Lebih Baik Tubuh Suruhanjaya DiRaja Siasat Kes Pen. Pengarah Kastam



SHAH ALAM 7 APRIL: Lebih baik menubuhkan Suruhanjaya DiRaja menyiasat kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed yang mati terjatuh di Bangunan Suruhanjaya Pencegaan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada menubuhkan suruhanjaya menyiasat video lucah.

Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam, Edmund Bon berkata demikian, membidas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Nazri Aziz yang beria-ia mahu menubuhkan suruhanjaya untuk menyiasat klip video lucah yang dikaitkan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kalau sesiapapun telah melakukan perbuatan seperti dalam klip tersebut, apakah kesalahan yang telah dibuat? Adakah apa-apa kesalahan dibawah Kanun Keseksaan?" kata beliau.

Tambah beliau, isu ini telah dipolitikkan oleh pihak tertentu bagi kepentingan sendiri sedangkan jika dilihat dari aspek perundangan, tiada kesalahan dilakukan oleh mana-mana pelakon video tersebut.

Tambah beliau, isu ini tidak sepatutnya diperbesar-besarkan semata-mata untuk tujuan politik dan pihak yang sepatutnya disabitkan kesalahan adalah mereka yang
memiliki, mengedar rakaman serta salinan video tersebut.

"Mereka yang mengedarkan video itu nampaknya ada kesalahan di bawah Kanun Keseksaan kerana menunjukkan video lucah, tapi pandangan saya, perkara semacam ini tidak harus diperbesar-besarkan. Isu ini adalah isu kebebasan orang untuk, ingin buat apa-apa. Bagi rakyat mengadili apa yang mereka buatlah," kata beliau.

No comments: