dikemaskini "Mereka ini jahat betul. Saya tak pernah tengok dalam dunia manusia sejahat mereka ini. Saudara pernah jumpa? Malaysiakini pernah (jumpa)?" kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.
Lagi pendedahan Felda jual minyak sawit ke Israel
(Oleh Aisha Geoffrey)
KUALA LUMPUR 30 November: Satu lagi ‘bom besar’ berkaitan penjualan
minyak sawit ke Israel oleh Felda akan didedahkan dalam Himpunan
Kebangkitan Rakyat di Batu Pahat esok, kata Mazlan Aliman.
“Saya akan dedahkan satu lagi maklumat berhubung penjualan minyak
sawit Malaysia ke Israel esok, dalam himpunan di Johor,” kata Presiden
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) itu.
Beliau turut mengulas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang mempertimbang untuk saman Suara Keadilan dan Harakah.
Maslan berkata, kedua-dua akhbar tersebut memaparkan kenyataan Mazlan berhubung isu penjualan minyak sawit kepada Israel. Selasa lalu, Suara Keadilan
pada muka depannya melaporkan, Felda menjual lebih 100 tan minyak sawit
untuk sebulan, malah nilai import dari Israel berjumlah RM2 bilion pada
2010 dan 2011.
Sementara laporan Harakah pula bertarikh 26 November.
“Itu hak dia untuk saman. Apa yang saya nyatakan itu adalah benar.
Saya ambil kira semua dokumen dan fakta. Saya tak takut berhadapan
perkara ini,” tegas Mazlan ketika dihubungi.
“Saya ada banyak lagi maklumat untuk didedahkan, terpulang pada dia
untuk saman, tapi ingat, setiap pendedahan akan bawa kesan yang lebih
teruk kepada Umno,” katanya.
Mazlan sebelum ini mendedahkan penjualan sejumlah besar minyak sawit kepada Israel sejak tahun 2010.
Mazlan turut mendedahkan invois jualan minyak sawit mentah kepada
Bunge Agribusiness Singapore Pte Ltd, syarikat Israel berpengkalan di
Singapura.
Perhimpunan Agung UMNO kali ini
merupakan perhimpunan yang paling penting bagi UMNO kerana perhimpunan itu adalah
perhimpunan terakhir sebelum pilihanraya ini. Perhimpunan kali ini menampakkan
yang UMNO begitu tertekan dengan ucapan yang bergegar-gegar yang melambangkan perasaan
kurang kepastian untuk mempertahankan kuasa yang ada kepada mereka itu..
Berbagai isu yang dilemparkan
kepada pembangkang dengan kuat tetapi isu-isu itu jugalah isu yang pembangkang
lemparkan kepada BN khususnya UMNO selama ini. UMNO nampaknya tidak tenang
menghadapi cabaran demokrasi. UMNO membidas pembangkang seolah-olah penawaran
pimpinan gantian di Putrajaya itu seperti melakukan jenayah, sedangkan negara
ini memberikan peluang kepada mana-mana parti untuk menjadi kerajaan.Itu sebab
diadakan pilihanraya setiap lima
tahun sekali.
Seperti biasa UMNO menekankan
yang UMNO adalah parti yang berpengalaman. Kerajaan tidak perlu ditukar kerana
UMNO telah membangunkan negara ini dari sebuah negara miskin kepada sebuah
negara yang berpendapatan sederhana dan bakal menjadi sebuah negara maju
berpendapatan tinggi menjelang 2020 nanti. Bagi UMNO apabila negara itu maju
maka rakyat tidak payah menukar kerajaan lagi kerana kononnya rakyat akan
menghadapi risiko yang tinggi jika kerajaan gantian itu tidak mampu melakukan
apa yang BN telah lakukan.
Tetapi dalam pada itu Najib
menjadikan Amerika Syarikat sebagai contoh tetapi hanya mengambil kemenangan
Obama yang kekal menjadi Presiden buat penggal kedua itu sahaja. Najib patut
mengambil iktibar dan rakyat mesti memahami yang politik ini adalah berdasarkan
kepada keadaan sekarang dan masa depan rakyat dan negara. Rakyat AS
telah menukar kerajaan puluhan kali walaupun negara itu adalah negara maju.
Jika inilah alasan Najib untuk rakyat negara ini tidak boleh menukar kerajaan
dan elok di batalkan sahaja pendaftaran parti-parti yang lain dari BN di negara
ini.
Dalam pada itu kita telah nampak
sikap ahli-ahli Parlimen BN pada hari ini kerana tidak hadir dalam persidangan
hari ini kerana menghadiri majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO. Mereka
(ahli-ahli Parlimen BN) tidak bertanggungjawab kerana perhimpunan agung UMNO
itu sepatutnya di hadiri oleh mereka yang menjadi perwakilan sahaja sedangkan
ramai dari MP-MP BN itu bukan pun ahli-ahli UMNO atau perwakilan ke perhimpunan
itu.
Berbalik kepada Perhimpunan Agung
UMNO yang kita jelas terlihat ialah perasaan gusar dan takut jika rakyat mengalihkan
sokongan mereka kepada pembangkang. Apa yang Najib gagal memahami ialah orang
Melayu sekarang mahukan perpaduan Melayu dan kali ini berpadu di luar UMNO.
Tetapi apa yang Najib mahukan orang Melayu ini tunduk dan menjadi bangsa yang
‘subservient’ kepada parti. Sepatutnya parti-parti politik lah yang patut
‘subservient’ kepada rakyat dan ahli-ahlinya.
Najib masih memaparkan politik
memenjara pemikiran orang Melayu seolah-olah orang Melayu tidak boleh memandang
parti lain dan apa yang orang Melayu patut lakukan ialah untuk sentiasa
mengangguk dan mengikut sahaja apa yang UMNO mahukan walaupun rasuah yang
terlampau yang pimpinan UMNO itu sudah tidak terkawal lagi. Negara kita adalah
sebuah negara yang terlalu deras menuju kehancuran kerana rasuah yang sudah
tidak terkawal kerana hampir kesemua pimpinan, terutamanya dalam kerajaan itu
terlibat dalam kegiatan hina itu.
Pengakhir kata Najib dalam ucapan
beliau tadi, beliau telah memohon maaf di atas segala kesalahan yang UMNO dan
pimpinannya telah lakukan. Tidak pula beliau mengulas apa kesalahan-kesalahan
yang UMNO dan beliau lakukan. Beliau meminta rakyat memaafkanUMNO dan kepimpinan parti di atas segala
kesalahan.
Najib tidak pula meminta maaf di
atas semua salah laku rasuah yang dilakukan oleh pimpinan kerajaan. Jika rasuah
adalah salah satu dari kesalahannya dan meminta rakyat memaafkannya ia
sepatutnya pimpinan UMNO melakukan tindakan yang berani dan berjanji
memulangkan kembali wang rakyat yang telah di bawa lari dari perbendahaaraan
negara secara sistematik selama ini. Sementara memulangkan kembali harta rakyat
yang di larikan itu UMNO sepatutnya berehat dan melakukan ‘soul searching’ yang
intensif terhadap diri mereka.
Kalaulah ini dilakukan ia boleh
menyejukkan hati rakyat yang sayangkan negara. Misalnya jika keluarga Dr
Mahathir boleh memulangkan kembali wang rakyat yang hampir RM2 billion yang digunakan
oleh anaknya untuk menyelesaikan masalah perniagaannya dahulu ada juga lah
nampak keinginan untuk bertaubat dan meminta maaf kepada rakyat. Semasa Lemahn
Bros di AS menggunakan wang kerajaan semasa kejatuhan ekonomi dunia dahulu,
sekarang syarikat gergasi itu sedang beransur-ansur memulangkan kembali semua
wang rakyat yang di gunakan untuk ‘bailout’ syarikat itu dahulu. Sudah sampai
masanya Mirzan Mahathir mengembalikan kembali wang rakyat yang di gunakan itu
seperti apa yang dilakukan oleh Lemahn Bros itu.
Apa lagi kesalahan yang
dimaksudkan oleh Najib yang dilakukan oleh kepimpinan UMNO itu. Adakah isu
komisyen Scorpene yang melibatkan ratusan juta itu salah satu dari kesalahan
yang Najib memohon maaf? Bolehlah rakyat maafkan, tetapi pulangkanlah balik
wang sejumlah itu kepada rakyat.
Boleh kah Najib menggunakan
pengaruh beliau untuk membayar royalti minyak kepada Kelantan untuk melayakkan
beliau mendapat kemaafan? Ada
lebih dari RM 7 billion wang royalti yang sepatutnya di bayar kepada rakyat
Kelantan. Itu merupakan kesalahan yang sangat besar terhadap rakyat negeri
Kelantan yang mana 98% rakyat terdiri dari orang Melayu.
Inilah di antara ratusan isu yang
sengaja dilakukan oleh pimpinan kita dan jika mereka mahukan kemaafan adalah
elok UMNO duduk di kerusi pembangkang dan memperbaiki diri dan kembali
mendapatkan mandat dalam pilihanraya yang akan datang jika rakyat bersetuju.
Kalau lah BN mendapat kemaafan
dengan segala kejahatan rasuah yang mereka lakukan, maka BN akan terus
melakukannya setelah mendapat kuasa nanti.UMNO akan kembali meminta maaf dalam pilihan raya yang selepas PRU ini
dan rakyat memberikan kemaafan lagi. Jika ini keadaannya maka BN akan lebih
bebas melakukan kerja hina yang sudah menjadi kerja biasa dan ‘normal’ bagi parti yang sudah lusuh
ini.
Belum kita lihat sikap UMNO yang
percaya kuasa hanya untuk mereka sedangkan itu adalah kuasa rakyat yang akan
memberikan ketentuan siapa yang patut mentadbir kali ini. Tetapi pimpinan UMNO
ini tidak mahu menerima yang partinya sudah lemah. Usaha UMNO untuk bertahan
sudah terlalu kotor perlakuannya. Untuk memisahkan kuasa dari mereka (UMNO)
tidak ubah seperti memisahkan daging dengan kulit.
Apabila mereka (UMNO) terfikir
sahaja tentang kehilangan kuasa mereka menjadi separuh gila, sedangkan
peralihan dan giliran kuasa itu adalah perkara lazim dalam demokrasi.
Sesungguhnya UMNO lah yang gila kuasa sehinggakan mereka dan pimpinannya
berkata mereka akan bertahan walau dengan cara apa sekali pun. Padahal kita
bukan hendak memisahkan nyawa dari tubuh mereka. Kita hanya hendak melaksanakan
demokrasi mengikut sistemnya yang ada dengan cara terbuka.
Kepada Najib beliau tidak payah
bercakap seperti halilintar memecah bumi kerana berucap secara itu sudah
ketinggalan zaman. Zaman sekarang rakyat mahu melihat ‘content’ bukannya gaya berucap. Ia akan
hanya menampakkan kelemahannya lebih jelas dari yang sudah jelas kita lihat
selama ini.
Kata perpatah, ‘patah tumbuh
hilang berganti’ Rakyat bukan saja-saja hendak mematahkan, tetapi rakyat mahu
mematah atau mencatas pokok itu untuk ia bercambah dan rimbun daunnya serta
lebat buahnya.
Kalau hendak sangat berucap
bergegar-gegar itu, eloklah berbahas secara terbuka dengan Ketua Pembangkang.
Ini tidak…bercakap bergegar-gegar seorang diri. Kalau bercakap bergegar-gegar
tetapi tidak memberi mana-mana pihak menjawabnya orang itu adalah pemimpin yang
lemah dan tidak berketerampilan sebagai pemimpin sebenar.
Timbunan hutang negara RM456b zaman Najib, RM89b era Anwar
(Oleh Aisha Geoffrey)
PETALING JAYA 30 November: Hutang negara semasa pentadbiran Najib
Razak kini cecah RM456 bilion dan ia melonjak lima kali ganda berbanding
RM89 bilion di era Anwar Ibrahim, kata Timbalan Presiden KEADILAN,
Mohamed Azmin Ali.
“Sepanjang tempoh Datuk Seri Anwar menjadi Menteri Kewangan, hutang
negara semakin berkurangan dan Malaysia mengalami lebihan belanjawan
yang berterusan sehingga tahun 1997.
“Sebaliknya, hutang negara kini melonjak lima kali ganda berbanding baki hutang yang ditinggalkan oleh Anwar. “Hutang
negara yang diterajui Datuk Seri Najib kini mencecah RM456 bilion pada
akhir tahun 2011 mewakili 53 peratus daripada KDNK (Keluaran Dalam
Negara Kasar),” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.
Beliau membidas ucapan Perdana Menteri yang mendakwa kononnya Ketua
Pembangkang bukan ‘pengurus ekonomi yang cekap’ sewaktu menjadi Menteri
Kewangan dari 1992 hingga 1998.
Azmin berkata, sepanjang pentadbiran Anwar, defisit belanjawan negara hanya sekitar 0.8 peratus sehingga 2.4 peratus.
“Manakala pada era Najib, ia meningkat sekitar 4.1 peratus sehingga 6.7 peratus. Ini sumber dari Kementerian Kewangan
sendiri,” jelas Ahli Parlimen Gombak itu.
Tambahnya, tidak pernah ada Menteri Kewangan atau Perdana Menteri yang paling banyak menggunakan dana Petronas, kecuali Najib.
Menurut Azmin, kegilaan berhutang dan berbelanja boros Najib memaksa
Petronas menyumbang dividen pada kadar paling tinggi dalam sejarah
negara iaitu sebanyak RM30 bilion.
“Sewaktu Anwar jadi Menteri Kewangan, kadar dividen yang perlu
dibayar Petronas hanya RM3.1 bilion setiap tahun, manakala apabila Najib
memegang jawatan itu, kadar dividen melonjak sehingga RM30 bilion
setahun,” katanya.
Beliau berkata, rakyat tidak buta angka dan arif membezakan
pertumbuhan ekonomi sekitar 9 hingga 10 peratus semasa Anwar mentadbir
ekonomi negara, berbanding 4 hingga 5 peratus di bawah Najib, di samping
kos sara hidup semakin tinggi.
“Pencapaian Najib tidak pernah pun mengatasi Anwar. Jadi usah gunakan
taktik yang sama menjelang pilihan raya hanya untuk menakut-nakutkan
rakyat kononnya negara akan muflis jika Pakatan Rakyat mengambil alih
pemerintahan,” kata Pengarah Pilihan Raya KEADILAN itu.
KUALA
LUMPUR 30 November: Lelaki yang mendakwa telah dipaksa untuk mengubah
akuan bersumpahnya yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri ketika itu,
Datuk Seri Najib Razak dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu
berkata, beliau gembira apabila kebenaran akhirnya terserlah.
Balasubramaniam
Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala) berkata, ahli
perniagaan permaidani, Deepak Jaikishan, yang terlibat untuk
mendapatkannya mengubah akuan berkanun (SD) itu, telah melakukan
‘perkara yang betul’.
Dalam responnya kepada Malaysiakini, Balasubramaniam menggesa Deepak supaya mendedahkan segala-galanya yang diketahui mengenai perkara itu.
Katanya, beliau mahu Deepak mengesahkan siapa sebenarnya individu yang terlibat dari awal hingga akhir.
Balasubramaniam kini hidup dalam buangan bersama keluarganya di India
selama tiga tahun sejak beliau melarikan diri ke negara itu selepas
menandatangani SD kedua.
Deepak, dalam wawancara Malaysiakini awal minggu ini,
berkata pembabitannya dalam konspirasi itu adalah ekoran permintaan dari
seorang “rakan wanita” yang dikaitkan dengan pihak-pihak yang akan
terjejas oleh SD pertama Balasubramaniam.
Sementara itu, Balasubramaniam berkata, beliau mahu tahu siapa peguam
yang didakwa merangka SD kedua, yang menurutnya, telah disediakan tanpa
“pengetahuan atau input” daripadanya.
“Persoalannya ialah siapa yang melakukannya? Tiada siapa yang interviu saya sebelum menyediakan SD kedua.
“Ia disediakan tanpa pengetahuan atau input saya. Saya ingin mengetahui siapa peguam ini,” katanya. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=40387
AJK Himpunan Hijau Dr Phua dan Seet Ping di panggil polis untuk memberi keterangan di bawah akta Perhimpunan Aman pada 1 Dis di IPD Kuantan,Berilah sokongan anda.
Habih la Umno-Jerit la kuat-kuat Najib,ajak debat, hang tak mau.Naib Ketua Wanita Umno Sabah keluar parti, bakal sertai KEADILAN
PETALING JAYA 30 November: Naib Ketua Wanita Umno Bahagian Semporna
hari ini meletak jawatan dan mengisytiharkan keluar parti berkuatkuasa
serta merta. Kalasahan Abdul Salam berkata, tindakannya itu kerana hilang sepenuhnya keyakinan terhadap pemimpin Umno.
“Saya mengambil keputusan ini kerana hilang keyakinan dan kepercayaan
terhadap kepimpinan Umno, khususnya terhadap Ketua Umno Bahagian
Semporna yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Shafie Apdal.
“Terlalu banyak ketidaktelusan, skandal membabitkan wang rakyat dan
moral serta budaya fitnah dalam pentadbiran Umno Bahagian Semporna,”
katanya pada pengumuman itu dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN,
di sini hari ini disaksikan Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali.
Menurut Kalasahan, kepimpinan Umno Semporna juga gagal membawa perubahan sebaliknya banyak masalah asas gagal ditangani.
“Lihat saja kebanjiran pendatang asing tanpa izin, kekurangan bekalan
air, ketidakstabilan bekalan elektrik, jalan raya yang berlubang dan
berlopak, malah paling teruk, pencapaian pendidikan sekolah yang
tercorot di Sabah,” jelasnya.
“Sebagai menteri yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap
pembangunan luar bandar, Shafie gagal secara total dalam melaksanakan
tanggungjawabnya memajukan Semporna,” tegas Kalasahan yang sedang
mempertimbang untuk menganggotai KEADILAN.
“Peletakan jawatan beliau di kala Perhimpunan Agung Umno sedang
berlangsung merupakan tindakan berani. Kita mengalu-alukan kebersamaan
beliau dalam menolak Umno bersama Pakatan Rakyat,” kata Azmin. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=40382
Najib jerit
lah awak sekuat mana kamu mahu. Bersembur air liur pun mengenai timbalan dan
naib presiden parti UMNO pun tak kisah kerana ianya tidak sedikit pun mengobah
nekad dan tekad rakyat mahu menyingkirkan UMNO dari Putrajaya. Nak berperang
macam Churchill pun tak mengapa- dalam longkang, celah kankang, dalam bilik,
dalam stadium pun tak kisah. Tapi jangan lupa tentera bersekutu lawan parti
Nazi yang macam UMNO sekarang ini. yang menjerit perang sana sini ialah KJ
seoarang sahaja- majority pemuda dan senior UMNO buat tak tahu sahaja. Mampuih lah
KJ kali ini.
Yang matlaon
UMNO tahu, hendak kekal jadi ADUN atau MP. Rosnah Sherlin nak berperang apa-
angkat badan sendiri pun tak boleh. Wanita UMNO- hendak tunjuk muka dikampung
pun, rakyat lembukan mereka. Macam mana kita nak percayakan Shahrizat, orang
yang tidor dengan dia pun, dia tak tahu apa kerja nya. Orang berkualiti macam
inilah yang Najib cakap besar hendak mengurus Malaysia.
Bila saya
lihat perwakilan UMNO mengibar ngibarkan placards
dengan tulisan dan lakaran, kita sayangkan PM- saya ingatkan ini adalah projek Meng-Glee-kan UMNO. Glee ada
lah suatu rancangan hiburan TV yang menjadi kegilaan anak2 muda diseluruh
dunia. Mungkin projek Gleekan UMNO adalah hasil pemikiran budak2 muda disekeliling
Najib. Setelah 55 tahun kita merdeka dan umur UMNO 66 tahun, meremajakan UMNO
yang difikirkan oleh pemimpn UMNO ialah mengGleekan UMNO.
Hidup UMNO!.
Parti pilihan Allah. Seperti yang saya sebut dan tulis, orang UMNO menyifatkan
Allah pun ahli UMNO!
Tahun hadapan
Dato Najib tidak perlu bimbang. PAU akan berjalan dimana ahli nya akan mengundi
untuk menggantikan Najib. Najib akan disalahkan sebagai penyebab utama UMNO
kalah PRU13. Majority pemimpin pula akan bersidang di Sungai Buloh.
Sebaik sahaja
tamat ucapan memekik dan melolong, rakan saya dari UMNO talipon saya
bertanyakan apa sudah jadi dengan presiden UMNO. Saya kata entah sebab saya
tidak mendengar ucapan. Seperti yang lazim, saya lebih suka membaca yang
bertulis. Pembacaan bahan yang bertulis mengelak kita daripada terpengaruh
dengan penggayaan pengucapan Najib.
Saya bertanya-
awak bekalkan sapu tangan atau tidak? Kertas tissue? Nanti presiden UMNO nak
sapu mulut, takde apa2 bahan. Jaga2 kamu- kalau dia sapu mulut dengan tangan,
kalau bersalam dengan dia, segeralah basuh dengan Dettol atau disinfectant. Air
lir pembawa penyakit tahu.
Apa yang
baru yang dibawa oleh Najib? Ini semua wine dalam botol baru. Bertahun tahun
lama UMNO membantai pihak parti lawan. Dalam PAU mau bantai lagi? Muktamar PAS
tidak ada masa pun membicarakan mengenai UMNO. PAU- semua sessi perhimpunan
berkisar kepada pembantaian parti lawan. Itu maknanya, UMNO sudah kehilangan
punca seperti juga Presiden nya yang tidak tahu bagaimana melepaskan UMNO dari
jeratan tali disekeliling leher yang makin mengetat.
Apa yang
kita harap dari seorang PM dan menteri kewangan yang tidak berani
mempertahankan bajet yang dia sendiri bentangkan? Rakan2 dalam UMNO pun ramai
yang menyampah dan meluat bila Najib sekian hari bunyi lebih dari seorang ustaz
sedangkan memberi contoh najis mughallazah pun dia tidak tahu? Apa lah yang
diharapkan daripada presiden UMNO oleh orang Melayu untuk membela Islam bila
Islam dipermainkan dan dipersendakan, dia hanya tersenyum dan beri lagi upah
RM30juta kepada Soi Lek?
Mari kita
beritahu Najib al wasatiyah bahawa kebenaran bukan diukur dengan kuat jeritan
kamu. Ucapan presiden UMNO tidak ada kesan kerana ianya pengucapan yang
diperdengarkan kepada geng sendiri yang terdiri dari penyamun perompak, dan
penyundal.
80%
penduduk dari 29 juta rakyat Malaysia adalah dibawah umur 45 tahun, yang
memandang masa depan yang gelap jika UMNO terus memerintah. Najib janganlah
cakap besar seolah olah pemajuan negara ini hanya boleh dilakukan oleh UMNO. Cerdik
mana sangatlah pimpinan UMNO? kecuali ahli UMNO sememangnya pekak, buta dan
bisu- rakyat sudah melihat prestasi dan pencapaian negeri2 yang ditabir oleh
Pakatan jauh lebih baik dari bagaimana pemimpin UMNO mentadir negeri masing2.
Semenjak dia
ambl alih pentadbiran negara dari Paklah, hutang kerajaan federal meningkat
dari RM230bn kepada RM502bn yakni, 2 kali ganda lebih!. Najib akan diingati
sebagai PM yang paling boros. Dari 2008-2011, ubahsuai, penyelenggaraan rumah
rasmi PM ialah RM7juta. Bil letrik sahaja RM10juta. Bil air sebanyak RM1.9juta.
Najib bergentayangan seantero dunia dengan jet milik kerajaan menelan belanja
RM17 juta. Inilah dia transformasi yang selalu disebut oleh Najib.
Setelah 55
tahun, 40% rakyat negara ini mempunyai pendapatan RM1500 sebulan yakni tahap
miskin. Tahap kelayakan untuk dapat BR1M pun sudah RM3000. Dari 40% itu, 70%
atau 8.5 juta adalah orang Melayu yang Najib omong kosong mahu memajukan.
Jika RM3000
dianggap tahap kurang pendapatan dan layak dapat BR1M, maka RM 1500 apa dia?
70% daripada 40% yang miskin ini ialah orang Melayu. Setelah 55 tahun merdeka,
dan 66 tahun usia UMNO, jurang kekayaan paling terbesar ialah dikalangan orang
Melayu. Apa yang Najib cakapkan?
Apa yang
dilakukan oleh UMNO selama 55 tahun memerintah? Kamu parti Melayu tapi jurang
kekayaan dikalangan orang Melayu paling besar? Ini bermakna, kepentingan yang
kamu perjuangkan terutama semenjak 1981, ialah kepentingan penindas dan kepentingan
tuan tanah kedawong.
Kita akan
sambung membahas pengucapan yang penuh dengan kelentong, takabbur dan sombong. Tapi
itulah UMNO. Parti penyamun, lanun dan penyundal.
~ Tanah di Kampung Awah, 3 ekar suku, nombor satu, 100 meter dari jalan Temerloh-Kuantan. Berdekatan sekolah rendah, masjid dan balai polis. Geran kekal, ada pokok buah-buahan. Harga RM200 ribu (boleh runding)
~ Tanah kampung, 2 ekar suku (sudah ada rumah) di Batu Bor, Chenor (sesuai untuk kebun & rumah). Harga RM100,000.
~ Kebun getah 6 ekar di Chenor Seberang, tepi jalan utama. Getah umur 7 tahun, batang cantik. Harga RM200,000
~ Tanah utk tapak rumah, 1 ekar di Kg. Pangsenam (3 kilometer dari bandar Temerloh). Harga RM70,000 (boleh tawar).
~ Tanah geran antarabangsa di Kerambit 3 + ekar, tepi jalan. Harga RM60,000 seekar (boleh runding).
~ Tanah getah (tidak penuh) 6 ekar di Bandar Kerdau, geran antarabangsa, tepi jalan, harga: RM150,000 seekar (boleh runding).
~ Tanah nombor satu tepi jalan Temerloh-Maran, 2 kilometer dari hospital Temerloh, 1 ekar, RM210 k boleh runding.
~ Tanah lot kedai untuk dijual (20 x 40), di simpang Jengka 18 & Jengka 21. Harga RM30,000.
~ Bangunan kedai (batu) untuk dijual, berhadapan masjid Kg. Desa Murni. Harga RM30,000.
~ Rumah teres untuk dijual (baru siap), corner lot, Taman Pasir Rawa, di bandar Mentakab. Harga RM250,000.
~ Tanah 1 ekar di Bangau Tanjong (hanya 1 km dari pusat bandar Temerloh), atas bukit, 50 meter dari Sungai Pahang, ada jalan tar masuk. Harga RM170,000. Boleh tawar.
~ Tanah kosong untuk dijual di kawasan Dusun (tanah bukit, subur) di Beserah, Kuantan (Melalui satelit). Tepi jalan masuk berturap. Geran mukim kekal, tiada sekatan, luas 1.9 ekar. Sesuai untuk dusun durian dan zon perumahan. Harga RM250,000 (nego).
~ Tanah lot banglo untuk dijual berkeluasan 7,000 kaki persegi. Tempat: Bukit Cherakah. Mukim: Bukit Raja. Daerah: Petaling Jaya, geran antarabangsa (free hold). Harga: RM150,000 (boleh runding lagi).
~ Bangunan 4 tingkat untuk dijual dalam bandar Mentakab, sebaris dengan Maybank. Harga letak: RM1.2 juta (boleh minta kurang lagi).
~ Tanah untuk dijual 10 ekar (kosong) bersempadan (dua lot) bersebelahan Sekolah Kebangsaan Bukit Nikmat Jerantut. Harga jualan untuk semua sekali RM 500,000 (boleh runding). Berminat hubungi Mohamad Ros Rifin, 012-3585032.
~ Tanah dalam bandar Jerantut (kawasan perumahan), 9 ekar, geran antarabangsa. Harga RM2.5 juta (boleh runding).
~ Tanah kampung di batu 4, jalan Maran, 2 ekar, harga RM150 k boleh runding.
~ Tanah berhampiran Hospital Temerloh, 10 ekar, RM1.4 juta (boleh runding).
~ Tanah lot rumah (sudah convert ke bangunan) di Kampung Chempaka, 1 kilometer dari Tol Lanchang, RM100 k (boleh runding).
~ Tanah pertanian 2 ekar setengah di Paya Pulai Temerloh (berhampiran litar motocross) , harga RM150 k.
~ Tanah ladang 4 ekar, berhampiran Gunung Senyum & Jengka 25, harga RM120,000 (boleh runding).
~ Tanah getah 8 ekar suku, Kampung Berchang, jalan ke Sungai Koyan, Lipis. Harga RM230,000 (boleh runding).
~ Rumah teres setingkat di Jalan Bahagia (berhampiran bandar Temerloh). Harga RM170 k boleh runding.
~ Tanah sawit di Kampung Awah, 7 ekar sesuku, harga RM350 k (boleh runding).
~ Apartmen tepi pantai di Teluk Kemang. Harga RM85 k(boleh runding).
~ Tanah lot banglo di Kampung Teluk Mahang, Batu 5 Kuantan (belakang Dewan Mat Kilau). RM75 k / lot (boleh runding).
ANTI LYNAS.KUANTAN
ANTI RACISM
ASAL BUKAN UMno
PROJEK MELEMBUKAN NEGARA
SATU LAGI PROJEK BE END
LAWAK SIKIT
APO KONO KO UMPORNO
LAMBANG BARU PARTI AGAMA,BANGSA DAN NEGARA
BAS YANG DIRASAI RAKYAT
PM RASAI NIKMAT NAIK BAS
PM DAN BIK MAMA RASAI SUSAHKAN RAKYAT MENAIKI BAS
PM RASAI SUSAHKAN RAKYAT
SEMINGGU SELEPAS BERSIH
NAJIB TUNDUK PADA KUNING
BERSIH
AMBIL RISIKO KERANA KEHORMATAN SEBAGAI MANUSIA
KERAJAAN PAKATAN RAKYAT
PRU 13 KITA TAWAN MALAYSIA
CU CITE...
What I believe
I believe in a world where justice and peace rules, where all human beings (and not just a privileged few) will be treated with the dignity that is theirs as the children of the one God.
I believe in a world where the economy serves the people and not the other way around.
I believe that it has become even more urgent for us now to become stewards of the environment and to hold corporations accountable for their wrongdoings.
I believe in the love, justice, compassion, simplicity and deep peace that Allah (and many great women and men down the ages) taught us – not the materialism, consumerism, avarice, hatred, violence and war that the power structures of the day promote.
I believe in people-centred globalisation – a globalisation of solidarity – not corporate-led globalisation that promotes a world ruled by corporations aided by greedy politicians, bureaucrats and tycoons acting in cahoots with one another.
I believe that real journalism serves the interests of ordinary people and holds to account the powers-that-be and their associated vested political, business and corporate interest.