Ketua SAMM Badrul Hisham Shaharin berkata beliau juga akan menyerahkan salinan cetakan dokumen itu dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berharga US$24.4 juta (RM73 juta) itu bebas daripada dikenakan cukai import.Menurut Badrul, yang popular dengan panggilan Chegubard, berdasarkan maklumat yang diterima SAMM pada 16 April lalu, berlian yang dikenali sebagai“Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond” diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Harga barangan itu diletakkan pada US$24,458,400, dakwanya.
Antara maklumat tertera pada cetakan komputer itu adalah:
Nama Barangan: Natural Fancy Blue Gray Cushion Cut Diamond
Nama Pengekspot: Jacob & Co dari New York
Nama Pengimpot: Datin Seri Paduka Rosmah Mansor dan Jeremi Beh Sin Tee
Tarikh Impot: 6-04-2011
Tempat Impot: KLIA
Sehubungan itu, Badrul menggesa SPRM mengadakan siasatan secara terperinci dan telus sebelum menyatakan hasil siasatan.
"Kita mendesak SPRM untuk tampil menyatakan hasil siasatan mereka kepada umum kerana ini melibatkan bukan sedikit jumlah wang rakyat Malaysia."
Beliau berkata cetakan maklumat yang diperolehi "hampir mustahil" untuk dipalsukan.

3 comments:
[pembelian cincin berharga US$24.4 juta (RM73 juta) itu bebas daripada dikenakan cukai import.]
Sebenarnya, barang kemas MEMANG TIDAK DIKENAKAN CUKAI IMPORT. Kalau tak percaya tanyalah mereka yang terlibat dalam industri barang kemas.
Tauke-tauke ni dah biasa pergi beli barang2 kemas kat jewellery fair kat luar negara mcm Hong Kong, Shanghai, Bangkok dll dan biasa bawa balik ikut airport; gelang rantai cincin emas bertatah berlian yg mahal-mahal sampai satu dua bundle, utk dijual di outlet mereka di negara ni. Tak pernah pun kena tahan untuk jelas duti import.
malah supplier barang kemas dari negara luar juga selalu ulang-alik ke sini dgn barang2 kemas utk diborong oleh peniaga2 kita dgn bebas tanpa bayar duti pun.
Malah jika ia dibeli secara peribadi pun tak perlu bayar cukai import.
Maka dakwaan ini jelas membuktikan kejahilan tentang hal industri barang kemas.
masalah ialah wang itu datang dari mana? USD 24.4 juta bukanlah wang yang sedikit, wang tersebut boleh mengubah hidupan orang Malaysian yang miskin... jikalau beliau sedar kesusahan rakyat, sepatutnya menderma duit kepada rakyat bukanlah membeli cincin yang terlebih mahal..
Tak kisahlah samada cincin itu dibeli atau tidak.
Cuma bagaimanakah PKR hendak memerintah jikalau hal sistem percukaian negara pun mereka tidak tahu?
Post a Comment