Terkini! MCA bantah syarat baru penjualan arak di kedai kopi

 


Terkini! MCA bantah syarat baru penjualan arak di kedai kopi


MCA menentang syarat baru supaya kedai kopi yang menjual arak memohon lesen baru bermula 1 Januari.

Setiausaha Agung MCA Chong Sin Woon berkata langkah itu mencabul kebebasan masyarakat bukan Islam dan membebankan pengusaha kedai kopi.

“MCA menentang peraturan baharu Jabatan Kastam kerana ia melanggar kebebasan orang bukan Islam dan seterusnya membebankan pengusaha kedai makan.

“Ia menghalang usaha kerajaan ke arah pemulihan ekonomi,” kata Chong.

Memetik Presiden Persatuan Kedai Kopi Petaling Jaya Keu Kok Meng, The Vibes melaporkan dia dimaklumkan perkara itu setelah menghadiri taklimat kastam bulan lalu.

Katanya, undang-undang bawah mengikut bawah Peraturan Eksais 1977 itu telah ada, tetapi baru dikuat kuasakan.

Katanya yuran lesen tahunan untuk itu ditetapkan antara RM840 hingga RM1,320, bergantung pada waktu operasi.

China Press juga melaporkan bahawa kedai kopi dan restoran di Perlis mengehadkan jualan bir hanya kepada empat karton setiap hari.

Kedah akan memperkenalkan sekatan ke atas penjualan alkohol di kawasan luar bandar yang permintaannya rendah.

Pada 2 Nov lepas, Exco Perak Akmal Kamaruddin mengumumkan di media sosial bahawa majlis daerah Selama akan mengenakan larangan penjualan minuman beralkohol di semua kedai serbaneka di daerah tersebut mulai bulan depan.

Sebelum ini, Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur turut melarang kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai perubatan Cina di ibu negara daripada menjual minuman keras berkuatkuasa bulan ini.

Dalam kenyataan hari ini, Chong juga berkata walaupun MCA tidak menggalakkan orang ramai minum alkohol, orang bukan Islam mempunyai hak untuk memilih.

Katanya, jika mereka mahu berbuat demikian, kerajaan tidak boleh menghalang kebebasan tersebut.

Tutup periuk nasi

Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Mertajam daripada DAP, Steven Sim berkata peraturan sedemikian boleh mencetuskan ketegangan dalam masyarakat berbilang kaum.

Katanya, campur tangan kerap oleh kerajaan persekutuan, termasuk PAS, terhadap gaya hidup dan perniagaan bukan Islam akan menimbulkan ketegangan dalam masyarakat berbilang kaum.

“Kedua, pelaksanaan keperluan pelesenan baru secara tiba-tiba terutama ketika keadaan perniagaan sedangkan kos sara hidup meningkat… ini akan meningkatkan lagi kos menjalankan perniagaan terutama kedai kopi kecil-kecilan dan sudah pasti akan membebankan lagi ekonomi mereka.

“Daripada menangani kenaikan harga barang, kerajaan telah memburukkan lagi keadaan sedia ada,” katanya.

Tabur pasir dalam periuk nasi – bendahari PKR

Bendahari PKR Lee Chean Chung turut mengkritik kerajaan kerana mengabaikan hak dan rezeki orang bukan Islam dengan pelaksanaan dasar baru itu.

Dia menggesa kerajaan menarik balik keputusan terbaru mengenai pelesenan arak itu kerana berpuluh-puluh ribu kedai kopi dan restoran telah terjejas akibat kenaikan harga barangan dan ekonomi yang merudum.

“Banyak kedai kopi, restoran dan bar telah ditutup semasa pandemik. Kerajaan kini taburkan pasir ke dalam periuk nasi mereka ketika ekonomi negara (pertumbuhan) masih lembab.

“Selain itu, Perlis akan menyekat penjualan minuman beralkohol manakala daerah Selama akan mengharamkan kedai serbaneka daripada menjual alkohol tahun depan,” katanya dalam hantaran di media sosial hari ini.

Adun Semambu itu berkata dasar baru akan disebabkan persaingan antara Perikatan Nasional (PN) dan BN, yang menggunakan agenda perkauman dan agama untuk menenangkan penyokong mereka berikutan kegagalan dalam pemulihan ekonomi.


No comments: