SANUSI HADAPI MASAALAH TAK RETI BAHASA DAN TAK FAHAM








Mohd Mukhlis.


 Dia ini sebenarnya ada masalah pemahaman, kalau tak reti ulas bab business JV antara MBI dan Berjaya Land jangan komen. Tuduh main jual sahamla, dapat tanah free, tuduh rugi 180 juta lah. Masuk mahkamah nanti jenuh nak cari saksi dan bukti. 


Few key takeaway.


1) "MBI Selangor jual 55% saham kepada Berjaya Land". 


Sebenarnya ada SPV JV antara anak syarikat MB Landasan Lumanyan (45%) dan Berjaya Hartanah (55%) yang di namakan Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd (“LLBSB") yang mana untuk membersihkan Sungai Klang.


2) "Berjaya Land dan/atau syarikat berkaitannya telah diberikan 600 ekar Negeri Selangor tanah bernilai RM10 bilion secara percuma". 


Berjaya Land tak pernah dapat/anugerah tanah sebanyak 600 ekar ataupun berharga 10 billion, Sebenarnya, hanya beberapa bidang tanah seluas 103.6 ekar, dikenal pasti boleh dilaksanakan untuk pembangunan dan diberikan kelulusan pemberian milik kepada JV Co/LLBSB oleh Kerajaan negeri; dan Berjaya Land dikehendaki mengumpul dana untuk membayar premium bagi pemberian hak milik tanah kepada JVCo/LLBSB berdasarkan harga pasaran.


3) "Kerajaan Negeri Selangor mengalami kerugian RM180 juta dengan menyertai JVCo dengan Berjaya Tanah dan/atau syarikat berkaitannya dan/atau memberikan 600 ekar tanah kepada Berjaya dan/atau syarikat berkaitan secara percuma" 


Fakta Sebenar


I. Berjaya Land dan/atau syarikat berkaitannya tidak memperoleh tanah seluas 600 ekar secara percuma;


II. Negeri Selangor tidak mengalami kerugian RM180 juta daripada tanah yang diberikan secara “percuma”;


III. Hanya 103.6 ekar tanah telah diberi milik kepada JVCo/LLBSB yang mana anak syarikat MBI mempunyai 45% berkongsi;


IV. JVCo akan membayar sejumlah RM113.1 juta premium pada kadar pasaran semasa yang dinilai oleh penilai kerajaan, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta untuk 103.6 ekar tanah milik;


V. Berjaya dan/atau syarikat berkaitannya akan mengumpul dana yang diperlukan untuk JVCo membayar 113.1 juta premium tanah kepada Negeri Selangor.


Dah la tu press statement dari bursa Malaysia, public listed company pula. Cuma nak cerita, kalau kalah saman individu biasa max dalam 1 juta tapi kalau syarikat sendiri mau ingat ikut reputasi syarikat tersebut. I think he really stir the wrong wasp nest this time around. 


kredit Amin Ahmad


https://disclosure.bursamalaysia.com/FileAccess/apbursaweb/download?id=139085&name=EA_GA_ATTACHMENTS&fbclid=IwAR0UfbyiNo6rFUil61h6uC8pp2ByhAK_pV7rvyYhc98Ul6yjSyQvcIj6924



No comments: