KALAU ANAK TIRI NAJIB BOLEH DIBEBASKAN, KENAPA TIDAK SHAHRIL SAMAD?



Melakukan representasi kepada Peguam Negara terhadap sesuatu tuduhan merupakan sebahagian proses biasa setelah segala dokumen kes diserahkan olih pihak pendakwaraya kepada peguambela tertuduh.
Peguambela saya akan meniliti semua bahan bukti dan dokumen kes yang dimiliki olih pihak pendakwa. Sebenarnya baru semalam pihak pendakwa raya serahkan baki dokumen kes dan senarai saksi mereka.
Representasi ini ialah peluang yang ada kepada pihak tertuduh untuk berhujah terhadap kekuatan bukti dan keutuhan tuduhan bersabit kegagalan saya tidak mengistiharkan penerimaan dana dari DS Najib, Presiden UMNO dan PM ketika itu.
Representasi saya tidaklah seperti dalam kes Reza Aziz yang membawa kepada persetujuan pihak tertuduh membayar pampasan kepada kerajaan.
Saya telahpun ditawarkan kompaun olih SPRM bersabit penerimaan dana sebanyak RM1 juta itu. Pegawai SPRM yang berjumpa saya untuk menyampaikan notis kompaun itu telah berkata kepada saya untuk menerima sahaja tawaran itu.
Selepas sudah menerima tawaran itu, dia kata bahawa saya bolih merundingkan jumlah yang perlu saya bayar dan kaedah pembayarannya, mahupun secara beransur-ansur kerana dia tahu yang saya tidak ada duit sangat.
Maklumlah kompaun sebanyak RM2.5 juta itu hampir sama dengan jumlah nilai aset saya yang berzakat.
Tapi soalnya bukan jumlah kompaun yang hendak dibayar. Ianya soal salah atau tidak saya menerima dana dari presiden parti saya.
Kalau saya bersetuju menerima tawaran kompaun itu, maknanya saya mengaku salah. Setahu saya dana yang diterima kerana politik dan berasas hubungan politik belum pernah didapati salah olih mana-mana mahkamah negara kita.
Ianya bukan soal wang tapi soal prinsip. Salah atau betul. Hanya mahkamah bolih menentukan kiranya kes saya dibawa ke perbicaraan.
Sesudah segala dokumen kes telah saya terima, bolih lah peguam-peguam saya meniliti dahulu kekuatan bukti yang ada di pihak pendakwa dan kebarangkalian mereka menang dalam perbicaraan kes saya ini.
Kesimpulan nya, representasi saya kepada Peguam Negara adalah berasaskan kepada fakta dan aspek perundangan. Bukan “settle” dengan membayar kompaun kepada SPRM.
Bagi 78 lagi entiti yang telah juga menerima tawaran kompaun bersama-sama saya dan Datuk Ahmad Maslan, nampaknya ianya macam senyap sahaja.
Biarlah kami berdua ke hadapan menghadapi cabaran ini. Kan ini politik.
Mas Ermiyatie pun senyap sahaja. Dinamakan olih Sarawak Report bersama saya dan Ahmad Maslan. Tapi senyap juga. Tak kan Sarawak Report tak betul? Dah jadi menteri PN pulak tu.
Tak pe. Saya dan Ahmad Maslan je. Politik kan.
Itupun, saya dengan cara saya. Ahmad Maslan dengan kaedah pilihannya.
Kiranya hujah-hujah dalam representasi terhadap kekuatan bukti dan keutuhan tuduhan terhadap saya ditolak olih Peguam Negara, Hakim Mahkamah Sesyen telah tetapkan perbicaraan pada 9 hari dalam bulan-bulan Oktober, November dan Disember.
Shahrir Samad
Bekas Ahli Parlimen Johor Bahru
22 Mei 2020.

No comments: