ISHAM JALIL NAK TUNJUK CAMPIANG. TAPI DIA TAK PUNYA FAKTA PUN.





 Isham Jalil pun amik kesempatan jadi hero mengecam Menteri Ekonomi, YB Rafizi Ramli tentang isu penyeludupan berkaitan nelayan.


Mula sekali, YB Rafizi tidak merujuk kepada nelayan kecil di Pantai Timur yang naik perahu tu. Beliau ada tegaskan dalam ucapan itu, boleh cuba dengar semula.


Jadi kepada siapa YB Rafizi rujuk?


Aku pun bersembang dengan member aku, yang ada perusahaan dalam industri melibatkan kapal-kapal di laut. Ayat dia, "betullah apa yang Rafizi cakap tu!"


Member aku ni tahu selok-belok, rahsia dalaman yang kita tak tahu. Ya lah, benda jadi tengah laut, macam mana kita nakpi tengok?


Maklumat dari member aku ni, rupanya dalam industri perikanan, banyak bot-bot atau aku gelarkan sebagai tongkang dipajak oleh pemborong ikan. Awak-awak pulak ramai dari Indonesia dan Myanmar.


Aku sertakan gambar untuk tunjuk contoh tongkang-tongkang yang berbeza mengikut negara.


Tongkang macam ni yang pergi ke laut dalam, bukan nelayan-nelayan kecil Pantai Timur.


Kartel tongkang Malaysia ni pi tengah laut bukan bertujuan tangkap ikan, tapi jadi saudagar diesel subsidi.


Call sign depa adalah kuda laut, berhubungan menerusi radio.


Depa lah yang paling banyak jual minyak diesel subsidi kepada tongkang nelayan luar dan bunker vessel.


Dalam satu tongkang tu boleh muat sekitar 100,000 ke 300,000 liter diesel. Tengah laut tu transfer guna hose. Harga depa jual sekitar RM2.50 ke RM3 seliter. 


Berapa harga diesel di Singapura? Sekitar 0.90 usd seliter (RM4.20 seliter).


Sebagai tukaran, depa jual minyak diesel, dan amik ikan bersama wang tunai dari nelayan luar ni.


Untung diesel kat situ dah. Kemudian ikan tu dijual mahal pulak kat pasaran Malaysia.


Diesel pun untung, ikan pun untung. Harey.


But of course bukan semua tongkang nelayan Malaysia buat kerja ni lah. Ada la kartel dia.


Ada juga bunker vessel Malaysia yang beli dan guna minyak diesel seludup ni, beberapa nama syarikat yang member aku berikan. Tapi aku tak boleh tulis sebab sensitif.


Ada orang kata, mana mungkin tongkang ni berhenti jumpa kapal besar di tengah laut. Kan depa dipantau oleh sistem.


Tracking kapal ni tak macam kapal terbang. Sistem AIS (Automatic Identification System) yang hantar lokasi kapal kepada entiti lain boleh ditutup bila-bila masa oleh kapten.


Depa boleh saja menyimpang dari laluan maritim.


Dia tak macam kapal terbang, kalau hilang dalam radar habis semua panik. Kapal ni masih boleh dihubungi menerusi radio kalau orang perasan mereka hilang dari radar.


Dan soalan cepumas seterusnya yang aku tanya, takkan boleh mudah saja depa buat kerja tu?


Member aku cakap, kan banyak kes nelayan warga asing datang memukat di perairan kita. Dan PATI memang mudah masuk. Sebab apa? Sebab ini adalah systemic issue.


Bila systemic, akan ambil masa yang lama untuk betulkan keadaan. Jalan paling cepat, buat penyasaran subsidi diesel. Ok, aku taknak elaborate lanjut bab systemic ni.


Berapa banyak negara hilang akibat penyalahgunaan subsidi diesel?


Meh tengok fakta ni, perbandingan antara tahun 2019 dan 2023, jumlah penjualan diesel di stesen minyak. 


Penjualan diesel meningkat 77% dari 6.1 billion liter (2019) kepada 10.8 billion liter (2023). Tapi berapa banyak kenaikan kenderaan diesel? Cuma 3% peningkatan.


Jualan minyak diesel meningkat 77% walaupun kenderaan diesel cuma meningkat 3%. Memang tak masuk akal. 


Dan macam yang aku dah 2-3 kali tulis, siapa-siapa yang naik jadi Kerajaan pun akan dapat maklumat sama dari pegawai-pegawai atasan Kerajaan.


“YB, subsidi yang dibelanjakan negara semakin tinggi setiap tahun. Kalau ikut unjuran, kita takkan mampu kekalkan subsidi seperti sekarang. Jadi, apa rancangan YB untuk jimatkan belanja subsidi?”


Najib Bakar




No comments: