Goda isteri orang dibenarkan Kerajaan Madani?














1. Masalah utama sebahagian besar rakyat Malaysia ialah apabila gagal memahami konsep pemisahan kuasa.


2. Malaysia mengamalkan sistem pemisahan kuasa diantara Eksekutif(PM dan Kabinet) , Kehakiman (Mahkamah) dan Perundangan (ahli parlimen/legislatif).


3. Konsep pemisahan kuasa adalah penting supaya kerajaan menjalankan pemerintahan dengan adil. Undang-undang zalim yang dibuat oleh parlimen atas kehendak Eksekutif boleh dimansuhkan oleh Mahkamah. 


4. Apabila seksyen 498 Kanun keseksaan dimansuhkan oleh Mahkamah Persekutuan,  ia bukan bermaksud Mahkamah dan kerajaan membenarkan isteri orang digoda dan dirampas.


5. Sebaliknya menjadi satu tanggungjawab Mahkamah untuk mendengar kes yang dibawa kepada mereka.


 Terdapat seorang lelaki yang didakwa mengurat isteri orang telah mencabar undang-undang ini kerana hanya suami sahaja yang boleh menggunakan undang-undang ini, tetapi tidak isteri. Maka isu diskriminasi dan ketidaksamaan undang-undang dibangkitkan. 


6. Mahkamah Persekutuan juga sebelum ini telah membatalkan akta pelarasan pencen 2013. Sekiranya kerajaan tidak mengamalkan konsep pemisahan kuasa, tentu sekali kerajaan akan menghalang mahkamah dari membatalkan akta ini, dimana kerajaan telah bersusah payah membuat akta ini, malah kesan pembatalan oleh mahkamah menyebabkan kerajaan juga terpaksa membayar ganti rugi yang banyak kepada pesara yang terjejas.


7. Konsepnya mudah, sesiapa sahaja boleh mencabar dan menyemak semula peraturan dan undang-undang ke mahkamah. Hakim akan menentukan Definisi serta keabsahan sesuatu undang-undang itu mengikut Perlembagaan Persekutuan. 


8. Berkaitan seksyen 498 ini, walaupun dimansuhkan, bagi seorang Islam mereka masih lagi tertakluk kepada seksyen 36 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (wilayah persekutuan) jika melakukan perkara yang sama. 


Malah dalam Islam, tunang orang juga haram dingorat.


9. Pihak jabatan agama islam mesti mengkaji kesan pembatalan oleh mahkamah Persekutuan terhadap undang-undang syariah. 


10. Saya fikir keputusan mahkamah dalam hal ini khususnya berkaitan diskriminasi tidak semestinya betul, ini kerana ada hal yang dibenarkan oleh Perlembagaan contohnya Perkara 8(f)  hanya orang Melayu berhak menyertai Askar Melayu DiRaja.


11. Oleh itu kerajaan Malaysia dan Menteri undang-undang perlu memikirkan bagaimana untuk mengembalikan seksyen 498 ini dan sah disisi Perlembagaan. Mungkin perlu masukkan dibawah senarai pengecualian Kesamarataan- Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan. 


12. Kepada pembangkang dan pembangang jangan terus bodohkan diri dengan menganggap keputusan mahkamah adalah keputusan dan kehendak kerajaan. 


13. Jangan nafikan hak rakyat termasuk diri anda sendiri untuk menyemak undang-undang di mahkamah tinggi.


14. Fitnah terhadap lawan memang sedap, namun fitnah ini pastinya merugikan akhirat anda.


Terima kasih. 


Muhammad Fairul Al Qasas 

Jengka.

#KerajaanPerpaduan 

#MalaysiaMadani



No comments: