Fitnah 2 : Mahkamah Putus Terima Tiga Barang Bukti Yang Ditolak

Pada 8 Mac lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Ketua Pembangkang itu untuk menggugurkan tiga barang yang diambil dari sel tempat beliau ditahan semalaman pada 16 Julai 2008, daripada dijadikan sebagai bukti.

Turut digugurkan ialah sampel yang diambil daripada barangan itu yang menurut pihak pendakwa adalah sepadan dengan profil DNA “lelaki Y”, yang air maninya ditemui dalam dubur pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu Anwar.

Mohd Zabidin mendapati tiga barang itu — sehelai tuala kecil ‘Good Morning’, satu botol air mineral dan satu berus gigi — telah diperoleh secara tidak sah.


KUALA LUMPUR 23 Mac – Perbicaraan Fitnah 2 yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dikejutkan dengan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa tiga barangan yang dikemukakan sebelum ini boleh diterima sebagai bukti yang sekaligus mengubah keputusan sebelum ini pada perbicaraan dalam perbicaraan yang menolaknya diterima sebagai bukti.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah juga berkata tangkapan ke atas Anwar oleh pengawai penyiasat DSP Jude Pereira adalah sah dan sehubungan itu, barangan berkenaan perlu diterima.

Berikutan keputusan itu, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden meminta dua saksi pendakwaan – ahli kimia, Nor Aidora Sameon dan Supt Amidon Anan tampil sekali lagi bagi mengemukakan barangan tersebut untuk dijadikan bukti.

Dalam keputusannya, hakim Zabidin bagaimanapun menolak permohonan pendakwaan bagi memaksa Anwar memberikan sampel DNAnya.

Beliau kemudiannya menangguhkan perbicaraan sehingga pagi esok bagi membolehkan semua pihak membuat persiapan.

Sebelum ini pihak pendakwaan membuat dua permohonan – permohonan pertama bagi semakan semula keputusan perbicaran dalam perbicaraan yang menolak tiga barangan sebagai bahan bukti dan jyang kedua bagi mengarahkan ketua pembangkang itu memberikan sampel DNAnya.