Hindari ‘kluster mahkamah’!

 

Hindari ‘kluster mahkamah’!

Benarkan badan kehakiman menjalankan tugas keadilannya tanpa diganggu



Malaysia berdepan krisis kepimpinan yang berlanjutan.

Yang mengakibatkannya adalah mereka yang mengaku pemimpin tampaknya tidak mempunyai kompas moral. Mereka dengan sengaja memesongkan kebenaran dan mahu kita mempercayai mereka.

Mereka sekarang mahu kita menerima kemungkinan bahawa politikus yang mengaibkan seperti Najib Razak, Zahid Hamidi dan beberapa yang lain yang sudah didakwa di atas beberapa kesalahan dapat dibebaskan. Bahkan, nampaknya mereka turut berniat untuk membawa individu yang sama kembali menduduki jawatan berpengaruh, dan dibayar menggunakan dana awam.

Ia sesuatu yang memalukan serta penghinaan kepada kita semua bahawa Najib, yang dijatuhkan hukuman kerana penggubahan wang, pecah amanah serta penyalahgunaan kuasa, kini dilaporkan sedang dipertimbangkan sebagai penasihat ekonomi kepada perdana menteri.

Manakala, Ahmad Maslan, yang didakwa kerana penggubahan wang serta memberi kenyataan salah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, turut dicadangkan oleh kerajaan dipimpin Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob selaku Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter

·         Become an Aliran member

Jawatan yang sebegitu penting sepatutnya tidak diduduki oleh mereka yang mempunyai reputasi cukup bermasalah, kerana ia akan mencemar imej kerajaan serta Parlimen.

Ia cukup menggusarkan, di mana satu demi satu, kita melihat mereka yang sebahagian dari ‘kluster mahkamah’ dilepaskan dan berkemungkinan kembali menduduki kedudukan berkuasa dan berpengaruh dalam kerajaan.

Kami memperakui bahawa mereka yang tertuduh berhak untuk menjalani proses serta tidak disangka terus bersalah. Namun bagi mereka yang sedang menjalani proses pendakwaan di mahkamah, mempunyai kes serta rayuan sepatutnya diketepikan dari dipertimbangkan untuk menjawat kedudukan di peringkat perkhidmatan awam. Apatah lagi, kita tidaklah kekurangan calon berwibawa atau pakar untuk mengisi jawatan itu.

Warga awam menjangkakan ketekunan dan kemampuan dari Pejabat Peguam Negara serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Jika mereka yang berdepan dakwaan serta kes yang tertunggak dilepaskan dengan mudah, keyakinan orang awam terhadap penguatkuasa akan merudum. Bagaimana kita mahu bercakap tentang kedaulatan undang-undang jika kredibiliti terhadap institusi dipersoalkan? Kempen kerajaan yang selama ini dijalankan melibatkan soal integriti dan kompetensi akan hanyalah sekadar slogan kosong.

READ MORE:  The Najib Razak 1MDB Trial Ep 56: Unknown money trails

 

Cukuplah. Kita perlu menghentikan sebagai kebatilan yang akan memusnahkan negara kita yang tercinta ini.

Aliran sepakat mengatakan tidak kepada secara percubaan campurtangan politik di dalam soal keadilan. Kami menolak Najib Razak, Zahid Hamidi, Ahmad Maslan serta mereka yang lain di dalam ‘kluster mahkamah’ diberikan kelebihan yang tidak wajar. Kami menolak sebarang langkah untuk melantik mereka ke jawatan berpengaruh di dalam kerajaan selagi mana dakwaan, kes serta rayuan mereka masih berjalan.

Rakyat Malaysia meletak kepercayaan mereka kepada badan kehakiman agar keadilan terlaksana sepenuhnya dan mengikut lunas perundangan. Benarkan kehakiman menjalankan tugas keadilannya tanpa diganggu.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
13 September 2021