MAJLIS “KEMATIAN DEMOKRASI” MENGIRINGI KEHADIRAN MB BARU






Satu majlis sambutan “matinya Demokrasi” di adakan di hadapan Sekolah(SRJKC) Yuk Choi Ipoh bersempena dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak untuk memberi bantuan dan sumbangan dan meraikan sambutan Tahun Baru Cina, namun kehadiran Timbalan Perdana Menteri tidak muncul walau pun kehadiran beliau di jangka akan tiba pada jam 6 .30 petang.

Majlis diteruskan dengan kehadiran Dato Dr Zamry, Menteri Besar yang “baru”dan seramai 300 peserta yang menyambut beliau di luar kawasan sekolah ialah satu perhimpunan sambutan seakan-akan meletakkan bunga sewaktu menziarahi kubur kaum tionghua .Sambutan “virgil candle light for democracy” atau “sambutan cahaya terpadamnya demokrasi’ sebagai tanda protes masyarakat Perak kepada runtuhnya sistem demokrasi di negeri Perak ini adalah protes langsung dengan apa yang berlaku dalam negeri tersebut.


Majlis yang bermula sekitar jam 9 malam itu mengiringi lawatan “Menteri besar baru” dengan nyanyian lagu demokrasi dan memegang lilin serta laungan demokrasi,reformasi dan hidup demokrasi juga mendapat sambutan hangat dan sokongan dari pemandu kenderaan yang hadir.

Menurut Cecilia 38 warga Ipoh, menjelaskan bahawa sambutan dan tulisan serta bunga ini adalah symbol bagi kaum cina yang elawat ke tanah perkuburan untuk memberi penghormatan terakhir kepada si mati. Maka ilham dari situlah wujudnya” virgil candle light” ini , sebagai satu symbol kepada matinya Demokrasi kerana runtuhnya kerajaan yang di pilih rakyat.Pilihanraya adalah cara terbaik kerana tiada siapa pun akan mempertikaikan baik dalam dan luar negara dan imej Malaysia akan pulih >namun kini harapan tersebut kami lahirkan dengan kalungan bunga matinya demokrasi.





Fiona 40 kehadiran beliau adalah untuk menyampaikan mesej bahawa kini Demokrasi telah hapus di Perak.Sambutan ini umpama menyampaikan salam terakhir kepada si mati di tanah perkuburan dan ini lah tandanya demokrasi sudah tidak wujud lagi di dalam negara.Kini akan ada dua dasar, orang akan Tanya mana satu Menteri besar dan sudah tentu akan ada menteri besar baru dan lama.Bagi beliau pilihanraya adalah cara terbaik.



Victor 41 menjelaskan rakyat berhak untuk mempertikaikan kerajaan ini kerana ianya bukan dipilih rakyat tetapi secara paksa kerana matinya demokrasi di dalam negeri Perak dan Malaysia amnya. Beliau hadir adalah untuk memberi tanda protes kepada hilangnya budi bicara pihak berwajib untuk menyelesaikanmasalah. Belum pun kerajaan Pakatan rakyat melepaskan jawatan , kini wujud pula kerajaan baru yang melompat.Beliau melahirkan rasa kesal dengan apa yang terjadi di Perak bagi beliau Menteri besar lama adalah lebih elok dan jika perlu tukar cara terbaik ialah dengan mengadakan pilihanraya semula pilihanraya.




Sementara itu seorang penyokong yang hadir dan memasang lilin En Vincent Leo 56 menjelaskan bahawa beliau hadir umpama melawat orang yang telah mati. Begitu juga dengan matinya pilihan rakyat di dalam negara. Seharusnya pilihanraya perlu di adakan dan sesiapa pun tidak akan mempertikaikan mana-mana pihak. Mungkin ini akan menjadikan satu sejarah di mana Perak mempunyai dua ketua Menteri dan beliau memilih Menteri lama kerana mesra rakyat.







LAPORAN INI LEWA DISIARKAN



No comments: