BILA SABAH MAHU MAJU KALU WAKIL RAKYATNYA PUN TIDAK TATAP PENDIRIAN

 

Biar Lembaga Disiplin Umno buat keputusan, kata Shahelmey

Shahelmey Yahya bersama empat lagi Adun dipanggil Lembaga Disiplin Umno kerana tindakannya menyokong kerajaan Sabah pimpinan Hajiji Noor.

Adun Tanjung Keramat, Shahelmey Yahya berkata, beliau dipanggil Lembaga Disiplin Umno kerana ingkar arahan parti. (Gambar Bernama)

PUTATAN: Adun Tanjung Keramat, Shahelmey Yahya menyerahkan kepada Lembaga Disiplin Umno berhubung tindakannya menyokong kerajaan Sabah pimpinan Hajiji Noor, baru-baru ini.

Ketika krisis politik melanda Sabah, Shahelmey yang kini timbalan ketua menteri III antara wakil rakyat  Umno yang menyokong Hajiji

Katanya, dia tidak mahu mendahului Lembaga Disiplin Umno berhubung perlakuan atau kenyataan kurang wajar.

“Saya seorang daripada Adun Umno Sabah dipanggil Lembaga Disiplin untuk membuat pembelaan atas pertuduhan dinyatakan dan telah menyatakan pembelaan saya.

“Kita berserah kepada Lembaga Disiplin Umno untuk membuat keputusan, jadi kita tunggu,” katanya selepas Karnival Perpaduan Perumahan Daerah Putatan dan Karnival Perpaduan Komuniti Gerak Rahmah, Jom Sihat Daerah Putatan.

Selain Shahelmy, empat lagi Adun berpendirian sama sudah dipanggil Lembaga Disiplin Umno, iaitu Jasnih Daya (Pantai Dalit), James Ratib (Sugut), Arsad Bistari (Tempasuk) dan Yusof Yacob (Sindumin).

Bagaimanapun, Jasnih, James, Arsad dan Yusof bersama seorang lagi Adun Umno, iaitu Hamild@Hamid Awang (Balung) mengumumkan keluar parti dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah Selasa lalu.

Pada 6 Jan lalu, Ketua Umno Sabah, Bung Moktar Radin berkata, parti itu menarik balik sokongan terhadap kerajaan Sabah dan Hajiji sebagai ketua menteri.

Mengenai tindakan Adun terbabit meninggalkan Umno, Shahelmy yang juga Ahli Parlimen Putatan berkata, itu hak mereka, namun beliau menganggap keputusan tersebut dibuat bagi mengukuhkan kestabilan politik di Sabah.

“Politik stabil penting agar pentadbiran dan agenda pembangunan negeri seperti Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya dapat dijayakan,” katanya.



No comments: