Ubah- Jalan Selamat Bangsa Melayu
sakmongkol ak47
Bila saya
tulis rencana dalam bahasa Melayu, komen nya tidaklah sebanyak komen yang
datang seperti kalau saya tulis dalam bahasa Inggeris. Maka adalah beberapa orang yang
menghantar e mail kepada saya, bertanya mengapa jadi demikian? Adakah kerana
tulisan saya tidak dipedulikan oleh pembaca Melayu? Mereka pun mengejek ngejek
saya, tulisan kamu tidak laku.
Mungkin itulah
sebabnya - orang Melayu kurang membaca tulisan saya. Sebab itu tak banyak komen.
Kalau dalam bahasa Inggeris, komen nya datang bersusun susun dari bangsa bukan
Melayu.
Sama ada
betul atau tidak pandangan yang demikian saya tidaklah tahu, jumlah pembaca
yang membaca lebih penting kepada saya daripada jumlah yang hantar komen. Jumlah
pembaca artikel saya tetap banyak sama seperti jika ia nya dutulis dalam bahasa
Inggeris.
Maka saya boleh
katakan- jika tidak ada banyak komen bila artikel saya ditulis dalam
bahasa Melayu, mungkin kerana kandungan nya dipersetujui oleh ramai orang
Melayu. Jika ramai yang setuju, maka gelap masa depan UMNO. Atau yang kurang
membaca artikel2 saya ialah Melayu UMNO. Jika demikian, ianya tidaklah
merunsingkan. Melayu UMNO lebih gemar baca komik, majallah gila2 dan cerita2
dalam Mestika. Orang macam ini akan terus menyokong UMNO. Yang kita mahu
yakinkan ialah pengundi Melayu yang atas pagar.
Ini satu
lagi artikel dalam BM. Ianya mengenai harga diri atau maruah. Maruah suatu
bangsa yang disebut sebagai bangsa yang tersohor dan mulia tapi yang meletakkan
masa depan nya pada tangan orang lain. Oleh kerana meletakkan masa depan dalam
tangan orang lain, mereka telah jatuh maruah kebawah pada beberapa darjat nya. Siapakah
yang menyebabkan bangsa Melayu jadi demikian?
UMNO.
Sesudah 55
tahun merdeka, nampak nya peranan orang Melayu ialah merelakan diri dihimpun
dalam stadium, atas padang dan dalam dewan2 besar , memulia dan memuja Dato
Najib. Takkanlah setelah 55 tahun merdeka, itu kerja orang Melayu?
Apa dah
jadi kepada orang Melayu? Inilah akibatnya, apabila kita menyerah soal
membangunkan bangsa dan negara kepada orang lain. Kita meletakkan kepercayaan
memajakkan pembentukan masa depan kita dalam tangan orang lain. Orang lain
tersebut memanipulasi minda kita dan menakutkan kita untuk percaya bahawa tanpa
mereka, maka kita tidak ada masa depan. Kita kehilangan maruah, harga diri dan
jatidiri. Kita pun memuja dan memulikan sang dewata mulia Najib Razak dan UMNO.
Demikianlah
apa yang sudah berjaya dilakukan oleh UMNO. Kalau UMNO tidak ada, maka masa
depan orang Melayu akan gelap. Dimana maruah orang Melayu jika demikian? Masa depan
sendiri bukan ada dalam tangan sendiri? Setelah
55 tahun, bangsa Melayu dibentuk minda mereka untuk percaya bahawa kebahagiaan serta
kesejahteraan mereka bergantung kepada UMNO dan bukan pada kebenaran nya, melalui
uasaha mereka sendiri.
Kaum yang
merdeka minda, mesti bertanya apakah yang mereka boleh lakukan melalui kerajaan
sebagai wadahnya, untuk mencapai matlamat? Kerajaan bukan sesuatu yang kita
sendiri ciptakan yang kemudiannya menindas serta menghimpit kita.
Sedangkan ada
maxim( atau panduan) dalam bahasa Inggeris yang berkata- Heaven helps those who helps themselves. Dalam agama kita,
kita pun biasa mendengar ustaz dan tok lebai membaca ayat2 Quran yang
bermaksud- Allah tidak akan mengubah nasib atau keadaan sesuatu kaum, kecuali
kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka. Dan kita juga mendengar-
Allah tidak akan mengubah nikmat yang ada pada sesuatu kaum, sehinggalah kaum tersebut mengubah apa yang ada dalam diri
mereka sendiri.
Apa maksud
ayat2 tersebut? Maksudnya, bukanlah Najib atau UMNO atau orang lain yang akan
mengubah dan mentransformasikan kaum Melayu. Yang mengubah dan mentransformasi
kita ialah diri kita sendiri- usaha kita sendiri dengan nilai kehidupan yang
ada dalam diri kita. Kita tidak akan dapat mengubah masyarakat dan kerajaan
yang korap jika, dalam diri kita tidak ada nilai membenci rasuah dan korapsi. Kita
tidak ada mengubah kerajaan dan system yang tidak cekap, jika dalam diri kita
sendiri, tidak ada nilai membenci kelembapan dan ketidakcekapan. Dalam diri
kita, kita mesti bangkitkan nilai2 seperti ini dan bersama2 dengan ramai kawan2
lain, mempamirkan dan menterjemahkan keperibadian bangsa kita yang sebenarnya.
Maruah kita
sebagai orang Melayu boleh dinilai daripada banyak mana kita bergantung kepada
orang lain dan banyak mana kita meyakini bahawa perubahan kah, transformasi
kah, reformasi kah, bergantung sebetulnya pada diri kita sendiri. Iaitu melalui
usaha kita sendiri.
Saya membaca
tulisan seorang pemikir Scottish- Samuel Smiles yang menulis demikian. Minat saya
menulis pemikiran Samuel Smiles ini ialah kerana saya melihat ada sebuah buku
rengkasan fikiran Samuel Smiles yang dirtulis oleh Steve Shipside bertajuk- Samuel
Smiles- Self Help. Ia ada dijual dibanyak kedai buku sekarang dan salah
satu penulisan yang selalu dirujuk oleh Goh Keng Swee( dahulu seorang timbalan
PM Singapura dan arkitek ekonomi negara itu), ialah penulisan Samuel Smiles.
The spirit of self-help is
the root of all genuine growth in the individual; and, exhibited in the lives
of many, it constitutes the true source of national vigour and strength. Help
from without is often enfeebling in its effects, but help from within
invariably invigorates. Whatever is done FOR men or classes, to a certain extent
takes away the stimulus and necessity of doing for themselves; and where men
are subjected to over-guidance and over-
government, the inevitable
tendency is to render them comparatively helpless.
Berdikari, jatidiri ialah pokok segala kemajuan yang
sebenarnya untuk setiap individu dan jika dipamirkan dalam kehidupan ramai, ia
merupakan punca ketangkasan dan tenaga. Bantuan dari pihak lain hanya akan mendatangkan
kesan2 melemahkan, tapi pertolongan dari dalam diri sendiri, menguat dan
menyegarkan. Apa yang dilakukan untuk sesuatu kaum oleh pihak lain, pada
sebahagiannya, menyedut ransangan dan kemestian melakukan sesuatu untuk
kehidupan oleh yang empunya diri. Dan dimana kaum itu tertakluk oleh arahan
yang berlebihan dan perkerajaan yang berlebihan, kecenderungan yang tidak dapat
dielakkan ialah mereka jadi kaum yang lemah.
Bila orang Melayu tolak UMNO, bukan bererti mereka
membelakangkan keMelayuan mereka. Kebangsaan dan agama tetap ada pada mereka. Bila
mereka menolak UMNO, yang sebenarnya mereka lakukan ialah membebaskan minda
daripada ketakutan dan tahyul bahawa tanpa UMNO, orang Melayu akan binasa. Masa
depan kita, kita yang tentukan sendiri. Mana2 kerajaan yang muncul nanti, akan
berdepan dengan suatu kaum yang benar2 berani menyatakan maruah diri mereka. Bila
bangsa Melayu sudah kuat, mana2 kerajaan akan berkerjasama dengan kaum Melayu,
bukan menindas dan mengeksploitasi mereka.