LEMBAGA PENGARAH PETRONAS TOLAK ORANG NAJIB

Perdana Menteri sekali lagi dikejutkan dengan penolakan oleh lembaga pengarah Petronas bagi menolak seorang ahli lembaga pengarah yang baru yang di percayai orang kanan DS Najib dan juga bekas pegawai khas beliau.

Omar Mustaffa yang di tolak oleh lembaga pengarah Petronas yang bersidang beberapa hari lalu menjelaskan bahawa penolakan Omar adalah kerana beliau pernah menerima biasiswa Petronas dan sepatutnya berkhidmat dengan Petronas , namun meninggalkan syarikat tersebut tanpa mengikut perjanjian yang pernah termeterai s 2 dekat yang lalu.


Malah menurut salah seorang pegwai lama di Petronas , penolakan Omar sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah dalam Petronas adalah bukan kerana beliau merupakan pegawai khas DS Najib , akan tetapi ianya mungkin berkaitan dengan apa yang pernah berlaku dimana Omar dan perjanjian dengan Petronas.

Omar adalah lulusan Oxford dan kemudiannya mempunyai syarikat perundingan sendiri. Beliau yang pernah bekerja dengan salah sebuah syarikat di London McKinsey&Co sebuah syaikat konsulting Beliau meninggalkan McKinsey pada tahun 2002 dan kemudiannya menubuhkan syraikat konsulting sendiri yang di beri nama Ethos yang terlibat dalam bidang yang sama,iaitu kewangan dan pinjaman kewangan.

Beliau dilantik sebagai penasihat kewangan kepada DS Najib kemudiannya,sebagai pegawai khas kepada TPM di waktu itu.

No comments: