OLEH:Amiruddin Ahmad
Nibong Tebal -6 Disember baru-baru ini YB Tan Te Beng telah melakukan lawatan ke Kampong Sg Bakau untuk melihat masalah yang dihadapi penduduk berhubung dengan pencemaran habuk yang bepunca dari kilang padi behampiran.
Masalah ini yang turut menjejaskan kawasan sekitar melibatkan sekolah agama, sekolah kebangsaan dan juga masjid telah menjadikan murid-murid dan orang kampong merasa terancam dengan habuk dan penyakit lelah yang di hadapi oleh orang ramai dan murid-murid sekolah.Keadaan ini menjadi semakin rumit kerana jalan penyelesaiaan yang di buat sejak tahun 1980an dan 1990an ini masih lagi tidak embuahkan hasil dan ini mengancam keselesaan,kesihatan pendudk kampong.Ianya bukan sahaja melibatkan habuk dari kilang padi, akan tetapi oleh kerana sistem dan pengurusan saliran,corong habuk yang terlalu dekat dengan kawasan penempatan menjadikan habuk berterbangan di kawasan yang semakin padat dengan penduduk.
Menurut imam masjid dan Hj Mat Desa juga pengerusi JKK kampong Sg Bakau 66 thn,menjelaskan bahawa kawasan terbabit adalah tidak susai untuk kilang tersebut beroperasi kerana pembanggunan telah meningkat. Kilang ini di bina pada tahun 1940an diketika kawasan kampong Sg Bakau ini tidak membangun lagi dan penempatan tidak berpusat. Adalah tidak sesuai kerana pekembangan penduduk setempat yang semakin padat dan peningkatan pembanggunan dan ini menjadikan kawasan tersebut padat dan mengamcam kesihatan masyarakat dan anak-anak penduduk tempatan.
Pihak penduduk menghadapi masaalah kerana ianya akan terpaksa menghadapi masalah habuk dan ini menyebabkan beberapa buah rumah terpaksa berpindah.Masaalah ini telah lama di suarakan sejak dahulu lagi malah menurut En Abdul Hadi bin Edar 60 yang merupakan AJK JKKK kampong , berharap YB Tan Te Beng agar berusaha supaya kilang ini di pindahkan ke kawasan lain yang kurang penduduk.
Dulu Dato Zainal Abidin Osman yang merupakan Timbalan Menteri Luar Bandar tidak dapat berbuat apa walau telah di adukan.Menurut En Abdul hadi lagi pihak yang berwajib harus mementingkan pandangan keseluruhan penduduk di sekitar kawasan kerana ianya merupakan kawasan yang padat dengan penduduk.
Seorang lagi orang kampong yang juga pengerusi Hj Abdul Rahim bin Hj Abdul Rahman 71 thn AJK JKKK kampong Sg Bakau juga menjelaskan bahawa masalah bertambah rumit apabila sisa hampas di salirkan ke peparitan dan ini menjadi masalah lebih berat.Jika pihak kilang mengadakan sistem takungan sendiri dan menghalakan corong kekawasan yang lain sudah tentu ianya tidak mengacam penduduk.Malah sistem corong habuk juga sepatutnya 200 meter dari kawasan penduduk.Malah pihak MPSP (Majlis Perbandaran Seberang Perai) pernah merampas beras dari kilang tersebut dan tidak membenarkan kilang tersebut beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad, namun tidak lama kemudian ianya berjalan seperti biasa.
Sekolah dan masjid menjadi mangsa kepada kesan pencemaran ini.Industri haruslah berpindah jauh sedikit dari kampong.bukan kita minta kilang di tutup, tetapi harus berpindah ke tempat yang lebih sesuai.
YB Tan Te Beng kemudiannya melihat kawasan sekitar dimana terdapat sisa yang dibuang kilang berkenaan boleh menyebabkan perparitan tersumbat dan mengancam habitat ikan serta pencemaran sungai . Ini adalah kerana penduduk sekitar bergantung kepada sumber ikan sebagai satu sumber makanan bagi penduduk setempat.
Menurut YB Tan Te Beng masalaah ini akan di selesaikan dengan membawa bersama pihak kilang berkenaan,Majlis Perbandaran Seberang Perai, dan juga Ahli Parlimen Parit Buntar YB Dr Mujahid Yusoff kerana ianya dipisahkan oleh jalanraya sahaja. Malah pada sebelah petangnya YB Tan Te Beng dan Jabatan Alam Sekitar turut melawat kawasan berkenaan untuk mencari jalan penyelesaian.Hasil kajian dan rundingan akan di maklumkan kepada penduduk setempat.