Pakatan Rakyat Syorkan Jumlah Dividen Petronas Dikurang Kepada RM26 Bilion Sahaja

KUALA LUMPUR, 10 OKT : Pakatan Rakyat mengesyorkan supaya kerajaan mengurangkan jumlah dividen yang dibayar oleh Petronas kepada kerajaan persekutuan bagi tahun 2012 kepada RM26 bilion.

Kerjaan persekutuan pimpinan Barisan Nasional mengenakan bayaran dividen sebanyak RM30 billion daripada Petronas. Pakatan di dalam bajet alternatifnya mengenakan bayaran dividen sebanyak RM26 billion.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jumlah ini lebih kecil dan akan mengajar kerajaan berjimat dan mengamalkan disiplin fiskal untuk mengekang hutang negara.

Tambahnya ia juga memberi keupayaan Petronas melabur balik ke dalam operasinya dan menjamin pendapatan negara pada jangka panjang.

Ini kerana bila pelaburan luar berkurangan, pendapatan pelaburan Petronas amat terjejas kerana bergantung kepada keupayaan dalam negara semata-mata.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berucap dalam membahas belanjawaan 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Jumaat lalu.

Dalam ucapan yang sama Anwar mempersoalkan ketiadaan Laporan Ketua Audit Negara (A-G) yang sepatutnya dikeluarkan di Dewan Rakyat sebelum pembentangan bajet.

Menurut Anwar adalah pelik apabila membahaskan pembentangan bajet hari ini tanpa laporan Ketua Audit Negara tidak dibentang di Dewan Rakyat.

Beliau mendakwa tindakan itu mungkin taktik kerajaan bagi mencegah ah-ahli Parlimen daripada membahaskan isi kandungan laporan Ketua Audit Negara tu.

Laporan Ketua Aduidt Negara melaporkan audit dalaman jabatan-jabatan kerajaan

No comments: