LANGKAH JALAL DI NEGERI SEMBILAN, BANGKITKAN 'IGAUAN NGERI' RAKYAT DENGAN LANGKAH SHERATON

 Rosli Kluang




AKAR UMBI UMNO N9 MENGAMUK
Aku masih lagi menjenguk beberapa grup whatsapp UMNO, memang ramai yang maki dan tak puas hati.
Bayangkan sebelum ni ada akar umbi UMNO dapat kerja sebagai lantikan politik.
Dapat kerja sebagai pegawai khas.
Dapat kerja di agensi kerajaan negeri.
Dapat kerja di GLC.
Dapat jawatan ketua kampung.
Dapat peruntukan itu dan ini.
Ada pendapatan bulanan untuk keluarga dan anak-anak.
Boleh bayar utiliti, hutang dan pinjaman setiap bulan.
Tapi disebabkan #LagkahJalal, semua tu hilang sekelip mata.
Dan maklumat terbaru, ada desakan kuat agar UMNO N9 buat u-turn sokong semula MB.
Stay tune ~


Ahmad Mursi



Jalal dan UMNO Negeri Sembilan cuba 'merangkul peluang' melalui krisis adat di Negeri Sembilan.
Jalal dah lama mengidam nak jadi MB ni, orang kuat Hishammuddin dan ahli Parlimen pertama sokong Muhyiddin semasa Langkah Sheraton.
Ini Si Kitol versi UMNO. Pertama kerana sikap derhaka dan kedua kerana sikap khianat.
Menunggang krisis adat yang dah berlarutan sejak Jun tahun lepas ini sepatutnya dielakkan.
Biarlah ia diselesaikan ikut proses dan tertib seperti digariskan dalam Perlembagaan negeri.
Langkah Jalal ini, tidak lebih hanya menzahirkan sifat tamak nak jadi MB, bukan pun kerana kepentingan rakyat.
Kalau dia dakwa ada majoriti sekalipun, dengan sifat derhakanya itu, ada jalan ke nak angkat sumpah?
DYMM Tuanku Muhriz telah bertitah, kerajaan Negeri Sembilan boleh berjalan seperti biasa sehinggalah jelas kehilangan majoriti undi di Sidang DUN.
Masalahnya, DUN baru sahaja bersidang, 6 bulan lagi baru bersidang semula.
Dalam tempoh itu, MB Aminuddin ada banyak masa menyusun semula pentadbiran negeri melibatkan UMNO selari dengan hala tuju baharu UMNO negeri.
4 Jawatan Exco, peruntukan, ketua kampung, ahli majlis dan lain-lain.
Jika Jalal berjaya jadi MB sekalipun waktu itu, apa yang dia nak buat dengan masa setahun lebih jadi kerajaan?
Ini semua, tidak lebih, hanya 'buang karen' dan menyusahkan rakyat yang sepatutnya semua bersedia dengan krisis tenaga dunia kini.





No comments: