LAWATAN ANWAR BERJAYA MEMBERI NAFAS BARU DI DUN SG BAKAP DAN DUN SG ACHEH




Nibong Tebal 10 Februari 2008- Lawatan sehari DSAI ke Parlimen Nibong Tebal berjaya menembusi 2 kawasan kubu kuat BN selama ini. Antara kawasan utama kubu BN ialah di DUN Sg Bakap iaitu di Sg Buaya. Sama seperti di DUN Sg Acheh yang mana masyarakat India yang selama ini tidak membenarkan pihak pembangkang memasuki kawasan mereka, kini Dato Zainal Abidin Zain pula dilarang memasuki kawasan mereka , malah dihalau dari situ.



TUAN HJ USTAZ MAKHTAR CALON YB PKR SG BAKAP

Ketibaan DSAI disambut hampir 1000 orang di kawasan Sg Buaya dimana selama ini kawasan ini jarang sekali dapat ditembusi oleh pihak PKR. Ini adalah kali ke 3 PKR meletakkan calon dikawasan ini. Kekalahn calon PKR hanyalah 1000 undi sahaja yang perlu diberi perhatian.Ketibaan DSAI membuktikan bahawa ianya akan menjadi kenyataan bahawa Parlimen Nibong Tebal akan jatuh ke tangan Barisan Alternatif.




CALON YB NIBONG TEBAL?SEORANG PEGUAM


Dalam ucapan ringkas beliau , DSAI merasa bangga dengan jentera pilihanraya Bahagian Nibong Tebal kerana telah berjaya menembusi kubu kuat UMNO/BN yang selama ini terlalu kental sehinggakan tiada langsung ruang untuk pihak BA memberi penerangan. Dengan kesungguhan dan kecekapan jentera pilihanraya Negeri dan Bahagian yang bekerjasama, segala halangan ini berjaya ditembusi.


Beliau juga mengingatkan orang Melayu dikawasan tersebut agar memberi peluang kepada BA untuk mentadbir kerana yakin hasil ekonomi yang dianugerah Tuhan akan dapat mengurangkan masaalah rakyat kerana kerajaan yang ada pada hari ini dilihat gagal sama sekali mengawal kenaikan harga barang keperluan harian."Kita mendapat keuntungan jualan jumlah hasil minyak sebanyak 90 billion ringgit, Jika 10 billion digunakan untuk membantu rakyat, maka kerajaan tetap untung."Ada juga dikalangan menteri yang mengejek kenyataan beliau mengenai menurunkan harga minyak tadi.


Beliau juga mendedahkan bahawa kini terdpat usaha-usaha untuk melaga-lagakan beliau dengan kaum Melayu kononnya beliau bukan Melayu sejati kerana telah bersekongkol dengan kaum India." Inilah kerja kerja UMNO yang merugikan orang-orang Melayu"Usaha mereka bukan untuk menolong bangsa Melayu, malah menjual tanah-tanah Melayu dan tanak-tanah kaum lain juga sebagaimana yang terjadi dalam kes Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PFFZ)."

Demikian tegas DSAI Lagi.

Kini Kerajaan cuba menutup berbagai isu dan mengadakan pilihanraya lebih awal agar segala isu ini tidak tersebar dan rakyat faham. Beliau menyebut kes-kes yang melibatkan nama Malaysia terkenal ialah kes Linggam,Kes PKFZ,Kes pembunuhan Altantunya,Skandal kapal selam, skandal membeli jet pejuang shukoi, malah kalau nak disenaraikan, penyelewengan yang dilakukan lebih parah lagi. Inilah yang merugikan negara sebenarnya.


Diakhir ceramah seramai 114 orang menyertai PKR di kawasan tersebut. Ini memberi satu tamparan hebat buat BN di Sg Bakap.Apa pun pujian harus diberikan kepada jentera pilihanraya bahagian Nibong Tebal dan Jentera pilihanraya Negeri kerana berkerjasama mewujudkan suasana untuk menang.




Lagi berita ringkas akan menyusul......






No comments: