‘Kerajaan perpaduan’ Malaysia berdepan cabaran keras - BAHAGIAN 1


By

 Prema Devaraj




Anwar Ibrahim with other coalition leaders in government - AFIQ HAMBALI/PRIME MINISTER'S OFFICE

“Kerajaan perpaduan” Malaysia mengadakan sidang parlimen pertamanya pada 13 Februari, tiga bulan selepas ditubuhkan.

Kerajaan yang muncul daripada pilihan raya umum tahun lepas mungkin tidak disenangi semua pihak, tetapi inilah yang negara ada buat masa ini. Tak semuanya sempurna namun kabinet serta wakil rakyat yang ada sekarang mesti melakukan apa yang perlu untuk memajukan negara.

Pembaharuan undang-undang

Sesuatu yang sudah lama patut berlaku, namun akhirnya kabinet bersetuju bagi meminda peraturan berkaitan kerakyatan di dalam Perlembagaan Persekutuan bagi wanita Malaysia untuk mempunyai hak dalam memberikan kewarganegaraan kepada anak-anak mereka, walaupun mereka dilahirkan di luar negara kepada bapa berwarganegara asing.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Undang-undang dan Pembaharuan Institusi Azalina Othman Said dalam satu kenyataan bersama berkata cadangan pindaan itu dijangka akan dibentangkan dalam mesyuarat parlimen semasa.

Kita perlu melihat apa yang akan berlaku kemudiannya. Namun, ini merupakan sebuah langkah ke hadapan di dalam memastikan kesaksamaan jantina dan hak kanak-kanak dijamin.

Pada awal tahun ini, sebuah sesi penglibatan melibatkan pelbagai pemegang taruh bagi cadangan pindaan Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 telah diadakan.

Pejabat Azalina berkata dalam satu kenyataan bahawa “pindaan kepada Akta yang berkaitan adalah penting untuk memastikan keberkesanan sistem keadilan jenayah dalam mengendalikan kes kesalahan seksual yang melibatkan kanak-kanak”.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran

·         Become an Aliran member

Tel: 04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com

Pihak pemegang taruh membincangkan pelbagai kebimbangan, termasuklah cabaran yang dihadapi semasa proses penyiasatan, pendakwaan, perbicaraan dan pasca perbicaraan bagi kes jenayah yang melibatkan mangsa dan saksi kanak-kanak.

Undang-undang yang berkesan sudah pasti diperlukan bagi melindungi mangsa jenayah seksual serta untuk mendakwa pelakunya. Sama pentingnya juga ialah penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang ini, termasuklah garis panduan tentang cara mengendalikan mangsa jenayah seksual.

Ketika dialog melibatkan badan kehakiman negara pada Oktober lalu mengenai cara untuk menambah baik proses mahkamah yang melibatkan mangsa jenayah seksual kanak-kanak, yang dianjurkan oleh Women’s Centre for Change Penang, WCC membentangkan data daripada kajian kecil tentang isu dan cabaran yang dihadapi mangsa kanak-kanak dalam sistem keadilan jenayah.

WCC memberi tumpuan kepada 35 kes jenayah seksual yang melibatkan kanak-kanak terutamanya di mahkamah Pulau Pinang di antara 2018 dan Ogos 2022, di mana WCC telah menyediakan sokongan untuk mangsa dan keluarga mereka.

Data mendedahkan bahawa:

• Dalam 77% kes, mangsa kanak-kanak hanya menerima taklimat pra-perbicaraan hanya pada hari perbicaraan

• Dalam 86% kes, tiada permohonan telah dibuat untuk penggunaan pautan langsung video di mahkamah; walau bagaimanapun, skrin (penghalang fizikal antara tertuduh dan mangsa) digunakan dalam 74% kes

READ MORE:  Federal Court's landmark Sungai Ara judgment provides a firm foundation to build on environmental law

 

• Dalam 26% daripada kes ini, kanak-kanak itu atau keluarga kanak-kanak itu menyebut berlakunya ugutan semasa proses keadilan jenayah; daripada jumlah ini, satu pertiga telah keluar atau menarik balik aduan mereka

• Dalam 77% kes di mana kanak-kanak memberi keterangan, kanak-kanak itu sendirian di mahkamah, tanpa adanya wakil sokongan.

Perundangan dan garis panduan memang wujud bagi melindungi dan menyokong mangsa dalam semua keadaan yang berlaku di atas.

Realiti sebenar bagi ramai mangsa, bagaimanapun, menceritakan kisah yang berbeza. Jika mangsa berasa takut atau gentar, mereka tidak akan dapat memberikan keterangan secara penuh. Lebih teruk lagi, mereka mungkin terkeluar daripada sistem keadilan jenayah, dan ini pastinya menjejaskan hasil kes.

Mangsa dan saksi akan memberikan keterangan yang lebih baik apabila mereka berasa selamat, tidak takut, bersedia dan disokong semasa proses mahkamah.

Menggubal atau memperhalusi undang-undang bagi memastikan keberkesanan sistem keadilan jenayah dalam mengendalikan kes-kes kesalahan seksual yang melibatkan kanak-kanak adalah kritikal.

Namun, penekanan dan pelaburan yang sama mesti diberikan kepada penginstitusian sokongan dan latihan patut diberikan kepada penyedia perkhidmatan dan pihak berkepentingan dalam sistem keadilan jenayah.

Pelaksanaan undang-undang dan garis panduan juga harus sentiasa dipantau. Ini akan memastikan sokongan yang lebih baik bagi mangsa yang melalui sistem keadilan jenayah.




No comments: