SELEPAS MENCARI TAHI BABI MENCARI KONSERT


Norman Radzuan








 Ketika Pesta Songkran dan konsert maksiat di Kedah ramai yg ‘terpaling anti maksiat’ tertidur di dalam gua

SELEPAS MENCARI TAHI BABI MENCARI KONSERT
Saya sebenarnya malas nak ulas isu Festival muzik berkonsepkan air, Rain Rave Water Music Festival yg menghimpunkan artis tempatan dan antarabangsa di Bukit Bintang, sebabnya ia isu tahunan sepertimana setiap tahun kita org Melayu berselisih faham soal rakaat Tarawih.
Saya tidak menyokong event ini tetapi memikirkan ia adalah antara promosi Sempena Tahun Melawat Malaysia… ok sajalah.
Jadi saya dan anak2 hindarkan utk hadir ke festival tersebut. Mudah prinsip hidup ini, hidup dlm masyarakat berbilang kaum, bangsa mereka boleh minum, kita jgn minum. Mereka nak berhibur kita ke masjid.
Saya dulu di Sabah beberapa kali masuk gereja sb ada majlis perkahwinan, elok sahaja masih beragama Islam.
Anda pernah tgk hiburan artis wanita seksi di atas pentas di Kedah? Konsert rock ketika malam Nisfu Syaaban di Kedah? Kalau belum ia berlaku di Kedah tapi ada org Pas bersuara?
Org politik bertopeng agama, nampak ‘palang’ or salib riuh sekampung mcm habis la org Melayu murtad sebab nampak lambang salib. Apa lemah punya iman.
Berbalik pada Festival Rain Rave Water ini, biarlah ia menjadi tontonan pelancong2 yg ramai di BB dan kaum2 lain hadir kerana ini negara majmuk. Mcm PAS kata di Kelantan boleh jual arak sb hormati bangsa bukan Islam.
Yg lucunya dlm puluhan ribu yg hadir ke Festival, seorang pemimpin PAS hadir dgn berjaket kulit utk mencari salah laku utk dijadikan modal politik. Mereka mencari seperti mencari tahi babi di Perak tempohari.
Kita semua pernah dgr peribahasa ‘Kuman di seberang lautan nampak, gajah di depan mata tak nampak.’
Gambar di bawah ini bukan Festival Rave Water Music tetapi ia adalah gambar Pesta Sonkran yg disambut di Arau, Perlis dan di Kedah.
Sebab itu saya kata org berjubah ini menunggang agama. Waktu pesta tarian seksi, konsert rock di bumi SG4… semua yg ‘terpaling anti maksiat’ tertidur.
Tapi bila berlaku di negeri org lain, sanggup buang kopiah dan menggantikannya dgn berjaket hitam serta hat utk mencari salah org lain seolah olah di negeri sendiri terhindar hiburan2 maksiat.
Ingat dulu di Kelantan, PAS tidak mahu panggung wayang diwujudkan semula tetapi Ketua Pemuda Pas, Fadhli Shaari ketika itu pergi menonton filem Mat Kilau di sebuah pawagam di ibu negara. Hipokrit tak tu?
Samalah bila mereka syorkan tiada penjualan arak tetapi mereka ketika jadi kerajaan luluskan jenama arak baru bernama Timah.
Mereka juga kata berbangga haramkan judi di Kelantan tetapi waktu menjadi kerajaan mereka tambah aktiviti judi.
Hidup ini mudah apatah di negara berbilang kaum, di BB ada festival, kita yg umat Islam pergi ke masjid. Mcm org sibuk ‘membawang di depan rumah’ kita jgn joint duduk di rumah ambil tasbih berwirid.
Org ajak ke Festival, kita pergi Sri Petaling ikut khuruj Tabligh ajak org ke masjid. Bila suruh ikut Tabligh kamu hina jamaah ini. Semua org tak betul!
Sb itu kena faham apa itu Madani… bagaimana umat Islam di Madinah hidup zaman Nabi boleh hidup aman damai dgn mereka pelbagai bangsa dan agama.
Tiba2 puak ‘terpaling’ ini baru bangun tidur keluar dari gua tepat pada waktunya berlangsung Rain Rave Water Music Festival…🤦‍♂️



No comments: