KamalShah
Immunisasi kelompok 80% di Malaysia bila2
masa boleh tercapai tak sampai bulan Disembar pada tahun ini juga. Ini
bermakna PRU15 boleh senang diadakan tanpa banyak risau masalah COVID di
sepanjang tahun 2022 bermula dari bulan Januari.
Tapi sekiranya satu perjanjian khusus
terhadap persetujuan butir2 dlm kerjasama itu sudah ditandatangani oleh kedua
belah pihak, maka ianya bermakna pihak pembangkang telah menrestui kerajaan PM
Mail Sabri sebagai sebuah kerajaan yg 'betul' dan 'diterima' oleh rakyat
Malaysia.
Implikasi tandatangan oleh pihak pembangkang
itu jugak memberi direction dan izin kpd kerajaan Mail supaya ianya boleh terus
memerintah dgn tenang dan relax tanpa diganggu-gugat oleh 'musuh' kerajaan yg
sebenarnya yg sangat digeruni oleh kerajaan tebuk atap itu.
Bermakna Anwar telah memberi oksigen yg
sangat fresh dan nyaman kpd kerajaan Mail utk terus hidup dan bernyawa secara
selesa sehingga habis penggal ke bulan Mei tahun 2023.
Maka bertuahlah para menteri, para timbalan
menteri, para duta khas dan para penasihat khas utk terus makan gaji lumayan
termasuk yg bergaji celik dan bergaji buta.
Tahukah Anwar, Mat Sabu dan juga LGE, apabila
adanya satu kuasa yg 'berkuasa' yg dipegang oleh sesebuah kerajaan, maka dgn
KUASA itu sendiri maka segala lorong dan liku ianya boleh dimanipulasikan
sampai menjadi mantap dan cantik sehinggalah ke tarikh PRU15 pada bulan Mei
2023.
Competitive advantage yg ada pada pada
kerajaan Ismail Sabri ini adalah sangat besar nilainya dari segi political
gamemanship.
Sebenarnya ianya akan menjadi satu ancaman
paling besar kpd Pakatan Harapan. Sebaliknya ianya akan menjadi satu peluang yg
sangat besar kpd pihak kerajaan Mail utk menang besar dlm PRU15, walaupun
asalnya ia adalah hanya sebuah kerajaan tebuk atap.
Saya nampak perjanjian kerjasama itu nanti
sangat2 rugi besar kpd pihak Pakatan Harapan. Saya harap ketua2 parti dlm PH
tolonglah sama2 fikir2kanlah.
Saya tidak mendesak tapi hanya berharap agar
Anwar, Mat Sabu dan LGE kalau kiranya pandangan ini adalah remeh atau sampah ..
sebaik2nya elok juga dibuat U-turn .. ha ha.