Thursday, April 7, 2011

Anwar : Tubuhkan S'jaya DiRaja Untuk Altantuya

























SHAH ALAM 7 APRIL : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak gentar menghadapi Suruhanjaya DiRaja bersabit fitnah video lucah tetapi mahu langkah itu diimbangi dengan penubuhan badan yang sama untuk menyiasat isu-isu nasional termasuk pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Sharibuu.

“Biar mereka panggil (untuk penubuhan Suruhanjaya DiRaja) (tapi) mereka juga harus adakan Suruhanjaya DiRaja untuk Altantuya,... dan pegawai kastam,” Anwar memberitahu wartawan di Shah Alam.

Altantuya mati dibom pada tahun 2006. Dua pegawai polis Unit Tindakan Khas didapati bersalah di atas pembunuhan itu namun penasihat Perdana Menteri Najib Razak ketika itu, Abdul Razak Baginda dibebaskan.

Pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan mendakwa pembunuhan itu membabitkan komisyen pembelian kapal selam daripada sebuah syarikat Perancis namun aspek ini tidak diketengahkan semasa perbicaraan.

Hari ini Anwar merujuk kepada skandal pembunuhan warga Mongolia itu sebagai contoh yang sepatutnya membawa kepada penubuhan sebuah Suruhanjaya DiRaja untuk mencungkil kebenaran di sebalik pembunuhan Altantuya.

Anwar juga menggambarkan bahawa kematian Penolong Pengarah Kastam Ahmad Sarbani Mohamed di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam jauh lebih penting dan utama untuk ditubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat kes itu.

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz menyatakan Jemaah Menteri harus meluluskan penubuhan Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat sama ada individu dalam rakaman itu adalah Anwar.

Menurut beliau, kerajaan Umno-BN akan terpalit dengan tuduhan terlibat dalam video seks itu berikutan penafian Wan Azizah.

Kenyataan Nazri itu menerima cemuhan pelbagai pihak kerana dilihat cuba menggunakan Suruhanjaya DiRaja untuk “membersihkan” Umno daripada dikaitkan dengan video lucah itu.

No comments:

Blog Archive

My Blog List

Followers