SELAIN MEMOHON MAAF,AT TAKIRI JUGA PERLU BERTAUBAT


Sebelum ini saya ada terbaca beberapa artikel yang membela “Menteri Anugerah Tuhan” berkaitan isu tidak kuarantin. Antara isi kandungan bantahan mereka artikel itu ialah:
1. Kecaman terhadap Menteri adalah usaha pembunuhan karakter.
2. Dengki dengan pencapaian menteri.
3. Menteri bersifat profesional apabila diam.
Hari ini tular pula berita dari KKM bahawa menteri tersebut telah pun dikompaun sebanyak RM1000.
Lebih menarik lagi, Menteri itu sendiri telah meminta maaf dan mahu memulangkan 4 bulan gaji. Walaupun saya tidak tahu apakah rasional pemulangan 4 bulan gaji itu tetapi ia menunjukkan bahawa menteri telah mengakui kesalahannya.
Ini bermakna kecaman itu bagi saya berasas dan tidak semua rakyat yang bersuara itu dengki dengan menteri.
Cuma saya nak ingatkan menteri, selain dari memohon maaf, bertaubatlah kerana saya terbaca satu artikel di Harakahdaily menyebutkan bahawa tidak kuarantin itu berdosa kerana tidak patuh arahan ulil amri. Tapi saya tidak pasti artikel itu masih ada di laman web atau pun sudah di delete (Eror404).
Kepada penulis yang membela kesalahan menteri dan menuduh orang lain, ingatlah ketaksuban kepada manusia membinasakan. Mohon maaflah kepada insan yang anda tuduh secara rambang tanpa bukti.
Walau bagaimana pun, rakyat masih keliru dengan jumlah kompaun yang dikenakan. Moga tidak ada perbezaan hukuman antara bangsawan dan marhaen untuk kesalahan yang sama di dalam negara kita. (Boleh rujuk tazkirah ringkas Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man di dalam printscreen di bawah untuk teliti hadis yang mengecam double standard dalam hukuman)
Ya Allah, selamatkan negara kami.
Dr Rozaimi Ramle

No comments: