Harga barang naik: ‘Kalau inilah nasihat, baik jangan jadi kerajaan’


Harga ayam naik sebanyak lima kali sepanjang Ramadan, namun sehingga kini masih belum ada sebarang tindakan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam negeri dan hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Sebaliknya, yang ada cuma respons Timbalan Menteri KDPDNHEP, Datuk Rosol Wahid supaya rakyat memilih kedai yang murah jika ingin mendapatkan bekalan makanan mentah itu.
Peguam, Syahredzan Johan dalam reaksinya berkata, kenyataan tersebut adalah tidak wajar memandangkan kerajaan ada kuasa untuk melaksanakan skim kawalan harga dan mengambil tindakan.
“Rakyat merungut sebab ayam makin mahal. KPDNHEP lambat bertindak, Menteri entah di mana. Apa nasihat Timbalan Menteri pada rakyat? ‘pilihlah kedai yang murah’”.
“Kalau inilah nasihat, baik jangan jadi kerajaan. Kerajaan boleh laksana skim kawalan harga, ambil tindakan.
“Kalau macam ini, baik jadi NGO pengguna, tak payah jadi kerajaan,” luahnya dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Harian Metro sebelum ini melaporkan harga ayam naik sebanyak lima kali sepanjang Ramadan, mencecah RM10 sekilogram di sebuah pasar di Kuantan.
Harga ayam di pasar berkenaan sebelum ini dijual sekitar RM7.50 sekilogram. 

No comments:

DAH TAHU MASIH BANGGANG LAGI

  Hamdan Taha 11 hari telah berlalu negara berdepan dengan PKP...tetapi kes tetap tinggi dan sentiasa ada pula rekod baru.....terbukti hasil...