Dulu, Ayatollah Nekounom di zaman awal kebangkitan Khomeini, beliau antara ulama muda paling berpengaruh dari Qom yang mendukung idea revolusi. Beliau pernah mengajar di maratib tertinggi hawzah dan diberi kepercayaan sebagai murid kanan di bawah jaringan ulama reformis sekitar Khomeini.
Beliau hadir dalam banyak pertemuan sulit semasa revolusi, jadi sahabat peribadi Khomeini, dan turut mengatur strategi kebangkitan terhadap Shah.
Dalam era Shah Pahlavi, beliau ditangkap oleh SAVAK(badan perisikan Iran) sebanyak 29 kali kerana ucapan dan penglibatannya bersama gerakan anti-kerajaan.
Malangnya setelah menang revolusi 1979, beliau dikhianati oleh kerajaan yabg dibangunkannya dulu, sekali lagi beliau dibungkam dan dianggap ancaman oleh kerajaan.
Nasib Ayatollah Nekounam sama seperti ramai ulama Sunni di Iran menerima. Ditekan, dibuang, disenyapkan hanya kerana mengkritik kerajaan. Di Iran, bukan aliran kau yang penting, sunni syiah tu tak penting, tapi sama ada kau setia atau tak pada pemerintah.
Kalau lawan, sama ada Sunni atau Syiah, kau tetap akan dibantai. Sama seperti rejim Yisrayel, dia tak peduli kau Sunni atau Syiah, selagi kau lawan dia, kau musuh.
Ayatollah Nekounam mula kecewa apabila melihat sistem yang beliau perjuangkan berubah menjadi agama yang dikawal negara, diperdagangkan dengan kesetiaan politik, dan membungkam suara ulama bebas.
Beliau mula mengkritik sistem pengajian fiqh di hawzah Qom yang beku, kaku, dan tidak realistik dengan cabaran semasa. Antara kritikan beliau yang menggugat kerajaan ialah tentang pembaziran besar-besaran dalam pembinaan kubah emas atau zarih (makam imam syiah).
Beliau sindir tajam budaya Syiah yang percaya di bawah kubah emas imam suci doa akan dikabulkan, satu doktrin yang disebarkan oleh ulama yang mahu melestarikan budaya taksub dan membodohkan massa. Nekounam menolak keras idea ini.
Bukan tu je. Beliau juga mengharamkan rakyat daripada menabur duit ke dalam kubah-kubah Imam, kerana menurutnya wang itu akhirnya digunakan untuk menguatkan sistem yang zalim.
Dalam video bawah ni, aku upload kenyataan penuh beliau, berkata:
“Kalau kau lihat satu zarih dalam rumah seorang fakir yang tetap menjaga maruahnya, sujudlah di situ. Bukan di bawah kubah emas yang meminggirkan orang lapar.”
Apabila beliau menyuarakan hal ini, beliau, dibalas dengan kezaliman. Ayatollah Nekounam diharamkan mengajar, larang guna title "Ayatullah", karya-karyanya diharamkan, dan akhirnya dipenjara, disebat, serta dilucutkan gelaran keulamaannya oleh Mahkamah Khas Ulama Iran tanpa bicara adil hanya kerana beliau berkata “agama tidak boleh dijadikan alat paksaan.”
- Nadali Gems

No comments:
Post a Comment