Saranan bernas dari MSO. Memg itu yg penyokong-penyokong PH harapkan.
Biarlah Renegade Bersatu yang terbuang dan anggap diri pejuWANG itu berkolaborasi
dgn Amanah. Tak payah dok serang DSAI atau pedulikan PKR lagi sbb dia tak cukup
numbers bukan??
Pi lah bergabung antara keduanya dan bina kekuatan sendiri. Tak
perlu cari publisiti dgn mengutuk-ngutuk DSAI. Hangpa nak apa? Klau nak lawan PKR pun
no hal. Biar jelas musuh nyata ke musuh dlm selimut?
ZUS DIN
Kumpulan terbuang daripada PPBM yang bersama OT95 yang menamakan
puak mereka sebagai "Pejuang" tidak menolak akan menggunakan simbol
huruf "A" dalam pilihan raya akan datang. Huruf "A" adalah
simbol parti Amanah Negara.
Perkara ini disebut oleh Setiausaha Agugnya Marzuki Yahya,
bagaimana pun perbincangan lanjut kedua-dua pihak "Pejuang" dan
Amanah belum diadakankan lagi.
Cadangan itu menurut Marzuki sekiranya kumpulan terbuang itu
dinafikan haknyan untuk mendaftarkan Pejuang, memungkinkan mereka menumpang Amanah?
Sebenarnya elok dan molek sangat cadangan itu. Pilihan parti
bersimbol huruf A itu adalah tepat dan kelihatan serasi. Tidak perlu kepada
simbol Mata (Keadilan) lagi. Orang Amanah juga boleh bertanding atas simbolonya
sendiri. Apa lagi simbol Pakatan Harapan, buang ke sungai Kelang lah, dah tak
guna.
Tetapi dalam hal ini saya melihat perlu ada aksi lebih jauh dan
mendalam lagi daripada hajat berkenaan. Bagi saya molek kalau kumpulan terbuang
itu berkolaborasi terus dengan Amanah. Suatu masa dahulu apabila melihat
kelonglaian Amanah saya cadangkan supaya parti itu bergabung sahaja dengan
Bersatu bagi menguatkan kedua-dua pihak.
Kini kebetulan Bersatu sudah berpecah, ada golongan terbuang
yang hidup melayang-layang macam daun kering, maka moleklah kalau diusahakan
agar kumpulan terbuang itu bergabung dengan Amanah. Sama-sama menumpang hidup.
Lagipun dilihat kedua mereka serasi dan sehati sejiwa. OT94 menjadi pujaan dan
harapan Amanah setelah mereka putus harap untuk melihat kerajaan yang hilang
dikembalikan oleh Anwar yang tidak cukup nombor?
Sekiranya kumpulan terbuang itu bersama Amanah, mereka boleh
menyusun rancangan untuk membina kekuatan mencari mana-mana negeri sebagai base
perjuangan mereka. Saya melihat kebetulan kedua-dua parti itu mempunyai sedikit
kekuatan di dua buah negeri, (berdasar jumlah kerusi) satu di Utara dan satu
lagi di Selatan. Cuba develop negeri itu sebagai pengkalan mereka.
Untuk melangsungkan jangka hayat kedua-dua kumpulan terbuang dan
Amanah, mereka perlu memastikan dalam Piraum akan datang kedua-dua negeri di
Utara dan Selatan itu dikuasai oleh mereka. Dengan cara itu kedua negeri itu
akan menjadi base untuk mereka.
Kebetulan juga pemimpin utama kedua kumpulan itu masing-masing
berasal dari negeri berkenaan.
Untuk bergabung tidak perlu berfikir banyak, soal prinsip, atau
ideologi, sebab dalam politik hari ini ideologi itu hanya kosmetik sahaja.
Kalau parti berteraskan agama boleh jadi kiucar lanar, apa lah sangat dengan
parti-parti tepian lain. Walllahualam. Trims.