KISAH BUDGET DAN HUTANG

 

Untuk kita mudah faham tentang bajet 2023.dipetik dari fb page Liyana Marzuki 


Di antara yang baru dan yang lama


Jumlah Bajet 2023 (B) lebih besar pada RM 386 bilion berbanding dengan Bajet 2023 (L) yang berjumlah RM 372 bilion.


Walau bagaimana pun bajet yang baharu menganggarkan pendapatan kerajaan yang lebih tinggi. Hanya 24.5% belanjawan dibiayai oleh hutang (RM 95 bilion) berbanding dengan belanjawan lama yang mana 26.8% (RM 99 bilion) bersumberkan hutang. Maknanya kurang hutang sebanyak RM 4 bilion.


Ini membolehkan defisit belanjawan diturunkan kepada 5% berbanding dengan 5.6% untuk tahun 2022. Konsolidasi fiskal ini penting agar kita tidak mewariskan hutang yang bertimbun kepada cucu cicit kita.


Walau bagaimana pun, kerajaan kena membayar faedah/keuntungan atas hutangnya berjumlah RM 46 bilion tahun ini. Ini adalah kerana hutang lansung kerajaan sudah mencecah RM 1.2 trilion. Tu belum masuk komitmen jaminan ke atas hutang-hutang lain yang memang akan dibayar oleh kerajaan seperti hutang Tabung Haji.


Ini adalah tinjauan makro yang mudah dibaca. Tinjauan lain kena ambil masa lagi lah.


Kredit: Dato’ Nik Hasyudeen