ANALISA
ANDA mungkin sudah pun mendengar rakaman mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PH) yang berlangsung dua bulan lalu yang ditularkan sejak beberapa hari lepas. Saya baru mendengarnya hari ini, setelah baru menerimanya, salinan rakaman itu dikirimkan oleh seorang rakan.
Mesyuarat itu seperti dirakam sepenuhnya itu, diadakan pada 21 Februari, 2020 dua hari sebelum kerajaan PH jatuh kerana digulingkan. Kerajaan PH tumbang 25 Februari. Rakaman yang sampai kepada saya itu berdurasi 2:25:11.
Rakaman itu seperti dirakam dari rakaman asal, yang mana ia seperti tidak ada sensor. Rakaman terus. Sekali lagi dijelaskan walaupun rakaman itu menjadi persaksian penting apa yang berlaku dalam mesyuarat itu, untuk mengetahui duduk perkara sebenar, ia adalah sesuatu perbuatan yang tidak beramanah. Individu yang merakam dan membenarkan ia disebarkan, adalah oknum tidak bertanggungjawab.
Sepatutnya semua pihak menjaga kerahsiaan. Nampaknya ada yang tidak patuh menjaga kerahsian seperti itu? Ada mereka tidak suci hati yang berada dalam mesyuarat itu? Hal-hal beginilah menyebabkan rosaknya sesebuah perjuangan itu. Apa jadi kalau suasana mesyuarat penting itu sampai ke pengetahuan musuh, tentu mereka akan menggunakan kesempatan daripadanya.
Apabila mendengar rakaman mesyuarat itu saya membayangkan apa yang dikatakan sebelum ini ia benar, bahawa mesyuarat itu hangat dan tegang, khasnya mengenai agenda peralihan kuasa. Saya kira mesyuarat itu mengambil masa lebih separuh untuk membincangkan agenda peralihan kuasa itu. Lain-lain agenda tidak penting, dan dibincang sampingan sahaja.
Sindir menyindir.
Sidang akhbar Majlis Presiden PH selepas mesyuarat yang panas. |

Suasana atau apa yang berlaku dalam mesyuarat itu bolehlah dianggap klimek kepada percanggahan pendapat dalam PH yang gagal dihormonikan sehingga akhirnya membawa padah buat mereka.
Mesyuarat itu kelihatannya terbuka dan Dr Mahathir selaku Pengerusi Majlis itu menjadi pengerusi memberi kebebasan untuk semua ahli mesyuarat bercakap. Berlaku round table, semua boleh bercakap walaupun kurang relevan dan tidak perlu pun. Di sini menunjukkan bahawa Dr Mahathir seorang yang mendengar sesuatu dan tidak mudah membuat keputusan seorang diri, dan dalam pada itu ada sedikit kurang bijaksana.

Begitu juga dalam soal peralihan kuasa dibincangkan itu. Dengan memerhati kepada mesyuarat itu dijalankan ia boleh menolak tanggapan sebelum ini terhadap Dr Mahathir bersikap diktator.
Mesyuarat itu walaupun dinamakan mesyuarat Majlis Presiden PH, tetapi ia jelas tidak melambangkan kesepakatan dalam mencari formula atau satu penyelesaian tuntas berhubung isu peralihan kuasa. Di sinilah huduhnya mesyuarat itu. Dalam isu atau agenda itu, ada beberapa pandangan mengenai hal itu, dan yang jelasnya ada tiga pandangan daripada tiga kumpulan sama tetapi mempunyai "nawaitu" berbeza.
Tiga kumpulan.
Sebelum pada itu, perlu dijelaskan bahawa isu peralihan kuasa menghantui PH berkenaan, kerana ia bukan sekali dibincang dalam mesyuarat tetapi sudah acap kali tetapi tidak tuntas. Maka mesyuarat pada 21 Februari itu bertujuan untuk memuktamadkannya.
Pertama, kumpulan yang mahu peralihan kuasa itu ditentukan dalam mesyuarat itu. Maksudnya mesyuarat hendaklah mengemukakan (menerima) usul agar ditetapkan secara tetap mengenai tarikh peralihan kuasa.
Kedua, kumpulan yang tidak setuju dengan usul itu, agar ditetapkan tarikh peralihan kuasa, dan mahu tarikh itu diserahkan kepada Dr Mahathir sendiri.
Ketiga, kumpulan yang mahu Dr Mahathir terus menjadi perdana menteri sehingga habis penggal parlimen ke-14.
Itulah tiga kumpulan yang wujud dalam mesyuarat itu yang mempunyai pandangan yang berbeza, bahkan bertentangan di antara satu sama lain. Masing-masing berhujah menegakkan kemahuan masing-masing yang ternampak ada maksud atau motif tersendiri bukan secara kolektif. Berbaur di antara kebenaran dan kebatilan dalam hujah mempertahankan pendirian masing-masing.
Pertelingkahan tiga pendapat atau kumpulan itulah menjadikan mesyuarat jadi kecoh dan penuh dengan emosi serta prejudis. Gelagat mesyuarat itu tidak langsung melambangkan sebuah badan atau lembaga yang dianggotai oleh mereka yang sedang memegang kerajaan sebuah negara pada masa itu. Kecelaruan mesyuarat tersebut secara tidak langsung menjelaskan kecelaruan kerajaan yang mereka pimpin.
Siapakah tiga kumpulan yang memiliki tidak pandangan berbeza itu? Saya tidak memperinci nama-nama mereka yang menjadi ketua atau dominan dalam kumpulan-kumpulan itu, tetapi sesiapa mendengarnya dapat menilainya sendiri mengecami suara mereka dengan penuh ketaakulan. Saya masih menjaga etika dalam membuat catatan ini.
Kumpulan pertama adalah kumpulan yang berpegang kepada prinsip dan janji Pakatan Harapan yang dibuat pada 7 Januari, 2018, tatkala asal mula pembentukan Pakatan Harapan secara rasmi, mengenai soal kepimpinan dalam pakatan itu. Pada tarikh itu, sudah dibuat konsensus atau ketetapan bahawa sekiranya PH menang, Dr Mahathir Mohamad akan dilantik menjadi PM, manakala Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan perdana menteri.
Apa digariskan dalam perjanjian tersebut, sudah terlaksana sebahagiannya, apabila PH menang, Dr Mahathir dilantik menjadi PM, dan Dr Wan Azizah sebagai TPM. Bahkan Yang di-Pertuan Agong dalam memberi perkenan kepada siapa yang patut menjadi PM, berpandukan kepada konsensus berkenaan.
Sebaliknya apa yang menjadi masalah dan pertikaikan selepas itu, apabila Dr Mahathir seakan mahu memungkiri(?) konsensus tersebut dengan tidak menyatakan tarikh untuk berundur secara pasti dan berubah-rubah. Tempo paling akhir untuk beliau berundur ialah selepas persidangan APEC pada November. Sedangkan dalam pemahaman kumpulan ini Dr Mahathir perlu berundur selepas dua tahun.
Kumpulan yang mendesak ini datangnya daripada mereka yang mahu melihat Anwar Ibrahim jadi perdana menteri sesuai dengan seperti yang dijanjikan dalam "perjanjian" & Januari 2018. Kumpulan ini bolehlah dinamakan Kumpulan "A".
Kumpulan kedua pula tidak senang dengan pendapat kumpulan pertama itu. Mereka menuduh kumpulan A itu gelojoh dan tidak sabar, lebih mementingkan peralihan kuasa dari kepentingan kerajaan.
Kumpulan ini mahu soal tarikh peralihan kuasa ditentukan sendiri oleh Dr Mahathir. Serentak itu juga kumpulan ini meminta agar tidak dilakukan desakan kepada Dr Mahathir dan memberi amaran yang kurang enak didengar. Yang sedikit menjadi panas, kumpulan kedua ini emosi dan kurang diplomasi politik apabila berhujah dengan menyentuh individu tertentu dalam kumpulan A sebagai bersandiwara, main wayang, kononnya mereka tidak jujur dengan Dr Mahathir, sokong dalam mesyuarat, mementang selepas pulang mesyuarat.
Kumpulan kedua ini bolehlah dinamakan kumpulan "M", sebab mereka membela Dr Mahathir.
Manakala, kumpulan ketiga pula seolah-olah mahu mengambil jalan tengah dengan mengemukakan cadangan, biarlah Dr Mahathir berkhidmat sampai tempoh penggal parlimen ke-14. Cadangan daripada kumpulan ini nampak jujur, pendamai, tetapi jika dihalusi ia mempunyai nawaitu atau jerat dipasang disebalik itu, setelah menyedari ia datang daripada siapa dan siapa mereka itu.
Dr Mahathir boleh tidak membincangkan isu itu kerana beliau mempunyai kuasa untuk menentukannya peralihan kuasa. Tetapi kenapa beliau membuka sebebas itu kepada mesyuarat itu, menjadi tanda tanya. Ada dua kemungkinan beliau sengaja mengemukakan isu itu (peralihan) kuasa untuk dibincang dengan bebas, kedua beliau ingin menguji anggota majlis terhadap dirinya di samping memohon simpati? Atau Dr Mahathir memang ada maksud lain yang tersirat?
Mesyuarat itu walaupun dinamakan mesyuarat Majlis Presiden PH, tetapi ia jelas tidak melambangkan kesepakatan dalam mencari formula atau satu penyelesaian tuntas berhubung isu peralihan kuasa. Di sinilah huduhnya mesyuarat itu. Dalam isu atau agenda itu, ada beberapa pandangan mengenai hal itu, dan yang jelasnya ada tiga pandangan daripada tiga kumpulan sama tetapi mempunyai "nawaitu" berbeza.
Tiga kumpulan.
Sebelum pada itu, perlu dijelaskan bahawa isu peralihan kuasa menghantui PH berkenaan, kerana ia bukan sekali dibincang dalam mesyuarat tetapi sudah acap kali tetapi tidak tuntas. Maka mesyuarat pada 21 Februari itu bertujuan untuk memuktamadkannya.
Pertama, kumpulan yang mahu peralihan kuasa itu ditentukan dalam mesyuarat itu. Maksudnya mesyuarat hendaklah mengemukakan (menerima) usul agar ditetapkan secara tetap mengenai tarikh peralihan kuasa.
Kedua, kumpulan yang tidak setuju dengan usul itu, agar ditetapkan tarikh peralihan kuasa, dan mahu tarikh itu diserahkan kepada Dr Mahathir sendiri.
Ketiga, kumpulan yang mahu Dr Mahathir terus menjadi perdana menteri sehingga habis penggal parlimen ke-14.
Itulah tiga kumpulan yang wujud dalam mesyuarat itu yang mempunyai pandangan yang berbeza, bahkan bertentangan di antara satu sama lain. Masing-masing berhujah menegakkan kemahuan masing-masing yang ternampak ada maksud atau motif tersendiri bukan secara kolektif. Berbaur di antara kebenaran dan kebatilan dalam hujah mempertahankan pendirian masing-masing.
Pertelingkahan tiga pendapat atau kumpulan itulah menjadikan mesyuarat jadi kecoh dan penuh dengan emosi serta prejudis. Gelagat mesyuarat itu tidak langsung melambangkan sebuah badan atau lembaga yang dianggotai oleh mereka yang sedang memegang kerajaan sebuah negara pada masa itu. Kecelaruan mesyuarat tersebut secara tidak langsung menjelaskan kecelaruan kerajaan yang mereka pimpin.
Siapakah tiga kumpulan yang memiliki tidak pandangan berbeza itu? Saya tidak memperinci nama-nama mereka yang menjadi ketua atau dominan dalam kumpulan-kumpulan itu, tetapi sesiapa mendengarnya dapat menilainya sendiri mengecami suara mereka dengan penuh ketaakulan. Saya masih menjaga etika dalam membuat catatan ini.
Kumpulan pertama adalah kumpulan yang berpegang kepada prinsip dan janji Pakatan Harapan yang dibuat pada 7 Januari, 2018, tatkala asal mula pembentukan Pakatan Harapan secara rasmi, mengenai soal kepimpinan dalam pakatan itu. Pada tarikh itu, sudah dibuat konsensus atau ketetapan bahawa sekiranya PH menang, Dr Mahathir Mohamad akan dilantik menjadi PM, manakala Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan perdana menteri.
Apa digariskan dalam perjanjian tersebut, sudah terlaksana sebahagiannya, apabila PH menang, Dr Mahathir dilantik menjadi PM, dan Dr Wan Azizah sebagai TPM. Bahkan Yang di-Pertuan Agong dalam memberi perkenan kepada siapa yang patut menjadi PM, berpandukan kepada konsensus berkenaan.
Sebaliknya apa yang menjadi masalah dan pertikaikan selepas itu, apabila Dr Mahathir seakan mahu memungkiri(?) konsensus tersebut dengan tidak menyatakan tarikh untuk berundur secara pasti dan berubah-rubah. Tempo paling akhir untuk beliau berundur ialah selepas persidangan APEC pada November. Sedangkan dalam pemahaman kumpulan ini Dr Mahathir perlu berundur selepas dua tahun.
Disebabkan tarikh atau tempoh itu sudah terlanggar dan Dr Mahathir gagal menyatakan secara pasti menyebabkan kumpulan ini jadi penasaran dan menuntut agar satu tarikh tetap transisi dibuat. Ada logik tuntutan kumpulan ini. Sejarah masa lampau khasnya, political strife antara dr Mahathir dengan Anwar dijadikan sempadan.
Kumpulan yang mendesak ini datangnya daripada mereka yang mahu melihat Anwar Ibrahim jadi perdana menteri sesuai dengan seperti yang dijanjikan dalam "perjanjian" & Januari 2018. Kumpulan ini bolehlah dinamakan Kumpulan "A".
Kumpulan kedua pula tidak senang dengan pendapat kumpulan pertama itu. Mereka menuduh kumpulan A itu gelojoh dan tidak sabar, lebih mementingkan peralihan kuasa dari kepentingan kerajaan.
Kumpulan ini mahu soal tarikh peralihan kuasa ditentukan sendiri oleh Dr Mahathir. Serentak itu juga kumpulan ini meminta agar tidak dilakukan desakan kepada Dr Mahathir dan memberi amaran yang kurang enak didengar. Yang sedikit menjadi panas, kumpulan kedua ini emosi dan kurang diplomasi politik apabila berhujah dengan menyentuh individu tertentu dalam kumpulan A sebagai bersandiwara, main wayang, kononnya mereka tidak jujur dengan Dr Mahathir, sokong dalam mesyuarat, mementang selepas pulang mesyuarat.
Kumpulan kedua ini bolehlah dinamakan kumpulan "M", sebab mereka membela Dr Mahathir.
Manakala, kumpulan ketiga pula seolah-olah mahu mengambil jalan tengah dengan mengemukakan cadangan, biarlah Dr Mahathir berkhidmat sampai tempoh penggal parlimen ke-14. Cadangan daripada kumpulan ini nampak jujur, pendamai, tetapi jika dihalusi ia mempunyai nawaitu atau jerat dipasang disebalik itu, setelah menyedari ia datang daripada siapa dan siapa mereka itu.
Cadangan kumpulan ketiga ini dibantah oleh kumpulan pertama tadi, tetapi direstui kumpulan M yang merujuk kepada perjanjian 7 Januari itu. Kumpulan ketiga ini bolehlah dinamakan kumpulan "A2". Kumpulan "A2" ini malahan secara tegas dan jelas menentang usul yang dicadangkan oleh kumpulan "A" itu.
Itulah senario yang berlaku dalam mesyuarat tempoh hari. Kegagalan untuk menentukan proses dan menetapkan tarikh peralihan kuasa itulah yang didebatkan, dan yang mendukacitakan di sepanjang perdebatan itu saling ungkit mengungkit keburukan masing-masing yang sebenarnya tidak perlu dan semua sepatutnya bersikap "tasamuh".

Apabila berlaku sindir menyindir sampai menyentuh peribadi menyebabkan mesyuarat menjadi panas dan panjang, tetapi berakhir tanpa ada keputusan yang jelas. Perbezaan juga ternampak kepada perbezaan usia yang bermesyuarat menimbulkan masalah. Ahli mesyuarat yang muda atau kurang pengalaman politik bersikap emosi atau mahu menunjukkan kehebatan mereka, walhal mereka adalah sepohon anak kayu yang masih pun belum berteras dalam politik. Masih bersusuh butir jagung.
Konklusi daripada mesyuarat yang telah membekahkan marah, akhirnya perkara peralihan itu, diserahkan kepada Dr Mahathir. Mesyuarat bersetuju biarlah Dr Mahathir akan membuat keputusannya sendiri berpandukan kepada apa yang berlaku atau semangat dalam mesyuarat itu.

Anwar sendiri sebagai sosok menjadi isu, merendah diri dan demi kebaikan sedia menerima apa sahaja keputusan dibuat Dr Mahathir. Satu kepasrahan sudah sangat jelas.
Yang jelasnya, mesyuarat itu gagal membuat keputusan secara jemaah. Anggota majlis gagal bertindak sebagai sebuah pasukan. Kegagalan inilah menunjukkan ketidak-selarian dalam majlis presiden, menunjukkan majlis itu sudah tidak sekata dan masing-masing menyelit kepentingan sendiri-sendiri. Inilah bahayanya.
Dan apa terhasil dalam mesyuarat itu, adalah apa yang yang ketiga-tiga kumpulan itu nikmati dan kecapi kini. Kafirah besarnya hilang sebuah kerajaan yang diperjuangkan oleh rakyat. Kumpulan "A" dan kumpulan "M" tentu kecewa. Sebaliknya kumpulan "A2" yang sengaja menimbulkan idea dan cadangan jelas tidak selari dan kontras dengan kemahuan kumpulan "A" seakan-akan berada dipihak yang dilihat berjaya menerusi niat tidak baik mereka, apabila mereka turut berada dalam kerajaan "Curitokrasi."
Kesimpulannya KATAKUNCI kenapa kerajaan PH yang sepatutnya tumbang selepas sepenggal tetapi tumbang lebih awal setelah baru menjadi kerajaan 22 bulan terjawab, dan katakuncinya ialah pada mesyuarat Majlis Presiden PH yang telah jadi sejarah itu. [wm.kl.8:23 am 19/05/2020]