APA KATA PEGANG EDITOR EDISI SIASAT NI- CUBA SIASAT TENGOK MAKLUMAT DIA DAPAT. INI PITENAH NI...PANDAI BUAT BERITA PELESU.

 Aku dapat ni dari WhatsApp Group.



Kalau nak fitnah pun, biar le logik. Ini fikir dari logik akal pun tak pass, camne nak hasut rakyat? Yang bodoh bedooh je boleh percaya.


Nurul Izzah dikatakan campur tangan dalam urusan kerajaan secara melampau. Nampaknya ada usaha nak jelmakan Izzah sebagai Rosmah II.


Kenapa aku kata tak logik? Sebab ini adalah sebuah kerajaan perpaduan. Yang jadi kerajaan bukan PH je. Ada BN, GPS dan lain-lain lagi.


Dalam PH pun, bukan ada Keadilan je. Ada DAP dan Amanah. Dalam PH sendiri pun ada yang tak suka dengan DS Anwar, contohnya mereka yang masih berkiblatkan Mahathir.


Apa lagi dalam kerajaan. Malah dalam BN pun ada lagi pemimpin yang masih berkiblatkan Mahiaddin. Kalau betul Izzah kawal semua, adakah mereka ini akan berdiam diri?


Bukan setakat itu, bahkan dalam kerajaan juga ada tokoh dan cendekiawan yang hebat seperti Tan Sri Hassan Marican dan Prof. Agus. Ingat mereka ini boleh dijadikan boneka ke?


Yang terjadi, mungkin, mereka minda pandangan Nurul Izzah dan kebetulan, pandangan itu baik, jadi mereka bersetuju. Mungkin.


Tapi untuk Nurul Izzah kawal semua, aku rasa itu sangat mengarut. Bukan sebab aku percaya DS Anwar tapi aku tak percaya yang lain akan berdiam.


Dan kalau betul pun Nurul Izzah boleh kawal semua, aku kagum dan lebih tak sabar untuk lihat dia jadi Perdana Menteri seterusnya.


Bukankah hebat kalau seorang yang tiada kuasa, MP pun bukan, tiba-tiba boleh buat macam-macam dan orang sekadar mengikut sahaja?


Bayangkan kalau Nurul Izzah boleh jadi PM. Aku rasa mungkin PBB, IMF malah Israel pun akan ikut cakapnya. Kan untung kita!


Sudah-sudahlah buat fitnah tu. Ingat, lepas mati kita akan dihidupkan kembali dan setiap amal kita akan dihitung. Cukuplah buat dosa fitnah. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


No comments: