Izzudin Hussin, 16 tahun telahpun membuat laporan
polis di Balai Danga Bay pada pukul 1 pagi tadi 18 November 2013
(isnin)
Gambar Sekitar Kejadian Kisah Kehilangan Remaja di Villa Nabila Johor Bahru?
P/S : Jadi, nasihat Berita Semasa untuk
mengelakkan keadaan tidak senang seperti yang berlaku sekarang,
lebih-lebih lagi pelbagai versi cerita dan kisah berkenaan kononnya
misteri 23 remaja yang hilang ini, nantikan sahaja tindakan dan
pengesahan daripada pihak polis sendiri.
WAJIB BACA.PAS perlu pertahan tahaluf siyasi, jangan tinggalkan PR
PAS perlu pertahan tahaluf siyasi, jangan tinggalkan PR
ULASAN : RIDUAN SHAMSUDIN & AMIRUDDIN AHMAD
Isu Hudud yang tiba-tiba timbul adalah serangan terancang Umno menjelang Muktamar PAS bagi menaikkan sokongan golongan anti PR kepada barisan calon berhaluan kanan pada pemilihan kelak.
Sebelum ini, spekulasi telah bertiup kencang sejak mutaqa ulama di Kota Sarang Semut, Kedah dua bulan lalu terdapatnya ura-ura PAS akan meninggalkan PR. Malah di peringkat Dewan Ulama, perdebatan isu tersebut tidak pernah selesai sejak kerjasama PAS bersama-sama PKR dan DAP pada 1999 lalu.
Dewan Ulama menentang kerjasama bersama parti-parti bukan bertunjangkan Islam, apatah lagi yang datang dari serpihan Umno. Alasan dikemukakan, PAS pernah dikecewakan oleh Semangat 46 dalam kerjasama tahun 1989 – 1996.
Sejak itu, mana-mana parti yang bukan memperjuangkan Islam secara total diragui komitmen mereka. Apatah lagi penyokong perjuangan Anwar Ibrahim yang dilihat liberal pada kaca mata ulama PAS. Menentang pendapat itu adalah agenda tahaluf siyasi yang dibawa Presiden PAS almarhum Fadhil Noor, yang kebetulan abang angkat Anwar Ibrahim.
Beliau lebih kenal adik angkatnya berbanding ulama PAS. Beliau bertegas isu Anwar ketika itu bukanlah isu politik semata-mata tetapi pemerintah menzalimi seseorang yang tidak bersalah. Anwar adalah simbol kepada kezaliman dan ketamakan kuasa Umno.
Akhirnya, idea Fadhil diterima oleh golongan pro pembaharuan dalam PAS dan parti itu masuk pilihan raya 1999 dengan bekerjasama dengan Parti Keadilan Nasional dan DAP.
Bersatu bersama Umno
Bagaimanapun, pemimpim berhaluan kanan dalam PAS didakwa tidak berpuas hati terhadap beberapa perkara dalam kerjasama Barisan Alternatif ketika itu termasuk penubuhan parti selain PAS untuk membawa suara Melayu. Mereka terus mempersoalkan peranan tokoh lain, selain presiden PAS memimpin kebangkitan ummah.
Apabila DAP yang pernah meninggalkan Barisan Alternatif pada 2000 dan masuk semula pada 2008 dalam Pakatan Rakyat, penentangan untuk bekerjasama dengan parti-parti pembangkang menjadi serius. Kemasukan DAP dilihat menolak agenda Islam.
Golongan berhaluan kanan berpendapat PAS tidak wajar meneruskan kerjasama dengan DAP dan lebih baik bersatu bersama Umno. Isu kalimah Allah menjadikan golongan ortodok ini semakin teruja dengan idea bersama Umno berbanding PKR dan DAP.
Mereka termakan dengan slogan perjuangan Umno memperjuangkan Ketuanan Melayu. Walaupun ketuanan itu hanya ditulis di atas kertas, hakikatnya 1.5 juta ekar Tanah Rizab Melayu hilang sejak Umno memerintah pada 1957.
Kalimah Allah adalah juga adalah ketetapan di atas kertas, hakikatnya Umno lebih banyak memesongkan ajaran Islam daripada menegakkan syiar. Namun atas perpaduan Melayu Islam maka Umno dilihat lebih baik berbanding kerjasama dengan PKR dan DAP.
Mereka sanggup memejamkan mata terhadap kes tembakan maut, rompakan bersenjata api, korupsi dan salah guna kuasa oleh sebuah kerajaan yang tidak layak memerintah daripada beralih kepada kerajaan baharu yang tidak mengutamakan Ketuanan Melayu.
Hal inilah yang perlu dihadam oleh perwakilan sebelum memilih kepimpinan baru PAS pada muktamar nanti. Perwakilan perlu menentukan sama ada pimpinan baharu akan mengekalkan tahap kerjasama dengan PR yang telah sedia terjalin dan memberi keuntungan selama ini atau saf kepimpinan yang ingin menilai semula kerjasama dalam PR.
Dewan Ulama menyuarakan perlunya PAS menjadi parti dominan dalam PR. Bagaimanapun perkara itu bukanlah sesuatu yang perlu diutamakan dalam perjuangan . PAS tidak perlu menjadi Umno dalam Barisan Nasional. Umno memutuskan semua perkara dan MCA serta MIC hanya menjadi pengekor sahaja. Akibatnya masyakarat Cina dan India beralih kepada PR.
Kuasa mutlak Umno pula akhirnya menyebabkan wujudnya dua golongan. Iaitu, penguasa Umno dan rakyat biasa Melayu. Penguasa memperhambakan rakyat mencari wang buat mereka.
Dengan memilih saf kepimpinan yang tidak lantang menyuarakan masalah rakyat PAS akan ketinggalan berbanding parti-parti lain. Sekiranya PAS tidak menggerakkan demonstrasi jalanan seperti tahun 2007, 2011, 2012 dan 2013 pasti nasib parti itu lebih buruk dalam pilihan raya lepas.
Keseimbangan kuasa
Hakikat yang tidak dapat dilihat oleh PAS ialah keseimbangan kuasa yang dimainkan oleh parti itu dalam menyalurkan kemarahan rakyat secara terkawal. Sekiranya PAS tidak lagi mendominasi demonstrasi jalanan sebagaimana yang sukses dilakukan di bawah kepimpinan Mat Sabu maka kemarahan rakyat akan diluah secara yang lebih ganas.
Bayangkan sekiranya tunjuk perasaan besar berlaku tanpa pemimpin, sebagaimana Arab Springs. Rakyat tidak menghormati arahan sesiapa pun, maka negara akan menerima kesan yang buruk. Umno terlalu licik perancangannya untuk diikuti oleh PAS. Umno boleh memusnahkan negara hanya untuk menyambung hayat kuasa.
Menurut keputusan pilihan raya 2013, hanya 45 peratus Melayu menyokong Pakatan berbanding 90 peratus Cina dan lebih 60 peratus India. Selepas kenaikan minyak, kenaikan harga gula dan pengenalan cukai GST rasanya lebih mudah untuk PR khususnya PAS meningkatkan sokongan Melayu. Jadi, apa perlunya gesaan mengkaji semula penyertaan PAS dalam PR? Peranan PAS hanyalah untuk menambah 10 peratus sokongan Melayu. Perkara itu bukanlah susah sangat
Oleh itu, perwakilan harus melihat agenda untuk PAS tinggalkan PR hanyalah dendam peribadi dan usaha sesetengah pemimpin untuk mencari pengaruh atau telah berjaya diperangkap Umno. Tidak lebih daripada itu.
Tanpa PAS dalam PR, BN akan berkuasa selama-lamanya dan rakyat tidak mempunyai pilihan lain untuk menumbangkan kerajaan zalim selain revolusi. Persoalan asas: Adakah PAS lebih gemar mengheret negara ke kancah revolusi berbanding perubahan secara aman yang boleh dilakukan bersama-sama PR?
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)







