PN INI MAKIN TIDAK RELEVAN.


 𝗣𝗥𝗞 𝗠𝗮𝗵𝗸𝗼𝘁𝗮 telah rasmi keputusannya. PN terkena 𝗽𝘂𝗸𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗞𝗢 yang makan tahun kalau nak pulihkan. Namun ada beberapa pengajaran yang boleh diambil.


Pertama, PN masuk gelanggang dengan berbekalkan senjata 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗰𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝗽𝗮𝗹𝘀𝘂, macam biasa. Tetapi nampaknya senjata PN itu sudah semakin menumpul.


Selain daripada walaun, rakyat terbanyak sudah tidak pandang isu yang PN bawa. 𝗙𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝗹𝗶𝘄𝗮𝘁 dah banyak kali dijawab. Isu 𝘀𝘂𝗯𝘀𝗶𝗱𝗶 𝗱𝗶𝗲𝘀𝗲𝗹 juga sudah jelas.


Permainan sentimen 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗻𝗮𝗶𝗸 pun tidak dapat menjentik hati pengundi kerana rata-rata rakyat dapat merasakan harga barangan asas sekarang 𝗷𝗮𝘂𝗵 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗺𝘂𝗿𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗮𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴 𝘇𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗣𝗡.


Kekalahan ini sepatutnya menyedarkan PN, sekiranya mereka mahu kekal relevan, maka mereka perlu bawa isu 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝘀𝗲𝗴𝗮𝗿, lebih rasional dan lebih realistik.


Jika PN masih mahu terus bermain dengan isu begini, nescaya PN akan terus hanyut dan menjelang PRU16, tidak ada lagi tempat untuk PN dalam politik negara.


Kedua, kerjasama antara parti dalam 𝗣𝗲𝗿𝗽𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻 𝗸𝗶𝗮𝗻 𝗱𝗶𝘁𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁. Laungan 𝘂𝗻𝗱𝗶 𝗕𝗡 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗗𝗔𝗣 telah tidak lagi berjaya menakutkan pengundi Melayu.


Imej DAP sudah semakin pulih di mata orang Melayu apatah lagi menteri-menteri DAP 𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝙥𝙚𝙧𝙛𝙤𝙧𝙢 seperti 𝗔𝗻𝘁𝗼𝗻𝘆 𝗟𝗼𝗸𝗲 𝗱𝗮𝗻 𝗦𝘁𝗲𝘃𝗲 𝗦𝗶𝗺,. Malah menteri dari DAP jelas lebih 𝗰𝗮𝗸𝗻𝗮 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 berbanding PN dulu.


Begitu juga imej UMNO. Malah menteri UMNO seperti 𝗔𝘇𝗮𝗹𝗶𝗻𝗮 𝗢𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻 juga mendapat perhatian umum. Kini menteri dari UMNO kelihatan betul-betul buat kerja.


Pun begitu, ikatan yang terbentuk belum cukup kuat. 𝗚𝗮𝗺 𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗸𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴 𝗯𝗲𝘁𝘂𝗹. Tapi sudah ada tanda-tanda positif. InsyaAllah di masa hadapan, akan lebih baik.


Ketiga, faktor calon juga memainkan peranan. Bukan kali pertama PN letak 𝗰𝗮𝗹𝗼𝗻 𝘁𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗽 𝗺𝘂𝗮𝘁. Sebelum ini di Nenggiri. Calon PN bukan sahaja 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗲𝗱𝗶𝗮, malahan tak disediakan dengan sempurna.


Ini seolah-olah memberitahu PN sedang 𝗸𝗲𝘁𝗮𝗻𝗱𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻. Bagaimana rakyat mahu yakin PN boleh memerintah jika 𝗰𝗮𝗹𝗼𝗻 𝗽𝘂𝗻 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗺𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗵?


Keempat, penceramah yang datang juga memainkan peranan 𝗺𝗲𝗻𝗲𝘄𝗮𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗡. 𝗪𝗮𝗻 𝗙𝗮𝘆𝗵𝘀𝗮𝗹 misalnya. Dia tu memang ramai orang yang meluat dengannya. Bagi dia berceramah memang mengundang bala la.


𝗕𝗮𝗴𝗶𝘁𝘂 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝗔𝗻𝗻𝘂𝗮𝗿 𝗠𝘂𝘀𝗮 dan 𝗖𝗵𝗲𝗴𝘂 𝗕𝗮𝗿𝗱. Mereka ini dah lama ditolak oleh rakyat. Tapi malangnya PN masih berharap kepada mereka. Mana nak menang!


Memang Mahkota dari sebelum ini pun milik BN. Tapi bukanlah kawasan selamat. Persaingan sengit antara BN dan PH. Kemenangan BN membuktikan penyokong 𝗣𝗛 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗻𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝗻𝗱𝗶 𝗕𝗡.


Atau paling tidak, mereka tidak melihat PN sebagai alternatif dan lebih rela bersama BN daripada beri PN 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗿𝗰𝘂𝗺𝗮 dengan tak keluar mengundi.


Hakikat yang jelas, PN kini sedang mengalami defisit sokongan. Pengundi atas pagar telah mulai sedar PN sekadar tong kosong yang takkan mampu menyaingi Madani.


Dan jangan lupa, PMX juga antara 𝗳𝗮𝗸𝘁𝗼𝗿 𝗽𝗲𝗻𝗮𝗿𝗶𝗸 yang kuat. Situasi ekonomi negara yang mekar, kestabilan politik bahkan 𝗸𝗲𝘁𝗲𝗸𝘂𝗻𝗮𝗻 𝗣𝗠𝗫 berusaha membuatkan rakyat yakin negara ini di landasan yang tepat.


Pada PRK ini, PN masih mampu kekalkan pengundi lama. Tapi jika PN tak ambil pengajaran dari kekalahan ini, masih lagi nak berdolak dalik, PRU16 nanti 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗺𝘂𝘀𝘁𝗮𝗵𝗶𝗹 𝗣𝗡 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗵𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗲𝗽𝗼𝘀𝗶𝘁 𝘀𝗶 𝘀𝗶𝗻𝗶. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


#BoikotHotFM

#BoikotKJ

#BoikotJohan


.