Sunday, April 20, 2014

Saifuddin: Ayuh ramai2 turun ‘kenduri’ 1 Mei, bantah GST

Saifuddin: Ayuh ramai2 turun ‘kenduri’ 1 Mei, bantah GST

(Oleh Amirul Azhan)

IPOH 20 APRIL: Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menggesa rakyat turun beramai-ramai pada Himpunan Membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), 1 Mei ini.
GST 6PERCENT APPerhimpunan besar-besaran itu bagi menyatakan bantahan terhadap tindakan kerajaan yang terus membebankan rakyat dengan kenaikan kos hidup melalui GST, yang bakal dilaksana pada April 2015.

Saifuddin menyatakan demikian di hadapan 4,000 hadirin pada ceramah Jelajah Reformasi 2.0 di Bandar Ipoh Raya, Perak Jumaat lalu.

“‘Grand Finale’ program Jelajah Reformasi 2.0 adalah kenduri besar-besaran 1 Mei di Kuala Lumpur untuk terangkan kembali isu GST kepada rakyat,” kata Saifuddin.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyatakan, Pakatan Rakyat akan menggerakkan seluruh ahli dan penyokong untuk menyatakan bantahan tindakan kerajaan yang terus membebankan rakyat.

“Tuan rumah kenduri 1 Mei nanti ialah Mat Sabu dan kita pergi ramai-ramai untuk meriahkan kenduri dan berhimpun secara aman,” kata Saifuddin.

Himpunan ini dijadual berlangsung di sekitar Kuala Lumpur antara jam 2 hingga 5 petang dan kemudian bergerak ke Dataran Merdeka.

Justeru kata Saifuddin, perhimpunan ini landasan penting untuk bicara masalah dan soal beban hidup rakyat dalam menghadapi kos sara hidup seharian.

“Kita cuma ada satu pilihan dengan bangkit dan lawan Umno BN, jangan lupa undangan terbuka kenduri 1 Mei di Kuala Lumpur,” ulangi Saifuddin lagi.

Rang Undang-Undang GST telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 7 April lalu selepas ia dibacakan kali kedua.

Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers