RUU 355: Berapi-api dan kemudian jadi munafik
Zaidi Zakaria
Kehadapan Timbalan Presiden PAS, YB Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.
YB Dato’,
RUU 355 : TIADA MASALAH BERAPI-RAPI
1. Jadilah pembangkang yg rasional dan bertanggungjawab. Bukan semata-mata mendesak atau membangkang tanpa peduli kepada segala prosedur berkaitan.
Silap besar bila YB Dato’ mengatakan pembangkang tak perlu fikir kaedah, sistem dan peraturan.
Pembangkang perlu / mesti setaraf dengan kerajaan soal-soal asas perundangan, Parlimen dan kenegaraan.
Bermaksud, pembangkang mesti / perlu arif tentang kaedah, sistem, dan peraturan.
“Dalam isu RUU 355, menjadi pembangkang mudah. Dalam Parlimen mendesak usul gubal peraturan agar RUU 355 dilaksanakan sebab kita pembangkang.
“Pembangkang tak perlu fikir perkara-perkara kaedah, sistem, peraturan-peraturan itu bukan kerja kita, itu kerja kerajaan.
2. Antara punca perpecahan berlaku dalam PAS, adalah kerana Cadangan untuk membawa usul persendirian RUU 355.
Bukanlah content atau isi yg utama diperdebatkan, tetapi tentang prosedur, kaedah, sistem dan peraturan.
Satu pihak mengatakan ‘mustahil’ berjaya usul persendirian RUU 355 dari pembangkang, kerana ianya melibatkan Majlis Raja-Raja dan prosedur lain.
Apakah hujah balas Pemimpin Agamawan / Ulama pada masa itu?
Munafik Haraki!
3. Berapi-rapi mengecam menghentam sesama Muslim, sesiapa sahaja yg tidak setuju usul persendirian RUU 355 dibawa oleh PAS.
Tiada masalah berapi-api JIKA KENA pada tempatnya. Tapi yg salah adalah MENGHUKUM orang lain BERAPI-API sebagai MUNAFIK.
Lebih mendukacitakan Pemimpin Agamawan / Ulama sendiri yg mengatakan demikian, dan langsung TIDAK MENEGUR ahli bawahan yg melampaui batas!
4. Sebenarnya, itu punca UTAMA saya keluar dari PAS. Kerana PAS berapi-api secara melampaui batas menghukum orang lain sebagai MUNAFIK!
Saya bukan keluar PAS sebab G18 gugur setandan, tapi kerana sikap pemimpin agamawan dan ulama seperti di atas.
5. “Sekarang apabila kita jadi kerajaan, kita nak buat RUU 355, kita kena buat mesyuarat dengan mufti-mufti, mesyuarat dengan Majlis Raja-Raja, kena bentang satu persatu kepada Raja-raja Melayu sebab urusan agama di bawah Raja-Raja.
“Kemudian kena pergi kepada majlis jawatankuasa agama Islam peringkat kebangsaan, (ada) prosedur-prosedur, kena jumpa Peguam Negara, kena bincang mekanisme perundangan, kena tengok perlembagaan, kena tengok undang-undang sedia ada, banyak kerjalah”.
BUKANKAH itu yg diperkatakan, dihujahkan oleh kami dahulu? Tapi agamawan / ulama menuduh kami sebagai “munafik yg beralasan”.
6. “Tapi kalau (sebagai) kerajaan kita berapi juga, berapi kepada siapa?
Berapi kepada diri sendiri! Diri sendiri WAJIB berusaha bersungguh2 menjaya dan melaksanakannya.
YB Dato,
Dah berapa kali jumpa PM bincang untuk bawa RUU 355?
TAK ADA KAN?
7. “Dulu kita bergaduh dengan pak cik itu sebab pak cik itu tak jadi bapa mertua kita. Tiba-tiba jadi pak mertua, lainlah caranya,”
BAB RUU 355 tak perlu lah ambil analogi sketsa keluarga! Ia perkara amat serious, yg PAS begitu luar biasa berkobar2 menentang yg tidak setuju dgnnya!
Dr Zaidi Zakaria