Isra*l Koyak, Aktivis GSF Tak Jadi Dibawa Ke Pelabuhan Ashdod

 


Nadir Al-Nuri memuat naik foto memaparkan suar dipasang meraikan berita terkini berhubung aktivis GSF 2.0 yang ditahan tentera Israel pada 1 Mei 2026. Foto Instagram Nadir Al Nuri

ISTANBUL, 1 Mei – Aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 yang ditangkap selepas kapal mereka dipintas secara haram oleh tentera rejim Israel di perairan antarabangsa dekat pulau Crete, Greece didakwa tidak akan dibawa ke Pelabuhan Ashdod, Israel.

Pengasas Sumud Nusantara, Nadir Al-Nuri berkata, mereka dikatakan akan ditinggalkan di sebuah pantai di selatan Greece.

“Perkembangan terbaharu, penjajah aparteid (Israel) mengeluarkan kenyataan akan meninggalkan penggerak GSF yang ditangkap semalam di sebuah pantai di selatan Greece dan tidak dibawa ke Ashdod.

Pakar maritim, Kapten Muhammad Shahrul Nizam atau dikenali sebagai CEO Kapal dilaporkan masih terselamat daripada sekatan tentera rejim Israel di perairan antarabangsa pada 30 April 2026.

“Ia satu kejayaan dunia menekan negara haram maha zalim menukar pelan tindakan mereka dan tidak ‘dibebankan’ dengan kehadiran aktivis di tempat mereka yang sedang bergolak. Kami menyalakan suar sebaik mendapat berita gembira ini,” katanya pada hantaran di Instagram pagi ini.

Terdahulu media melaporkan, seramai 175 aktivis termasuk 10 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan GSF 2.0 dilaporkan diculik dan dibawa ke Israel menggunakan kapal laut milik rejim itu.

Nadir al Nuri berkongsi perkembangan aktivis GSF 2.0 pada 30 April 2026 dipercayai dari Turkiye.

Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby dilaporkan berkata, perkembangan itu disahkan setakat pukul 7 malam waktu Malaysia semalam.

Beliau dipetik berkata, insiden tersebut berlaku ketika flotila menghampiri perairan Greece dengan 21 kapal disahkan telah dipintas oleh pihak rejim pada jarak kira-kira 80 batu nautika.





No comments: