NAK KENAI WALAUN MUDAH SAJA.

 


Dua benda yang sangat pelik dengan kenyataan di bawah, yang menunjukkan dia sebenarnya tak faham pun apa yang di tulis. OPR atau kadar faedah di gunakan oleh Bank Pusat untuk kawal inflasi +25 mata asas atau rancakkan ekonomi - 25 mata asas. 




Kenapa +/-25 mata asas atau 0.25%?


Untuk berhati-hati sebab ekonomi sensitif dengan perubahan kadar faedah.


Kalau OPR turun 25%, makna OPR akan jadi -22% yang mana technically impossible. Kalau situasi ini berlaku, kita pinjam bank rm100, tapi hanya kena bayar rm78 sahaja, yang lama kelamaan akan jadi hyperinflasi. So point pertama dia tak faham.


Point kedua dia pula adalah kelakar, kalau dia tak cakap mungkin "saya ingat Matahari itu sejuk".


Sama ada OPR 2.75%( ikut sifir dia tenat) atau 3% ( ikut sifir dia kuat) , mana-mana kerajaan akan cuba untuk "mempertingkatkan" ekonomi regardless berapapun OPR Bank Negara letak.


Jadi penggunaan "sama ada" yang cuba hendak membandingkan dua situasi yang berlawanan tak kena dengan contoh yang diberi. 


MMMS



No comments: