KISAH NAK MENJAHANAMKAN KAREKTOR

 

Ada orang tunjukkan aku satu posting yang SCRUT Rafizi. SCRUT tu menatang apa aku pun tak tahu. Tapi dalam posting tu dia tunjukkan yang syarikat Rafizi mengalami kerugian. Dakwaan yang lebih dahsyat lagi, Rafizi buat come back sebab dah rugi.

Aku bukan Rafizi jadi aku tak mampu nak jawab semua tuduhan itu. Cuma yang aku boleh kata, aku tak ingat Rafizi claim syarikatnya untung puluhan juta ringgit. Apa yang paling penting, Rafizi tak guna wang rakyat, kemudian buat beli barangan mewah.

Tapi yang aku nak sangat sentuh bila tanggapan dibuat yang Rafizi kembali dari persaraan kerana sudah rugi dan mahu menumpang populariti Najib. Pertama, Rafizi tak bersara. Beliau hanya bercuti. Itu setakat yang aku ingat. Tak wujud soal bersara.

Kedua, kalau betul Rafizi buat come back selepas syarikatnya rugi pun, itu bukan satu masalah bagi penyokong Keadilan kerana kreativiti dan strategi Rafizi memang ditagih. Bukan baru-baru ini saja tapi sejak awal beliau bercuti lagi. Penyokong suka dan memang mahu Rafizi kembali.

Yang kepanasan hanyalah Najib, UMNO/BN, para machai mereka dan pihak yang merasakan Rafizi sebagai persaingan mereka. Oh ya! Dan juga geng khemah besar. Tapi bagi akar umbi, kembalinya Rafizi menyemarakkan semangat perjuangan.

Dan akhir sekali, bab menumpang populariti Najib. Sebenarnya tak wujud keadaan itu. Kerana Rafizi memang sejak azalinya sentiasa menyerang Najib. Kerana Najib adalah sasaran mudah. Najib terlalu selalu buat kesilapan yang bodoh.

Dan kalau ya pun Rafizi tumpang populariti Najib, ianya berlaku 'atas kerelaan' Najib sendiri. Kerana Najib yang biarkan dirinya jadi sasaran. Bayangkan kalau Najib tak menggatal suruh bail out Sapura guna wang rakyat, macamana Rafizi nak serang?

Kalau dengan menumpang populariti Najib, Rafizi mampu selamatkan duit rakyat, jadi apa salahnya? Adakah kita lebih rela melihat wang rakyat lebur berbilion-bilion tatkala marhaen merintih harapkan bantuan namun tidak diendahkan hanya semata mata kerana tidak mahu dikata tumpang populariti?

Bukan tumpang populariti jadi isu utama tetapi dana rakyat boleh disalah guna. Musuh akan kata apa saja. Apa lagi kalau usaha itu boleh gagalkan rancangan jahat mereka. Tumpang populariti Najib atau tidak, yang pasti, Rafizi berjaya halang satu tindakan yang mungkin merugikan negara.

Jadi biarlah apa yang nak digelarkan kepada Rafizi. Tak menjadi kudis. Pendedahan tentang Invoke atau dipanggil SCRUT ini, tak menunjukkan Rafizi jahat pun. Tapi pendedahan Rafizi tentang Najib, berjaya membuka mata rakyat melihat kebenaran.

Seperti yang aku tulis awal-awal lagi, bukan niat aku untuk nafikan apa yang ada dalam posting tersebut. Aku sekadar berkongsi pendapat. Apa yang penting, kita kena ingat orang seperti Rafizi akan sentiasa berhadapan dengan pembunuhan karakter. Jangan terkejut jika itu berlaku. Guane boh?

Raja Gelap