Najib hanya pandai bercakap saja.



Masa dia PM banyak aset negara tergadai, kerugian besar dan  banyak buat hutang negara.

Hutang Sapura RM 1.03 bilion, nak selanatkan macamana?

Cuba tengok dibawah ini syarikat2 yang kerajaan pernah salurkan bantuan pinjaman kewangan dan bailout, tetapi tetap gagal diselamatkan.

*1. Proton*


Kerajaan menyalurkan pelbagai bantuan kewangan merangkumi pinjaman mudah dan geran berjumlah RM15.3 bilion kepada PROTON Holdings Bhd sejak 1984.


Pada 5hb Mac 2014,  Laman web www.thestar.com.my melaporkan PROTON sekali lagi telah meminta bantuan kewangan berbentuk geran dari kerajaan Malaysia dan PETRONAS sebanyak RM3.8 bilion untuk plan pemulihan sehingga 2017 bagi digunakan untuk pembangunan model baharu termasuk kereta elektrik.


■ Pada 8hb April 2016,  Kerajaan Malaysia melalui keputusan ahli mesyuarat Kabinet telah meluluskan permohonan Proton Holdings Berhad (PROTON) pinjaman mudah berjumlah RM1.5 bilion.


■ Pinjaman berkenaan sebahagian besarnya untuk membolehkan PROTON membuat pembayaran kepada vendor2nya.


*2. Perwaja Steel*


Bermula pada tahun 1982 sebagai usaha sama di antara syarikat Perbadanan Heavy Industries milik kerajaan dan syarikat Jepun, Nippon Steel Corporation, penubuhan syarikat Perwaja Steel pada mulanya dianggap signifikan.


Jumlah kerugian telah meningkat kepada RM2.49 bilion daripada RM1 bilion, sebelum syarikat itu menjadi lumpuh susulan berdepan hutang tambahan berjumlah RM5.7 bilion.


Projek ini telah diambil semula oleh kerajaan semasa zaman Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk diselamatkan.


*3. Bumiputera Malaysia Finance (BMF)*


Nama Bank Bumiputera Berhad (BBMB) banyak dikaitkan dengan aktiviti ‘bailout’ kerajaan, namun ia sebenarnya berlaku melibatkan anak syarikat kepada bank itu iaitu Bumiputera Malaysia Finance (BMF).


Berlaku pada tahun 1983, BMF didapati memberi pinjaman sejumlah amaun besar kepada sebuah syarikat berdaftar di Hong Kong bernama Carrian Group, bagi tujuan membeli hartanah di negara itu.


Selepas berlakunya kejatuhan nilai hartanah Hong Kong, Carrion Group mula mengalami masalah membayar hutang kepada BMF.


Senario itu membawa kepada siasatan BBMB terhadap urusniaga bank itu dan Carrion, seterusnya menyebabkan seorang auditor bank itu, Allahyarham Jalil Ibrahim dibunuh sewaktu melakukan semakan.


Pemegang saham terbesar BBMB, Permodalan Nasional Berhad (PNB) terpaksa menggunakan dana sumbangan Amanah Saham Nasional (ASN) bagi menutup kerugian dilakukan Carrion Group dianggarkan berjumlah RM2.5 bilion.


*Proton Holdings*


Walaupun Proton dimiliki sektor swasta 100 peratus pada tahun 2016, kerajaan telah menyelamatkan Proton dengan pinjaman mudah sebanyak RM1.5 bilion bagi membolehkan ia membayar balik hutang kepada vendor dan menyelamatkan kira-kira 30,000 kakitangan Proton daripada kehilangan pekerjaan.


Syarikat itu kemudiannya menjual 49.9 peratus ekuiti kepada syarikat pembuat kereta China, Kumpulan Zhejiang Geely Holding atau Geely pada tahun 2017.


*4. Malaysia Airlines Berhad (MAS)*


MAS menerima suntikan dana daripada kerajaan pada saat keputusan sama ada ia akan ditutup, dijual, diusahakan pencarian rakan kongsi atau menjadi entiti berterusan disubsidi, masih belum dimuktamadkan.


Daripada tahun 2001 hingga 2014, syarikat penerbangan negara itu menerima suntikan dana sebanyak RM17.4 bilion daripada kerajaan.


Pada tahun 2017, syarikat pengurusan ‘sovereign wealth’ negara, Khazanah Nasional Bhd, memperuntukkan sebanyak RM6 bilion kepada MAS bagi menjayakan program penstrukturan semula syarikat itu.


*5. Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ)*


Rancangan membangunkan PKFZ hasil cetusan idea Menteri Pengangkutan pada tahun 1997 iaitu Datuk Seri Dr Ling Liong Sik dan diluluskan kabinet pada tahun 1999.


Namun spekulasi PKFZ mula timbul apabila kos projek itu meningkat berkali-kali ganda berbanding kos awal, daripada angka asal bernilai RM1.1 bilion kepada RM4.6 bilion setelah disiapkan keseluruhannya pada tahun 2007.


Dalam satu kajian audit dilakukan pada tahun 2008, anggaran keseluruhan kos PKFZ termasuklah jumlah faedah hutang perlu ditanggung berjumlah RM12.5 bilion.


*6. AirAsia Group Bhd*


Bagi tempoh enam bulan pertama 2020, AirAsia merekodkan kerugian bersih sebanyak RM1.8 bilion manakala pendapatan turun lebih separuh hingga RM2.43 bilion daripada RM5.65 bilion tempoh sama tahun lalu.


Akibat pandemik Covid-19 itu, Kumpulan AirAsia mengumumkan syarikat penerbangan tambang murah itu menerima kelulusan Danajamin Nasional Berhad untuk pinjaman sehingga RM1 bilion bagi pulih daripada impak Covid-19.


Pinjaman yang dijamin 80 peratus daripada nilai itu oleh kerajaan Malaysia, adalah sebahagian daripada pakej rangsangan ekonomi bagi menyokong perniagaan terjejas akibat pandemik itu.


*7. Felda*


Kerajaan bersetuju memperuntukkan RM6.23 bilion kepada Felda secara berperingkat dalam bentuk geran, pinjaman dan jaminan kerajaan mengikut keperluan demi kelestarian masa depan agensi rancangan pembangunan tanah itu.


Peruntukan itu yang diumumkan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semasa membentangkan kertas putih ‘Ke Arah Kelestarian Felda’ di Dewan Rakyat pada tahun 2019.


*8. 1MDB*


Apa lagi yang perlu diperkatakan mengenai 1MDB? Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menyifatkan skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu sebagai satu usaha ‘bailout’ kerajaan yang terbesar dalam sejarah negara ini.


Dengan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mendedahkan sehingga akhir Februari 2022, jumlah keseluruhan hutang 1MDB bernilai kira-kira RM38.8 bilion, merangkumi RM32.3 bilion hutang prinsipal dan RM6.5 bilion faedah.


Kerajaan sudah mula membayar faedah hutang 1MDB kira-kira RM6.5 bilion dan belum membayar prinsipal kerana prinsipal hutang itu untuk matang masih lambat.


Menurut Tengku Zafrul, prinsipal hutang 1MDB merangkumi bon terbitan 1MDB Energy Ltd bernilai RM7.35 bilion, bon terbitan 1MDB Energy (Langat) Ltd bernilai RM7.35 bilion, bon terbitan 1MDB Global Investment Ltd sebanyak RM12.6 bilion dan sukuk 1MDB IMTN (Islamic Medium Term Note) bernilai RM5 bilion.


Skandal 1MDB tercetus apabila bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dituduh menyalurkan lebih RM2.67 bilion (hampir AS$700 juta) daripada syarikat yang dikendalikan oleh kerajaan itu, kepada akaun bank peribadi beliau pada tahun 2015.


Menurut akaun yang difailkan secara umum, 1MDB mempunyai hampir RM42 bilion (AS$11.73 bilion) dalam bentuk hutang.


Pada 28 Julai 2020, Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).


No comments: