DI GUANGZHAOU. ..PENGEMIS DIAJAR DENGAN TVET.,KEMAHIRAN. DI NEGARA KITA...MALAS ADALAH PUNCA UTAMA. NAK SURUH BELAJAR AMBIL TVET PUN MALAS....DAN TAK ADA LAGI PIL RAJIN YANG DICIPTA SELAIN SIKAP.
Tarikhnya 1 April 2004. Tetapi ini bukan April Fool's Day.
Kerajaan menguatkuasakan undang-undang "bandar tanpa pengemis".
Sesiapa yang didapati mengemis atau tidur di tempat awam akan dikutip oleh pihak berkuasa.
Dalam sekelip mata sahaja, bandar dengan 8 juta penduduk ini telah bersih daripada pengemis.
Pada bulan November tahun 2011, akhbar The Guardian melaporkan insiden seorang warga Britain mengemis di bandar ini.
Eh?? Apa?? Mengemis pun masuk berita ke? Aneh sangat ke? Tak pernah jumpa pengemis ke?
Ye. Kat bandar ini, penduduk tempatan dah bertahun lamanya tak jumpa pengemis. Sebab itu pada tahun 2011, insiden seorang warga Britain mengemis di bandar ini masuk berita.
Dah 7 tahun tak jumpa pengemis, memanglah nampak pengemis kat bandar ini menjadi sesuatu perkara yang luar biasa.
Itu tahun 2004 dan 2011. Lebih sedekad yang lalu.
——
Baru-baru ini, saya berpeluang menjejak kaki ke bandar tersebut.
Saya tanyakan penduduk tempatan:
"Mana perginya semua pengemis, kenapa seorang pun tidak nampak?"
Penduduk tempatan menjawab:
"Bandar ini mana ada pengemis? Dah 20 tahun takde pengemis. Semuanya orang kaya. Yang tak kaya pun ada pekerjaan dengan pendapatan yang selesa."
——
Bandar bebas pengemis ini ialah GUANGZHOU, sebuah bandar di selatan China yang cukup bersih, futuristik, moden dan berteknologi tercanggih.
Sesetengah pihak menggelar bandar ini "cyberpunk city" kerana pencakar langitnya berkelip-kelip pada waktu malam. Bukan satu dua bangunan, tetapi berpuluh-puluh buah bangunan di sepanjang Sungai Mutiara (Pearl River / 珠江).
Perasaannya seolah-olah masuk ke alam yang berbeza, seperti masuk dalam computer game.
-—
Guangzhou berjaya membersihkan pengemis kerana dua faktor.
Faktor pertamanya pusat-pusat "transit" di mana pengemis akan dijaga dan disiapsiagakan dengan kemahiran-kemahiran tertentu untuk bersaing di pasaran pekerjaan.
Faktor kedua dan faktor terpenting ialah polisi-polisi kerajaan sejak 20 tahun lalu yang mengutamakan ekonomi, di mana ekonomi yang pesat membangun akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan berpendatan tinggi.
Di Guangzhou, sejak 10 20 tahun yang lalu, memang takde orang miskin dah.
Selain sindiket-sindiket dan organisasi-organisasi pemerdagangan manusia, memang takde orang nak jadi pengemis dah, kerana rakyat biasa mempunyai pekerjaan dengan pendapatan yang tinggi atau selesa.
Gaji pelayan restoran pun mencecah 10,000 yuan (sekitar RM6,500). Apatah lagi gaji kakitangan sektor kewangan dan digital dalam cyberpunk city ini. Perkara normal untuk jumpa penduduk yang bergaji 20 30 ribu yuan (RM13 - RM20 ribu) sebulan.
Tak percaya saya takpe. Tanya je kawan-kawan yang pernah menjejak kaki ke Guangzhou. Tanyakan apa yang mereka nampak kat Guangzhou.
Bersih. Terang. Futuristik. Moden. Canggih.
Makan semangkuk mi kat kedai biasa mencecah 60 70 80 yuan (RM35 - RM50).
Makan kat Big Mac set kat McD mencecah 80 yuan (RM50).
Makan, minum, menginap semuanya mahal. Tapi orang Guangzhou mampu dan ini dianggap “harga biasa” untuk mereka kerana mereka bergaji tinggi.
——
Di Malaysia, Kerajaan terdahulu (2021) mempunyai niat ke arah seumpama. Salah satu langkah yang diambil ialah memperkenalkan cukai LVG (Low Value Goods / Barangan Bernilai Rendah), di mana barangan import di bawah RM500 akan dikenakan cukai sebanyak 10%.
Tujuannya tidak lain bukan, membantu syarikat dan kilang tempatan meningkatkan keluaran dan hasil jualan.
Sifirnya mudah.
Sekiranya barangan import menjadi lebih mahal, orang tempatan akan switch kepada barangan tempatan yang lebih murah. Maka hasil jualan barangan keluaran tempatan pun meningkatlah.
Susulan peningkatan jualan barangan buatan tempatan, lebih banyak pekerjaan boleh diwujudkan.
Selain itu, syarikat yang sedang menghasilkan barangan bernilai rendah di luar negara akan berfikir sama ada perlunya membuka kilang di negara Malaysia.
Mereka berfikir berbuat sedemikian kerana mahu mengelak barangan mereka dianggap barangan import dan mengelak cukai LVG.
Hasil daripada pemindahan kilang-kilang luar negara ke Malaysia ialah pengwujudan lebih banyak peluang pekerjaan.
——
Berbalik kepada Guangzhou, China, mereka dah lama meninggalkan level mundur dengan pekerjaan-pekerjaan bergaji sederhana.
Mereka telah berada di level maju dengan pekerjaan-pekerjaan bergaji tinggi.
Level 1: Takde pekerjaan (mundur)
Level 2: Pekerjaan bergaji rendah (mundur / membangun)
Level 3: Pekerjaan bergaji sederhana (membangun)
Level 4: Pekerjaan bergaji tinggi (maju)
Kita kat Malaysia pula, masih sedang mempertikai langkah-langkah pengwujudan pekerjaan-pekerjaan bergaji sederhana dan rendah.
Nampaknya perjalanan kita masih jauh nak capai level negara maju pekerjaan bergaji tinggi.