Penarikan PKP bukti kegagalan kerajaan?

 

SESUDAH SUBUH 

SEMALAM Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah (foto) mengatakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan tamat pada 4 Februari nanti tidak akan dilanjutkan. 

Keputusan itu diambil menurutnya memandangkan PKP memberi kesan negatif, (keparahan) kepada ekonomi. Bagaimana pun untuk melandaikan lekok Covid, PKPB akan diteruskan sekurang-kurangnya sehingga beberapa bulan lagi.

Pihaknya yakin penurun kes Covid ke angka bawah 2,000 akan dicapai dalam masa dua minggu lagi dengan syarat SOP dipatuhi.

Penegasan itu memberi sedikit rasa gembira kepada rakyat khasnya mereka yang sudah terbeban dengan beban hidup akibat PKP 0.2 yang dilaksanakan sejak 12 Januari lalu.

Mengenang kenyataan Dr Noor Hisham itu menjadi sedikit tanda tertanya buat saya, kenapa hal itu, (kebimbangan mengenai ekonomi negara) diumumkan oleh pakar kesihatan bukannya pakar ekonomi. Kenapa Dr Noor Hisham yang menyatakan perkara itu bukannya menteri ekonomi atau pun oleh menteri kirikanan yang lain lebih relevan untuk menurutnya? 

Sepatutnya orang yang bercakap mengenai kebimbangan ekonomi datang daripada pakar ekonomi atau menteri bersangkutan. Atau pun perdana menteri sendiri boleh membuat pernyataan itu baru ia nampak ia lebih bertanggungjawab. Tetapi kenapa diserahkan kepada Dr Noor Hisham?   

Apakah untuk mengadakan PKP dahulu cadangannya datang daripada pihak yang obses mengenai kesihatan seperti Dr Noor Hisham itu yang tentu terlupa untuk memikir mengenai kehidupan rakyat, perihal masalah ekonomi. Semestinya seorang doktor itu lebih nampak kepada bahaya penyakit kepada bahaya kemelesetan ekonomi.

Atau sesudah mereka para pakar kesihatan boleh merasakan antara kematian kerana Covid dan kematian kerana lapar itu sedang mula bertarung sekarang ini?

Mungkin kerana Dr Noor Hisham sudah dapat melihat sendiri bagaimana keparahan hidup golongan bawahan yang kehilangan sumber penghidupan sejak PKP 2.0 dikuatkuasakan maka anjakan perlu dibuat segera. Atau pun setelah beliau mengambil kira kematian kerana lapar akan jadi lebih tinggi daripada jangkit Covid jika ekonomi tidak dipacu?

Atau beliau sendiri sudah dapat merasakan kesia-siakan (tak jadi apa kata orang Kelantan) mengadakan PKP sedang jumlah kes Covid terus meningkat. Dalam tempoh dua minggu sejak PKP dan darurat dikuatkuasakan kes naik mendadak hingga mencecah lebih 4,000 dan purata kes sehari sekitar 3,000 kes? Sedangkan proklamasi darurat itu diadakan kononnya hendak mencegah Covid dan Covid pula tidak berdegis bahkan makin menggila. 

Ataupun apakah kerana kerajaan sudah tidak dapat menampung bantuan kepada rakyat lagi? Perbendaharaan sudah kehabisan wang.  Sebelum ini kerajaan rasa dapat "pegang cekak" boleh terus membantu rakyat dengan segala macam insentif diberikan. Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz juga mungkin sudah hilang kebijaksanaan untuk mengumumkan angka dan membuat angkubah keewangan negara?  Begitukah?

Iya, hidup ini selama mana sangat kita boleh berbangga dan bermain dengan retorik. Si tukang silap mata sering menyesali perbuatan mereka (menipu khalayak dan meperdayakan orang) apabila mereka pulang ke rumah. Retorik tidak boleh dimakan kerana semua orang akhirnya akan berpijak di bumi nyata. Banyak kesimpulan dan unjuran dibuat oleh Zafrul terjun ke laut dan nol belaka.

Sudah pasti kesimpulan untuk menamatkan PKP itu walaupun kes masih belum stabil kerana menyedari masalah keparahan ekonomi rakyat di bawah sana.  

Bagi mereka yang otak cair dapat merasakan apa yang dilakukan ini agak pelik sedikit. Tujuan PKP adalah untuk mengatasi Covid. Ia dibuat ketika Covid berada sekitar 2,000 kes sehari. Tetapi saat kes Covid berada di atas 3,000 tiba-tiba pula pelan mengatasinya diubah kerana tekanan ekonomi.

Apakah sebelum tindakan untuk meletakkan negara dalam PKP serentak dengan pengumuman proklamasi darurat perkara (implikasi dan risiko) itu tidak difikir? Jelas apa disuarakan, kebimbangan diutarakan mengenai sejauh mana keperluan darurat itu sudah menunjukkan kebenaran. Bahawa darurat itu hanya aling-aling untuk melindungi sesuatu yang lebih bersifat nafsu semata-mata. Cis. 

Melihat keadaan ini semua ia memberi gambaran kekalutan kerajaan hari ini dalam membuat sesuatu keputusan, termasuk keputusan sepenting mengenai Covid, darurat itu yang telah memangsakan ekonomi negara dan rakyat. Banyak keputusan dan tindakan dilakukan kerajaan tidak menunjukkan mereka kompeten sebagai penguasa. Ambil sahaja contoh pengaturan jadual sekolah, kelam kabut jadinya. Begitu begini sampai sudah hancur lunyai murid dan pelajar dibuat oleh menteri yang menuntut di negara Kangaroo. 

Nah, kalau begitu untuk apa lagi proklamasi darurat itu kalau ia tidak mengubah keadaan. Wajarlah kalau Yang di-Pertuan Agong untuk mempertimbangkan desakan dan menggunakan kebijaksanaan agar darurat ditarik balik segera.

Apa yang berlaku memberi jawaban dan kerajaan tertempelak dengan apa yang mereka lakukan sendiri. Kesombongan kerajaan untuk tidak sedia mengajak dan terbuka hati bagi mengongsi dengan pihak-pihak luar, professional dan pembangkang menyelesai dan mencari solusi itu telah mengena dirinya sendiri.

Sebelum ini kerajaan mungkin mengira ia dapat diatasi dengan harapan akan mendapat political mileage bagi dijadikan modal dalam pilihan raya akan datang. Jika begitu tindakan kerajaan sudah jelas gagal dan tidak guna.

Apa yang berlaku kini, kerajaan mengambil sikap mengendur, menyemak balik keputusan untuk menukar PKP kepada PKPB adalah pengajaran buat mereka. Ia sesuatu tindakan tepat sebelum keadaan jadi lebih parah dan rakyat naik angin senguguk. 

Untuk masa akan datang, jangan bertindak secara bersendirian dengan penuh kesombongan. Apa lagi menggunakan ruang dan kesempatan mempengaruhi apa-apa aparat institusi negara seperti Raja-Raja untuk melindungi niat busuk kita.  

Dengan kekuatan 73 jemaah menteri, (lebih hebat daripada jemaah menteri Amerika Syarikat yang hanya 35 anggota) ternyata kerajaan PN tidak dapat berbuat sesuatu yang mengesankan. Kegagalan ini kena disedari khas oleh Muhyiddin Yassin bahawa ia ada kena mengenakan dengan apa yang berlaku, bahawa perbuatan anda sebelum ini mencuri kerajaan rakyat tidak mendapat berkat dan rahmat. [wm.kl.6:32 am 26/01/2021]