𝐂𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐈𝐌 𝐇𝐈𝐋𝐌𝐀𝐍: 𝐆𝐔𝐍𝐀 𝐑𝐈𝐙𝐀𝐁 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐓𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐄𝐋𝐀𝐍𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍



Shahir








Bekas Naib Canselor universiti bukan tanda cerdik. Bekas Professor bukan tanda bijak. Ada PhD bukan tanda tahu kesemuanya.


Bila EXCO Kerajaan Kedah Haim Hilman sembang pasal kewangan dan fiskal Kerajaan boleh nampak kedangkalan dia yang sangat jelas lagi bersuluh. 


Isu yang dibangkitkan berkaitan laporan penyusunan semula perbelanjaan mengurus Kerajaan dan cadangan Haim Hilman adalah guna rizab antarabangsa negara yang diuruskan BNM untuk menampung perbelanjaan tersebut dan bukan potong peruntukan. 


Rizab antarabangsa BNM berjumlah USD128.8 bilion atau RM519.9 bilion bukanlah hasil atau tabungan Kerajaan yang patut digunakan untuk perbelanjaan Kerajaan. 


Rizab antarabangsa mempunyai 3 fungsi utama iaitu: 


1. Membiayai perbelanjaan import negara.


2. Menjadi penampan (buffer) untuk mengurangkan pergerakan Ringgit yang terlampau ketara (volatile) dalam pasaran matawang.


3. Sebagai alatan untuk BNM melaksanakan dasar monetari untuk mengawal kadar faedah dan kecairan dalam sistem perbankan melalui operasi pasaran terbuka (open market operation).


Sebab itu kesemua RM519.9 bilion atau USD128.8 bilion rizab antarabangsa BNM adalah dalam matawang asing di mana sebahagian besar dalam aset sekuriti matawang asing seperti US Treasury Bills dan Bonds, rizab IMF, special drawing rights (SDR) dan emas. 


Bukan bermakna Kerajaan tidak ada kuasa atau hak ke atas rizab antarabangsa BNM malah BNM setiap tahun konsisten membayar dividen kepada Kerajaan Persekutuan selaku pemegang saham dan pemilik 100% Bank Negara Malaysia di mana tahun lepas BNM membayar dividen berjumlah RM5 bilion kepada Kerajaan. 


Jika Kerajaan sewenang-wenangnya menggunakan rizab antarabangsa BNM untuk membiayai perbelanjaan Kerajaan ini akan menghantar isyarat kepada pasaran bahawa rizab antarabangsa yang selama ini digunakan untuk dasar monetari, dijadikan sumber kepada dasar fiskal. 


Ini akan memberi pengaruh psikologi kepada pasaran di mana Kerajaan pada bila-bila masa akan "menyeluk" tangan mereka ke dalam poket BNM untuk menyelamatkan kedudukan fiskal. 


Kalau tanya balik Haim Hilman, kenapa Kerajaan PN tak guna rizab antarabangsa BNM sepanjang 2020 - 2022 yang berjumlah sekitar RM480 bilion hingga RM500 bilion ketika itu dan sebaliknya perlu meminjam RM100 bilion setiap tahun sepanjang 3 tahun, sudah tentu Haim tak boleh jawab. 


Sebab itu Kerajaan sejak dulu tidak campurtangan dalam hal ehwal pengurusan dasar monetari BNM dan meletakkan tanggungjawab kepada pakar-pakar profesional yang diketuai Gabenor BNM untuk memastikan kebebasan bank pusat (central bank independence) yang sangat penting untuk memberi keyakinan kepada pelabur-pelabur antarabangsa. 


Elok kalau Haim Hilman balik menjadi pakar motivasi dalam tiktok seperti dulu kala. 


Dulu-dulu selalu viral ucapan motivasi Haim Hilman kepada pelajar-pelajar universiti. 


Kalau tanya penyokong PAS, mana dia faham apa fungsi rizab antarabangsa, peranan bank pusat dan kepentingan keyakinan pasaran dalam ekonomi dan sistem kewangan negara sebab itu mereka sokong membabi buta. 


Pemimpin pun tak boleh pakai, tak payah kita cakap pasal penyokong.





No comments: