Norshidah Mohd Daud
25 tahun kita tunggu dia jadi Perdana Menteri. Bukan jangkamasa yang pendek.
Yang ada anak kecil dulu sampai dah bekerja. Ada anak yang dah berkahwin.
Laungan reformasi setiap masa kita ucapkan. Lawan tetap lawan.
Kita mengharapkan sesuatu yang jauh berbeza dari kerajaan terdahulu.
Kita girang apabila dia ditabal menjadi Perdana Menteri ke sepuluh.
Terujanya melihat satu sosok tubuh yang berdekad kita impikan sebagai Perdana Menteri.
Tetapi sebelum ditabal ke jawatan Perdana Menteri, kita berdepan kemelut ketidakpercayaan rakyat kepada parti dalam PH.
Kita kalah teruk di PRN Johor dan Melaka. Kabur harapan menjadi kerajaan.
Penyokong mula mengarahkan ke satu sosok tubuh yang sedang berehat menikmati hari2 percutian dari dunia politik.
Kita tau hanya sosok tubuh ini saja mampu mengembalikan semangat penyokong PH dan pengundi atas pagar.
Itulah insan bernama Rafizi Ramli.
Pemimpin PH juga sedar hanya insan ini sahaja mampu menguatkan kembali sokongan kepada PH dan PKR.
Pujukan demi pujukan dari segala penjuru...
Alhamdullillah beliau sanggup kembali ke lapangan semula.
Ketika itu kita syukur dia kembali menerajui kempen PRU.
Semangat untuk kembali menjadi kerajaan kembali mekar.
Rafizi tau hanya menang 80 ke 90 kerusi sahaja mampu menjadi kerajaan dengan iklim penolakan rakyat terhadap PH amat ketara hasil dari naratif negatif yang Mahathir terap semasa PH1 memerintah.
Bergeraklah saudara Rafizi ke serata negara berkempen dengan team beliau sendiri.
Nama Anwar Ibrahim ketika ini sebenarnya sudah tenggelam di mata rakyat.
Tetapi Rafizi berusaha meyakinkan rakyat semula.
Hasil yang PH perolehi dari kembalinya Rafizi, kita berjaya menjadi kerajaan dengan berunding bersama UMNO dan GPS..
Tertaballah Anwar sebagai PMX...
Tetapi apa yang di kesalkan apabila dia berjaya menjadi PM, dia lupa siapa yang tolong dia sehingga berjaya di angkat sebagai Perdana Menteri.
Parti lupa usaha siapa mengangkat parti menjadi parti teras dalam kerajaan.
Perancangan menjatuhkan RAFIZI bermula sejak 2024 apabila banyak ketua MPN negeri pro Rafizi di tukarkan.
Episod seterusnya menukar Setiausaha Agong.
Perancangan seterusnya menukar cara mengundi.
Dari satu ahli ke perwakilan sahaja boleh mengundi pemimpin pusat.
Episod seterusnya menukarkan kebanyakan ketua cabang.
Apabila pemilihan cabang berlangsung, sistem di setting kepada pro Anwar dan terjadilah keputusan kepala tanpa badan di banyak cabang di seluruh negara.
Anwar mungkin lega ketika itu sebab plan berjalan lancar.
Kemuncak menjatuhkan Rafizi semasa proses pemilihan pimpinan pusat.
Jumlah undi yang Rafizi dapat amat menyedihkan.
Anwar memberi bayangan kepada Rafizi keputusan yang Rafizi dapat menunjukkan Rafizi tidak lagi layak berada di saf kepimpinan.
Walaupun Anwar bermain wayang untuk mengekalkan Rafizi sebagai Menteri tetapi Rafizi sebenarnya faham maksud Anwar itu. Jika beliau kekal sebagai Menteri beliau akan jadi balaci Anwar dalam segala segi...
Jadi keputusan terbaik meletak jawatan sebagai Menteri.
Beliau bebas mengkritik kerajaan.
Bebas menyuarakan pandangan terhadap kerajaan.
Beliau tidak perlu terlalu patuh kepada arahan Presiden parti dan parti.
Hari ini Rafizi membuktikan beliau tidak boleh di perkudakan oleh sesiapa.
Beliau berani melawan arus untuk menyatakan pendirian beliau terhadap isu Azam Baki.
Tahniah hero kami saudara Rafizi...
U never walk alone...
No comments:
Post a Comment