Kenapa bila Muhiyidin menderhaka kepada YDPA adalah satu perkara yang bagus?

 

MOHD MUKHLIS

May be an image of 1 person and text that says "PENDERHAKA NASIONAL"


Kenapa bila Muhiyidin menderhaka kepada YDPA adalah satu perkara yang bagus?

Prof Agus juga bersetuju yang tindakan Kerajaan PN ini adalah satu penderhakaan. Excerpt di bawah

"Satu yang jelas ialah kerajaan telah melakukan pembohongan besar dan mengetepikan prinsip perlembagaan serta tidak menghormati institusi diraja. Ini boleh dikira sebagai penderhakaan terhadap Agong, terhadap perlembagaan, memberi salah nyata palsu kepada DR, mengelirukan DR, dan membohongi rakyat Malaysia keseluruhannya."

Sebenarnya saya ada tulis dalam bulan Jun dan Julai yang kita sudah ada duluan dalam kes Nizar Lawan Zambry, yang mana Mahkamah Persekutuan bersetuju seorang PM/MB boleh di buang dari jawatan hanya dengan lantikan baharu dari Raja / Sultan walaupun di buat di luar dewan.

Tapi jika YDPA lantik PM baru sebelum polemik ini berlaku pasti akan ada krisis perlembagaan.

Empat kali titah YDPA di bakul sampah oleh PM dan Kabinet PN.

Pertama bila YDPA titah yang parlimen boleh bersidang semasa mula-mula darurat tapi mereka buat pekak.

Kedua bila YDPA suruh tamat darurat dan buat sidang parlimen dengan kadar segera, mereka derhaka kata YDPA tak sebut tarikh.

Ketiga bila YDPA suruh bahas semua ordinan yang lulus semasa darurat, mereka menipu backdated kata tarik balik tanpa kelulusan parlimen dan perkenan YDPA .

Kini mereka derhaka lagi bila kata YDPA kena dengar cakap mereka dan hanya jadi rubber stamp sahaja.

Bagi saya bila Muhyidin berkali-kali derhaka dan push his luck too much, Istana pasti akan retaliate.

It will not be pretty for Muhyidin dan gerombolan pengkhianat. Paling lama pun mereka boleh bertahan sampai budget 2022; kalau lepas 2022 masih jadi PM, Malaysia akan menuju kehancuran.

Doakan yang Istana tergerak hati untuk melantik PM baharu yang dapat majoriti kepercayaan ahli parlimen.

Dan ingat tuan-tuan, kalau jatuh mereka ini seksyen 124B kanun kesiksaan bakal mennanti, "Aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen."

Seksyen 124B menyatakan, sesiapa yang menjalankan, dengan apa-apa cara, secara langsung atau tidak langsung, sebarang “aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen” boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

Itu belum masuk lagi bab scheme of things dan banyak lagi kes-kes yang di sapu bawah karpet macam Menteri At-Takurantini terlepas, Semua ini pasti akan di semak semula jika kerajaan al-ghadr jatuh.

WAllahualam

 

No comments: